Isnin, 30 April 2012

Apo2 Yolah Kini Berwajah Baru!

Assalammualaikum dan peace yo!


Setelah hampir seminggu atok bertapa di hutan amazon, akhirnya blog Apo2 Yolah telah diBERSIHkan! Cer Ecah bagi komen. Santek ke tak santek? Kadang-kadang kalau kito berado dalam takuk yang samo, orang bosan jugak kan. Cubo kito berani melakukan perubahan sikit. Mano tahu lopeh ni makin ramai lak jatuh chenta ngan blog buruk atok ni ke kan.

Antara perubahan yang sompek atok bikin adolah seperti berikut ;
  1. Header yang transparent. Kacak tak atok maso mudo-mudo??
  2. Latar blog di tulis atas kertas coklat yang koyak.
  3. Ado listing senarai cucu-cucu pilihan atok. Ado laie yang atok tak sompek senaraikan.
  4. Atok lotakkan kipas-susah-mati pesbok. Sonang Ecah nak tengok perkembangan atok kat pesbok nanti. Cumo like sajok.
  5. Footer ado sebaris je. Kalau dulu ado 3 baris kan.
  6. Link sumo kaler pink uolls. Senang Ecah nak klik ke link yang atok buat tu kan.
  7. Dan lain-lain yang akan difikirkan laie.
Nak diikutkan, blog ni atok bolum hias 100% laie. Banyak yang perlu ditambah. Nanti, atok akan upgrade dari maso ke semaso wokey. Apo yang ponting. Selalulah singgah kat blog cabuk atok ni. InsyaAllah atok akan lakukan yang terbaekkkk untuk Ecah   ;-)


p/s : berkonan tak ngan penampilan terbaru nih? Kalau ado cadangan nak menambah mano yang patut, bulih usulkan di ruangan komen. Papai Cah!

Rabu, 25 April 2012

Wordless Wednesday # 19



Atok kena mention perkataan 'pink' tu...kalo tidak, kompem Ecah nak cakap macam kubur islam kan. Atok tak berkesempatan nak hapdet panjang-panjang. Semalam atok raptai untuk majlis......................cer teka majlis apa??....

majlis berandoi??? Salah!!

What??
Majlis bersunat??

Ishh lucah!!


Apa dia sayang??
Majlis akad nikah??
Amboih.....salah! salah! salah!


Majlis.................

Selasa, 24 April 2012

Atok di Majlis Raptai!......Majlis apakah??

Assalammualaikum dan peace yo!


Tepat pukul 3 potang hari ini (24.4.2012) atok akan feeling red carpet di satu majlis. Tapi baru raptai katanya. Majlis apakah ittew? Adakah majlis ABPH 2012 merampas kembali tahta pelakon lelaki terbaik dari habang Aaron Aziz? *kompem kena carut kat kipas-susah-mati habang Aaron sat lagi nih....Atau majlis berkhatan? eh......








red carpet ke....tikar mengkuang?....


Haaa..nantikan entry khas atok esok yo!.......Berita paling menggembirakan bagi atok tahun ni selain dari berita atok bakal dapat anak buah kembar bulan Oktober nanti....Syukur Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah limpahkan...Mari kita sama-sama ucapkan alhamdulillah atas kemanisan yang Dia telah pinjamkan pada kita selama ini. ALHAMDULILLAH   ;)

So, nantikan entry esookkk!



p/s : To Chenal, atok tak dapek nak access blog Chenal....cubo tengok setting kot salah



Isnin, 23 April 2012

Cikgu tak suka saya!

Tok Wan




Assalammualaikum Tok Wan,

Saya Hasrina. Berumur 16 tahun. Tok Wan, saya nak berkongsikan dengan Tok Wan tentang masalah saya di sekolah. Untuk pengetahuan Tok Wan, saya seorang yang berkulit gelap dan boleh dikatakan banyak jerawat. Disebabkan itu, saya sering merasakan diri ini serba kekurangan. Saya selalu rasa rendah diri dan terasing dari kawan-kawan. Lebih malang lagi, ada segelintir cikgu saya seolah-olah tidak perasan dengan kehadiran saya di kelas. Cikgu lebih tumpukan pada kawan yang aktif bertanya. Ada jugak segelintir cikgu suka melayan pelajar yang hensem atau cantik sahaja. Jika saya bertanya, dia hanya acuh tak acuh sahaja. Tok Wan, saya ingin berjaya dalam hidup. Tolonglah saya agar dapat menarik perhatian cikgu supaya saya seronok untuk belajar sekaligus menghampiri cita-cita saya.

Waalaikumsalam Hasrina,
Meleleh air mato uwan terbaco kisah Hasrina ni. Opss, lupo pulak uwan tongah potong bawang ni haaa. Okey2 uwan simpan sekarang. Haa, uwan paham perasaan Hasrina tu. Uwan dulu maso sekolah rendah dulu nak ikutkan macam itik yo. Kopam. Lobam. Kasut sekolah hitam. Pendiam. Pemalu tak pasal-pasal. Tapi semenjak uwan masuk sekolah tinggi, uwan macam angso. Kau mampo dari itik convert jadi angso?

Ok2, uwan gurau yo Hasrina. Lets be serious okey. Sebenarnya masalah Hasrina ni kecik je bagi uwan. Hasrina yang berfikiran negatif. Mana mungkin seorang guru nak melebih-lebihkan pelajarnya. Semua diberi ilmu dan kasih sayang sama-rata. Tapi uwan tak tahu lah kot ado segelintir yang macam Hasrina sebutkan tadi kan. Tapi uwan percayo, sumo cikgu nak anak muridnya berjaya.

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang remajo kito akan rasakan diri kita ni tak sama macam orang lain. Kita hitamlah. Kita banyak jerawatlah. Kita tak cantiklah. Itu sumo subjektif Hasrina. Sumo tu tak kan menentukan kita ni berjaya dalam hidup kerana sebab tu. 

Yang menentukan kito ni berjayo dalam hidup adalah diri kita sendiri. Jauh dari lubuk hati tu sendiri. Kalaulah hati kita ni kuat mengatakan yang kita boleh berjaya dengan usaha yang berterusan dan tanpa jemu, uwan jamin Hasrina pasti akan berjaya. Lagipun uwan sangat yakin, kecantikan seseorang itu bukan terletak pada luaran semata-mata, tapi dari dalam diri kita sendiri. Cantik dalam , cantiklah luar. 

So, kesimpulannya. Hasrina kena belajar menerima diri ini seadanya. Setiap ciptaan Allah tu sempurna dan unik belaka. B confident! Sering ke depan dan bertanya cikgu kalau tak faham. Hasrina sama saja dengan rakan sekelas yang lain. Tidak ada beza pun. Cuma, yang akan membezakan kalian adalah usaha masing-masing untuk berjaya! Chaiyok2 bebeh! Come on! You can duit!! Yeahhhhhhhhhhhhhhhh!!  ~Eh, nasib baik kain batik uwan tak tanggal!

Ahad, 22 April 2012

Tempat-tempat menarik di Terengganu part 4

Tu dia. Lama kan atok tak hapdet pasal percotian ke Terengganu yang lalu. Kali ini atok mau kongsikan dengan Ecah tempat menarik seterusnya di Terengganu, iaitu Pasar Payang. Haa...sebut betul-betul, Pasar Payang. Bukan Pasar Bayang! (tiber teringat kawan atok dengan kompidennya menyebut "eh! aku nak beli keropok kering kat Pasar Bayang!"). Pastu jalan ke depan menonong.

Ini yolah gambau yang atok sempat snap. Yang lain tak hingat pasal hilang ingatan soping satu pasar payang.

Pasar payang nama asal eh perahu payang, sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan depa kat pasar tu. Pasar Payang ni merupokan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

Ini pandangan hadapan pasar payang. Atok curi dari hakak gugel

Pasar Payang ni terdiri daripado bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawah gerai basah dan menjual pelbagai kuih-muih tradisional Ganu. Dan tingkat atas ado jual pelbagai barangan termasuk baju batik, songket, cenderamato, jeruk, kopok lekor kering dan lain-lain. Kat atas tu jugak ado food court.

