Memaparkan catatan dengan label Petua Kak Milah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Kak Milah. Papar semua catatan

Isnin, 5 November 2012

Petua Mengatasi Masalah Sembelit

kak milah


Hi uols. Ko tengah buat apa tu. Makan nasik lemak kew? Lama hakak tak membebel dalam forum ilmiah ni. Ilmiah ke??...Bahaha. Ok, kali ni kakak nak kongsikan dengan uols petua seterusnya. Petua mengatasi masalah sembelit. Gitew. Ko hade??...Uols tahu tak sembelit tu hape. Sembelit tu adalah kesukaran untuk membuang air besar. Air besar tau tak hape?...kalau tak tau, akak suggest ko pergi sekolah balik. Ok, jom teruskan petua-petua tersebut.

1. Makan buah pisang atau betik selalu. Kakak percaya, selepas sahaja uols jadikan buah-buahan ni sebagai makanan pencuci molot uols, nescahaya lepas ni tak sempat nak sampai pintu jamban uols dah selamat. Tak ada lagi istilah susah nak buang air besau.

2. Ini berkenaan pisang lagi. Uols ambil 2 biji pisang yang cukup masak. Pastu uols blender kan pisang tadi ala-ala ice blanded. Amalkan minuman ini dua kali sehari sehingga penyakit sembelit uols itu sembuh. Agak-agak masa uols nak buat pisang blended tu menyedapkan, kakak cadangkan uols bukak bisnes banana shake kat pasar malam. Tambah sumber pendapatan katanya.

3. Uols cari akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Kedengaran agak leceh kan uols. Ok, tak mau share lah petua yang ni, sebab haku pun tak kenal akar temu lawak tu acane. Next!!

4. Uols cari daun gelenggang. Kalau ko tak tahu macam mana ghupe daun tu, uols p tanya kakak gugel. Pastu daun tu tadi uols rebus dan jadikan ulam-ulaman untuk di makan bersama nasi. Wah gitoo. Petua kak nita sangggatt.

5. Akhir sekali yang paling senang, cepat dan efisiyen adalah.................ko tanya kedai uncle Lim. Mintak kat dia pil chi-kit-teck aun....bunyi dah macam terkincit penyakit taun kekdahnya. Sangat berkesan. Hakak pernah coba masa sembelit makan lauk kenduri dulu. Opss.

Selamat mencobaaa.......

Isnin, 1 Oktober 2012

Petua Menghilangkan Lingkaran Bawah Mata

Kak Milah


Selamat pagi uols. Sejak dua menjak ni ramai yang bertanya pada kakak macam mana nak hilangkan lingkaran hitam bawah mata. Mentang-mentanglah dulu mata hakak macam beruang panda. Sekarang ni macam Agnes Konika. Suma nak tahu rahsia kakak kan.

Kalau nak ikutkan jawapan malas hakak, hakak suruh depa calitkan produk sapi rania. Gitoo kan. Menghilangkan 7 petanda lanjut usia katanya. Lanjut usia ke haku? Ops. Okeh,  memandangkan akak rajin, akak akan berkongsikan dengan uols petua menghilangkan lingkaran bawah mata secara semulajadi. Ok bebeh, let start!

1. Pakailah Tea Bag. Atau istilah dalam bahasa melayunya beg teh. Eh, i sound silly when i speak malay. Wupss. Beg teh yang mak uols bancuh buat air teh tu, ko simpan. Nak lagi afdol, ko bancuh teh untuk mak apak ko dulu, pastu beg teh tu uols tus kan. Mendapat berkat orang tua katanya. Bila dah tuskan beg teh tu, uols tepek kat mata yang lebam tu dalam 20 ke 30 minit. Jangan uols tepekkan sampai 8 jam. Kecut mata ko, akak tak mau tanggungjawab.

2. Kalau uols ni jenis liat nak buat air teh, ataupun memang jenis tak minum air teh...minum horlicks ho ho horlicks katanya, so akak cadangkan uols guna tomato ataupun timun. Tak kisah mana-mana. Kalo ko nak letak sebelah mata timun, sebelah lagi tomato pun takpa. Pastu kalau mata ko berbelang jangan cari hakak. Hah, kali ni uols boleh tepek lama-lama sampai timun atau tomato tu kecut. Selalunya hakak tepek waktu malam masa tido tu. Esoknya hirisan timun tu pergi kat mata Uwan hakak. (hakak tido sebelah uwan)

3. Gunalah krim mata. Macam hakak, hakak guna Garnier Eye Roller tu. Kesannya bolehlah dilihat dalam masa seminggu. Tapi nak kesan cepat punya pasal, jangan pulak ko guna Avon Roller yang sapu kat ketiak tu. Mahu panjang sedepa bulu mata ko nanti.

4. Yang keempat, jaga makan. Pemakanan pun mempengaruhi fizikal kita. Macam hakak, jenis vegeterian....sebab tu muka hakak macam kak Rosmah. Mulus dan gebu katanya. Tapi kadang-kadang kalau dah mengidam sangat nak makan sup daging, haku bedal jugak kadang-kadang. Eh tu vegeterian kah??...Mak hakak kata, untuk mengurangkan lingkaran bawah mata tu, kurangkan makan pedas-pedas dan juga kari. Psttt...sebab tu kalo ko tengok mamak2 kat kedai mamak tu mata masing-masing macam kena tumbuk. Terlebih kari.

5. Dan yang terakhir sekali, part yang hakak paling suka buat semestinya adalah.....TIDO. Tu hobi kakak di masa lapang. Kalau orang tanya apa hobi masa lapang, ada yang jawab mengumpul setem, mendengar radio, memancing...tapi bila tanya hakak, akak jawab membuto. So, tido mesti kena cukup. Tidur dengan kadar optimum but not maximum!. Kalau dewasa macam kita ni, seeloknya tido selama 7 ke 8 jam. Selain kulit kita segar dan cantek, lingkaran bawah mata pun akan hilang!

Fikirkan dan selamat beramal!



Isnin, 30 Julai 2012

Tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan

kak Milah
Gud moneng bebeh,


Amacam hadek akak yang jejan2, arini pose tak? Kalau tak pose akak suggest ko terjun lombong sekang. Anak buah hakak yang baru 6 tahun tu pun pose penuh hokey. Malu ngaku jantan kalau tak pose. Puihh. Ok, hari ni akak nak berkongsi dengan uolz tips-tips berkaitan dengan kecergasan di bulan ramadon selain meneguk 100 plus 1.5 liter dalam masa 5 minit! Dah bersedia ke babeh? Let start!

1. Uolz wajib bersahur untuk kasi tenaga keesokan harinya. Akak tak kisah kalau kau nak bersahur awal pukul 1 pagi ke hape, tapi jangan pulak ko nak menyalak nak buka pose pukul 10 pagi sebab lapar. Memang kena carut kat hakak. Pastu masa bersahur tu akak galakkan uols mengambil makanan yang berkhasiat seperti karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. Ala-ala ahli pakar pemakanan tak haku? Kekdahnyer...

2. Uols lakukan aktiviti untuk meningkatkan metabolisme. Peningkatan metabolisme ni penting bagi mematikan makanan yang uols santap tu ditukarkan kepada bentuk tenaga dengan semaksimum yang mungkin. Kalau metabolisme rendah, hak tu yang lemak ko berkumpul keliling perut tu. Makanya untuk meningkatkan kadar metabolisme, uols seharusnya melakukan aktiviti fizikal dengan lebih kerap. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal adalah sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan dihadam.

3. Badan kita ni macam kereta. Badan hakak macam kereta fair lady. Ko mampu??..ok kereta perlukan petrol untuk bergerak. Badan kita ni pulak perlukan air untuk bergerak dan melakukan aktiviti seharian dengan lancar. So, akak galakkan uols minum air banyak terutamanya air kosong. Akak ulang suara. Air kosong ye, bukan air manis-manis jual kat bazaar ramadhan seplastik sehengget tu. Takut kadar gula berlebihan masuk dalam badan nanti ko gemok. Orang makin kurus, ko makin gemok. Air sangat diperlukan untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita ni perlukan air yang banyak untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu.

4. Elakkan mengambil makanan yang masin-masin masa bersahur. Yang ni mak hakak la yang bagi tips. Katanya, nanti ko cepat haus. Kicap masin pun kalau boleh uols elakkan. 

5. Ok yang terakhir sekali akak malas nak pikir lagi dah. Ko pun tahu dalam tibi pun dah pemes pasal benda ni. Dalam suratkhabar apa tah lagi. Uols tunggu apa lagi? Minumlah jus orang kampung! 
'saya menang motorrr'


Ok bebeh, memandangkan jam plastik pasar malam akak ni menunjukkan pukul 3.10 pagi, so akak nak tido dulu. Esok takut aku terlajak sahur. Amalkan lah tips hakak tu wokey. Selain tu, akak nak mintak pendapat uols kalau ada tips lain yang berguna. Bolehlah kita berkongsi dengan kawan-kawan yang lain di bulan ramadon ni. Tinggalkan komen ya! Papai uolss






Isnin, 25 Jun 2012

Petua Menguruskan Berat Badan Tanpa Ubat-Ubatan

kak milah





Hai uols....

Berjumpa lagi dalam siaran petua Kak Milah. Sebenarnya kakak dah kering idea nak kasi petua kat uols apa lagi. Semua petua dari dalam sampai ke luar akak dah kongsi. Cuma kali ini, memandangkan hakak dah semakin gebu, akak nak share dengan uols menguruskan berat badan. Sebelum ni akak pernah berkongsi dengan uols petua tersebut kan. Tapi kali ni istimewa sedikit pasal akak akan tambah perkataan "tanpa ubat-ubatan" kat belakang tu. Ok let start bebeh.

1. Minum 8 gelas air kosong setiap hari. Kalau uols nak tahu, air kosong sebenarnya mengurangkan selera makan kita dan dapat membantu proses metabolisme bagi menyingkir lemak dalam tubuh. Akak pun suka minum air. Tapi akak rasa, lagi banyak akak minum air lagi gemok air akak rasa. Apataknya air koka kola aku teguk. Camno tak gemuk. Uols kena banyakkan minum air suam sebelum makan. Dan selepas setengah jam selepas makan.

2.  Jangan biarkan perut kosong atau lapar. Sebab apa hakak katakan seperti itew. Sebabnya, jika kita tiada tenaga yang sepatutnya diperolehi daripada badan, nanti tubuh kita akan membakar (muscle) otot untuk menggantikan makanan. Ini akan menyebabkan kadar metabolisme akan rendah. Kalau dah rendah, nanti kalau uols ngap roti sekeping je terus cepat menggemok. So cara paling afdal, uols letakkan stok makanan di depan mata. Kalau rasa lapar cepat ngap. Tapi jangan pulak ko melantak dengan buas. Alas perut sudeh.

3. Ambil sarapan pagi. Satu kajian telah dijalankan, gemuk juga disebabkan seseorang itu  tidak mengambil sarapan pagi. Ini kerana sarapan pagi tu boleh menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori. Uols pernah dengar tak pepatah ada menyebut, "makanlah kamu seperti raja pada waktu pagi, seperti rakyat biasa pada waktu tengah hari, dan seperti pengemis pada waktu malam"...so uols nampak point kat situ kan  :)

4. Kunyah makanan kepada cebisan kecil dan perlahan-lahan. Nabi kita pun mengamalkan makan dengan perlahan dan tidak gelojoh. Ada sebabnya kenapa Nabi kita makan cenggitu. Kalau kita makan perlahan-lahan, nanti tubuh akan terus menghantar isyarat ke otak menunjukkan kepuasan. So, nanti kita akan terus berhenti makan serta-merta.  Lagi satu kunyah 44 kali walaupun kadang-kadang masuk kunyahan ke 8 nasi dah lumat. Ada hikmahnya tu. Makanan akan senang di hadam.

5. Yang terakhir sekali, akak nak kongsikan dengan uols. Makanlah secara sederhana. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

Sekian, 
Wabillahi taufiq walhidayah assalammualaikum warah matullahi wabarokatuh....



Isnin, 4 Jun 2012

Petua Menaikkan Berat Badan

Kak Milah
Hi uolls. Chantek tak hari ni?. Pasti uolls nak mencarut hakak sat lagi kan. Pasal memberi petua menaikkan berat badan. Orang lagi tergolek tertonggeng bersenam, ikat perut kuat-kuat pakai tali tambat kerbau, tahan lapar pasal nak kelihatan rampeng dan kurus kan. Hakak pula nak kasi petua kasi naikkan berat badan.


Hey! Jangan ingat uolls je ada masalah berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai masalah kekurangan berat badan pun kira masalah gak hokey. Yelah, orang lain pose pakai baju kebaya nampak potongan macam pramugari Air Asia sebab badan dia ada shape model. Ko pun nak feeling baju kebaya, sekali pakai dah takda beza tiang letrik dengan orang pakai baju kebaya. Gitew kan. Ok, kali ni hakak nak bagi tips bagi menaikkan berat badan bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan berat badan. Let start bebeh!

1. Mula-mula uolls tanak nasi untuk keluarga tercinta. Mana yang tak reti mentanak nasi tu, ko boleh terjun lombong. Makan tahu, tanak nasi tak tahu. Aku lettew. Ok fine, masa tanak nasi tu kan ada air mendidih tu kan. Uolls ambil air yang mendidih tu kemudian asingkan ke dalam secawan cawan....err macam pelik je secawan cawan.... Kemudian, tunggu air tanakan tadi suam-suam manja atau dibiarkan menyejuk, pastu uolls teguk setiap pagi dan petang. Amalkan sehingga badan terasa gebu.

2. Banyakkan makan makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian. Gitew ala-ala ahli farmasi kan akak. Caranya, uolls gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi. Patutlah aku makin gemok masa gantikan roti dengan nasi dolu2...Upps

3. Cara ketiga, uolls janganlah tinggalkan waktu makan yang sepatutnya dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari. Maksud Kak Milah, uolls kena makan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam ala-ala berat sikit. Pastu yang hidangan snek tu, uolls amik masa minum petang dan minum malam. Pastikan snek tu bukan set hidangan snek plate kehepsi wokey. Nanti kau obesiti pastu kau cari hakak kan. Mencik.

4. Makan dengan kerap. Jika uolls tidak mempunyai selera makan, bolehlah makan lima atau enam hidangan kecil sehari. Maksud Kak Milah, ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan tak bagus. Ianya akan menambahkan lemak tidak sihat. Akak cadangkan uolls ambil makanan seperti mee goreng ke kan. Karipap-karipap cinta ke. Kuih -muih ke. Beskot kering ke kan. Asalkan perut ko tak kosong.

5. Yang terakhir yang akak nak kongsikan dan yang paling penting sekali ialah dengan mengamalkan piramid makanan dengan betul. Lebihkan pengambilan hidangan yang sepatutnya, dan kurangkan makanan yang tidak sepatutnya seperti gula, minyak, lemak dan sebagainya. 

Kalau kelima-lima cara akak ni tak berkesan jugak, kau terjun lombong tadah tangan bersyukur pada yang Esa di atas bentuk tubuh yang diberikan pada kita sihat dan masih boleh berfungsi dengan baik. Syukur dengan apa yang ada dik....

:)


Sumber : Telah diolah semula [DI SINI]

Isnin, 16 April 2012

Petua Menghilangkan Panau

Kak Milah


Hi uolls! Sihat? Sudah amalkan petua yang Kak Milah kongsikan sobolum ni? Kalau tak amalkan, Kak Milah x mau kawan. Okey bebeh, let start petua hakak yang seterusnya. Petua menghilangkan panau. Uolls ada panau? Hakak takde panau. Muka hakak lembut bak putih salju. *matiler ngaku muka licin bak seludang.....eh seludang??Ok2....Tau ke uolls, panau tu hape?

Panau tu satu penyakit kulit yang tak menyakitkan tapi boleh menjejaskan penampilan uolls terutamanya jika panau tu pose setepek kat muka uolls. Kiranya kulit uolls tu ada kulat la. Macam mana boleh dapat penyakit panau tu? Antaranya basuh muka semasa berpeluh, pakai baju berpeluh berulang kali, kurang mandi, pengaruh cuaca, pemakanan dan lain-lain. Macam mana nak atasi masalah ini mengikut petua nenek moyang kita? Let start bebeh.

1. Uolls hambik mak uolls punya bawang putih dan sedikit halia. Pahtu uolls tumbuk kedua rambuan tadi dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Sampai koyak-koyak kulit terasa perit dan merah hokey. Gitew.

2. Cara kedua, uolls boleh gunakan beberapa ketui lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas tadi pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas. Jangan tanya hakak kenapa. Haku kopipes je kat gugel hokey. Opss. ATAU tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok taik unta panau. Macam tadi juga, uolls tak boleh mengambil makanan berasaskan lengkuas. Hipotesis awal hakak, kemungkinan kalo makan lengkuas dalam masa yang sama rawatan ni dijalankan, kesan tu tak muharab. Kot. Kot la kan. Kalau salah jangan saman hakak.

3. Cara ketiga, Hakak paling suka yang ni. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu. Awas! Pucuk lada bukan bijik lada!

Orang kata mencegah tu lebih baik dari mengubati. So, bermula hari ini jangan basuh muka atau mandi ketika badan sedang berpeluh dan amalkan kebersihan selalu. Ok, itu sajok yang kak milah dapat kongsikan dengan uolls pada kali ini. Sesapa yang ada masalah kulit tu, bulihlah mencoba. Jumpa lagu bolan depan! Tata Titi Tutu...........




Isnin, 5 Mac 2012

Petua nak hilangkan parut demam campak

Kak Milah
Hi uolls...rindu kat kakak tak? Kompem rindu kan. Yelah dah sebulan kak milah tak ke udara kan. Akak berani gigit jari kelingking, kompem ada yang rindu setengah mati. Ok lah uolls, di pagi yang mulia ni, hakak nak kongsikan dengan uolls petua yang berikutnya.  Petua apa tu uolls? Petua macam mana nak hilangkan parut demam campak. Gitu. Kau mampu nak bagi talk kat orang pasal demam campak walhal akak pun tak penah kena lagi? *Pengsannnn....
Okey2, moh kita teruskan petua nak hilangkan parut demam campak.

1. Minum air kelapo mudo untuk mengurangkan iritasi akibat demam campak. Ha, kau jangan tanya akak apa ittew iritasi. Irihati akak tahu. Banyak kali hakak terkena. Opss. Bagus minum air kelapa muda ni. Akak dulu masa kecik-kecik, kalau demam je mesti apak akak petikkan buah kelapa muda kasi minum. Nak fresh petik dari pokok. Kalau dah terdosak bonar pokok kelapo takdo, uolls beli je kat pasar malam. Sebaldi sehengget. Ke secawan? Ok, secawan.

2. Selopah bintik-bintik campak tu keluar, uolls makan kuning telur rebus supaya penyakit campak ni tak berulang dan campak akan cepat surut. Tapi kan uolls, akak rela tepek pakai bedak sejuk dari menelan kuning telur ni uolls. Kembang tekak akak jap bila dipikirin balik.

3. Uolls penah tolong mak uolls masak nasi tak? Sapa yang anak orang kaya tu, huntung la bibik tolong masakkan. Sapa takda bibik tu, anak dara wajib tolong mak masak k. Jangan muka je cantik, skil masa haprak. Opss. Ha, air bilasan beras yang pertama tu, uolls tadah dan gunakan sebagai mandian. Kalau bibik tanya nak buat apa, kata kat dia "mind your own bussines". Kekdahnya. Proses ni untuk mengeringkan dan menghilangkan kesan campak.

4. Akhir sekali uolls mandi jangan bersabun selama 3 hari. Tu dia. Mampu ke? Kompem bau ketiak kan. Kalau uolls ikut semua petua ni, insyaAllah akak gerenti kesan parut tu tak banyak. 

Ini maklumat tambahan yang akak dapat kat intenet. Kalau kena campak ni, jangan makan kicap. Jangan main hujan. Dengar lagu hujan takpa. Jangan makan telur. Ayam. Daging. Dan....jangan uolls toreh campak tu! Selamat mencoba......See u next month...

Isnin, 30 Januari 2012

Petua Kempiskan Perut

Kak Milah


Assalammualaikum...hai uolls....
Chantek tak hari ni? Akak cantik uolls....terima kasih kepada simply siti.....tanpa simply siti muka haku macam hantu kum kum sudah. Ok, uolls kadang-kadang kalau muka chantek pun tapi perut ko macam buah kelapa 5 tan, pun susah gak kan uolls. So, di pagi yang hening ini kakak nak share dengan uolls petua berikutnya. Petua kempiskan perut! Cikidout bebeh......

1. Uolls mintak kat mak uolls punya asam jawa yang buat sapu kat ikan kasi elak hanyir tu, pahtu uolls rendam dalam air semalaman. Awas! Gunakan asam jawa yang baru. Bukan recycle lepas sapu ikan hanyir. Pahtu, pagi2 subuh tu uolls minum. Amalkan uolls. Selain suara ko ala-ala 3 suara, perut uolls pun akan kempis dari sehari ke sahari.

2. Petua yang keduanya, uolls amik lidah buaya tu pahtu masukkan dalam periuk dan tambahkan dengan sedikit air asam jawa. Uolls didihkan larutan itu dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian dah sejuk tu sapukanlah kat perut uolls yang boncit tu. Kalau nak guna petua ni, dua perkara je akak tegaskan. Jangan guna lidah jantan buaya dan jangan sapu masa larutan tengah menggelegak!

3. Seterusnya, bahan-bahannya adalah limau nipis dan kapur sireh. Perah limau nipis ke dalam mangkuk, uolls campur dengan kapur sireh dan gaul sehingga sebati. Pahtu lumurkan larutan tadi kat perut dengan sehelai bengkong. Nak cepat berkesan, amalkan selalu setiap kali nak tido. Kalau pipi kau tembam, jangan bengkong muka kau!

4. Berikutnya, uolls petik buah delima kat rumah jiran uolls. Mintak ijin dulu! Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Pahtu uolls rebuskan dengan sedikit garam. Air rebusan tu hendaklah diamalkan selalu. Awas! Jangan letak garam banyak sangat. Mampoosss haku nak menjawab dengan kementerian kesihatan mesia nanti.

5. Akhir sekali, petua paling mujaharab. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. InsyaAllah, kompem tak boncit

Rujukan : Link 1, Link 2

Isnin, 9 Januari 2012

Bagaimana Nak Hilangkan Jeragat


                                                               
                                                                               Kak Milah

Hi uolls...

Akak berani gigit jari, mesti uolls rindu setengah mati kat akak kan. Kalau tak rindu, kau pangkah entry akak sekarang! Oklah, di kesempatan ni, akak nak mengucapkan selamat tahu baru kat uolls. Ini kemunculan sulung kakak pada tahun baru ni. Tok Wan jangan jeles k, haku yang ke udara dulu untuk tahun 2012 nih lepas atok.

Baiklah, kakak tak mau carut panjang-panjang. Kakak nak kongsikan dengan uolls tips ataupun petua dari akak yang selanjutnya. Petua tersebut adalah, bagaimana nak hilangkan jeragat. Apa itu jeragat uolls? Jeragat adalah disebabkan liang roma kulit yang tersumbat oleh sebum (dikenali sebagai bintik putih atau bintik hitam). Ok, lets start babeh.


1. Uolls curi beras mak uolls segenggam. Kasi cuci pahtu rendam sehingga lembut. Kemudian tumbuk bersama kunyit selanjutnya bancuh dengan air limau nipis dan masukkan putih telur. Gaul semuanya sehingga sebati. Pahtu jangan uolls buat ramuan tu masak lemak cili api! Sapukan bancuhan tadi ke muka sehingga rata. Biarkan sehingga kering. Agak-agak uolls tak boleh nak senyum tu (kering), bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

2. Cara kedua, uolls petik pisang atok uolls kat kebun tu. Dan petik jambu batu jiran uolls. Blender sehingga hancur, campurkan dengan sedikit susu tepung, sapukan rata ke muka jadikan masker. Tunggu hingga kering kemudian uolls terus bilas.

3. Tahun baru cina dah dekat kan uolls. Tunggu apa lagi, kau beli limau mandarin kat apek tu, ambil kulit oren tu, blander kering lalu letakkan sedikit air. Uolls tonyoh-tonyoh ke muka, biarkan beberapa minit kemudian coci.

4.  Cara berikutnya, ambil cuka. Akak nak bagi amaran. Ini bukan cuka yang buat muka uolls hancur tu k! Kena saman aku nanti. Ini cuka makanan tu campurkan dengan air. Kemudia sapukan ke wajah nenek uolls, dan bilas selepas beberapa minit.

5. Akhir sekali, petua kak nita kita. Amalkan amik air semayang uolls. Amik air semayang , amik gak. Semayang jangan lupa. Uppss.





Awas...uolls jangan pakai sebelah muka saja


Atok pesan kat akak, tinggal 48 cucu sajok yang dicari untuk tahun 2012 ni, uolls cepat joint kat [SINI]
Sumber : 

Khamis, 3 November 2011

Petua Hilangkan Sakit Gigi Geraham Bongsu

Kak Milah


Hi uolls. Apa khabar bah? Sihat? Udah lama akak tak ketemu uolls. Rindu banget seh. Kalau tak silap akak, since last ramadhon akak tak jumpa uolls. Sejak ramadhon tu jugak, gambar header akak yang seksi maut kat atas tu, pihak pengurusan Apo2 Yolah tak ganti lagi. Sedeyh tau. Mencik. Akak dah bertudung uolls. Uolls bila lagi?

Oklah, akak tak mau carut panjang-panjang. Sekarang ni kakak ada tanggungjawab yang besar pada atok. Untuk makluman uolls, orang tua tu tengah merana sakit gigi. Gigi geraham bongsu dia baru tumbuh uolls. Feeling remaja la tu kan uolls. Walhal dah senja. Atok paksa akak buat entry pasal petua nak hilangkan gigi geraham bongsu. 

Sebelum tu akak nak share dengan uolls kenapa sakit bila gigi geraham bongsu ni tumbuh. Menurut sumber yang dipercayai yang digodek dari google, Gigi geraham bongsu adalah gigi molar ketiga (terakhir). Gigi Geraham Bongsu biasanya keluar antara umur 18-25 tahun. Gigi geraham bongsu atas biasanya tidak banyak masalah, tetapi gigi geraham bongsu bawah biasanya tidak cukup tempat untuk keluar,iaitu terbenam atau keluar mencondong. Nyampah akak dengar tau ayat 18-25 tu konon. Oklah, sebelum akak kene tempeleng kt atok sebab mengeji dia, akak teruskan petua-petua hilangkan sakit gigi geraham bongsu sebelum jumpa Dentist.

1. Uolls ambil 8 cubit garam kemudian rebus bersama air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan. Garam tu jangan ko ambil 80 cubit. Kang gigi ko tak sakit, tapi ko kena usung kat spital sebab sakit darah tinggi uolls.

2. Uolls tahu tak minyak vicks yang panas tu? Ha, ada mokcik kat tempat akak kursus ni kata, sapukan vicks tu kat tempat gigi yang sakit. Bukan telan ye uolls. Masuk ICU kau nanti. Sapu je. InsyaAllah, kesakitan tu akan berkurangan.

3. Petua seterusnya ini hasil gabungan kuno dan moden. Uolls cari bunga cengkih. Sumbat bunga cengkih dalam gigi yang berlubang, kumur air garam, kumur dengan Listerine. Siap. Macam masak meggi lak ye.

4.Hisap ketulan ais supaya gusi uolls rasa kebas. Bila dah kebas tu, uolls kebal la macam badang. Bila dah tak kebas balik, ko jadi seladang. Ok, akak tengah carut kau. Akak mintak ampun. Sebenarnya hisap ketulan ais tu sajok sampai gusi rasa kebas.

5. Kalau cara tu suma tak berkesan jugak, akak cadangkan baik uolls jumpa dentist cepat-cepat. Dia akan bagi kita painkiller, cabut atau lain-lain. Jangan tunggu lama-lama. Sakit gigi ni bahaya tau. Dia main dengan urat saraf. Boleh effect kan saraf yang lain. Jangan main-main.

Ok, itu sajok perkongsian dari akak hasil temuramah orang tua-tua, dan nasihat uncle gugel. Sepanjang permasalahan atau pertanyaan, uolls bolehlah utarakan di ruangan komen itu. Kalau uolls ada tambahan ke atau nak puji tudung akak ke, uolls tinggalkan komen gak. Akak chow dulu. Tata titi tutuuu...


Sumber : Google

Selasa, 26 Julai 2011

Petua Melebatkan Kening

Kak Milah
Morning uolls. Kabare wak? waras? Akak nak jadi kakitangan Apo2 Yolah pertama wish "selamat berpuasa" kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Seminggu lagi uolls. Mana yang tak ganti tu baik diganti cepat sebelum terlambat. Pasni akak kena pakai tudung bawal kan uolls. Baiklah, untuk topik kali ini kak milah nak kongsikan dengan uolls petua berikutnya, iaitu petua melebatkan kening.

Cuba uolls perhatikan betul-betul kening akak. Santek tak? Itu bukan potosop uolls. Itu semulajadi wokey. Sejak dari azali lagi kening akak terbentuk dan hitam lebat macam tu. Tiber akak teringat kata-kata keramat bekas majikan akak, maybelin. "Mungkin kecantikan asli, mungkinnya maybellin!"...So, akak nak tukar sikit ayat keramat tu. Akak tukar "Mungkin kecantikan asli, mungkinnya petua tok moyang haku!"....Bley uolls? Ok, kita teruskan pada petua melebatkan kening ;

1. Ambil buah keras, uolls bakar sampai legam. Dengan menggunakan sebatang lidi uolls gosok pada buah keras tu kemudian sapukan kat kening uolls beberapa hari. Nanti uolls akan perasan kening uolls akan lebih lebat dan terbentuk. Awas! Ko jangan tanya haku buah keras tu hape, akak tak tahu uolls....Ampunnn...

2. Alternatif lain adalah dengan DAUN lidah buaya. Akak kena letakkan huruf besar pada perkataan daun tu supaya uolls tak keliru antara daun lidah buaya dan lidah buaya. Lidah buaya pula ada dua kategori ye uolls. Lidah buaya binatang dalam sungai rajang tu dan yang keduanya jantan lidah buaya bercabang bermata keranjang. So abaikan 'lidah buaya' itu sebaliknya tumpukan pada "daun lidah buaya". Daun tu uolls picit sampai keluar lendir dan sapukan kat kening uolls tiap-tiap malam. Kompem ummie aida menangis sebab title kening cantiknya uolls rampas lepas nih.

3. Bawang putih. Uolls curi bawang putih mak uolls kat dapur tu pastu uolls hiris hujungnya sikit. Sapukan pada kening mengikut alur kening pada setiap malam. Esoknya bangun solat subuh terus cuci. Ingat ye uolls, cantik cantik jugak, solat jangan lupa!

4. Uolls kenal tak pucuk paku? Mana yang dok bandar tu mesti ingat paku punya pucuk yang tajam tu kan. Salah uolls. Pucuk paku adalah sejenis sayur-sayuran. Ha, uolls picit pucuk paku tu sampai keluar lendir kemudian cepat-cepat uolls sapukan pada kening. Amalkan selalu.

5. Akak rasa cukuplah 5 petua tu kot. Kalau kening kau tak cukup hitam jugak, kau pergi kedai Muthu cakap kat dia nak beli pen marker permanent punya kaler hitam. Kau lukis kat kening kau bentuk macam mana kau suka. Boleh uolls? 

Ok, akak adios dulu....selamat mencubaaa!!

sumber :

Khamis, 30 Jun 2011

Petua Muka Berseri

Kak Milah
Hi uolls, khabare wak? waras? Gitu, jadi minah jawa aku pagi-pagi buta ni kan. Ha, baiklah, untuk entry kali ini akak mau share dengan uolls petua muka berseri. Mesti uolls tertanya-tanya apakah tips dan amalan harian akak sehinggakan menjadikan muka akak berseri 8 batu dah nampak cahaya kan. Ok, mari kita teruskan pada amalan harian kakak.


1. Cuci muka dengan air beras. Seeloknya uolls cuci dengan bilasan yang kedua sebab bilasan pertama tu menjadikan kulit kita gatal. Kang uolls garu-garu sampai sopek kulit tu, jangan salahkan akak k. Lakukan amalan ini sehari sekali setiap hari. Dengan izin Allah, kulit muka uolls bukan sahaja lembut dan berseri malah lebih putih cerah.

2. Cara yang kedua ialah dengan melumurkan air nasik yang di masak hampir kering tu kat muka. Uolls ambil dalam 2 sudu camca. Pastu dah suam-suam suku tu uolls tepek air tu kat muka. Jangan lupa dengan leher uolls sekali k. Akak takut kalau sapu kat muka nanti tona kulit kau tak sekata. Ha, dah tepek tu biarkan sehingga kering dan bilas.

3. Cara berikutnya, uolls cuci muka tu terlebih dahulu kemudian cuci dengan air kelapa tua. Nak tua je tau, yang muda tak nak. Yang muda stok geli-geli je. Kemudian biarkan air tadi kering dan lakukan seminggu tiga kali. Insyaallah akan nampak perubahan dalam masa sebulan.

4. Uolls goreng beras tapi tak payah letak minyak, sehingga kekuningan. Pastu uolls kisar sehingga lumat. Dah lumat tu campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit. Kemudian uolls tepek kat muka tu macam bedak sejuk tu. Kompem esok muka kau macam hantu berseri-seri. Amalkan selalu ye.

5. Akhir sekali, paling mujarab, uolls amalkan amek air semayang. Gitu. Yang ni akak selalu amalkan. Tapi....ada tapi tu uolls. Kalau dah amek air semayang tu, jangan lupo pulak nak bersolat yo!



Sumber :

Khamis, 9 Jun 2011

Petua Melebatkan Rambut

Kak Milah
Hi uolls. Kini akak bersiaran kembali. Kak Milah sure, ramai yang menantikan kehadiran kakak dalam segmen petua ni kan. Erk. Baiklah, tanpa membazirkan masa akak nak share dengan uolls petua melebatkan rambut. Layan...


1. Uolls tahu tak apa itu santan? Kalau yang jenis jarang masuk dapur tu memang tak tahu ye uolls. Opss. Santan tu yang bahan asas kita masak rendang tu. Eh ye ke? Ha...santan ni adalah bahan terpenting dalam usaha untuk melebatkan rambut. Caranya, uolls basahkan rambut dulu, kemudian lumurkan pati santan tadi ke seluruh kepala. Lepas tu uolls balut pakai kain buruk mak kau tuala then biarkan selama setengah jam. Kemudian uolls boleh bilas.

2.  Cara berikutnya adalah dengan menyapukan minyak bijan. Akak tak tahu minyak bijan tu hapo. Tapi, menurut kawan akak, minyak bijan tu boleh dapat di kedai mamak. Uolls tanyalah mamak tu, minyak bijan ane! Cara penggunaannya sama seperti di atas tadi uolls. Bezanya cuma, uolls sapu ke akar rambur dan biarkan sehingga pagi. Dah pagi tu, subuh jangan lupa ye uolls. Wajib tu. Masa mandi tu uolls bilas pakai syampoo tak pedihkan mata macam biasa.

3. Seterusnya uolls yang tak bajet nak beli santan atau minyak bijan tu, uolls boleh guna cara ketiga ni. Depan rumah uolls ado pokok rambutan kan. Ha, uolls petik daun pokok rambutan tu, yang muda saja ya. Daun yang tua tak nak. Dah berkedut. So, pucuk daun rambutan tu, uolls petik dan ramas dengan air sehingga keluar lendirnya. Kemudian uolls sapukan lendir tadi tu ke atas kepala dan biarkan selama 20 minit. Lakukan 2 hari sekali sehingga daun pokok rambutan uolls togel!

4. Kalau rumah uolls takde pokok rambutan jugak (sedeh), uolls boleh amalkan petua berikutnya. Lepas uolls makan tu kan, uolls basuhlah tangan tu. Lepas basuh tangan tu, lapkan ke rambut dengan bersalawat 3 kali. Ha, yang ni akak tak tahu mujarab ke tak, tapi akak dapat petua ni dari otai, Petua Laman Nenek. So jangan uolls coba mempertikaikan. Kalau yang makan pakai sudu garpu tu, uolls boleh gak guna sudu garpu sental kau punya rambut. Ha, ini idea gila akak. JANGAN TIRU!

5. Dan yang terakhir sekali, ambil arang dari pokok getah. Copp! pokok getah ada arang ke? Oh ye....kayu getah yang dah dibakar tu akan jadi arang lah kan. Bengap tul kak milah ni.  +_+.
Ha, arang tu uolls tumbuk sampai hancur. Kemudian lumurkan kat muka kau rambut dan biarkan sekejap sebelum dicuci. Amalkan setiap hari.

Ok uolls, itu sajalah petua yang akak sempat nak share minggu ni. Mana yang baik tu datang dari Allah, mana yang buruk tu datang dari akak sendiri. Gitu. Muslimah sangat kan. Ok, sebelum uolls amalkan petua ni, sila dapatkan nasihat doktor k! Akak dah cuba petua ni semua, memang berkesan!...Selamat mencuba!!








Akak dah cuba....uolls bila lagi nak cuba???

Selasa, 17 Mei 2011

Petua Kuruskan Badan

Kak Milah


Hi uolls. Cantik tak pagi ni? Lama sudah kakak tak bersiaran. Kali ni kakak nak share dengan uolls tentang tips menguruskan berat badan. Tu dia. Bagi sesiapa yang berat dah ideal tu, jangan pulak uolls kasi pangkah blog akak. Atleast uolls share2 lah kat kawan-kawan yang gendut tu kan. Opss. Tanpa membazirkan masa dan air liur aku, kita teruskan kepada tips atau petua untuk menurutkan berat badan.

1. Makan ikut waktu
Walaupun uolls diet, akak ingin tegaskan jangan sekali-kali kau tak makan! Mesti kena makan. Badan kita ni macam kereta. Kereta perlukan petrol untuk bergerak. So, waktu yang sesuwei untuk makan adalah seperti berikut :-
Sarapan : 6.30am-7.30am
Makan tengah hari : 12.00pm-2.00pm
Makan malam : 6.00pm-7.00pm
(brunch, minum petang, minum malam tu korang tak payahlah amek. Kalau amek gak, serupa aku tak payah membebel dalam ni. Menghabihkan bogheh yo!)

2. Senaman 
Amik contoh macam ni. Uolls makan dengan 1000 kalori sehari. Ini contoh ye. Kalau aku salah mention kalori2 ni jangan nak saman akak pulak. So, cuba kalian bakar balik kalori tu dengan senaman. Paling koman pun berjalan dengan laju selama 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau 100 masuk, 100 buang. Kalau tak sempat nak bersenam 30 minit berturut-turut tu, boleh pecahkan 10 minit setiap sesi selama 3 sesi. Ha, camtulah.

3. Ambil makanan seimbang
Akak tahu ramai yang cakap nasi menyebabkan kegemukan. Padahal kau tu sendiri melantak tak hingat donia. Nasik kau salahkan. Cuba amik hidangan yang seimbang. Lemak, gula, garam cuba kurangkan. Lebihkan pada senyuman. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat. Protein dan susu ambik dalam kadar sederhana. Mesti kena seimbang. Kalau sebelum ni pinggan uolls tu besar jam dinding yang mempunya diameter sehasta, cuba lepas ni uolls pakai pinggan cute macam mangkuk kucing tu. Nanti hidangan nampak penuh walhal hakikatnya sebaliknya.

4. Makan atau minum benda masam.
Akak selalu jugak amalkan minum air suam limau nipis tanpa plumbum gula! Baik lepas sarapan, lunch atau candle light dinner. Selain tu akak suka makan buah epal hijau, mangga dan pisang. Pisang walaupun tak masam, tapi ia mampu mengurangkan berat badan tau. Senang citer, uolls banyakkan melantak buah-buahan.

5. Tidur mencukupi.
Ini pun penting jugak uolls. Dah seharian uolls berdiet then tidur tak sampai 6 jam sehari, pun sia-sia jugak usaha uolls. Tidur mestilah mencapai had antara 6 ke 8 jam bergantung kepada individu. Kalau terlebih tidur pun susah gak uolls. Tu yang terjadi kes di mana pipi gebu dan melendut tu akibat suka tido siang. Erk

6. Berpuasa sunat.
Dah alang-alang uolls nak turunkan berat badan tu, apakata uolls cuba disiplinkan diri berpuasa sunat pada setiap hari Isnini dan Khamis? Kajian menunjukkan, jika kite perpuasa perut berada di dalam keadaan relex. Maksudnya dalam seminggu tu, kilang tak beroperasi selama dua harilah kiranya. So, boleh memantopkan performance perut dalam mencerna makanan dengan lebih baik. Badan cun, pahala pun dapat.

Oklah, itu sajok tips dari akak. Kali ni takdo disertakan link rujukan sebab tu suma tips dari kakak sendiri. Psttt.... kak Milah tak sihat sebenarnya ni. Maaflah kalau entry dua tiga hari ni macam tak kaw kaw. Apa-apapun, selamat beramal uolls......cau cin cau......Assalamualikum.

Rabu, 20 April 2011

Petua Tidur Nyenyak

Kak Milah



Hi uolls? Cantik tak pagi ni? Ni akak nak koba kat uolls ni. Si Suhami tu mengadu kat akak. Minggu ni dia kena stand by kat opis sampai pukul 1 pagi. Pasal opis dia ada buat renovation. So, giliran dia hari selasa dan khamis sampailah hujung bulan 4 ni. Tapi yang memilukan hati jambunya, apabila minggu ini setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan kemungkinan juga Khamis dia akan bekerja dari pukul 8.00 pagi sampai 1 pagi keesokan harinya!

Dia kata kata kat akak, dia tak kisah bijik matanya jadi lebam macam Kak Limah. Tapi yang dia kisah sekarang ni, dia selalu susah nak tidur baru-baru ni. Makanya, dia nak mintak tips dari akak. Ha, kau pasang telinga kau baik-baik Suhami Ahmad! Kalau telinga kau tertinggal kat rumah, kau pakai earphone sekarang!  (menjengkelkan  T.T" )

1. Elakkan minuman berkafein.
Kalau uolls duduk asrama kemudian baju haprak hapak uolls berlambak dalam baldi memerlukan kalian mencucinya malam tu jugak, then akak galakkan uolls minum minuman kafein! Kalau uolls ada meeting dengan Presiden Indonesia keesokan harinya, haram bagi kau minum minuman berkafein!

2. Elakkan makan 4 jam sebelum tidur.
Kalau jenis macam akak ni, sebelum pukul 7 akak dah candle light dinner gitew. So, malam tu bolehlah aku terlentang atas katil dengan jayanya. Maka, kalau nak cepat tidur, uolls jangan melantak sepinggan nasik ayam 10 minit sebelum waktu tidur. Nanti akan mengganggu proses pencernaan. Lelemak akan berkumpul kat perut. Otak uolls pun akan kompius. Nak tidur ke, nak proses dulu. Arghhh! baik proses pencernaan dulu. Then dah berlaku short circuit di situ.

3. Jangan membaca risalah yang berat.
Akak tahu, membaca tu jambatan ilmu. Tapi kok ye pun tak perlulah nak baca bursa saham, negara tropika, kalkulus, satelit meletup bagai masa nak tidur. Cukuplah membaca bahan ringan. Nanti elok-elok dah ngantuk, terus tak jadik nak tidur. Otak kau sibuk nak buat kalkulus pulak. Selagi tak selesai, selagi tu tak mau tido. Buat nanya badan je.

4. Amalkan minum susu.
Ha! kau kan amalkan minum susu anlene  kan Suhami? Apehal tak leh tidur gak? Betul ke kau minum susu anlene ni...ntah-ntah susu......susu cap teko!! Eh, susu gak tu kan. Ha, susu ni boleh mempercepatkan kadar mengantuk uolls. Selain itu, tidur akan lebih nyenyak sampai keesokan paginya. Kesannya, esok lebih rasa bertenaga dan muda.

5. Pastikan keadaan gelap
Setakat uolls letakkan lampu kalimantang 10 inci dari muka uolls, memang lah tak bulih tidur! Bilik tu kena malap sikit. Pastu kalau boleh cat bilik tu warna coklat. Kompem cepat tidur.

6. Bersenam atau melakukan aktiviti keluar peluh pada petangnya
Tak kisahlah uolls nak main ketenteng ke, main police ten three ke, main tepuk amai-amai ke, main futsal ke kan, yang penting keluarkan sikit peluh tu. Apabila malam, badan akan rasa penat dan senang nak tidur. Cuma akak tak galakkan uolls main futsal lewat malam sangat. Sebab nanti jantung akan mengepam darah ke semua sistem badan dengan lebih cepat. Badan kembali aktif. Susah uolls nak lelap.

7. Muhasabah
Lastly akak galakkan uolls amik air wudhuk, berdoa sebelum tidur, maafkan semua orang tak kisahlah dia musuh ketat ke, separa ketat ke, tak ketat ke kan. InsyaAllah dengan izinNya senang uolls nak tidur. Bila hati rasa tenang dan aman, terus jiwa tenteram. Amin.
(akak terus capai kain tudung Siti Nurhaliza)

Rabu, 30 Mac 2011

Petua Hilangkan Lenguh Badan

Kak Milah

Hi uolls, amacam pagi buta ni. Cantik? Kalau nak kelihatan cantik macam Kak Milah (natural beauty shine pati ayam brand), uolls kena bertuition dengan akak dulu k. Sejam rm50. Kau mampu? Baiklah, akak tak mau mencarut panjang-panjang di pagi yang hening ni. Akak nak direct kongsi dengan uolls petua hilangkan lenguh-lenguh badan.

Akak tahu, uolls mesti tak lari dari lenguh-lenguh ni kan. Baik kerja opis, 'kerja keras', suri rumah, even student pun kadang-kadang lenguh. Ala...akak tahulah! Dulu akak pernah belajar kat University Oxford! tapi sem 1 dah kene tendang...Baiklah kita teuskan pada petua yang akak cilok kat gugel ni...

1. Uolls kenal halia tak? Yang mak kau guna nak masak sup ekor lembu tu. Ha, halia tu uolls siap parut dan campurkan dengan sikit air. Pastikan bini kau tahu kau sapu halia dan bukan ubat guna-guna! (kalo dah kawen). InsyaAllah, akak garenti esoknya badan uolls akan rasa segar dan nyaman!

2. Uolls pernah tengok cite mawar putih tak? Ala, kalau tak silap akak awal 80an. Akak jadi pelakon tambahan sebagai orang gilo dalam cite tu. Ha...dalam cite tu kan ada watak si hero ni mandi air kelapa. So,  tips ni sudah wujud sejak zaman prasejarah lagi orang dah guna untuk segarkan badan. Uolls hamek kelapa muda sebijik, pastu kupas dan amik airnya. Air kelapa tadi uolls campur dengan air sejuk then mandi pada waktu tengah hari. Buat selama seminggu. Nanti badan uolls bernasur segar-bugar.

3. Makan buah anggur basah. Akak tahu anggur sering dikaitkan dengan golongan kelas atasan. Tapi ingin akak tegaskan di sini. Weii, kat giant sekilo baru 5 hengget. Ape ke de hal? Mampu milik wokey. Sume orang mampu beli. Ha, uolls amalkan makan anggur basah tu. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.

4. Kan kalau orang kawen ada buat hantaran daun sireh tu kan. Ha, apa lagi, kau curiklah daun sireh hantaran tu then gosok-gosok kat tapak tangan sampai keluar air. Pastu uolls sapulah kat mana-mana bahagian yang lenguh tu. InsyaAllah dengan kuasa Allah boleh hilang.

5. Cara atau tips terakhir sekali adalah dengan menggunakan hair dryer. Tu dia. Akak tak tipu tau. Akak dapat maklumat ni dari kakak gugel jugak. Kalau tak mujarab, kau jangan sumpah haku. Kau sumpahlah kakak gugel tu. Ha, logiknya hair dryer ni tadi akan mengembangkan salur darah uolls bagi melancarkan perjalanan darah tu. Tapi kalau takda hair dryer kau jangan pandai-pandai cop tengkok kau pakai seterika. Mampus aku nak jawab kat court sok. Ok uolls, selamat beramal!!


Khamis, 3 Mac 2011

Petua memutihkan gigi

Kak Milah

Hi uolls. Apa khabar? Macam mana kehidupan seharian? rindu sama kak milah tak? Kita bakor je...kita bakor....*tetiber

Kali ini tibalah giliran kakak untuk menjalankan rutin mingguan. Err...ke rutin 2 mingguan. Ok, 2 mingguan. Rutin yang kak milah maksudkan ialah...........music doremon plisss.......

"Petua Kak Milah"...

hoyeyyyyy tepok tangan sekarang! Sungguh gedik ye kau kak milah. Gedebushhh! Hamek pelempang sebijik.

Ya, akak tahu. Starting yang sungguh menjengkelkan. Baiklah, tanpa melengahkan masa, dalam segmen kali ini akak nak kongsi dengan uolls petua memutihkan gigi. Akak tahu ramai yang tengah cover gigi kuning bak buah durian masing-masing sekarangkan. Jangan risau, InsyaAllah dengan petua yang akak nak kongsikan ini nescahaya gigi kau putih kalah gigi beruang pola dalam iklan TV tu.


1. Pernah dengar tak lagu ni.....bangun pagi, gosok gigi, capai tuala, pergi mandi...eh ye ke camtu uolls?? Haaaaa.....sebelum uolls nak pergi mati mandi, kena gosok gigikan. Tapi untuk mendapatkan gigi yang putih berseri macam gigi aku ni, sebelum gosok gigi pakai ubat gigi tu, uolls sapu dulu gigi tu dengan Serbuk Penaik atau nama santifiknya Sodium Bikarbonat terlebih dahulu. Kau jangan ingat nak buat kuih apam je pakai sebuk penaik. Gigi pun pakai tau. Uolls tenyeh-tenyeh macam mana nenek kau tenyeh sireh kat mulut dia. Kalau tak tahu nak tenyeh, kau tanya nenek ni. Lepas uolls tenyeh tu, uolls berkumurlah. Pastu gosok gigi pakai ubat gigi macam biasa. Tapi jangan buat banyak kali tau. Akak risau gigi kau rongak sobab Sodium Bikarbonat ni macam agen pereput. So, amalkan seminggu dua tiga kali tu wokey.



2. Uolls kenal pisang tak? Kalau tak kenal sah kau ni spesis reptalia hampir pupus. Uolls amik biji pisang yang dah masak tu. Kemudian bakarlah biji pisang tu sampai hangus legam kalah bontot kuali. Akak tak pasti nama pisang yang berbiji tu. Tapi pisang berbiji tu lebih besar sikit dari pisang biasa. Pastu uolls kisar atau tumbuk biji tu jadi macam serbuk. Gunakan serbuk tu untuk menyental gigi kau yang kuning tu. Akak cadangkan uolls lakukan aktiviti berfaedah ni tiga kali seminggu. Kesannya pasti memuaskan. Uolls akan sentiasa nak senyum manjang sebab gigi dan puteh kennn.



3. Petua yang ni akan tak jamin bagi uolls yang menghidap penyakit darah tinggi atau kentut berdarah. Akak nasihatkan uolls kena mintak pendapat doktor haiwan dulu. Masa nak gosok gigi tu, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi setiap kali nak gosok gigi. Amalkan selalu InsyaAllah gigi uolls akan berseri-seri. Selain gigi berseri-seri, petua ini jugak dapat menghindarkan daripada penyakit gusi dan mulut. Bukan kuku dan mulut! Pastu perisa pun rasa lagi best. Tak caya? cuba try test.



4. Petua ni apak kak milah penah ajarkan masa kakak kecik-kecik dolu. Uolls ambik tempurung kelapa. Tak ada tempurung kelapa, tempurung lutut kau pun boleh. Tempurung kelapa tu uolls bakar. Nanti arangnya yang hitam tu, uolls gentel2 kat gigi. Dah gentel2 tu, then uolls kumur-kumurlah. Jangan tak kumur-kumur. Kang kau cari aku libas pakai parang kontot ajar ajaran sesat sebab gigi jadi hitam. Jangan k uolls. Bila akak suruh kumur-kumur tu, so kumur2 lah. Nanti akak tak mau share petua lain laie nanti baru tahu.



5. Petua yang terakhir sekali ni, kakak segan sikit nak sharing. Bukan saja segan, tapi kadar akak kena bomoh kat uolls lepas ni amat tinggi kesan tips yang akak berikan ni. Tapi nak tak nak kakak kena sharing jugak sebab nak cukupkan 5 petua. Nak tahu gapo dio?
Uolls pergi kedai software komputer. Cakap kat apek tu, "apek aku nak CD installer Adobe Photoshop CS5!!!!!" . Kau photoshop gigi tu suddeh.... 

Anda sukakan Kak Milah? Klik Undi masuk. Anda benci Kak Milah? Klik undi keluar. Akak rempit duluuu...wengggggggg wenggggggggggggggggggggggg!

 Kih Kih Kih.....
Sumber : 
Apak akak

Khamis, 10 Februari 2011

Tips menghilangkan kelemumur

Kak Milah
Hi uolls.....
Kabare wak? waras??......Rindu kat akak tak? Akak percaya nescahaya korang rindu kat akak kan exspecially izziwhat! kih kih kih (akak gelak sopan ok!)

Lama dah aku tak mencarut dalam segmen "petua kak milah" ni. Meh sini akak nak balas dendam. Uolls ingat lagi tak entry rintihan jiwa atok dulu yang menghidapi masalah kelemumur tahap kronik? Apa? Tak tahu? Kak Milah sula nanti baru tahu. Ok, kalau tak tahu klik [SINI].

Ha, atok ada mintak pandangan akak pasal masalah kelemumur ni. Tapi memandangkan turn akak 2 minggu sekali bersiaran, so akak baru hari ni nak share dengan uolls dan atok  tips menghilangkan kelemumur. Uolls kena pakat-pakat buat rusuhan jalanan pasal si Suhami Ahmad tu. Oooo, time turn atok hari-hari entry dia ado. Aku ado?? Moh kita pancitkan tayar keta Suhami Ahmad!! Sungguh tidak adil.

Oklah, akak teruskan pada petua kita kali ini iaitu petua menghilangkan kelemumur.
 

1. Uolls kenal tak limau nipis? Ala...Limau tu nipis je, macam kertas A4. Ok, terdapat unsur faraud di situ! Uolls amik limau nipis tu. Kasi potong. Lumurkan rambut uolls tu dengan beberapa potong limau nipis. Bukan lumur dengan lumpur ye uolls. Itu kobau aku je yang suka melulur dengan lumpur. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar. Aiceh, macam iklan tak uolls?  

2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat.  Nak kisar pakai apa? Pakai blenderlah uolls sayang. Takkan nak kisar pakai spender. Choii! Kemudian tapis dan ambil patinya.  Tetiber akak teringat pati ayamas uolls. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu. 2 kali seminggu je tau bukan sehari 5 kali. Kalau buat hari-hari, aku risau bukan kelemumur je yang luruh, dengan rambut-rambut kau sekali luruh! 

3.  Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Jangan tanya akak apa itu halba sebab akak tak tahupun uolls. Jessica Alba akak tahu. Tukang hangkut buku teks akak masa study kat US dulu. Kemudian campuran tadi tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu. Haish! mesti 15 minit! Mesti 2 kali seminggu! Uolsss......petua ni uolls...jangan langgar pantang larang tok nenek monyang kito.....(akak terus pose duduk bersimpuh).

4.  Selain dari sudut petua tok monyang sepupu sepepat homo sapiens, akak nak share dengan uolls dari sudut sains fiksyen ok. Cikidout...
  • Mula-mula sekali, syampukan rambu uolls yang berkeladak dek kelemumur tu ikal mayang itu setiap hari. Kalau boleh dua kali sehari… Maka tak sempatlah kelemumur tu nak membiak. Dengar tak tu uolls? Kena rajin menyental. Tapi akak tak galakkan uolls sental pakai dynamo atau fab buku.
  • Jika syampu di rumah uolls bukan syampu anti-kelemumur buangkan sahaja sekarang, dan gantikan dengan syampu anti-kelemumur yang berlambak dipasaran. Pastikan syampu anti-kelemumur tersebut mengandungi salah satu bahan-bahan ini zinc pyrithione, selenium sulfide, salicylic acid, atau ketoconazole bahan-bahan ini berfungsi untuk mengelakkan fungus(adik-beradik cendawan) daripada terbentuk dikepala uolls. Anti-komunis atau anti-rusuhan itu tidak termasuk dalam kategori syampoo anti-kelemumur uolls.
  • Jangan gosok gunakan kuku, kalau boleh ketika cuci rambut pastikan kuku jari pendek supaya kulit kepala tidak tercedera ketika kita bersyampu. Kalau kulit kepala tercedera, cuba gunakan syampu bayi sehinggalah kulit kepala sudah pulih sepenuhnya. Akak teringat kenangan masa akak disental tukang gunting rambut pakai kuku panjang uolls. Macam kena cakar dek harimau. Sumpah akak tak datang situ lagi.
  • Selepas uolls bersukan, atau berkebun pastinya badan berpeluhkan? Melainkan uolls bersukan benda lain. Kalau boleh terus bersihkan kulit kepala, dan syampukan rambut secepat mungkin. Ini bagi mengelakkan kelemumur membiak di kulit kepala uolls.
  • Kurangkan penggunaan gel, krim, mahupun minyak rambut. Ini kerana, penggunaan bahan-bahan tersebut dengan kerap boleh membuatkan kulit kepala berminyak. Psst...akak ada terbaca pasal minyak zaiton. Bagus gantikan sebagai syampoo dan minyak rambut.
Cuba try test ok. Adakah cara-cara yang akak nyatakan ini berkesan? Jika berkesan taip PKMkesan dan hantarkan undian anda ke 74744 sekarang! 
Selamat mencuba ok. Ha, ini antara link sumber yang akak perolehi. Bukan hantam keromok wokey. Thanks to
Ambil part mana yang boleh diguna pakai. Part yang akak mencarut tu uolls abaikan.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih