Kak Milah |
Hi uolls. Kini akak bersiaran kembali. Kak Milah sure, ramai yang menantikan kehadiran kakak dalam segmen petua ni kan. Erk. Baiklah, tanpa membazirkan masa akak nak share dengan uolls petua melebatkan rambut. Layan...
1. Uolls tahu tak apa itu santan? Kalau yang jenis jarang masuk dapur tu memang tak tahu ye uolls. Opss. Santan tu yang bahan asas kita masak rendang tu. Eh ye ke? Ha...santan ni adalah bahan terpenting dalam usaha untuk melebatkan rambut. Caranya, uolls basahkan rambut dulu, kemudian lumurkan pati santan tadi ke seluruh kepala. Lepas tu uolls balut pakai kain buruk mak kau tuala then biarkan selama setengah jam. Kemudian uolls boleh bilas.
2. Cara berikutnya adalah dengan menyapukan minyak bijan. Akak tak tahu minyak bijan tu hapo. Tapi, menurut kawan akak, minyak bijan tu boleh dapat di kedai mamak. Uolls tanyalah mamak tu, minyak bijan ane! Cara penggunaannya sama seperti di atas tadi uolls. Bezanya cuma, uolls sapu ke akar rambur dan biarkan sehingga pagi. Dah pagi tu, subuh jangan lupa ye uolls. Wajib tu. Masa mandi tu uolls bilas pakai syampoo tak pedihkan mata macam biasa.
3. Seterusnya uolls yang tak bajet nak beli santan atau minyak bijan tu, uolls boleh guna cara ketiga ni. Depan rumah uolls ado pokok rambutan kan. Ha, uolls petik daun pokok rambutan tu, yang muda saja ya. Daun yang tua tak nak. Dah berkedut. So, pucuk daun rambutan tu, uolls petik dan ramas dengan air sehingga keluar lendirnya. Kemudian uolls sapukan lendir tadi tu ke atas kepala dan biarkan selama 20 minit. Lakukan 2 hari sekali sehingga daun pokok rambutan uolls togel!
4. Kalau rumah uolls takde pokok rambutan jugak (sedeh), uolls boleh amalkan petua berikutnya. Lepas uolls makan tu kan, uolls basuhlah tangan tu. Lepas basuh tangan tu, lapkan ke rambut dengan bersalawat 3 kali. Ha, yang ni akak tak tahu mujarab ke tak, tapi akak dapat petua ni dari otai, Petua Laman Nenek. So jangan uolls coba mempertikaikan. Kalau yang makan pakai sudu garpu tu, uolls boleh gak guna sudu garpu sental kau punya rambut. Ha, ini idea gila akak. JANGAN TIRU!
5. Dan yang terakhir sekali, ambil arang dari pokok getah. Copp! pokok getah ada arang ke? Oh ye....kayu getah yang dah dibakar tu akan jadi arang lah kan. Bengap tul kak milah ni. +_+.
Ha, arang tu uolls tumbuk sampai hancur. Kemudian lumurkan kat muka kau rambut dan biarkan sekejap sebelum dicuci. Amalkan setiap hari.
Ok uolls, itu sajalah petua yang akak sempat nak share minggu ni. Mana yang baik tu datang dari Allah, mana yang buruk tu datang dari akak sendiri. Gitu. Muslimah sangat kan. Ok, sebelum uolls amalkan petua ni, sila dapatkan nasihat doktor k! Akak dah cuba petua ni semua, memang berkesan!...Selamat mencuba!!
Akak dah cuba....uolls bila lagi nak cuba??? |
15 ulasan:
Nak torai lah nanti yang lepas basuh tangan tu hehe
ni takut ni..mulo2 lawa cm kak milah..dh 'spa' rambut tetibo jd kak limah plak!
maceh ...kalau rambut gugur , bolh guna .hehe
mak marah rambut panjang =)
tok, petua ni tak do cap SIRIM pon. takut le nak try arang tu. 'Bagai melumur arang ke kepala la pulaaaaaakkkkk!!' (>.<)
ehhh...yg daun rambutan tu betul ke?...nak try jgklah...hehehe....
sesuai utk cucu atok nie yg semakin menipis rambutnya huhuhhhh
Fina Fento : Ha torai jangan tak torai. Tapi kono basuh tangan tu dulu!
paish : Err...itu kak milah silap step la tu. Tak basuh tangan dulu
nelly : Boleh. Ado 5 tips kak milah list kan tu
Mohamadazhan hjDesa : Hihi...ala, tak rock la
blog-tips-kurus : Bukan yo tando sirim, tando halal pun ado. Silo2....
KUREKURE COMEL : Boto. Kak Milah dapek dari laman petua nenek
sahromnasrudin : Sebelum menipis tu terus takde apa-apa...baik cu torai
utk santan..selain melebatkan..leh wat rambut jd itam berkilat gak kan tok..
aduhai..krg kalo chii guna santan yg mak beli utk wat nasi lemak..sure ada yg mengilai sok paginya kan..ahahha
Catat Ulasan