Sabtu, 12 Februari 2011

Berakhirnya pengauditan

Selamo seminggu atok menahan seksa sepanjang proses pengauditan dijalankan. Akhirnya baru semalam tamat.   Cumo perlu tunguuuuuuu laporan kuiri tersebut. Memang kelam-kabut masing-masing sepanjang minggu tu. Semuo tak senang duduk. Semuo paneh punggung. Paneh hati. Paneh segala-galanya Sampaikan dah tak tertahan sangat atok terus post kat wall fb "audit swasta pun tak macam ni wei...kelam-kabut je pehal" yang mendapat respon menggalakkan dari teman-teman seFB. Nasib baik boss aku tak add aku kat FB. Confirm reject dapat pekerja cemerlang tahun ni.

Hari pertama itu muka atok ada senyum. Dari jarak sebatu lagi dah nampak bercahaya. Kami masih boleh melayan lagi. Nak fail tu?, okeh set dalam maso 15 saat atok bulih amikkan. Nak buku tunai tu? ok, fine atok boleh selongkarkan.  Nak tolong garu? okeh baiklah, kami menurut perintah. Makan sarapan, makan tengahari siap terhidang on time! Apa yang penting? hati auditor perlu di jaga nyah!

Hari keduo, atok telah menerima tugasan daripada Hq. Wa....nampaknya kerja atok memang pack minggu ni. Kono setlekan kojo harian. Kono buek kojo tugasan dari Hq. Kono layan auditor. Baiklah, atok terpaksa kurangkan masa berblog kerana kerja-kerja tertunggak perlu di bawa ke rumah. Tiada lagi segmen "diari atok" untuk minggu lepas seperti minggu-minggu berikutnya. Tiada ulasan statistik pada minggu keenam. Tiada. Tiada. Atok bizi!!!
Hari ketiga pengauditan. Dia dah start mai depan meja atok. Pot pet sana. Pot pet sini.  Terkehel-kehel lidah tu dio soal atok. Kenapa ini jadi macam ni. Kenapa itu jadi macam itu. Kenapa 1+1=2? Kenapo bukan 8 belas? Ehem ehem....assalammualaikum, cik tumpang mencelah sikit. Aku nak buek kojo!!!! Not 8 jam sehari duk bertanya atok. Atok kan bengap!

Hari keempat. Atok macam nak bersara terus. Sila cari surat arahan sekian-sekian. Sila cari fail zaman tentera abrahah sekian-sekian.

Hari kelima. Auditor memaklumkan kepada big boss atok. Kerja pengauditan mungkin akan disambungkan pada minggu depan. Ok.....Atok terus buka pc, klik pada microsoft word. Nak taip surat resign!!.......

Tup tup, alhamdulillah. Petang semalam jugak iaitu hari kelimo semuanya berakhir. Sesi penutupan bermula. Auditor sergah atok, atok sergah dia balik. Dio nasihat atok, atok nasihat dia balik. Kih kih kih. Akhirnya semuanya langsai. Tunggu jelah report penuh dari Audit JPM. Betul kata kawan atok. Doktor memang tak ngam dengan Pegawai Farmasi. Dan Akauntan memang tak ngam jugak ngan Auditor.

Dan.....dan ada dua lagi audit menanti tahun ni. Audit Negara dan Audit Akauntan Negara...Izinkan atok terjun bangunan.............................................ground floor.





Lepaskan aku! lepaskannnn!





Pesan atok : Amaran keras! Jangan mengambil nyawa sendiri sesuka hati, kerana di hari akhirat nanti kamu akan mati, kemudian dihidupkan, dan mati seperti mana cara kamu mati! dan ia berlaku berterusan sampai bila-bila!


5 ulasan:

kindergartenlibrary berkata...

haha ..bab math tu .nelly pun bengap juga .:D

KUREKURE COMEL berkata...

amboi tok...epy bonar...hehehe...

fuuhhh...lega kan....

Unknown berkata...

nelly : Kih kih kih... =P

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Logo Mina....tak terucap dek kato-kato

Cik Rimau berkata...

Hari keempat. Atok macam nak bersara terus. Sila cari surat arahan sekian-sekian. Sila cari fail zaman tentera abrahah sekian-sekian.


Haha. Atok ni kelakar la. Zaman tentera abrahah lak peginye. Hak3. Awal2 ag dah kne audit ek? Ktrg haritu kne audit dalaman je. Tp cik rimau bhgn sumber manusia. Bukan kewangan. Hehe. Btw tok, atok ni lantikan negeri ke? Kalau federal, mintak tukar ajela tok.. Tak yah la nak resign.. Hehe

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih