Isnin, 9 April 2012

Tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu Part 1

Assalammualaikum dan peace yo!


Tu dia. Segmen melencong telah kembali. Sila muntah hijo. Kali ni atok joint trip opis sempena boss atok bakal bersara tak lamo laie. Nak amik feel kenangan terindah bersama staf katanya. To our beloved boss, Mr Azman Bin Aiyub, moga kehidupan akan bermakna bersama keluarga tercinta lopeh ni. Beliau seorang yang hebat dan sporting  =)

Okeh bebeh, kito teruskan perlencongan di Kuala Terengganu pado 30hb 3 2012 - 1hb 4 2012 tempoh hari.
Inilah orang yang diraikan. Our boss

Tempat pertama yang kami poie ialah masjid terapung Kuala Terengganu.  Masji ini dikenali jugak sebagai Masjid Tengku Zaharah sempena nama ibunda Al Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Masjid ni jelas keunikannyo maso suasana air pasang di mana ianya kelihatan terapung-apung dengan dikelilingi oleh sebuah tasik yang mana airnya terus mengalir ke laut berhampiran. Jadi fenomena pasang surut air laut akan mempengaruhi persekitaran mesjid ni amnya.


Terdapat kemudahan gerai jualan dan makanan berhampiran masjid bagi kemudahan para pelawat. Mesjid ni jugak selalu menjadi tumpuan bagi upacara perkahwinan dan sesi fotografi. Paling santek masa matahari nak terbenam dari arah belakang mesjid. Nak nak ado refleksi air. Ngamsoi bak kato orang.

santek kan..siap ado pokok ala ala buah kurma lagik...mcm kat arab
Menariknya kat dopan mesjid tu ado macam taman. Taman tu santek sangat. Kalau Ecah nak tipo uwan kat kampung yang Ecah bercuti di Korea, nescahaya uwan Ecah musti percayo. Tak cayo? moh skodeng....

hijau je kan. macam kat luar negaro, subhanallah!
Sedikit info pasal masjid ni. Masjid ni dibino pada September 1991 dan telah siap dibino pada Januari 1994 bernilai RM6.997 juta dan direkabentuk oleh Dato'Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun islam dan gabungan senibina tempatan. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta dikelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah dan manakala wanita di bahagian atas.



Macam mano nak ke sini? perjalanan ke sini mengambil maso 10 minit dari Bandaraya Kuala Terengganu, lobih kurang 5km jaraknya. Kedudukan masjid ni terlotak di pinggir di Kuala Terengganu iaitu Teluk Ibai. Okey, kalau nak singgah memang berbaloi. Selamat datang ke Ganu! =)


p/s : Sambung lagi part 2 esok. Timo kasih pada Zazaw kerana bagi alamat kat atok untuk poskan poskad yang dimenangi tempohari. Yang lagi 3 orang pemenang tu atok masih x terima alamat lagi.


11 ulasan:

mas saari berkata...

pernah pergi sekali jo kat masjid ni, masa tu tahun 2003.. memang cantik tempatnyo!

Tanpa Nama berkata...

rindu nak berjalan ke kuala terengganu ^_^

Aziela berkata...

Yess...atok plak dah sampai Terengganu... Bravo atok..bravo....

dya nasir berkata...

atok ole2 untuk cucu ni tak ada ke?hihi

Mr.She berkata...

cantik lah atok! poe tak ngajok.. :P

Unknown berkata...

mas saari : Atok pun tak sompek pusing-pusing kawasan sekitar tu

Unknown berkata...

umie mia : Haa...mai la singgah datang laie...hihi

Unknown berkata...

Aziela : Hihi...tocey

Unknown berkata...

dyabunga : Ole2 xdo, tapi aritu atok ado agih an poskad ganu

Unknown berkata...

Mr.She : Atok ikot rombongan che kiah yo...huhu

Tanpa Nama berkata...

cik bintang kan tu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih