Kak Milah |
Hi uolls. Chantek tak hari ni?. Pasti uolls nak mencarut hakak sat lagi kan. Pasal memberi petua menaikkan berat badan. Orang lagi tergolek tertonggeng bersenam, ikat perut kuat-kuat pakai tali tambat kerbau, tahan lapar pasal nak kelihatan rampeng dan kurus kan. Hakak pula nak kasi petua kasi naikkan berat badan.
Hey! Jangan ingat uolls je ada masalah berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai masalah kekurangan berat badan pun kira masalah gak hokey. Yelah, orang lain pose pakai baju kebaya nampak potongan macam pramugari Air Asia sebab badan dia ada shape model. Ko pun nak feeling baju kebaya, sekali pakai dah takda beza tiang letrik dengan orang pakai baju kebaya. Gitew kan. Ok, kali ni hakak nak bagi tips bagi menaikkan berat badan bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan berat badan. Let start bebeh!
1. Mula-mula uolls tanak nasi untuk keluarga tercinta. Mana yang tak reti mentanak nasi tu, ko boleh terjun lombong. Makan tahu, tanak nasi tak tahu. Aku lettew. Ok fine, masa tanak nasi tu kan ada air mendidih tu kan. Uolls ambil air yang mendidih tu kemudian asingkan ke dalam secawan cawan....err macam pelik je secawan cawan.... Kemudian, tunggu air tanakan tadi suam-suam manja atau dibiarkan menyejuk, pastu uolls teguk setiap pagi dan petang. Amalkan sehingga badan terasa gebu.
2. Banyakkan makan makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian. Gitew ala-ala ahli farmasi kan akak. Caranya, uolls gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi. Patutlah aku makin gemok masa gantikan roti dengan nasi dolu2...Upps
3. Cara ketiga, uolls janganlah tinggalkan waktu makan yang sepatutnya dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari. Maksud Kak Milah, uolls kena makan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam ala-ala berat sikit. Pastu yang hidangan snek tu, uolls amik masa minum petang dan minum malam. Pastikan snek tu bukan set hidangan snek plate kehepsi wokey. Nanti kau obesiti pastu kau cari hakak kan. Mencik.
4. Makan dengan kerap. Jika uolls tidak mempunyai selera makan, bolehlah makan lima atau enam hidangan kecil sehari. Maksud Kak Milah, ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan tak bagus. Ianya akan menambahkan lemak tidak sihat. Akak cadangkan uolls ambil makanan seperti mee goreng ke kan. Karipap-karipap cinta ke. Kuih -muih ke. Beskot kering ke kan. Asalkan perut ko tak kosong.
5. Yang terakhir yang akak nak kongsikan dan yang paling penting sekali ialah dengan mengamalkan piramid makanan dengan betul. Lebihkan pengambilan hidangan yang sepatutnya, dan kurangkan makanan yang tidak sepatutnya seperti gula, minyak, lemak dan sebagainya.
Kalau kelima-lima cara akak ni tak berkesan jugak, kau terjun lombong tadah tangan bersyukur pada yang Esa di atas bentuk tubuh yang diberikan pada kita sihat dan masih boleh berfungsi dengan baik. Syukur dengan apa yang ada dik....
27 ulasan:
Tambah lagi 1 kalau idup kau orang tak eppy tak tambah gak berat badan tu. hik3...
Tambahkan berat badan? Akak nak majuklah...!!
share my experience lak...beberapa thn yg dulu sy slalu berdoa kpd Allah supaya berat badan sy bertambah..sbb sy terlalu kurus..mkn byk mne pun berat sgt susah nk naik...nk crik bju yg sesuai pun susah..klo area kiki lala tu suit je dgn saiz i! until last year when diagnose ngn penyakit..penyakit yg menyebabkan berat badan naik! bila mkn steroids setiap hari..bdan mmg naik la...dan terfikir sejenak..Allah telah makbulkan doaku..tapi other ways...anywhow i bersyukur juga! +)
auw! auw! auw!!!!!!!
menarik niii..
lately berat badan turun laa...seluar longgar,jam longgar..adessss
aaaaa...tak nak ikut diet ni sbb aku bukan underweight. tp kan bila baca experience Miss Wanie, mengajar kita utk bersyukur seadanya. jd kalau berat aku dah 60 kg sekrg aku bersyukur je la. jgn merungut je tau. huhu
skrang dlm proses nak memboroikan perut.. huhu.. makan.. makan.. makan.. itu je yg mampu..
Alhamdulillah ummie punya bmi dah ok.. dulu2 mmg underwight.. kijam tau org kata serupa tiang huhuhu memang petuanya kena makan dan makan hahahaha walaupun bmi dah ok skang org ttp kata ku kurus lg.. tak kisahlah nak kata apa.. janji i sihat ^_^
atok ,
ni bukan masalah beart badan ya, sajer nak promo kat sesaper yg minat pinggan mangkuk lama leh ke blog macik ya...maaf atok tumpang lalu di sini harap jgn saman
Alhamdulillah..den bersyukur apa adanya~ =)
satu lagi petua... makan tido makan tido makan tido g toilet. makan tido makan tido tido tido makan g toilet......... amalkan selama 100 hari. Bye
dulu alina sebok nak cari petua naikkan berat badan, now dah naik..susah nak turun2 plak...sedih!
pena rozie : Tapi kenapo idop atok tak hepi tapi tatap gomok...erk
Aziela : Akak nak kurangkan berat badan ek....gugel la entry kak milah dolu2 ado
Miss Wanie : Alhamdulillah...mungkin Allah dah perkenankan doa Ecah...tapi dengan cra yang lain...as long as ecah kena bersyukur :)
blog-tips-kurus : Hey.......*tangan ke bahu mata ke atas
cimöt : Haaa...kono amalkan tips kak milah itew
Hanie Dew : Haaa...pasnih kono maintankan
Zul Fattah : Erkkk...kenapakah
umie mia : Hihi...xpelah umi...syukurla dengan apa yang ada kan
Zie : Ayark....pitamm
~SaL IjOu~ : Kannn...itu sebaik eh
Ali Kanchan aka Pirate : Haish...yang toilet tu jangna...nanti cmno nak gomok
ShalleyshaLina a.k.a ChaLie : Er...sampai hakak kedai kata gemuk kan...opss
Tips yang sangat menarik. Thanks untuk perkongsian.
Steroid sis? Siyes lh mne nk dpt
bape
curry 8 shoes
kobe shoes
yeezy boost 350 v2
hermes bag outlet
kobe 9
kd 12
goyard bag
jordan 1
pg 4
Catat Ulasan