Antara produk yang dijual. ~atok curi gambau hakak gugel lagi
Barang kat sini memang murah dan berkualiti. Boleh tawar-menawar. Kalau tak dapat tawar-menawar, Ecah pegi kedai lain. Banyak lagi pilihan. Tapi awas, makanan kat food court sana agak mahal. Kawan atok makan nasi campur + sotong goreng + sambal belacan =rm9. Harga mampo ke mamposs? So, hati-hati. Tanya dulu harga baru boli. Tapi atok makan murah lah. Tengok kodai jugak.

Pasar Payang ni berdokatan dengan....dengan......ok fine, Ecah boleh gugel maps kendian.   T_T
Untuk maklumat lanjut jugak, kat pantai sepanjang depan Pasar Payang tu ado mini i-city tau. Macam kat Shah Alam tu. So, macam sapa-sapa rasa nak pose kat i-city shah alam tu, leh mai sini gak. So, tempat ni atok bagi 4.5 bintang. Wajib poie!.....sobab....












Sobab disinilah permulaan jejak kasih 1 famil bermulo....eh?







Sabtu, 21 April 2012

Pedap dengan nuffnang!

Bawah



Atas



Tepi




Hamekkk!....kira kanan tepi belakang atas bawah atok dah pasang Advertlets. Kalau ada dengan barat daya, barat timur laut, tenggara segala boleh pasang...atok nak pasang! Dah bertahun income nuffnang tak naik-naik. Pedap lak haku kan. Iklan dia berlambak je pose titanic kat blog haku. Apa salahnya kalau atok buat perubahan sikit. Kalau tak hokey sok, atok kembali kepada pengiklanan nuffnang. Awas!  ................eh?



p/s : Apesal ek blogspot punya dashboard pun dah lain?? Ke tak suke atok menduakan nupnek?

Jumaat, 20 April 2012

sepet

sekarang ni macam2 penyakit datang. faktor cuaca yang tak menontu. la ni mato atok sepet sebolah. malam tadi tekak rasa perit. Tak dapek nak tido leno. Kojap2 terjago. saat ni atok berado di klinik permata senawang. doakan copek sombuh yo...

posted from Bloggeroid

Khamis, 19 April 2012

Mobile Internet Packages

Assalammualaikum dan peace yo!


Tu dia. Neloopah dah meraung mintak mobile internet packages. Dari aritu lagi dia melalak suruh pasang. Sekarang ni atok sumbek kan simkad berukben dalam Neloopah tu. Op kos lah tak bulih buek panggilan atau sms or mms kan. Ko jangan hingat aku orang kampung tak main mms. Main tau. Mampoo buat panggilan bideo? *matiler ayat berbaur riak.

So, sekarang ni atok ado duo telepon. Satu telepon zaman jahilliah dolu-dolu untuk buat panggilan dan sms. Satu lagi Neloopah untuk surfing internet segala. Berukben tu Neloopah pakai. Dalam maso yang samo Neloopah leh convert jadi wifi so atok boleh connect terus guna laptop kalau nak online skrin godang. Tapi susah lah kan. Manekan atok nak hangkut kedua-dua tu. Dah la telepon zaman jahilliah atok tu dia punyo keypad dah gugur-gugur. So, atok mengambil keputusan untuk melanggan pakej internet mobile.

Ni atok try usha syarikat telekomunikasi ni tawarkan.

Ini plan yang Maxis tawarkan
atok tak pasti tahap kelajuan plan masing-masing. Ecah boleh kasitahu??



Ini plan yang Digi tawarkan
murah dari maxis kan. Tapi atok survey kelajuaanya cumo 700kbps




Ini yang Celcom tawarkan
ini pakej internet dia. Kalau termasuk panggilan dan sms atok amik yang minimum, rm28 sebulan

Yang lain-lain tu atok tak mau survey pasal kat kampung atok, 3 line ni jo yang hado. Sekarang ni atok pakai celcom berukben rm50 sebolan. Dan prepaid rm30 sebolan. So, perbelanjaan atok untuk kedua ni rm80 sebolan sebelum kelahiran Neloopah. Atok ingatkan nak hamek celcom panggilan n sms RM28 (termasuk caj apo ntah jadik rm30) + Internet rm58 =RM88...ong tak ong?

Ke ado cadangan lain? Plisss help atok. Atok buto gadget.......

Tekan A untuk Maxis nyatokan alasan
Tekan B untuk Digi nyatokan alasan
Tekan C untuk Celcom nyatokan alasan

Wasalam 
;)

Rabu, 18 April 2012

Kerana Haiwan Wanita Masuk Ke Syurga dan Neraka

Atok dah tak tahan dah. Makin hari makin pedih bijik mata ni menyaksikan kekejaman 'manusia' terhadap haiwan. Kalau tahun lopeh atok ternampak di facebook gambar 3 ekor anak kucing yang sudah mati dan berdarah akibat dipijak oleh manusia iblis ni. Sayu dan tersentuh hati atok tatkala melihat sang ibu mencium bangkai anaknya yang tak bernyawa. Pandangan sang ibu jelas terpancar riak tangis. Jelas terpancar! Tak dapat menerima ketiga-tiga ekor anaknya mati dipijak oleh syaitan nih. Menitis air mata walaupun bangkai tak bernyawa itu hanyalah haiwan....kenapa kita jadi kejam macam tu?

Jiwa atok tersentap lagi apabila terlihat lagi gambar di facebook 3 orang lelaki kulit hitam melapah kulit kucing hidup-hidup. Kucing tu digantung lehernya sampai terkeluar lidah. Kulitnya disiat-siat tanpa rasa belas kasihan. Mungkin kucing itu adalah ibu kepada anak kucing yang lain. Apakah perasaan kita bila melihat anak-anak kucing tadi menanti kepulangan ibunya yang pada hakikatnya sudah tidak bernyawa? Mati diseksa dengan dasyat?.....kenapa kita jadi kejam macam tu??

Yang terbaru, remuk dan hancur bila mana melihat seekor kucing yang mungkin kelihatan comel dan cergas jika dijaga elok, namun sebaliknya terlantar dalam sangkar tanpa diberikan makan dan minum. Dagingnya sudah sebati dengan tulang-belulang. Terbaring pucat dan lesu menanti maut menjemputnya......kenapa kita jadi kejam macam tu???




Kenapa?...kerana segelintir dari kita yang bangga digelar sebagai 'manusia' ini sebenarnya mempunya hati lebih teruk dari seekor binatang!



Perkongsian dari facebook (copy-paste)

Kerana Seekor Haiwan, Seorang Wanita Masuk Syurga & Kerana Seekor Haiwan Jugalah Seorang Wanita Masuk Neraka ~via Imam Muda Nazrul




Masih ingatkah kita kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah S.A.W?... Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.
[Shahih al-Bukhari – no:3467]

Berdasarkan hadis tersebut, bayangkan betapa besarnya ganjaran daripada Allah s.w.t terhadap orang-orang yang menjaga kebajikan haiwan. Tetapi ingatlah... Allah sangat murka kepada mereka yang menganiya haiwan. Ini berdasarkan dari sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w memberi amaran:

Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.
[Shahih al-Bukhari – no:3318]

Selasa, 17 April 2012

Neloopah telah lahir!

Assalammualaikum dan peace yo!


Akhirnya Bobot, Adam Hitam, Tilam Bono, Muchuk Macam dah ada adik baru. Baby terbaru atok ni dilahirkan pado jam 1215pm hari Sabtu yang lopeh tanggal  15.04.2012. Maso tu atok ado job kat Chembong, Ghombau.    Kawan seperngajian atok, Nadia Johan merangkap bidan terlatih telah menyambut kelahiran Neloopah di KLCC. Kellass ko kan Neloopah asal orang Kehel.

So, sepanjang waktu siang tu atok tak dapek nak bermanja dengan Neloopah pasal sibuk dongan tugasan yang diberi. Potangnya pulak atok balas dendam tido sampai ke sonjo pasal dah duo ari tak cukup tido. Bangun tido terus pose titanic kat Mekdi Senawang. Maso tulah atok bermanjo dongan baby baru ni. Dunlod pelbagai aplikasi yang berguno. Cubo memahami proses penggunaan yang betul. Godek-godek aplikasi dalam tu dan lain-lain.

Semalam (isnin), atok memperkenalkan Neloopah pada aunty-auntynya di opis. Ramai yang memuji kecantikan Neloopah. Walaupun kacukan Eropah + Negro, tapi Neloopah tatap montok dan santek. So, dengan penuh rendah dirinya, atok nak memperkenalkan dongan Ecah kemunculan ahli keluarga kami yang baru. Mempersembahkan.......................

Isnin, 16 April 2012

Petua Menghilangkan Panau

Kak Milah


Hi uolls! Sihat? Sudah amalkan petua yang Kak Milah kongsikan sobolum ni? Kalau tak amalkan, Kak Milah x mau kawan. Okey bebeh, let start petua hakak yang seterusnya. Petua menghilangkan panau. Uolls ada panau? Hakak takde panau. Muka hakak lembut bak putih salju. *matiler ngaku muka licin bak seludang.....eh seludang??Ok2....Tau ke uolls, panau tu hape?

Panau tu satu penyakit kulit yang tak menyakitkan tapi boleh menjejaskan penampilan uolls terutamanya jika panau tu pose setepek kat muka uolls. Kiranya kulit uolls tu ada kulat la. Macam mana boleh dapat penyakit panau tu? Antaranya basuh muka semasa berpeluh, pakai baju berpeluh berulang kali, kurang mandi, pengaruh cuaca, pemakanan dan lain-lain. Macam mana nak atasi masalah ini mengikut petua nenek moyang kita? Let start bebeh.

1. Uolls hambik mak uolls punya bawang putih dan sedikit halia. Pahtu uolls tumbuk kedua rambuan tadi dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Sampai koyak-koyak kulit terasa perit dan merah hokey. Gitew.

2. Cara kedua, uolls boleh gunakan beberapa ketui lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas tadi pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas. Jangan tanya hakak kenapa. Haku kopipes je kat gugel hokey. Opss. ATAU tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok taik unta panau. Macam tadi juga, uolls tak boleh mengambil makanan berasaskan lengkuas. Hipotesis awal hakak, kemungkinan kalo makan lengkuas dalam masa yang sama rawatan ni dijalankan, kesan tu tak muharab. Kot. Kot la kan. Kalau salah jangan saman hakak.

3. Cara ketiga, Hakak paling suka yang ni. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu. Awas! Pucuk lada bukan bijik lada!

Orang kata mencegah tu lebih baik dari mengubati. So, bermula hari ini jangan basuh muka atau mandi ketika badan sedang berpeluh dan amalkan kebersihan selalu. Ok, itu sajok yang kak milah dapat kongsikan dengan uolls pada kali ini. Sesapa yang ada masalah kulit tu, bulihlah mencoba. Jumpa lagu bolan depan! Tata Titi Tutu...........




Ahad, 15 April 2012

Keberkatan

Uiii ai....PONEK....itu sajo kato-kato yang terungkap di bibir munggil atok sekarang. Semonjak Jemahat yang lopeh, atok ado job shoot gambau orang kawen kat Kg Mak Jemah Jimah Lama, Rantau. Sekarang ni (15/04/2012 jam 12:01AM), tulang skapula dah macam lari sikit. Esok hari terakhir atok shoot bertandang sebolum atok menghembuskan nafas menidurkan diri sampai ke pagi then masuk kerja opis pulak Isnin tu menghadap Haji Subuh Auditor paling cerewet di alam semesta! (kelasss ko Haji....masuk nama ko dalam blog haku)

Bukan sonang nak mencari rejoki yang halal ni kan. Setakat ko menjaja kat lorong AST atau Hoji Toib tu jam 3 pagi, senang tak payah keluar tenaga banyak. Ko pose cantik buat bibir Angelina Jolie, dah. Jalan. Lalala. Tapi halal ke rejoki tu? Dosa berbakul? Pastu bising tak sampai 8 hari bulan duit dah habis tak tahu hilang ke mano. Tiada keberkatan. Lagi satu, kat opis punch card jam 8 pagi pastu hilang sampai waktu makan tengah hari. Agak2 lagi sejam duo waktu kojo nak habeh, baru nampak batang hedong ko. Berkat ka tu? Nak kasi rejeki macam tu kat hanak isteri?

Seorang buruh kasar yang ikhlas bekerja bergaji RM50 sehari lebih berkat berbanding dongan seorang profesional yang bergaji RM200 sehari tetapi makan gaji buto. Kesimpulannya, tak kisah gaji Ecah kocik ko bosar. Yang paling ponting macam mana kita dapatkan gaji kito tu. Kaf. Ba. Rho. Kaf. Alif. Ta. Nun. Pikir-pikirkan bersamo....

p/s : Tadikan, atok skodeng curi-curi dengar perbualan antara bapak pengantin ngan sedaro dio. Atok tak paham satu hapak pun. Pure minang! Atok raso macam minang murtad lak maso tu.

May's Promotion! check it out.... www.facebook.com/lensaeternalsmiles

Sabtu, 14 April 2012

Fakta Menarik

Atok sangat sukakan kucing. Lebih-lebih lagi kucing kampung jantan berwarna oren.




Sayuran kesukaan atok adalah kangkung belacan.




Makanan kegemaran atok adalah char kuey teow




Kereta idaman atok adalah Toyota Estima








Atok adalah model pencen di Eternal Smiles Photography

Khamis, 12 April 2012

Tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu Part 3

Assalammualaikum dan peace yo!

Ok bebeh, kito sambung penggembaraan Upin dan Ipin seterusnya. Lopeh yo kami melawat Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu tu, kami terus bergerak ke Muzim Negeri Terengganu. Macam biaso, pose cantek dulu.....tadaaaaaaaaaaaaa

bergambau bersama sebahagian peserta rombongan cik kiah di hadapan pintu masuk muzium

Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Antara tinggalan sejarah yang terdapek di dalamnya termasuklah Batu Bersurat. Muzium ni berhampiran dongan Perkampungan Keropok Lekor dan Taman Tamadun Islam.

Kalau nak teroka keseluruhan muzium ni akan amik maso berjam-jam. Sampai Ecah muntah hijo pun tak tentu abes pusing laie. Antara gelari-galeri yang terdapek dalam muzium tersebut termasuklah
  1. Galeri Tekstil
  2. Galeri diRaja
  3. Galeri Kraf
  4. Galeri Senjata
  5. Galeri Sejarah
  6. Galeri Petroleum
  7. Galeri Islam
  8. Galeri Ilmu Kejadian
  9. Galeri Pelayaran & Perdagangan
  10. Galeri Perikanan & Taman Laut

Ini sampan antik nih


Tak banyak sangat yang atok dapek share kan kat sini sobab kamera tidak dibenarkan bawak masuk ke dalam. Huntuk maklumat lanjut sila ke link ni http://museum.terengganu.gov.my/


Ini gambar ponuh pintu masuk ke muzium. Santek kan. Ada nilai seni ketimuran

Selasa, 10 April 2012

Tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu Part 2

Kito teruskan perjalanan di tempat menarik sekitar Kuala Terengganu. Lokasi seterusnya yang sompek atok singgah ialah Taman Tamadun Islam.

Ini peta laman keseluruhan
Ha, macam biaso pose cantek dulu....nah
Bergambar di salah satu monumen masjid di China. cantek??
Ok, let start bebeh. Taman Tamadun Islam ni menempatkan monumen Islam di seluruh dunio. Terlotak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman ini seluas 23 hektar dan menompatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.


Replika Dome Of Rock, Palestin
Antaro replika atau monumen Islam yang terdapat di sini adalah
  1. Masjid Negara (Malaysia)
  2. Dome of Rock (Palestin)
  3. Masjidil Haram (Arab Saudi)
  4. Al-Hambra Citael (Spain)
  5. Taj Mahal (India)
  6. Mimbar Kalyan (Uzbekistan)
  7. Makam Abu Nasr (Afghanistan)
  8. Mimbar Berputar Samarra (Iraq)
  9. Masjid Mohd Ali (Kaherah)
  10. Masjid Besar Qairawan (Tunisia)
  11. Masjid Besar Agedez (Nigeria)
  12. Aleppo Citael (Syria)
  13. Masjid Kul Syarif (Russia)
  14. Mimbar Xian (China)
Cer teke belakang tu monumen hapo?

Kalau nak melawat setiap monumen tu ado diberi pilihan samada nak jalan kaki atau naik mini train tu
Waktu operasi pado 10 pagi sampai ke 7 malam (Senayan hinggo Komeh), 9 pagi sampai ke 7 malam (Jemahat n Sabtu). Kemasukan akhir pao jam 6.15 potang.


Taman ni ditutup pado hari Selasa kecuali Cuti Sekolah dan Cuti Umum. Yuran masuk sekitar RM15 hengget dewasa, kanak-kanak rm5 hengget klu tak silap.



Ha, Ikon bagi Taman Tamadun Islam ni ialah Masjid Kristal, yang menjadik mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu. Masjid unik ni dipebuek dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka baginda YdPA Tuanku Mizan Zainal Abidin pao 8 Februari 2008.



So amacam? welcome to Terengganu   =)




Isnin, 9 April 2012

Tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu Part 1

Assalammualaikum dan peace yo!


Tu dia. Segmen melencong telah kembali. Sila muntah hijo. Kali ni atok joint trip opis sempena boss atok bakal bersara tak lamo laie. Nak amik feel kenangan terindah bersama staf katanya. To our beloved boss, Mr Azman Bin Aiyub, moga kehidupan akan bermakna bersama keluarga tercinta lopeh ni. Beliau seorang yang hebat dan sporting  =)

Okeh bebeh, kito teruskan perlencongan di Kuala Terengganu pado 30hb 3 2012 - 1hb 4 2012 tempoh hari.
Inilah orang yang diraikan. Our boss

Tempat pertama yang kami poie ialah masjid terapung Kuala Terengganu.  Masji ini dikenali jugak sebagai Masjid Tengku Zaharah sempena nama ibunda Al Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Masjid ni jelas keunikannyo maso suasana air pasang di mana ianya kelihatan terapung-apung dengan dikelilingi oleh sebuah tasik yang mana airnya terus mengalir ke laut berhampiran. Jadi fenomena pasang surut air laut akan mempengaruhi persekitaran mesjid ni amnya.


Terdapat kemudahan gerai jualan dan makanan berhampiran masjid bagi kemudahan para pelawat. Mesjid ni jugak selalu menjadi tumpuan bagi upacara perkahwinan dan sesi fotografi. Paling santek masa matahari nak terbenam dari arah belakang mesjid. Nak nak ado refleksi air. Ngamsoi bak kato orang.

santek kan..siap ado pokok ala ala buah kurma lagik...mcm kat arab
Menariknya kat dopan mesjid tu ado macam taman. Taman tu santek sangat. Kalau Ecah nak tipo uwan kat kampung yang Ecah bercuti di Korea, nescahaya uwan Ecah musti percayo. Tak cayo? moh skodeng....

hijau je kan. macam kat luar negaro, subhanallah!
Sedikit info pasal masjid ni. Masjid ni dibino pada September 1991 dan telah siap dibino pada Januari 1994 bernilai RM6.997 juta dan direkabentuk oleh Dato'Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun islam dan gabungan senibina tempatan. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta dikelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah dan manakala wanita di bahagian atas.



Macam mano nak ke sini? perjalanan ke sini mengambil maso 10 minit dari Bandaraya Kuala Terengganu, lobih kurang 5km jaraknya. Kedudukan masjid ni terlotak di pinggir di Kuala Terengganu iaitu Teluk Ibai. Okey, kalau nak singgah memang berbaloi. Selamat datang ke Ganu! =)


p/s : Sambung lagi part 2 esok. Timo kasih pada Zazaw kerana bagi alamat kat atok untuk poskan poskad yang dimenangi tempohari. Yang lagi 3 orang pemenang tu atok masih x terima alamat lagi.


Ahad, 8 April 2012

Dutch Lady Friso Growing Up Together (GUT)

Click HERE and you will get what I mean.


Growing Up Together or GUT is a concept driven by Friso, a company who is very committed in providing a balanced nutrition and protection from the inside to children growth. With the main objective to light the journey of motherhood, the joy of growing up together with our children, and to realize that experience is the children’s best teacher, FRISO believes that with a strong and good GUT, our children will be well equipped with the necessary strengths to fight off diseases and develop a healthy mind and body.

Diarrhea and Constipation are common childhood ailments which we mothers, at our best, need to ensure that the immune system or our children is strong and functioning properly. Friso has done many researches to continue developing best dairy nutrition that increase the good bacteria count and become the booster for children defense system. They called it Friso Gold which contains DHA, AA3 and SA to speed up information relay between brain cells, which aid a growing child’s overall development.

Friso Gold specially formulated with P2 Dual System. These combinations of 2 Prebiotics and 2 Probiotics protect the children from the inside and help increase intestinal bifidobacteria.

Bacteria? 
Don’t worries mommies. Cause this is a healthy live bacteria that helps in reducing diarrhoea cases.


Friso Gold

So, what’s GUT campaign offers us??

Besides comprehensive articles for mommies and daddies to read, many fun and interactive activities have been planned for you. Pregnant moms could learn on Prenatal Yoga and Kegel Exercise while toddlers, preschoolers and school age kids will be very entertained with the games, musical art, and craft activities. This is the perfect world where our small nucleus family would learn to appreciate each other, besides learning how to live healthily and happily.

Among the activities which will involve us, parents and our children are;
Interactive Tunnel
Jump into Friso virtual world! Mums and Dads are supposed to team up with their little ones to play the interactive games projected to the walls and floor of the tunnel.

Craft Stations
Parents and children are able to get their hands dirty at the craft stations where they can customize their very own T-shirts, badges and hanging mobiles or create their own toys whilst having fun together. (I personally loike this one!! :))

For many more information on the activities of this campaign, kindly visit this page:http://www.growinguptogether.com.my/fun-activities/

To show our full support towards this campaign, you may also LIKE its FB page, Friso Growing Up Together Malaysia at;
https://www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether?ref=ts&sk=app_327506973961622

So, let us together participate and enjoy this program. There are four GUT activations nationwide;

Week 1 : 22 – 26 February : 1 Utama, Klang Valley 
Week 2 : 9 – 11 March : Sunway Pyramid, Klang Valley
 
Week 3 : 13 – 18 March : Aeon Bukit Indah, Johor Bahru

Week 4 : 5 – 8 April : Queensbay Mall, Penang

And Last but not least, don’t forget to come and redeem some freegifts for our little ones by bringing the tin foil or barcode from one of Friso Gold 3 or Friso Gold 4 pack!! :)
Kid, book your mum’s weekend!! Mum, be your child’s playdate!!

Sabtu, 7 April 2012

Fakta Menarik

Materoit yang jatuh di Hoba West, Afrika pada tahun 1990 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan berat 60 tan.




Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04cm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.





Ukuran red kanggaroo ketika dilahirkan ialah 2cm, tetapi ia boleh membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan ini boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan yang berupaya bergerak dengan kelajuan 48km sejam.





Kereta api penumpang paling panjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 gerabak, sebuah lokmatif elektrik dan seberat 2,786 tan.




Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan terpantas pernah di catat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.





PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih