Isnin, 5 Mac 2012

Petua nak hilangkan parut demam campak

Kak Milah
Hi uolls...rindu kat kakak tak? Kompem rindu kan. Yelah dah sebulan kak milah tak ke udara kan. Akak berani gigit jari kelingking, kompem ada yang rindu setengah mati. Ok lah uolls, di pagi yang mulia ni, hakak nak kongsikan dengan uolls petua yang berikutnya.  Petua apa tu uolls? Petua macam mana nak hilangkan parut demam campak. Gitu. Kau mampu nak bagi talk kat orang pasal demam campak walhal akak pun tak penah kena lagi? *Pengsannnn....
Okey2, moh kita teruskan petua nak hilangkan parut demam campak.

1. Minum air kelapo mudo untuk mengurangkan iritasi akibat demam campak. Ha, kau jangan tanya akak apa ittew iritasi. Irihati akak tahu. Banyak kali hakak terkena. Opss. Bagus minum air kelapa muda ni. Akak dulu masa kecik-kecik, kalau demam je mesti apak akak petikkan buah kelapa muda kasi minum. Nak fresh petik dari pokok. Kalau dah terdosak bonar pokok kelapo takdo, uolls beli je kat pasar malam. Sebaldi sehengget. Ke secawan? Ok, secawan.

2. Selopah bintik-bintik campak tu keluar, uolls makan kuning telur rebus supaya penyakit campak ni tak berulang dan campak akan cepat surut. Tapi kan uolls, akak rela tepek pakai bedak sejuk dari menelan kuning telur ni uolls. Kembang tekak akak jap bila dipikirin balik.

3. Uolls penah tolong mak uolls masak nasi tak? Sapa yang anak orang kaya tu, huntung la bibik tolong masakkan. Sapa takda bibik tu, anak dara wajib tolong mak masak k. Jangan muka je cantik, skil masa haprak. Opss. Ha, air bilasan beras yang pertama tu, uolls tadah dan gunakan sebagai mandian. Kalau bibik tanya nak buat apa, kata kat dia "mind your own bussines". Kekdahnya. Proses ni untuk mengeringkan dan menghilangkan kesan campak.

4. Akhir sekali uolls mandi jangan bersabun selama 3 hari. Tu dia. Mampu ke? Kompem bau ketiak kan. Kalau uolls ikut semua petua ni, insyaAllah akak gerenti kesan parut tu tak banyak. 

Ini maklumat tambahan yang akak dapat kat intenet. Kalau kena campak ni, jangan makan kicap. Jangan main hujan. Dengar lagu hujan takpa. Jangan makan telur. Ayam. Daging. Dan....jangan uolls toreh campak tu! Selamat mencoba......See u next month...

19 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

sila kena campak masa kecik supaya masa besar aman bahagia je. Insya Allah.. :-)

mas saari berkata...

saya kena campak masa mengandung anak kedua, seksa kak milah oooiii..

tapi saya memang ikut pantang larangnya, jadi parut memang sebiji pun takde..

hawiz berkata...

hahaahaa...oke..terbaik tips itu..kelastol!

Tanpa Nama berkata...

elok minum air kelapa tu sebab penah dgr org kata air kelapa tu akan keluarkan semua campak tu...

Fuhpixel berkata...

pakai kertas pasir tak boleh ker? ^__^
gurau saje2.. mekasih petua nie..huhu

Fuhpixel berkata...

pakai kertas pasir tak boleh ker? ^__^
gurau saje2.. mekasih petua nie..huhu

ch000tz berkata...

org kata guna serbuk kulit kerang buat macam scrub....

zazaw berkata...

tak sabun tiga hari
wah bagus nya petua kak milah ni

macam nama makcik zazaw !

Hanie Dew berkata...

tak pakai sabun 3 hari? ok ganti sabun dengan limau kasturi. wangi semerbak nokksss...

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Atok tak ponah kono laie T_T

Unknown berkata...

mas saari : Adoyai...dugaan hebat tu kak

Unknown berkata...

hawiz : errr...kelastol or kolestrol?? pitam

Unknown berkata...

umie mia : Kalo demam biasa pun dinasihatkan minum air kelapo ni

Unknown berkata...

Fuhpixel : Kang bersagat muko kang

Unknown berkata...

c'axoera ヅ : Nak blender??

Unknown berkata...

zazaw : I lah makcik you ittew.....*pitam

Unknown berkata...

Hanie Dew: Harusss uolls

Unknown berkata...

nice :)

Yong berkata...

saya kecik2 dah kene.. skrg umor dah 33 thn.. ni tengah menderita kene campak besor.. habis muker yg comel dah tak comel lagi dahh.. uwaaaaa

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih