Ahad, 4 Mac 2012

Apakah itu Sistem Lupus Eritematisus (SLE) ?

Rentetan dari peristiwa pemergian sahabat atok untuk selama-lamanya 4 hari yang lepas akibat penyakit ni, so atok nak kongsi dengan kalian apakah penyakit SLE ni ataupun Sistem Lupus Eritematisus? Thanks kepado akak Aziela untuk pertanyaan tu...



Maklumat Penyakit
NamaSLE (Sistem Lupus Eritematisus)
KategoriRohani
PengenalanSLE adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini boleh membawa maut.

Kebiasaannya, sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.

Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit Punca penyakit:
1. Disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang tidak normal terutama berkaitan dengan hormon-hormon tertentu.
2. Bahan-bahan genetik yang bertindak sebagai agen penyebab kegagalan sistem imun.

Kecelaruan dan kegagalan sistem immune atau sistem ketahanan tubuh adalah kesan sakit SLE ini. Di dalam pengalaman penulis merawati pesakit-pesakit SLE, punca kepada kecelaruan dan kegagalan sistem ketahanan tubuh adalah disebabkan oleh gangguan halus iaitu sejenis jin. Ada sejenis jin yang menyerang pesakit-pesakit SLE ini dan ia selalunya menyerang otak dan urat saraf pesakit dan ini menyebabkan kecelaruan dan gangguan kepada sistem ketahanan tubuh.
Sintom1. Di peringkat aktif SLE akan mnunjukkan tanda-tanda berikut:
- keletihan yang amat sangat
- demam yang tidak menentu
- pecah-pecah mulut
- selsema
- sakit bahagian kepala
- sakit sendi-sendi dan otot
- gangguan urat saraf
- kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet yang rendah

2. Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama mingkin timbul di pipi dan hidung

3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak

4. Kulit
- Menjadi ke merah-merahan terutama jika terdedah kepada cahaya matahari dan mudah beruam (photosensitive rash)
- Alah kepada ubat yang mangandungi sulfur atau penisilin
- Radang pada salur darah halus di dalam kulit boleh mengakibatkan tompok-tompok halus merah timbul di bahagian siku, jari tangan dan jari kaki (vaksulitis)
- Jari-jari menjadi pucat kebiru-biruan (fenomena Raymand) apabila terdedah pada kesejukan atau berlaku gangguan emosi

5. Rambut
- Keguguran rambut dalam masa beberapa bulan

6. Sendi-sendi
- Radang sendi pada pesakit yang teruk boleh menyebabkan kecacatan

7. Jantung dan paru-paru
- Gejala radang membran di bahagian jantung, paru-paru dan perut. Ia dikenali sebagai serositis
- Merasa sakit dada ketika menarik nafas

8. Otak
- Radang pada tisu-tisu otak boleh mengakibatkan kemurungan, sawan, perubahan sikap secara tiba-tiba, lemah sebelah tangan atau mirgain yang teruk

9. Buah pinggang
- SLE mengakibatkan sindrom refrotik, tekanan darah tinggi dan hematuria mikroskopik
- Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut atau kronik

Komplikasi:
Kesan sampingan pengambilan steroid untuk menyembuhkan SLE
1. Peningkatan selera makan dan berat badan bertambah
2. Muka menjadi bulat dan peningkatan tisu lemak di leher dan bahu
3. Mudah mendapat lebam kulit dan luka lambat sembuh
4. Badan menjadi lebih berbulu
5. Jerawat
6. Lemah-lemah otot
7. Katarak
8. Kemurungan
9. Gastritis
10. Garam dan air akan berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan badan bengkak
11. Tanda-tanda jangkitan pneumonia akan hilang
12. Tekanan darah tinggi
13. Osteoporosis terutama pada tulang belakang dan sendi pinggang

Langkah pencegahan kepada pesakit SLE:
1. Elakkan terkanan (stress) kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu sentiasa berfikiran positif.
2. Merokok meningkatkan risiko SLE.
3. Pengubahsuaian gaya hidup - diet yang bersesuaian, banyakkan senaman.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT SLE:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-An'aam ayat 51 hingga 58, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

1. Surah An-Nahli ayat 30 hingga 45, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Asy-Syura ayat 33 hingga 44, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Kelima dan Keenam:

1. Surah Al-A'raaf ayat 75 hingga 81, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

21 ulasan:

faiz berkata...

perkongsian yg bgus atok..harap dpt bantu rmai org..

Miss Wanie berkata...

Thx for info...rmai yg xtau ape iTu SLE...sekurang2nya sharing is caring...

dill berkata...

kite cube usaha yang terbaik demi kesihatan kita & famili

dill.

Ca Cik Duyung berkata...

bahaya gak penyakit ni ek sbb antibody makan body sendiri..

blog-tips-kurus berkata...

sebelum amalkan, jumpa atok dulu ke??

Zakaria's daughter berkata...

pes time dengau penyakit neh.
time bace entry atok yg lepas tuh.
mcm blur2 sket

mas saari berkata...

terima kasih tok berkongsi info ni! sedikit sebanyak boleh membantu kepada sesiapa yang ada ahli keluarga atau sahabat handai yang mengidap penyakit ni..

Hanie Dew berkata...

nice info atok. aku pun baru tau pasal SLE ni. ada kaitan dengan gangguan jin?

Aziela berkata...

Wah, ini lagi satu kejutan. Ianya berkaitan juga dengan gangguan haus rupanya ehh...? Subhanallah... Thank you atokk.. Lep u Kak Milah, eh..Atokk...

Aziela berkata...

Eh...typing error... Bukan gangguan haus, tapi gangguan halus...

Suhami Ahmad berkata...

faiz : InsyaAllah faiz

Suhami Ahmad berkata...

Miss Wanie : Sesamo Miss Wanie

Suhami Ahmad berkata...

dill : InsyaAllah, mudah-mudahan

Suhami Ahmad berkata...

Ca Cik Duyung : Orang koba ni penyakit rohani

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : Haisyh...buek apo jumpo atok

Suhami Ahmad berkata...

Zakaria's daughter : Haaa, now dah clear kan? *eh speaking london

Suhami Ahmad berkata...

mas saari : Samo2...sekadar perkongsian kito bersamo

Suhami Ahmad berkata...

Hanie Dew : macam tu lah nampak eh

Suhami Ahmad berkata...

Aziela : Begitulah nampaknya kak...ganguan disebabkan jin

Miss Wanie berkata...

Hmm gnguan Jin..? Insya Allah kami pesakit SLE sentiasa Dlm lindungan Allah..

Suhami Ahmad berkata...

InsyaAllah...Amin...atok doakan...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih