Khamis, 10 Februari 2011

Tips menghilangkan kelemumur

Kak Milah
Hi uolls.....
Kabare wak? waras??......Rindu kat akak tak? Akak percaya nescahaya korang rindu kat akak kan exspecially izziwhat! kih kih kih (akak gelak sopan ok!)

Lama dah aku tak mencarut dalam segmen "petua kak milah" ni. Meh sini akak nak balas dendam. Uolls ingat lagi tak entry rintihan jiwa atok dulu yang menghidapi masalah kelemumur tahap kronik? Apa? Tak tahu? Kak Milah sula nanti baru tahu. Ok, kalau tak tahu klik [SINI].

Ha, atok ada mintak pandangan akak pasal masalah kelemumur ni. Tapi memandangkan turn akak 2 minggu sekali bersiaran, so akak baru hari ni nak share dengan uolls dan atok  tips menghilangkan kelemumur. Uolls kena pakat-pakat buat rusuhan jalanan pasal si Suhami Ahmad tu. Oooo, time turn atok hari-hari entry dia ado. Aku ado?? Moh kita pancitkan tayar keta Suhami Ahmad!! Sungguh tidak adil.

Oklah, akak teruskan pada petua kita kali ini iaitu petua menghilangkan kelemumur.
 

1. Uolls kenal tak limau nipis? Ala...Limau tu nipis je, macam kertas A4. Ok, terdapat unsur faraud di situ! Uolls amik limau nipis tu. Kasi potong. Lumurkan rambut uolls tu dengan beberapa potong limau nipis. Bukan lumur dengan lumpur ye uolls. Itu kobau aku je yang suka melulur dengan lumpur. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar. Aiceh, macam iklan tak uolls?  

2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat.  Nak kisar pakai apa? Pakai blenderlah uolls sayang. Takkan nak kisar pakai spender. Choii! Kemudian tapis dan ambil patinya.  Tetiber akak teringat pati ayamas uolls. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu. 2 kali seminggu je tau bukan sehari 5 kali. Kalau buat hari-hari, aku risau bukan kelemumur je yang luruh, dengan rambut-rambut kau sekali luruh! 

3.  Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Jangan tanya akak apa itu halba sebab akak tak tahupun uolls. Jessica Alba akak tahu. Tukang hangkut buku teks akak masa study kat US dulu. Kemudian campuran tadi tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu. Haish! mesti 15 minit! Mesti 2 kali seminggu! Uolsss......petua ni uolls...jangan langgar pantang larang tok nenek monyang kito.....(akak terus pose duduk bersimpuh).

4.  Selain dari sudut petua tok monyang sepupu sepepat homo sapiens, akak nak share dengan uolls dari sudut sains fiksyen ok. Cikidout...
  • Mula-mula sekali, syampukan rambu uolls yang berkeladak dek kelemumur tu ikal mayang itu setiap hari. Kalau boleh dua kali sehari… Maka tak sempatlah kelemumur tu nak membiak. Dengar tak tu uolls? Kena rajin menyental. Tapi akak tak galakkan uolls sental pakai dynamo atau fab buku.
  • Jika syampu di rumah uolls bukan syampu anti-kelemumur buangkan sahaja sekarang, dan gantikan dengan syampu anti-kelemumur yang berlambak dipasaran. Pastikan syampu anti-kelemumur tersebut mengandungi salah satu bahan-bahan ini zinc pyrithione, selenium sulfide, salicylic acid, atau ketoconazole bahan-bahan ini berfungsi untuk mengelakkan fungus(adik-beradik cendawan) daripada terbentuk dikepala uolls. Anti-komunis atau anti-rusuhan itu tidak termasuk dalam kategori syampoo anti-kelemumur uolls.
  • Jangan gosok gunakan kuku, kalau boleh ketika cuci rambut pastikan kuku jari pendek supaya kulit kepala tidak tercedera ketika kita bersyampu. Kalau kulit kepala tercedera, cuba gunakan syampu bayi sehinggalah kulit kepala sudah pulih sepenuhnya. Akak teringat kenangan masa akak disental tukang gunting rambut pakai kuku panjang uolls. Macam kena cakar dek harimau. Sumpah akak tak datang situ lagi.
  • Selepas uolls bersukan, atau berkebun pastinya badan berpeluhkan? Melainkan uolls bersukan benda lain. Kalau boleh terus bersihkan kulit kepala, dan syampukan rambut secepat mungkin. Ini bagi mengelakkan kelemumur membiak di kulit kepala uolls.
  • Kurangkan penggunaan gel, krim, mahupun minyak rambut. Ini kerana, penggunaan bahan-bahan tersebut dengan kerap boleh membuatkan kulit kepala berminyak. Psst...akak ada terbaca pasal minyak zaiton. Bagus gantikan sebagai syampoo dan minyak rambut.
Cuba try test ok. Adakah cara-cara yang akak nyatakan ini berkesan? Jika berkesan taip PKMkesan dan hantarkan undian anda ke 74744 sekarang! 
Selamat mencuba ok. Ha, ini antara link sumber yang akak perolehi. Bukan hantam keromok wokey. Thanks to
Ambil part mana yang boleh diguna pakai. Part yang akak mencarut tu uolls abaikan.

9 ulasan:

kindergartenlibrary berkata...

o0o ..baru nelly tahu ..terima kasih ya atok sudi kongsi ..
=)

jom baca :
Korang kategori rajin menulis atau terus menulis ?"

KUREKURE COMEL berkata...

hahaha...adusshhh...
try la minyak zaitun tu...
jgn lumur satu botol lak..hehehe..

Salfiza berkata...

atok kena try ni atok...
kak milah dah bg tips power da tu...haha
atok jgn malas2 ye tok...

Unknown berkata...

nelly : came-came =)

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Ha, atok nak dapat an satulah...kek mano ado eh

Unknown berkata...

Salfiza : Huhu...iye...nanti atok try

KUREKURE COMEL berkata...

tok...kat HPA ada..try cari ye...hehehe

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Errr....HPA tu apo?

Tanpa Nama berkata...

kelakar la kak milah ni..gelak je bace ni..hehe

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih