Rabu, 30 Mac 2011

Petua Hilangkan Lenguh Badan

Kak Milah

Hi uolls, amacam pagi buta ni. Cantik? Kalau nak kelihatan cantik macam Kak Milah (natural beauty shine pati ayam brand), uolls kena bertuition dengan akak dulu k. Sejam rm50. Kau mampu? Baiklah, akak tak mau mencarut panjang-panjang di pagi yang hening ni. Akak nak direct kongsi dengan uolls petua hilangkan lenguh-lenguh badan.

Akak tahu, uolls mesti tak lari dari lenguh-lenguh ni kan. Baik kerja opis, 'kerja keras', suri rumah, even student pun kadang-kadang lenguh. Ala...akak tahulah! Dulu akak pernah belajar kat University Oxford! tapi sem 1 dah kene tendang...Baiklah kita teuskan pada petua yang akak cilok kat gugel ni...

1. Uolls kenal halia tak? Yang mak kau guna nak masak sup ekor lembu tu. Ha, halia tu uolls siap parut dan campurkan dengan sikit air. Pastikan bini kau tahu kau sapu halia dan bukan ubat guna-guna! (kalo dah kawen). InsyaAllah, akak garenti esoknya badan uolls akan rasa segar dan nyaman!

2. Uolls pernah tengok cite mawar putih tak? Ala, kalau tak silap akak awal 80an. Akak jadi pelakon tambahan sebagai orang gilo dalam cite tu. Ha...dalam cite tu kan ada watak si hero ni mandi air kelapa. So,  tips ni sudah wujud sejak zaman prasejarah lagi orang dah guna untuk segarkan badan. Uolls hamek kelapa muda sebijik, pastu kupas dan amik airnya. Air kelapa tadi uolls campur dengan air sejuk then mandi pada waktu tengah hari. Buat selama seminggu. Nanti badan uolls bernasur segar-bugar.

3. Makan buah anggur basah. Akak tahu anggur sering dikaitkan dengan golongan kelas atasan. Tapi ingin akak tegaskan di sini. Weii, kat giant sekilo baru 5 hengget. Ape ke de hal? Mampu milik wokey. Sume orang mampu beli. Ha, uolls amalkan makan anggur basah tu. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.

4. Kan kalau orang kawen ada buat hantaran daun sireh tu kan. Ha, apa lagi, kau curiklah daun sireh hantaran tu then gosok-gosok kat tapak tangan sampai keluar air. Pastu uolls sapulah kat mana-mana bahagian yang lenguh tu. InsyaAllah dengan kuasa Allah boleh hilang.

5. Cara atau tips terakhir sekali adalah dengan menggunakan hair dryer. Tu dia. Akak tak tipu tau. Akak dapat maklumat ni dari kakak gugel jugak. Kalau tak mujarab, kau jangan sumpah haku. Kau sumpahlah kakak gugel tu. Ha, logiknya hair dryer ni tadi akan mengembangkan salur darah uolls bagi melancarkan perjalanan darah tu. Tapi kalau takda hair dryer kau jangan pandai-pandai cop tengkok kau pakai seterika. Mampus aku nak jawab kat court sok. Ok uolls, selamat beramal!!


21 ulasan:

jUliANa^sAlLeh berkata...

atok!!!!ingat laie tak kek jujue nie???huuuuuuu~* jujue dtg nie tok..mano poi shoutbox tok???

KUREKURE COMEL berkata...

hahaha...sengal la atok...senak perut gelak kat opis ni..kihkihkih...


tok tip denak perut ada?hahaha...



bagus tip atok diatas..hihihi...

farhana sahri berkata...

kompom segar..nk tiru la..eh, nk try..lalalaa

faiz berkata...

hehe..anggur buah kelas atas ye tok..sekarang anggur dh ade tanam kat malaysia dah..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum...

kalau halia tue kita buat masak cam ayam amsak halia leh tak????

tq atas info ini ya

Tanpa Nama berkata...

HEHE..bgs2..leh amlkn pas nie

Unknown berkata...

hair dryer? 1st time chii dgr..hurm..

tp kalo lg menarik kalo ada org leh urut kan tok..ehehe.. :p

pape pun..thanks utk tips2 yg menarik ni..cuma rajin ngan tak rajin je la krg ni D:

Unknown berkata...

jUliANa^sAlLeh ; Jue!!! Atok ingat laie lah. Ingat an Jue tak konal atok laie. SB atok kono buanglah. Nanti atok pasang yo!

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Haaa, laie duo minggu atok suruh Kak Milah post...

Unknown berkata...

Farhana Sahri :Ha...silo2...hihi

Unknown berkata...

faiz : Atok siap tanam laie kek belakang umah. Opsss! Hihi

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Waalaikumusalam. sahromnasrudin Saje je buat atok ketawa kan. Memanglah ayam masak halia pakai halia, takkan pakai lengkuas. Nakal tau sahromnasrudin ni

Unknown berkata...

Novelgurl : ha, silo2 Novelgurl. Lopeh ni kompem segar bugar

Unknown berkata...

chii : Jangan tokap pakai seterika dah la yo. Boto2, mengurut laie berkosan!

Nabiha Zaidi berkata...

kak milah cantek!

amry berkata...

wakakakakakakakakakakakakak....sentiasa nak pecah perut bila baca entry atok ni..bukan sebab petua, tapi cara penyampaian tu...ada jer yang diselit....muahahahaha......gulp!!nak tanya.akak?ni saper yang tulis entry ni? eden dah konfius dah eh.koooo atok boleh tukar2 jantino?uik..ada kuasa magik niiii...huhu

teka teki:
ada orang tu dah kawen, tak kerja pon sebab dah kaya...tapi tiap pagi jumaat.dia selalu ngadu badan dia lenguh2.saper tahu kenapa? sila kuningkan otak anda yang sedang berwarna koko itu...sapa dapat jawab,den belanja air kosong sogoleh
cabuttttttt..........

~fais~ berkata...

atokkkkk
mne nak dapat mawar putih..
:(

Unknown berkata...

Mish Apple : Mekasih dik. Nanti akak belanja adik cikedis (kak milah reply ni)

Unknown berkata...

amry : Atok 2 alam. Boleh tukar ikut suka atok. Ha...jawapan teka teki tu adalah, sebab dia keja guard malam tu??

Unknown berkata...

~fais~ : Kodai bungo belambak

Tanpa Nama berkata...

bapak comel kak milah.. =="

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih