|
Tok Wan |
Assalammualaikum Tok Wan,
Saya Hasrina. Berumur 16 tahun. Tok Wan, saya nak berkongsikan dengan Tok Wan tentang masalah saya di sekolah. Untuk pengetahuan Tok Wan, saya seorang yang berkulit gelap dan boleh dikatakan banyak jerawat. Disebabkan itu, saya sering merasakan diri ini serba kekurangan. Saya selalu rasa rendah diri dan terasing dari kawan-kawan. Lebih malang lagi, ada segelintir cikgu saya seolah-olah tidak perasan dengan kehadiran saya di kelas. Cikgu lebih tumpukan pada kawan yang aktif bertanya. Ada jugak segelintir cikgu suka melayan pelajar yang hensem atau cantik sahaja. Jika saya bertanya, dia hanya acuh tak acuh sahaja. Tok Wan, saya ingin berjaya dalam hidup. Tolonglah saya agar dapat menarik perhatian cikgu supaya saya seronok untuk belajar sekaligus menghampiri cita-cita saya.
Waalaikumsalam Hasrina,
Meleleh air mato uwan terbaco kisah Hasrina ni. Opss, lupo pulak uwan tongah potong bawang ni haaa. Okey2 uwan simpan sekarang. Haa, uwan paham perasaan Hasrina tu. Uwan dulu maso sekolah rendah dulu nak ikutkan macam itik yo. Kopam. Lobam. Kasut sekolah hitam. Pendiam. Pemalu tak pasal-pasal. Tapi semenjak uwan masuk sekolah tinggi, uwan macam angso. Kau mampo dari itik convert jadi angso?
Ok2, uwan gurau yo Hasrina. Lets be serious okey. Sebenarnya masalah Hasrina ni kecik je bagi uwan. Hasrina yang berfikiran negatif. Mana mungkin seorang guru nak melebih-lebihkan pelajarnya. Semua diberi ilmu dan kasih sayang sama-rata. Tapi uwan tak tahu lah kot ado segelintir yang macam Hasrina sebutkan tadi kan. Tapi uwan percayo, sumo cikgu nak anak muridnya berjaya.
Sudah menjadi lumrah sebagai seorang remajo kito akan rasakan diri kita ni tak sama macam orang lain. Kita hitamlah. Kita banyak jerawatlah. Kita tak cantiklah. Itu sumo subjektif Hasrina. Sumo tu tak kan menentukan kita ni berjaya dalam hidup kerana sebab tu.
Yang menentukan kito ni berjayo dalam hidup adalah diri kita sendiri. Jauh dari lubuk hati tu sendiri. Kalaulah hati kita ni kuat mengatakan yang kita boleh berjaya dengan usaha yang berterusan dan tanpa jemu, uwan jamin Hasrina pasti akan berjaya. Lagipun uwan sangat yakin, kecantikan seseorang itu bukan terletak pada luaran semata-mata, tapi dari dalam diri kita sendiri. Cantik dalam , cantiklah luar.
So, kesimpulannya. Hasrina kena belajar menerima diri ini seadanya. Setiap ciptaan Allah tu sempurna dan unik belaka. B confident! Sering ke depan dan bertanya cikgu kalau tak faham. Hasrina sama saja dengan rakan sekelas yang lain. Tidak ada beza pun. Cuma, yang akan membezakan kalian adalah usaha masing-masing untuk berjaya! Chaiyok2 bebeh! Come on! You can duit!! Yeahhhhhhhhhhhhhhhh!! ~Eh, nasib baik kain batik uwan tak tanggal!