Sari berita utama. Seorang manusia didapati hilang akal sementara apabila beliau didapati termenung 88 saat di atas katil selepas bangun dari tidur. Siasatan lanjut telah dijalankan ke atas beliau dan mendapati beliau mengalami flashback mimpi yang mencelarukan pada pagi tadi. Menurut sumber yang dipercayai mengatakan, "Itulah aku dah kat kat ngko, jangan tido lepas sahur....ko degil...Kan dah sewel otak ko kejap". Kita dengar sendiri pengalaman mimpi beliau.
Haku tido lepas sahur wei. Sebelum ni haku stay back sampai pukul 7 pagi pastu siap-siap pi keja. Lepas je haku tengok cita kat TV Tiga tu terus mata haku lelap. Entah macam mana haku mendapat mimpi. Kalau mendapat hidayah tu syukur la kan. Ini mimpi mengarut.
Satu pagi tu haku kelam-kabut nak pergi ke satu tempat ni. Packing suma barang pastu naik bas yang dah lama tunggu kat depan rumah. Sampai-sampai je kat destinasi ada orang ramai sangat. Aku tak dapat cam kat mana. Tapi nampak macam pusat pengajian tinggi jugaklah sebab ramai student macam haku sebok nak mendaftar hari tu.
Sampai ja giliran haku nak mendaftar, haku lupa pulak nak bawak dokumen2 penting. Sudah. Jiwa haku kacau lah time tu kan. Jam dah dekat tengah hari ni. Waktu mendaftar nak habeh. Then blog untuk harini tak hapdet lagi. Boleh plak menyelit mimpi update blog kan. Pastu nak nangis la kan. Ntah macam mana tangan haku boleh klua kuasa magic. Pastu aku tunjuk je kat awan, ada satu benda turun dari langit ala-ala gaya UFO mendarat la kan. Ko tahu tak pe benda tu? Itu bobot!
Pastu aku berkejaran kat bobot. Aku ngadu kat dia. Bobot boleh cakap wei! "Bobot bobot.....haku tak bley mendaftar blajaq hari ni. Dokumen penting suma takda tertinggal. Pastu kan bobot carut kat haku camnih
Pastu haku pandang bobot. Bobot pandang haku. Aku tergelak mengalahkan dubuk la time tu. Pastu tanpa buang masa haku terus naik atas bobot, naik ke udara macam UFO balik. Kete ko mampu buat camtu?
Kesimpulan : Nak nangis bila aku kenangkan mimpi haku ni. Sekian...
14 ulasan:
sempat lg mimpi2...huhu
mmg btol2 mengarut mimpi atok ni...si bobot mmg kereta yg bijak..hehe
Si Bobot yang warna merah hitam tu eh? hehehehe
bulan puasa hantu masuk mimpi kita tak? ;)
bobot..bobot....chumellllll :)
ini karangan cereka atau karangan fakta..?? keliru sebentar.. hahaha
haha.siap mimpi tu atok.
KuNanGKuNanG : Itulah. Sempat lagik. Hihi
faiz : Kan. Kadang2 tak masuk akal.
Azham Vosovic : Haha...my little bobot. =)
blog-tips-kurus : Itu tak masuk kot sobab kena pasung.
teacher bonda : Hihi. Bobot dah kembang dah tu.
Ayie : Ini mimpi atok lah.
Mohamadazhan.com : Kan. Dalam maso 30 minit je dah dapat mimpi.
Catat Ulasan