Isnin, 23 April 2012

Cikgu tak suka saya!

Tok Wan




Assalammualaikum Tok Wan,

Saya Hasrina. Berumur 16 tahun. Tok Wan, saya nak berkongsikan dengan Tok Wan tentang masalah saya di sekolah. Untuk pengetahuan Tok Wan, saya seorang yang berkulit gelap dan boleh dikatakan banyak jerawat. Disebabkan itu, saya sering merasakan diri ini serba kekurangan. Saya selalu rasa rendah diri dan terasing dari kawan-kawan. Lebih malang lagi, ada segelintir cikgu saya seolah-olah tidak perasan dengan kehadiran saya di kelas. Cikgu lebih tumpukan pada kawan yang aktif bertanya. Ada jugak segelintir cikgu suka melayan pelajar yang hensem atau cantik sahaja. Jika saya bertanya, dia hanya acuh tak acuh sahaja. Tok Wan, saya ingin berjaya dalam hidup. Tolonglah saya agar dapat menarik perhatian cikgu supaya saya seronok untuk belajar sekaligus menghampiri cita-cita saya.

Waalaikumsalam Hasrina,
Meleleh air mato uwan terbaco kisah Hasrina ni. Opss, lupo pulak uwan tongah potong bawang ni haaa. Okey2 uwan simpan sekarang. Haa, uwan paham perasaan Hasrina tu. Uwan dulu maso sekolah rendah dulu nak ikutkan macam itik yo. Kopam. Lobam. Kasut sekolah hitam. Pendiam. Pemalu tak pasal-pasal. Tapi semenjak uwan masuk sekolah tinggi, uwan macam angso. Kau mampo dari itik convert jadi angso?

Ok2, uwan gurau yo Hasrina. Lets be serious okey. Sebenarnya masalah Hasrina ni kecik je bagi uwan. Hasrina yang berfikiran negatif. Mana mungkin seorang guru nak melebih-lebihkan pelajarnya. Semua diberi ilmu dan kasih sayang sama-rata. Tapi uwan tak tahu lah kot ado segelintir yang macam Hasrina sebutkan tadi kan. Tapi uwan percayo, sumo cikgu nak anak muridnya berjaya.

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang remajo kito akan rasakan diri kita ni tak sama macam orang lain. Kita hitamlah. Kita banyak jerawatlah. Kita tak cantiklah. Itu sumo subjektif Hasrina. Sumo tu tak kan menentukan kita ni berjaya dalam hidup kerana sebab tu. 

Yang menentukan kito ni berjayo dalam hidup adalah diri kita sendiri. Jauh dari lubuk hati tu sendiri. Kalaulah hati kita ni kuat mengatakan yang kita boleh berjaya dengan usaha yang berterusan dan tanpa jemu, uwan jamin Hasrina pasti akan berjaya. Lagipun uwan sangat yakin, kecantikan seseorang itu bukan terletak pada luaran semata-mata, tapi dari dalam diri kita sendiri. Cantik dalam , cantiklah luar. 

So, kesimpulannya. Hasrina kena belajar menerima diri ini seadanya. Setiap ciptaan Allah tu sempurna dan unik belaka. B confident! Sering ke depan dan bertanya cikgu kalau tak faham. Hasrina sama saja dengan rakan sekelas yang lain. Tidak ada beza pun. Cuma, yang akan membezakan kalian adalah usaha masing-masing untuk berjaya! Chaiyok2 bebeh! Come on! You can duit!! Yeahhhhhhhhhhhhhhhh!!  ~Eh, nasib baik kain batik uwan tak tanggal!

18 ulasan:

~~zana@pb~~ berkata...

Kelakar la uwan ni.....
Masalah si Hasrina ni sama je mcm anak akak, sama mcm uwan jugak. Hitam logam kulit tu....tetapi...jika kita bijak, kondifen..eh confident, aktif bersukan, pelajar terbaik, tak sombong...insyaallah itu semua boleh menutup kekurangan kita. Siapa taknak dekat dengan orang pandai kan? Dah bnyk berlaku...termasuk anak akak. Mula2 dulu komen dia begitu begini, takde kwn. Sbg org paling rapat iaitu keluarga, kena selalu beri perangsang. Jadi, luahkan kat famili perasaan tu, jgn luahkan kt kwn yg tak boleh membantu.

Novelgurl berkata...

HAA..betul tu hasrina..caiyok2 ! B confident.Kita y mnentukn arh hidup kite jgn biarkn orng len mempengruhi anda..huhuhu..

P/s: klo sy..mmg sngaja nk mnyorok x nk kasi cikgu nmpk..kang bnyk tnye lak cikgu uh..kih3.

KuNanGKuNanG berkata...

confident level kene tinggi dik...:)

Fazmyn berkata...

hasrina kamu kena sentiasa percaya pada diri sendiri dan ketepi kan semua benda yang buat kamu rasa 'down' ... kat dunia ni x semua cantik ... kekadang cantik paras rupa nya hatinya pulak problem ... so has just ingat yang semua ada kekurangan dan kelebihan ... kamu tetap cantik di mata Allah s.w.t ..

mekjangok berkata...

buat hasrina..jangan risau semua..jgn amik pedulik pown..cikgu zaman skang mmg ade yg mcm tu..toksah dok pikir2...satu jer akak ingatkan,ekau dgr betul2..'biarlah cantik dimata allah dah percayalah allah itu pencipta yg agung, semua ciptaannya cantik2 belaka'....

umie mia berkata...

setiap kekurangan pasti ada kelebihan.. tak semua manusia ni sempurna.. anggap kekurangan itu 1 kelebihan yang akan menguatkan semangat dalam diri.. buktikan pada semua anda boleh.. yang penting usaha untuk menuntut ilmu itu ada.. biasanya cikgu yang pilih kasih tidak sedar akan tanggungjawabnya.. tapi tak semua cikgu begitu.. banyak alternatif lain untuk menuntut ilmu.. yang penting usaha dan tidak putus asa ^_^

dill berkata...

hasrina,

just study smart ya. usah pedulikan fikiran negatif. ^^

dill.

chii berkata...

jgn sedih2 sgt. kena ingat,dlm diri setiap org ada kelebihan tersendiri. apa yg pentng, hasrina kena blaja sungguh2 buktikn pada mereka yg hasrina merasakn pndang sebelah mata yg hasrina boleh berjaya. karang ni kalau harap muka cntik /kacak tp otak kosong. x best gak kan

dyabunga berkata...

hasrina...tak mau sedih2... kena yakin pada diri sendiri..

Suhami Ahmad berkata...

~~zana@pb~~ : Boto tu, uwan setuju...family kono banyak mainkan peranan...

Suhami Ahmad berkata...

Novelgurl : Lorrr.awaitnya menyorok

Suhami Ahmad berkata...

KuNanGKuNanG : Uwan sokong tu!

Suhami Ahmad berkata...

Fazmyn : Semua ciptaan Allah tu cantik

Suhami Ahmad berkata...

mekjangok : Ada jugak ke cikgu camtu? ish ish

Suhami Ahmad berkata...

umie mia : Key point yang ni atok suka....jangan putus asa

Suhami Ahmad berkata...

dill : Study smart but not study hard kan

Suhami Ahmad berkata...

chii : Kalau dengan pakej muko jo tak kan lari ke mana

Suhami Ahmad berkata...

dyabunga : Dongar tu asrina

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih