Assalammualaikum semua,
Abang Joe |
Sihat? Kali ni Abang Joe nak kongsikan dengan kalian email yang abang terima dari "Shamsuria Shafie" pada Wednesday, May 26, 2010 4:00 PM yang lalu.
Jujurnya Abang Joe tersentuh apabila kali pertama membaca kisah ni. Rupa-rupanya masih wujud lagi golongan seperti ini di kota metropolitan Kuala Lumpur. Cuba kita renungkan sejenak, betapa bertuahnya kita dilahirkan seperti keadaan kita sekarang. Ok, tanpa membuangkan masa meh sama-sama kita menghayati email yang dikirimkan oleh sahabat abang ni..
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya.
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
"Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
Suhami Ahmad : Saya pernah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pendidik. Dan masih berharap agar hasrat itu akan tercapai satu hari nanti. Bukan mengejar wang ringgit, pangkat atau glamor di dunia semata-mata. Hanya berniat ikhlas membantu insan yang masih wujud seperti itu.
Namun, mungkin bukan rezeki ke arah sana, saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Walaubagaimanapun, saya sedaya upaya untuk mencurahkan ilmu kepada semua dengan cara saya walaupun saya bukannya seorang guru. Dengan harapan, ilmu sekelumit yang saya ada sekarang akan dimanfaatkan oleh orang di luar sana.
10 ulasan:
sebak hati bace entry ni. :(
sob...dah penah baca tp tetap juga sedih baca cerita ni... T____T
semoga impian suci encik suhaimi tercapai.menjadi pendidik yg mendidik penuh kasih sayang...
mendidik manusia menjadi manusia...
sedih sgt...hhmm....bagus cikgu...
semoga mendapat pahala berlipat ganda dari ALLAh...amin
atok try la jd motivator ke kan..dpt jugak bg ilmu kt orang :)
cite tu memang insaf XD
tak sangka atok ni nak jadi cikgu. ramai cikgu zmn skrg sibuk buat MLM & tuisyen je..
eikieyn : Sedihkan. Sampai macam tu pun ada dalam Malaysia yang MAJU ni
Salfiza : Amin ya Robbal ALamin, Sal...
KUREKURE COMEL : Amin...jadilah guru yang ikhlas
_siti norbaiti_ : InsyaAllah, kalau ado rejoki atok.
blog-tips-kurus : Niat dah lari tu yang jadik pelajar macam sekarang nih
Catat Ulasan