GAMBAR yang dirakamkan James Morgan menunjukkan Enal bermain dengan seekor ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia. |
MANADO - Seorang jurugambar Britain, James Morgan merakamkan gambar seorang budak lelaki dikenali sebagai Enal bermain dengan anak ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.
Enal yang berketurunan Bajau Laut, menjadikan ikan jerung dan pelbagai spesies haiwan laut sebagai haiwan peliharaan.
Sejak berabad-abad lamanya, keturunan Bajau Laut menjadikan laut sebagai tempat tinggal mereka.
"Kanak-kanak dalam salah satu gambar saya ialah Enal dan ya, dia memelihara seekor ikan jerung," katanya.
Morgan, 24, yang merupakan bekas pelajar Universiti Sussex, Britain tinggal selama enam bulan dengan kaum Bajau Laut kerana dia mahu merakamkan kehidupan mereka yang unik. - Agensi
Sumber : Kosmo!
Ulasan atok : Ish ish ish...bulih pulak dio main tarik bontot ngan ikan jos tu. Atok nak pegang ikan jos mainan pun dah mengigau 3 hari 2 malam. Nak naik banana boat kat PD tu pun kena pikir 100 kali sebab takut kalau jatuh kena baham kat ikan piranha.
Tapi biasolah kan, anak-anak Bajau Laut ni dah didedahkan dengan alam marin sejak kocik laie. Bayangkan atok yang dah tuo melepot ni tak reti-reti berenang, namun anak-anak bajau laut ni budak 3 4 tahun siap buat aksi renang kuak lentang lagik.
11 ulasan:
mesti mereka ni 'kebal'..
*nak berenang pon x reti-reti!!
perhhh...mmg kagum la...
mina lagi teruk...pegang lukisan ikan pun dh domam2...kahkahkah...
wahh..beraninya.. kalau den la.. mesti jos tu yang pegang kaki den.. huhu
aiiit atok..xkan laa sampai mengigau pegang ikan jos mainan tu..hahaha
sepatutnya kita seudah lama berkawan dengan alam...mereka sangat rapat dan akrab..
tapi kita..oleh kerana nama komodenan yang di cari..habis alam kita pahat..habis hutan konkrit di puja...
blog-tips-kurus : Itulah, dorang dah terbiaso
KUREKURE COMEL : Aiyo...tu lagi sedih mina
MY SouL My HeArt : Bolun sompek nak pogang, dah ngap!
Cik Moon : Hihi...ngeri!
si para para : Setuju sangat! manusia makin alpa mengojar kemodenan tanpa sedar bumi semakin sakit
atok ni he3..kite dok gelak baca yg ni "Ish ish ish...bulih pulak dio main tarik bontot ngan ikan jos tu. Atok nak pegang ikan jos mainan pun dah mengigau 3 hari 2 malam"
Catat Ulasan