Kak Milah |
Hi uolls. Cantik tak pagi ni? Lama sudah kakak tak bersiaran. Kali ni kakak nak share dengan uolls tentang tips menguruskan berat badan. Tu dia. Bagi sesiapa yang berat dah ideal tu, jangan pulak uolls kasi pangkah blog akak. Atleast uolls share2 lah kat kawan-kawan yang gendut tu kan. Opss. Tanpa membazirkan masa dan air liur aku, kita teruskan kepada tips atau petua untuk menurutkan berat badan.
1. Makan ikut waktu
Walaupun uolls diet, akak ingin tegaskan jangan sekali-kali kau tak makan! Mesti kena makan. Badan kita ni macam kereta. Kereta perlukan petrol untuk bergerak. So, waktu yang sesuwei untuk makan adalah seperti berikut :-
Sarapan : 6.30am-7.30am
Makan tengah hari : 12.00pm-2.00pm
Makan malam : 6.00pm-7.00pm
(brunch, minum petang, minum malam tu korang tak payahlah amek. Kalau amek gak, serupa aku tak payah membebel dalam ni. Menghabihkan bogheh yo!)
2. Senaman
Amik contoh macam ni. Uolls makan dengan 1000 kalori sehari. Ini contoh ye. Kalau aku salah mention kalori2 ni jangan nak saman akak pulak. So, cuba kalian bakar balik kalori tu dengan senaman. Paling koman pun berjalan dengan laju selama 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau 100 masuk, 100 buang. Kalau tak sempat nak bersenam 30 minit berturut-turut tu, boleh pecahkan 10 minit setiap sesi selama 3 sesi. Ha, camtulah.
3. Ambil makanan seimbang
Akak tahu ramai yang cakap nasi menyebabkan kegemukan. Padahal kau tu sendiri melantak tak hingat donia. Nasik kau salahkan. Cuba amik hidangan yang seimbang. Lemak, gula, garam cuba kurangkan. Lebihkan pada senyuman. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat. Protein dan susu ambik dalam kadar sederhana. Mesti kena seimbang. Kalau sebelum ni pinggan uolls tu besar jam dinding yang mempunya diameter sehasta, cuba lepas ni uolls pakai pinggan cute macam mangkuk kucing tu. Nanti hidangan nampak penuh walhal hakikatnya sebaliknya.
4. Makan atau minum benda masam.
Akak selalu jugak amalkan minum air suam limau nipis tanpa plumbum gula! Baik lepas sarapan, lunch atau candle light dinner. Selain tu akak suka makan buah epal hijau, mangga dan pisang. Pisang walaupun tak masam, tapi ia mampu mengurangkan berat badan tau. Senang citer, uolls banyakkan melantak buah-buahan.
5. Tidur mencukupi.
Ini pun penting jugak uolls. Dah seharian uolls berdiet then tidur tak sampai 6 jam sehari, pun sia-sia jugak usaha uolls. Tidur mestilah mencapai had antara 6 ke 8 jam bergantung kepada individu. Kalau terlebih tidur pun susah gak uolls. Tu yang terjadi kes di mana pipi gebu dan melendut tu akibat suka tido siang. Erk
6. Berpuasa sunat.
Dah alang-alang uolls nak turunkan berat badan tu, apakata uolls cuba disiplinkan diri berpuasa sunat pada setiap hari Isnini dan Khamis? Kajian menunjukkan, jika kite perpuasa perut berada di dalam keadaan relex. Maksudnya dalam seminggu tu, kilang tak beroperasi selama dua harilah kiranya. So, boleh memantopkan performance perut dalam mencerna makanan dengan lebih baik. Badan cun, pahala pun dapat.
Oklah, itu sajok tips dari akak. Kali ni takdo disertakan link rujukan sebab tu suma tips dari kakak sendiri. Psttt.... kak Milah tak sihat sebenarnya ni. Maaflah kalau entry dua tiga hari ni macam tak kaw kaw. Apa-apapun, selamat beramal uolls......cau cin cau......Assalamualikum.
12 ulasan:
puasa je..hehehe...lama tak singgah...buang batu...
atok ada tips nak ade six pack tak..hehe
amboih faiz..nak 6 pack tu..ehehe..
lelain ok..tp tang senaman..kdg2 payah tul nak wat..ishk
atok..hawiz dh kurus tau..nk kasi berisi sikit..cmner r??
cuma nak komen.
1. utk kuruskan bdn, kena makan kerap. jgn elak makan makan. makan kerap akan naikkan metabolisme. jumlah makan sehari dikira dari jumlah total makanan sehari.
3. seeloknya balancekan protein ngan karbo. protein diperlukan utk muscle recovery.
4. benda masam? bukan semua org terima benda masam. org berdarah A sahaja yg menerima kesan baik dari air limau.
6. puasa bukan bertujuan utk kurus. bdn jika tidak mendapat makanan utk 1 jangka masa panjang, akan start catabolisme. muscle akan drop. mmg bdn shringe. tp akan senang naik balik bila start makan. jdkan puasa sebagai ibadah. bukan utk kuruskan bdn.
Salam dari Zaki Khan www.zakikhan.net
zaki khan:
waaa....
gad1s s0kong...!!!
c(:
Nohtakh ujan : Itulah lama tak nampak batang hidung
faiz : Aiyoyooo...tak kan kak milah nak ada 6 pax....tapi xpe, nnt atok suruh dia buat eh..
chii : Senaman tu paling berkesan. Badan pun sihat =)
hawiz : Minumlah weight gain. Erk
Zaki Khan : Wa, tu dia. Sangat berguna info ni. Thanks k sharing, atok tak tahu pun sebelum ni =)
| gad1s s0ypans | : Sokong komen ke sokong orangnya (atok gigit jari telunjuk)
Catat Ulasan