Rabu, 20 April 2011

Petua Tidur Nyenyak

Kak Milah



Hi uolls? Cantik tak pagi ni? Ni akak nak koba kat uolls ni. Si Suhami tu mengadu kat akak. Minggu ni dia kena stand by kat opis sampai pukul 1 pagi. Pasal opis dia ada buat renovation. So, giliran dia hari selasa dan khamis sampailah hujung bulan 4 ni. Tapi yang memilukan hati jambunya, apabila minggu ini setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan kemungkinan juga Khamis dia akan bekerja dari pukul 8.00 pagi sampai 1 pagi keesokan harinya!

Dia kata kata kat akak, dia tak kisah bijik matanya jadi lebam macam Kak Limah. Tapi yang dia kisah sekarang ni, dia selalu susah nak tidur baru-baru ni. Makanya, dia nak mintak tips dari akak. Ha, kau pasang telinga kau baik-baik Suhami Ahmad! Kalau telinga kau tertinggal kat rumah, kau pakai earphone sekarang!  (menjengkelkan  T.T" )

1. Elakkan minuman berkafein.
Kalau uolls duduk asrama kemudian baju haprak hapak uolls berlambak dalam baldi memerlukan kalian mencucinya malam tu jugak, then akak galakkan uolls minum minuman kafein! Kalau uolls ada meeting dengan Presiden Indonesia keesokan harinya, haram bagi kau minum minuman berkafein!

2. Elakkan makan 4 jam sebelum tidur.
Kalau jenis macam akak ni, sebelum pukul 7 akak dah candle light dinner gitew. So, malam tu bolehlah aku terlentang atas katil dengan jayanya. Maka, kalau nak cepat tidur, uolls jangan melantak sepinggan nasik ayam 10 minit sebelum waktu tidur. Nanti akan mengganggu proses pencernaan. Lelemak akan berkumpul kat perut. Otak uolls pun akan kompius. Nak tidur ke, nak proses dulu. Arghhh! baik proses pencernaan dulu. Then dah berlaku short circuit di situ.

3. Jangan membaca risalah yang berat.
Akak tahu, membaca tu jambatan ilmu. Tapi kok ye pun tak perlulah nak baca bursa saham, negara tropika, kalkulus, satelit meletup bagai masa nak tidur. Cukuplah membaca bahan ringan. Nanti elok-elok dah ngantuk, terus tak jadik nak tidur. Otak kau sibuk nak buat kalkulus pulak. Selagi tak selesai, selagi tu tak mau tido. Buat nanya badan je.

4. Amalkan minum susu.
Ha! kau kan amalkan minum susu anlene  kan Suhami? Apehal tak leh tidur gak? Betul ke kau minum susu anlene ni...ntah-ntah susu......susu cap teko!! Eh, susu gak tu kan. Ha, susu ni boleh mempercepatkan kadar mengantuk uolls. Selain itu, tidur akan lebih nyenyak sampai keesokan paginya. Kesannya, esok lebih rasa bertenaga dan muda.

5. Pastikan keadaan gelap
Setakat uolls letakkan lampu kalimantang 10 inci dari muka uolls, memang lah tak bulih tidur! Bilik tu kena malap sikit. Pastu kalau boleh cat bilik tu warna coklat. Kompem cepat tidur.

6. Bersenam atau melakukan aktiviti keluar peluh pada petangnya
Tak kisahlah uolls nak main ketenteng ke, main police ten three ke, main tepuk amai-amai ke, main futsal ke kan, yang penting keluarkan sikit peluh tu. Apabila malam, badan akan rasa penat dan senang nak tidur. Cuma akak tak galakkan uolls main futsal lewat malam sangat. Sebab nanti jantung akan mengepam darah ke semua sistem badan dengan lebih cepat. Badan kembali aktif. Susah uolls nak lelap.

7. Muhasabah
Lastly akak galakkan uolls amik air wudhuk, berdoa sebelum tidur, maafkan semua orang tak kisahlah dia musuh ketat ke, separa ketat ke, tak ketat ke kan. InsyaAllah dengan izinNya senang uolls nak tidur. Bila hati rasa tenang dan aman, terus jiwa tenteram. Amin.
(akak terus capai kain tudung Siti Nurhaliza)

17 ulasan:

Far8 budak baik berkata...

aku tambah satu lagiii..
elak kann blogwalking lebih sangat..
hahahaha...
nice one atuk =)
keje elok2 kat opis tu

~Nabilah~ berkata...

info yg brgne....sbb skrg nie,ssh plak nk tido...hehehe

LadyBird berkata...

ooo.. camtu.. camne lak bg yg pantang ade waktu terluang.. tido je kejenyer.. kalau x sempat tido.. baring pun jadilah.. tp mmg xleh "lepe" sikit.. pasti terbungkam atas katil.. sampai kuliah pun lupe nak pergi.. kalau pergi dengan wajah berserabai x mandi :P

sahromnasrudin berkata...

cara paling mudah tetapi menyeksakan diri adalah telan pil tidur huhuhuhhhh

faiz berkata...

jgn biasakan tido leawt nanti jadi insomnia mcm den..

Novelgurl berkata...

err..penat tu..huu~ cool2..
ha..atok jgn msuk blog sy t x leh tido hak3.Kalau buat y no.7 tu pun dh oky sbnrnya ;D

myazuluv berkata...

>> biasanya kalau perut dah kenyang lagi cepat tido..hehe

KUREKURE COMEL berkata...

ahahaha....part letak lampu tu mmg senak perut....sengal la tok ni..hahaha....



mina rasa part last tu bru serius..yg lain lwk..hehehe...

tq info tok...hihihi

Suhami Ahmad berkata...

Far8 budak baik : Haa, blogwalking jugak mainkan peranan tido lambat. Sodar2 dah subuh

Suhami Ahmad berkata...

~Nabilah~ : Ha, bulih la cubo tu Nabilah

Suhami Ahmad berkata...

LadyBird : Haa..klu yang kaki tido tu, kena vise versa...hihi

Suhami Ahmad berkata...

sahromnasrudin : tapi takut ado effect di kemudian hari

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Mintak2 lah dijauhkan kan. Tido tu satu nikmat

Suhami Ahmad berkata...

Novelgurl : Penat. 4 hari ni atok hanya tido 4 jam sajok

Suhami Ahmad berkata...

myazuluv : Hihi..takde pikir masalah dah ek..hihi

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Ha...klu betullah ado orang letak lampu tu jarak 10 inci dari muka, sah sah orang tu wayar short

nUr _ atiQah berkata...

thumsup tuk atok ^^~

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih