Memaparkan catatan dengan label Breaking News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Breaking News. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Oktober 2011

KERAJAAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS !!!


Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.


Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.

Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.


Larekkkkkkkkkkkkkkkk selamatkan diriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
 
 
    
Wa terkena beb lepas baca blog ini. So, lu pun mesti kenaaa!

Jumaat, 7 Oktober 2011

Ringkasan Bajet 2012


Really Ringkasan Budget Kerajaan Barisan Nasional 2012 seperti yang di nanti nantikan oleh puluhan juta rakyat Malaysia yang menunggu laporan yang akan menentukan masa depan Ekonomi Malaysia untuk tahun 2012 yang akan dilakukan oleh Kerajaan yang memerintah Malaysia.
Really cuba ringkaskan… Seringkas ringkasnya.

Jumlah Anggaran Perbelanjaan Persekutuan : RM 232,832,900.00
1) Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional.
2) Kemasukan pelaburan asing di Msia adalah tertinggi di Asia. Dalam 6 bulan pertama 2011 ia telah mencapai RM21.2 bilion.
3) KDNK bagi tempoh separuh pertama 2011 ialah 4.4%, didorong perkembangan ekonomi domestic yang kekal mantap.
4) Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kepada RM186.9 bilion.
5) Tema Bajet2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.
6) Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.
7) Pengecualian cukai pendapatan bg penerbitan dan urusniaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi 3 tahun hingga 2014.
8) Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.
9) SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.
10)Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
11) Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta.
12) Malaysia Healthcare Travel Council akan diperbadankan utk bangunkan & promosi negara sbg destinasi utama penjagaan kesihatan.
13) Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.
14)Kerajaan peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia (C1PTA) untuk iktiraf rekacipta pelajar.
15) Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.
16) Kerajaan akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah sekolah kerajaan.
17) Utk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.
18) Kerajaan akan panjangkan program bekalan air bersih kpd komuniti di Sabah dgn peruntukan RM50juta.
19) RM5 billion adalah utk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8bln untuk Jalan Luar Bandar & Jalan Perhubungan Desa.
20) Kerajaan akan peruntuk RM400juta utk naiktaraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kws2 FELDA yg terpilih.
21) 600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun
22) Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
23) The Government will extend the compulsory retirement age from 58 to 60 years old to optimise civil servants’ contribution.Tempoh Perkhidmatan Dari Usia 58 ke 60 Tahun.
24) Keraajn akan tawar bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana dan 500 kedoktoran falsafah.
25) Kerajaan kenang jasa polis khas dan polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda dan balu mereka.
26) Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana dan RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.
27) Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.
28) Kerajaan akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.
29) RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.
30) Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8billion untuk pembangunan.
31) Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
32) Bagi bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.
33) Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.
34) Peruntukan RM10juta akan disediakan untuk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja
35) Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik
36) RM200juta akan disediakan utk melatih belia yg telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik utk Belia 1Msia (SAY 1Msia)
37) RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.
38) Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.
39) Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
40) Book voucher worth RM200 will be given to Malaysian students in all private and public institutions of higher learning
41) Kakitangan kerajaan akan dapat tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.
42) Pencarum KWSP blh daftar awal giliralan ibadat Haji melalui penghadangan Akaun2 sebanyak RM1,300.
43) Ahli-ahli Parlimen Msia akan diberi elaun baru setelah jumlahnya dipersetujui nanti, bermula 1 Januari 2012

MEREDAKAN INFLASI & MENGIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT
45).Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion
46).Penerusan subsidi bil elektrik RM20
47).Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah
48.Membuka 30 unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara
49.Mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia
50.Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
51.Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT
53.Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang, 1,880 unit
54.Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah
55.Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, 15,000 unit
56.Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20 ribu bagi setiap rumah.
57.Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan
MENGHARGAI JASA WARGA EMAS
58.Percuma – caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan.
59.Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.
PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI
60.Membina hospital-hospital, 81 Klinik Kesihatan & 50 Klinik 1Malaysia
61.Menambahbaik blok bersalin Hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)
62.Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi = RM600 sebulan Menaikkan elaun on-call semalaman, RM30 hingga RM80
SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA
63.Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pelaburan ini menjanjikan pulangan bersih yang menarik.
MEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT BUMIPUTERA
64.Dana Mudahcara Bumiputera, RM300 juta
65.Membimbing 1,100 syarikat Bumiputera berpotensi
66.Program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
MERINGANKAN BEBAN PEMILIK TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA PERSENDIRIAN
67.Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
68.Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
69.Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian
70.Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan
71.Pemberian bantuan untuk menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7-10 tahun / RM1,000 lebih 10 tahun)
72.Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,560
YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN
73.Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi
ANJUNG SINGGAH
74.Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.
MENGHARGAI PERANAN DAN MEMARTABAT WANITA
75.Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan
76.Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus – RM50 juta)
77.Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion kepada usahawan dalam bentuk pembiayaan pinjaman mikro.
78.Membina Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur 
BELIA PENGGERAK MASA DEPAN
79.Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.
80.Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia).
81.150 gelanggang futsal tambahan di seluruh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim.
82.30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah
PENDAFTARAN AWAL HAJI
83.Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum KWSP.
INSENTIF PERCUKAIAN
95.Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah.
96.Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun.
97.Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.
98.Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.
99.Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship.
100.Insentif percukaian untuk Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans.
INSENTIF PERCUKAIAN
84.Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun
85.Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
86.Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
87.Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun
88.Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
89.Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.
90.Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.
91.Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).
92.Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.
93.Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid. Industri Perhotelan
94.Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.
MELIGAT PELABURAN
1.Meliberalisasi 17 subsektor perkhidmatan
2.Pelaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 bilion
3.Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas
4.Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion
5.Pembangunan Lima Wilayah Koridor (RM978 juta)
6.Pakej Rangsangan Khas – RM6 Bilion.
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)
7.Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan 
8.Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 juta – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan 
9.Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan 
10.Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membiayai PKS yang terlibat dengan bencana alam MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi 
11.Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA 
12.Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru 
13.Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia 
14.Program realiti dan dokumentari di media 
15.Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta) 
16.Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru – jangkaan GNI, RM30 Bil. 
17.Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum.
Sumber Blog : really

Isnin, 15 Ogos 2011

Hari ini post, semalam sampai (kad raya)


Sari berita utama. Proses pengeposan kad raya dan cenderamata cameron  kepada mereka yang berjaya mengharungi perit getir pertandingan anjuran apo2 yolah yang berlangsung selama sebulan tempoh hari akan dilakukan tepat jam 1.08 tengah hari, hari ini.

Menurut sumber yang dipercayai berkata, contest Apo2 Yolah hanya menerima 9 penyertaan sajok (sedeh), namun kesemua sembilan mereka yang masuk, layak memenangi saguhati kad raya edisi katon (kad yang bunyik-bunyik dan ado lampu lip lap xdok, bajet larikk).  

Setelah proses pengampunan pengumpulan alamat kepada mereka yang layak dilakukan pada minggu lepas, cuma 6 orang sajok yang kasi alamat kat email. Dan 2 orang sajok kasi alamat untuk kategori cenderamata cameron (sedeh gak)

Ahli mesyuarat tingkap "Apo2 Yolah" telah memutuskan bahawa hanya mereka yang menghantar alamat sajok akan menerima kad raya dan cenderamata tersebut. Justeru, bagi mereka 6 orang ni...jeng jeng jeng....tunggulah kejutan dalam minggu ni. Hihihi (eh boleh lak pembaca berita tergelak?!)

Isnin, 8 Ogos 2011

Israel vs Palestine




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sari berita utama. Google sedang menjalankan undian sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Menurut sumber yang dipercayai berkata, Israel kini sedang mendahului. Jika anda seorang insan tidak kira agama yang cintakan keamanan, Jom undi Palestin!!! 

Cara-caranya :-
  1. Pergi ke pautan di bawah
  2. Klik pada bendera Palestine dan tuliskan verification word yang di beri
  3. Undilah Palestine
  4. Mohon share di facebook atau blog anda untuk dipanjangkan pada teman yang lain.


Tempat mengundi

Sahabat-sahabat klik link ni >TEKAN<

Jom pakat undi Palestin, walaupun usaha ini nampak kecil, sekurangnya-kurangnya jari jemari kita menjadi saksi mempertahankan sahabat2 kita yang dizalimi di Palestin. 





Info tambahan : (thanks pada yang update)
Pesanan ikhlas daripada saya.
Berhenti sebarkan mesej "Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului......"
Ia adalah mesej berantai.
...Undi anda walaupun sebanyak mana disana tak akan membantu sedikit pun rakyat Palestine dalam kesengsaraan malah menambahkan beban bagi mereka. Untuk pengetahuan anda, setiap page view laman web tersebut, sebanyak RM0.01 akan dibayar kepada Israel untuk iklan Google Ads mereka. Bayangkan kalau ada berjuta-juta pageview dan mungkin lebih dari itu. MasyAllah. Berapa banyak dah wang yang mereka perolehi. Dan tahukah anda wang itu digunakan untuk membeli senjata dan peluru2 yang membunuh saudara2 kita di Palestine? Kalau difikirkan logik, tak kan Google yang besar itu buat poll gunakan website free seperti ini kan? Dan saya ada buat sedikit Whois Lookup keatas laman web tersebut (cara untuk mendapatkan maklumat pemilik laman web tersebut). Ini hasil carian saya: http://www.whois.net/whois​/israel-vs-palestine.com. Tengok sahaja pada maklumat yang disertakan. Ada tertulis pemiliknya Google? Malah maklumat yang disertakan bukan maklumat yang betul. Fikir-fikirkan lah.
http://www.whois.net/whois​/isr

www.whois.net

Wallahualam....Jika benar, jangan vote n panjangkan post ni

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kecelaruan Minda Selepas Tidur Selepas Sahur



Sari berita utama. Seorang manusia didapati hilang akal sementara apabila beliau  didapati termenung 88 saat di atas katil selepas bangun dari tidur. Siasatan lanjut telah dijalankan ke atas beliau dan mendapati beliau mengalami flashback mimpi yang mencelarukan pada pagi tadi. Menurut sumber yang dipercayai mengatakan, "Itulah aku dah kat kat ngko, jangan tido lepas sahur....ko degil...Kan dah sewel otak ko kejap". Kita dengar sendiri pengalaman mimpi beliau.

Haku tido lepas sahur wei. Sebelum ni haku stay back sampai pukul 7 pagi pastu siap-siap pi keja. Lepas je haku tengok cita kat TV Tiga tu terus mata haku lelap. Entah macam mana haku mendapat mimpi. Kalau mendapat hidayah tu syukur la kan. Ini mimpi mengarut.

Satu pagi tu haku kelam-kabut nak pergi ke satu tempat ni. Packing suma barang pastu naik bas yang dah lama tunggu kat depan rumah. Sampai-sampai je kat destinasi ada orang ramai sangat. Aku tak dapat cam kat mana. Tapi nampak macam pusat pengajian tinggi jugaklah sebab ramai student macam haku sebok nak mendaftar hari tu.
















Sampai ja giliran haku nak mendaftar, haku lupa pulak nak bawak dokumen2 penting. Sudah. Jiwa haku kacau lah time tu kan. Jam dah dekat tengah hari ni. Waktu mendaftar nak habeh. Then blog untuk harini tak hapdet lagi. Boleh plak menyelit mimpi update blog kan. Pastu nak nangis la kan. Ntah macam mana tangan haku boleh klua kuasa magic. Pastu aku tunjuk je kat awan, ada satu benda turun dari langit ala-ala gaya UFO mendarat la kan. Ko tahu tak pe benda tu? Itu bobot!
















Pastu aku berkejaran kat bobot. Aku ngadu kat dia. Bobot boleh cakap wei! "Bobot bobot.....haku tak bley mendaftar blajaq hari ni. Dokumen penting suma takda tertinggal. Pastu kan bobot carut kat haku camnih
"Wei manusia, adakah ngko tahu ko dah habeh belajaq???"














Pastu haku pandang bobot. Bobot pandang haku. Aku tergelak mengalahkan dubuk la time tu. Pastu tanpa buang masa haku terus naik atas bobot, naik ke udara macam UFO balik. Kete ko mampu buat camtu?

Kesimpulan : Nak nangis bila aku kenangkan mimpi haku ni. Sekian...




Ahad, 24 Julai 2011

Amy Winehouse - 27 perkara yang anda patut tahu mengenainya




Amy Winehouse telah meninggal dunia pada malam sabtu yang lalu pada usia yang muda, 27 tahun. Walaupun beliau selalu dihentam dengan berita penagihannya, tidak ramai yang mengetahui tentang peribadinya. Berikut merupakan 27 sejarah ringkas seorang gadis berbakat besar yang pergi pada usia yang terlalu muda.


1. Amy Jade Winehouse dilahirkan pada 14 September 1983  di Southgate, utara London.

2. Memiliki sepasang mata cantik berwarna hazel dan mempunyai ketinggian 5 kaki 2 inci.

3. Amy mempunyai nombor "old school", tato wanita bogel di badannya.

4. Koktail kegemaran Amy ialah Rickstacy.

5. Mempunyai patung lilin yang dipamerkan di Madame Tussauds di London pada 23 Julai 2008.

6. Pernah pose bogel untuk majalah Easy Living keluaran British isu April 2008 dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang bahayanya kanser payudara di kalangan wanita muda.

7. Beliau bersekolah di Sekolah Susi Earnshaw Theatre pada usia 8 tahun dan mula membentuk sebuah kumpulan rap bersama rakan-rakan pada usia 10 tahun.

8. Ayahnya seorang pemandu teksi, amat menyukai lagu Jazz dan sering memutarkannya semasa Amy membesar.

9. Beliau mula menulis lagu pada usia 14 tahun dan bekas teman lelakinya menghantar pitanya bersama band jazz kepada seorang lelaki A&R (Artis dan Repertior).

10. Artis kegemarannya ialah Nas, Mos Def, Teena Marie, Beastie Boys, Carol King, Mahalia Jackson dan Monk Thelonius.

11. Dia menulis semua tetapi dua buah lagunya mendapat pujian pengulas yang digambarkan sebagai "cool, critical gaze" dalam liriknya.

12. Beliau mengalami kemurungan dan enggan mengambil ubat.

13. Pada bulan Mei  2007, Amy berkahwin dengan Blake-Fielder-Civil dalam satu majlis rahsia di Miami.

14. Amy dan suaminya ditahan di Norwy kerana memiliki ganja pada Oktober 2007.

15. Bryan Adams pernah menulis lagu khas untuk Amy bagi membantunya mengatasi ketagihan dadah. Lagu tersebut berjudul "Flower Grown Wild",  iaitu tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

16. Semasa persembahan di sebuah konsert di Birmingham England pada November 2007, Amy telah dicemuh oleh penonton sebagai tanda protes keadaannya yang mabuk.

17. Beliau pernah mengambil bahagian dalam kempen yang berjaya menyelamatkan Tavern George (sebuah pub inggeris) dengan mereka bentuk sebuah T-Shirt.

18. Beliau pernah dijemput untuk menyertai sekumpulan 72 penyanyi rahib Austria. Sami, yang dikenali sebagai Sami Cistercian stift Heiligenkreuz yang mencatat jualan album memberangsangkan.

19. Pada April 2008, Amy telah diundi sebagai heroin terbesar di bawah 25 tahun menewaskan Florence Nightingale.

20. Albumnya "Back to Black" telah diumumkan sebagai satu daripada 12 album pada 2007 yang disenarai pendek sebagai Mercury Prize Nominees.

21. Lagunya Rehab berdasarkan keengganan beliau untuk menghadiri pusat pemulihan alkohol.

22. She famously said, "I'm of the school of thought where, if you can't sort something out for yourself, no one can help you. Rehab is great for some people but not others."

23. She had recently finished a course of alcohol rehabilitation in London and at the time was under strict instructions not to drink. The Grammy award-winner had struggled with drink and drug addiction and had spent time in rehab.

24. By 2010, things turned around for Winehouse when she popped up looking healthier - and holding hands and kissing a new love, British film director Reg Traviss.


25. Hawley Arms a pub in Camden was her favourite pub. She even used to serve behind the bar sometimes. She made her last public appearance on Wednesday night when she joined her goddaughter Dionne Bromfield on stage at The Roundhouse in Camden

26. As late as June 21, the troubled Brit called off the remainder of her 12-date European tour following the Belgrade concert. Winehouse's rep, Chris Goodman, said the singer was withdrawing from all scheduled performances as she recovered. 

27. On July 23 this year, 27-year-old Winehouse was found dead in her London home. The cause of her death has not yet been revealed.


Amy Jade Winehouse, rest in peace.....ini sebagai pengajaran kita bersama. Jangan ambil dadah dan arak. Kerana ia akan memusnahkan hidup kita!

Sabtu, 28 Mei 2011

Wangian Damia Collection

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,


Kali ni atok nak memperkenalkan produk wangian yang diusahakan oleh kawan atok. Sekarang ni under promotion. Dari dulu lagi dia suruh atok promosikan. La ni baru aku berkesempatan. Sorry yo Manis Cindur! Hah, layan iklan ni dulu...

SPECIAL PROMOTIONS

Hanya RM 8 untuk semua jenis perfumes 3ml dan 5ml RM12 
(FREE POSTAGE)

Hanya RM 35 untuk perfumes 25ml dan RM115 untuk 125ml 
(FREE REFILL ROLL)

Boleh pilih mana-mana perfumes women/men di 
PAGES MEN/ WOMEN PERFUMES
cepat sementara stok masih ada...

Apa lagi tuan puan sekalian alam? Kita mesti kena wangi. Kalau wangi, ramai orang nak dekat. Cer bayangkan kau tengah dating ngan awek atau balak. Pastu awek nak feeling romantik ngan kau. Tiber2 tersembul bau ketiak. Terus awek kau mintak clash!


Contoh lain, suami baru balik keja, ingatkan nak cium isteri di tepi pintu yang menunggu penuh ayu. Sekali bau sambal belacan pulak. Terus spoil semangat suami tu. Err...dulu atok tak amik marketing. Hok tu yang guna contoh sambal belacan tu. Erk!.


Kita baca sedikit mukadimah produk ini dulu...
Minyak wangi yang kami edarkan adalah 100% tulen tanpa campuran alkohol. Kami penjual pati minyak tulen yang diimport khas dari Perancis, halal dan boleh dibawa solat. Cuma sekali calit, harumannya bertahan sehingga ke petang. Harga yang sangat murah dan berpatutan. Bauan yang sama 100% seperti haruman antarabangsa. 

Untuk malumat lanjut sila kli pautan ini, Wangian Damia Collection.









Psst : Nanti kalo order, sebut-sebutlah nama atok sket. Dapat pree sebotol 3ml dari tuan kedai pun jadilah...hihi...

Jumaat, 6 Mei 2011

Eksklusif Majlis Perkahwinan Intan Nurbaiduri Zainuddin dan Mohamad Haisa Bin Ariffin

Ketika inilah kisah bermula...Dua insan bercinta berjauhan di mata...Menjalinkan janji untuk bersama....Merentas samudera membelah gunung...Sebuah cinta yang agong...



Cinta yang suci dan telus
Sinar dari jiwa yang bersih dan murni





Terpahatlah episod baru dunia bahagia
Berbahagialah sehingga kemuncak destinasi cinta






Ikatan yang ikhlas membawa ke Syurga
Antara dua insan bercinta





Biar dugaan dan ujian datang menimpa
Pastikan cinta menjadi bentengnya





Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin didoakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup





Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu






Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu






Moga kekal hingga ke syurga

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih