Isnin, 30 Julai 2012

Tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan

kak Milah
Gud moneng bebeh,


Amacam hadek akak yang jejan2, arini pose tak? Kalau tak pose akak suggest ko terjun lombong sekang. Anak buah hakak yang baru 6 tahun tu pun pose penuh hokey. Malu ngaku jantan kalau tak pose. Puihh. Ok, hari ni akak nak berkongsi dengan uolz tips-tips berkaitan dengan kecergasan di bulan ramadon selain meneguk 100 plus 1.5 liter dalam masa 5 minit! Dah bersedia ke babeh? Let start!

1. Uolz wajib bersahur untuk kasi tenaga keesokan harinya. Akak tak kisah kalau kau nak bersahur awal pukul 1 pagi ke hape, tapi jangan pulak ko nak menyalak nak buka pose pukul 10 pagi sebab lapar. Memang kena carut kat hakak. Pastu masa bersahur tu akak galakkan uols mengambil makanan yang berkhasiat seperti karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. Ala-ala ahli pakar pemakanan tak haku? Kekdahnyer...

2. Uols lakukan aktiviti untuk meningkatkan metabolisme. Peningkatan metabolisme ni penting bagi mematikan makanan yang uols santap tu ditukarkan kepada bentuk tenaga dengan semaksimum yang mungkin. Kalau metabolisme rendah, hak tu yang lemak ko berkumpul keliling perut tu. Makanya untuk meningkatkan kadar metabolisme, uols seharusnya melakukan aktiviti fizikal dengan lebih kerap. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal adalah sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan dihadam.

3. Badan kita ni macam kereta. Badan hakak macam kereta fair lady. Ko mampu??..ok kereta perlukan petrol untuk bergerak. Badan kita ni pulak perlukan air untuk bergerak dan melakukan aktiviti seharian dengan lancar. So, akak galakkan uols minum air banyak terutamanya air kosong. Akak ulang suara. Air kosong ye, bukan air manis-manis jual kat bazaar ramadhan seplastik sehengget tu. Takut kadar gula berlebihan masuk dalam badan nanti ko gemok. Orang makin kurus, ko makin gemok. Air sangat diperlukan untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita ni perlukan air yang banyak untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu.

4. Elakkan mengambil makanan yang masin-masin masa bersahur. Yang ni mak hakak la yang bagi tips. Katanya, nanti ko cepat haus. Kicap masin pun kalau boleh uols elakkan. 

5. Ok yang terakhir sekali akak malas nak pikir lagi dah. Ko pun tahu dalam tibi pun dah pemes pasal benda ni. Dalam suratkhabar apa tah lagi. Uols tunggu apa lagi? Minumlah jus orang kampung! 
'saya menang motorrr'


Ok bebeh, memandangkan jam plastik pasar malam akak ni menunjukkan pukul 3.10 pagi, so akak nak tido dulu. Esok takut aku terlajak sahur. Amalkan lah tips hakak tu wokey. Selain tu, akak nak mintak pendapat uols kalau ada tips lain yang berguna. Bolehlah kita berkongsi dengan kawan-kawan yang lain di bulan ramadon ni. Tinggalkan komen ya! Papai uolss






12 ulasan:

mangsibersamajabatanku berkata...

mak aii..kalo dah jam 3.10 pagi tu baik sahur terus......!
petua bagus niee..!
slm ramadhan

dya nasir berkata...

lambatnya hakak tidur..hihih
dya selalu makan kurma je time sahur

qaseh johanna berkata...

yg pasal jgn masin time saho tu betol..so elak masak kicap..ikan masin n telo masin.... :))

Salwa berkata...

Juga elak makanan terlalu bergoreng. Sebab nanti cepat haus.

blog-tips-kurus berkata...

jangan tdo lmbt le atoknya.. nanti gemok!!

Unknown berkata...

eheheh..xleh mkn yg masin2 eh...xtau plak pasal ni..tQ

Unknown berkata...

Chenal : Salam ramadon chenal

Unknown berkata...

dyabunga : Gitew. Sunnah katanya makan kurma kan. Gud dik

Unknown berkata...

qaseh johanna : Nanti kita hausss... :)

Unknown berkata...

Salwa : Betul. Atok setuju

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Erk. Ye kew?

Unknown berkata...

chii : Now chii dah tau kan :)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih