Selasa, 30 Ogos 2011

Ucapan Khas Merdeka Raya Kakitangan Apo2 Yolah

"Selamat hari rayo maaf zahir dan batin ikhlas dari hati atok untuk semuo cucu-cucu yang rajin singgah melawat atok sekeluargo. Kesempatan ini jugak atok nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 54. Nak duit rayo silo datang teratak atok yo!"






"Uwan nak susun jari mintak hampun kat sumo cucu uwan yang disayangi. Tahun ni uwan tak buek ketupek laie. Main boli ketupek moni yo yang segera tu. Kang uwan buek kang, kok berayo kek spital. Cucu-cucu uwan sila bantu omak kek dapur nanti yo kalau ado tetamu datang"





"Abang Joe mohon maaf dan silap sepanjang Abang ke udara. Jangan main mercun dan meriam. Kang tak pasal-pasal beraya takda tangan. Berbelanjalah berpada-pada ikut kemampuan. Jangan lepas ni, duit kosong berhutang keliling pinggang"





"Ramadan dah kita tinggalkan, kini tibalah Syawal menjelma kita sambut dengan kemeriahan. Kak Milah nak bagi nasihat kat kalian. Syawal-syawal jugak, jangan lepas ni kau melantak kuih raya tak ingat dunia. Lepas ni terpaksa lah akak bagi petua buang lemak. Selamat hari raya dan merdeka!!!"





"Happy Eid. May your day is bright like a sun appear from the east. Auntie Memey love you guys so much. Dont play play mercun. Meriam is ok!"  





"Selamat hari raya maaf zahir dan batin semua. Ujang cuma nak ucapkan hati-hati ketika memandu. Jika mengantuk, rehat sebentar. Jangan hari kegembiraan kita semua ini akan disambut penuh kehibaan oleh sanak-saudara"

Ahad, 28 Ogos 2011

Kad Raya Eksklusif Untuk Cucu-cucu Tersayang



Has been a year,
It comes again;
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Mountain Daik's branches got three,
Pandan Island is far far in the middle;
With friends, relatives and family,
Hari raya is time to mingle.

If your garden got hot spring,
May I take a dip in it please?;
Balik kampung time better no speeding,
Unless you wanna give bonus to the police.

Push wood pull wood,
Keranji fruit inside a boat;
Hari raya got lots of food,
But don't eat too much like a goat.

Two three cats run run,
Where got the same as the striped one;
That's all for me I gotta run,
Duit raya? Where got one? 

Jackfuit just outside the yard,
With bamboo stick give it a whack;
Salam aidilfitri from the bottom of my heart,
If you want more, wait till I get back.

Sabtu, 27 Ogos 2011

:'(

Abis rambut raya atok kena tarah........   :'(





Jumaat, 26 Ogos 2011

Cucu pilihan atok ke - 25

Umie Mia ; Cucu Pilihan Atok minggu lepas

Cucu Pilihan Atok ke-25 : ??

Tahniah kepado Umie Mia kerana berjaya merangkul anugerah cucu pilihan atok ke-25 pado minggu lopeh. Baiklah, pada minggu ini, pencarian cucu pilihan diteruskan. Cucu pilihan atok yang bertuah pada minggu ini telah disandang oleh....

Khamis, 25 Ogos 2011

Kenangan Berpuasa

Once upon a time,


Masa tu kalau tak silap atok, atok masih sekolah rondah kot. Dalam darjah satu atau duo camtu. Menjadi kebiasaan kalau sesiapa yang didapati poso ponuh, pok cik atok akan kasi duit rayo lobih limo kali gando bagi mereko yang tak poso. So, atok harus gigih poso ponuh tahun tu jugak.

Maso sahur hari pertamo tu, atok beriyo-iyo makan. Porut kasi boto-boto ponuh. Air minum bertaka-taka. Sampai terkoncing-koncing. Hari pertamo tu muko sonyum yo. Bertenago pasal sahur tadi bekalan mencukupi. Masuk tongah hari badan dah lombik sikit. Dah melepet atas lantai simen. Kebosanan! Tak tahu nak buek apo. Maso tu mano ada menatang pesbook sumo nih.

Masuk pukul duo masih bertahan. Kawan atok ajak keluar main kat luar rumah. Main nyorok-nyorok katanya. Atok pun apo laie. Pandang jam dinding baru pukul 2. Lambek laie. Main-main nanti dah terus nak buko poso. Tak teraso sangat lamanya, bagi perkiraan atok. So, atok pun setuju keluar bermain.

Main punyo main jam dah pukul 5 potang. Atok copek-copek bukak TV1 tengok cito Gaban. Atok raso bertenago semulo. Fresh. Lapang. Lemak berkrim! Berangin. Cool. Pastu atok jeling kat tangan. Masyaallah, aku sedang menelan air sejuk!......Time tu jugak atok p dapur melalak kat omak sobab dah terminum air sojuk. Pueh lah omak pujuk, takpo tak sengajo koba eh. Warghhhhh melayang duit rayo limo kali gando den....



Pesan atok : Kito maso kocik2 dulu tahu sayang nak tinggalkan puasa, tapi dah bosar-bosar ni sesuko hati yo tinggalkan puasa. Selamat berpuasa!  =)

Rabu, 24 Ogos 2011

Pandainya Sufia

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Wah, semalam kan kawan akak atok datang buka pose kat rumah. Pastu dia bawaklah pelbagai juadah dan hidangan. Atok apa lagi, duduk saf paling depan la kan. Pastu anak buah atok yang 5 tahun ni, Sufia pun duduk sekali sebab pose. 

Nak dipendekkan cerita, kawan akak atok ni ada anak pompuan muda setahun dari Sufia. Ontok je budaknya. Siap pakai tudung lagik. Budak belum akhil pun tahu pakai tudung kan. Then dia duduklah bersebelahan Sufia. Atok pulak tengah termenung landing menatap makanan depan mata satu persatu sambil mata terkelip-kelip dan air liur dah sebesen di telan.



Masing-masing senyap pandang makanan. Atok senyap. Akak senyap. Kawan dia senyap. Husband diorang senyap. Masing-masing takda point nak bercakap. Lagipun lagi 2 minit nak berbuka pose jadi semua sedang tumpukan perhatian. Atok apatah lagi, kurang mesra sikit di awal perkenalan. Namun ntah macam mana tiba-tiba...

"Awak dah beli baju raya? berapa pasang baju awak tahun ni?,"atok terus memandang pada pemilik suara.









SUFIA????!!








Atok pun...
pengsan sambil mulut berbuih atas tikar juadah berbuka tu



Amboih ko Sufiaa....mengalahkan perbualan makcik-makcik!

Remaja







ok, boleh muntah sekarang.

Selasa, 23 Ogos 2011

Rukun Iman

Ujang

Assalammualaikum

Kawan-kawan berpuasa tak hari ni? Alhamdulillah kita dah masuk ke 10 malam terakhir di bulan puasa. Mari kita lipatgandakan amalan kita di malam-malam terakhir ini. Mungkin ini adalah Ramadan kita yang terakhir. Baiklah, kalau minggu lepas Ujang ada kongsikan dengan kalian apa itu Rukan Islam. Nah, sekarang Ujang nak bagitahu apa itu Rukan Iman. Sekadar kita mengingati kembali  =)

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-

Beriman pada Allah
Kita wajib percaya kepada Allah . Percaya kepada keesaannya . Wajib percaya tiada tuhan melainkan Allah yang hidup tiada pemulaan dan tiada akhirnya , tiada yang menyerupainya , maha berkuasa , maha medengar , maha melihat dan maha mengetahui segala yang berlaku baik yang kelihatan dan tersembunyi. segala yang belaku adalah diatas kehendaknya


Beriman kepada Malaikat-Malaikat
wajib percaya malaikat itu wujud . Dijadikan tuhan daripada nur ( cahaya ) yang sentiasa bertasbih kepada tuhan dan tidak pernah menginkari suruhan dan larangan Allah


Beriman kepada Kitab-Kitab
wajib percaya bahawa tuhan menurunkan peraturan-peraturan dan perintah yang diberikan kepada rasul-rasulnya.
segala peraturan ini dikumpulkan dijadikan  kitab. Kitab ini adalah terkumpulnya segala suruhan dan larangan yang dikenakan kepada manusia.

Kita wajib percaya tuhan mengirimkan pesuruh dan utusan kepada manusia sebagai ketua atau pembimbing manusia ke arah jalan yang benar .dan juga bertindak sebagai penyampai perintah dan larangan tuhan.


Beriman pada Hari Akhirat
Kita wajib percaya pada suatu hari nati dunia akan hancur lebur , rosak binasa  dan segala mahluk benyawa pasti akan mati , kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.


Beriman kepada Qada' dan Qadar
wajib percaya segala yang terjadi adalah apa yang telah ditentukan dan ditetap kan tuhan sejak azali  Percaya kepada Qadha dan Qadar


Sekadar untuk renungan dan amalan kita. Wallahualam.

Isnin, 22 Ogos 2011

Perah-Perah Takda Idea Gak

Tu dia. Atok memang kepenatan dan takda idea nak seloroh apo pagi-pagi yang damai ni. Minggu ni memang kepenatan. Bermula dari hari sabtu pagi aritu bawaklah sampai ke malam semalam, jadual pack!. Nak berhibernasi pun tak sompek. Nak reply komen apatah lagi. Nanti atok reply ek  =)

Eh! nak tanya ni. Betul ke korang rindukan bebelan atok? Bukan apa, aritu atok bukak komen sekali imbas. Then terbaco komen cucu Azham Vosovic. Dia kata camnih...


Sebelum ni pun, kawan adik atok kat Polisis pun rajin baca blog Apo2 Yolah tau. Then haritu dio koba, sekarang ni blog atok banyak cerita pasal fakta je ek. Bebel-bebel kurang ek? Macam bosan sikit. Sebenarnya korang memang suka atok membebel ke? Atok bukan tak nak bebel. Nak. Tapi apakan dayo, atok tak da benda menarik nak citer ngan korang. Takkanlah atok nak citer pasal hari ni pergi bazaar mano? Hari ni boli murtabak berapa keping? Arini tertelan air paip? Kan? Mesti lagik bosan korang kan.

Atok memang takdo idea tau. Dah perah-perah takda idea gak. Kadang-kadang orang kata jadi blogger ni senang je. Ko merepek je 5 minit tulis je apa kau nak tulis. Dah siap. Tapi kadang-kadang 55 minit belum tentu kau dapat menulis satu ayat pun. Tergolek tertonggeng camna pun, still xdak idea. Melainkan kopipes. Ops.

Ok dah-dah. Kita citer benda lain lak. Ha, sabtu haritu atok poie melakau. Nanti atok cerita kisah perjalanan di melakau tu ngan korang eh. Ni atok kirimkan sekeping gambar khas cucu gedik Suhami Ahmad kat melakau untuk tatapan kalian. Sekeping je tak leh lelebih. Yang lain tak sempat nak edit lemak2 dan jerawat lagi. Jangan tak tido malam pulak! Kang kau mimpi lak Durja Ningsun merayap bawah katil kang. Papai








Sama tak????



Ahad, 21 Ogos 2011

Wanita Akhir Zaman ; Rasulullah Menangis Siri 3

** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.


KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM
APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."
Jawapan: 
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?
3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"
Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Sumber: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

Sabtu, 20 Ogos 2011

Fakta Al-Quran 14

Apakah ayat di mana 2 perkataan 'Allah' terletak bersebelahan?

Ayat 124, Surah Al-An'aam


Masjid Islamic Center adalah masjid yang terletak di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia, merupakan masjid termegah dan terbesar kedua di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal. Memiliki luas bangunan utama sekitar 43.500meter persegi

Jumaat, 19 Ogos 2011

Dah tak tahan dah ni!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Apa yang tak tahan ni tok? Macam ni, kan atok koba untuk segmen ramadon ni, segmen "diari atok" tak de kan. Sebab atok malas nak mengata orang time bulan puasa ni. Tapi atok dah tak tahan dah. Atok kena gak publish segmen "diari atok" ni. Bukan nak mengutuk orang, tapi nak berkongsi perkembangan terbaru dari atok. Kau ingat kau artis Warner Music?

Esok, lepas subuh atok akan bertolak ke Melaka. Tujuan atok ke Melaka ni ada tiga tujuan utamo. Yang pertama atok akan mencemar duli ke Melaka Mall nak pergi FT Studio. Nak usha aksesori untuk buchuk macham D90. Rabaklah duit aku kat situuuu. Yang keduanya atok nak soping baju raya kat JJ, Tmn Chempaka, n mano2 yolah yang tawarkan diskaun 100%. Yang ketiganya atok bershooting di sekitar Melakau. Aritu tak sempat nak shoot. Nak esok, siaplah kau melakau! Aku datang!!!!

Hari ahad ni pulak, atok ada appointment dengan Kak Dato Siti Nurhaliza. True Lurve Boutique kepunyaan Raja Zulkiefli a.k.a Ejoy. Dia nak berbincang lanjut dengan atok. Dalam kepala hotak atok ni ada dua je. Samaada dia nak bekerjasama dengan freelance bussiness D'Lensa Abadi Photography atau.......atau dia nak amek atok sebagai model butik  pengantin tu!!!!!!!!







Abesss la...kompem aku kena caci jap lagi!!!


mai like fan page D'lensa Abadi Photography di sini dan sini.

Pil Puasa

Khamis, 18 Ogos 2011

Macam mana nak tebus pendapatan nuffnang?

Cikgu Nasir

Assalammualaikum pelajar sekalian,

Apa macam hari ni? Puasa tak? Tak puasa kau pergi masuk sekolah taska balik sebab anak saudara cikgu yang umur 5 tahun tu pun pose. Baiklah, bagi ramadon yang mulia ini, cikgu nak ajar kalian macam mana nak tebus pendapatan nuffnang. Tahu tak apa menatang nuffnang tu? Kalau tak tahu klik sini.

Baiklah, dah sedia dengan aiskrim conetto pensel dan kertas semuanya? Sila ikuti langkah berikut.


1. Buka nuffnang masing-masing. Kau nak buka nuffnang jiran kau boleh gak, asalkan tahu password. Klik pada earnings.



2. Pastu, dia akan keluar satu windows. Scroll ke bawah then pelajar sekalian kena semak detail akaun, alamat dan nama pelajar kat bawah sekali tu. Kang duit termasuk kat akaun aku, payah gak. Aku beli lamborgini sebijik.



3. Dah semak semua betul tu, pastu apa lagi. Kau laju-laju klik kat "Tebus pendapatan saya".



4. Kemudian, akan keluar mesej macam ni
Kena betul-betul maklumat tu.



5. Agak-agak dah kompiden tahap lipan tu, terus tekan ok dan windows akan automatik jadi macam ni. Baki pun dah kosong balik. Email akan dihantar setelah permohonan bayaran diproses. Pelajar perlu tunggu dalam masa sebulan (bagi ahli glitterati) dan 2 bulan (bagi bukan ahli glitterati) untuk cek sampai ke rumah. Lepas tu jangan lupa belanja cikgu aiskrim conetto magnolia. Takpun choki-choki.
Dah jadi anak dara balik...RM0.00

Pesan Cikgu Nasir : Abeslaaa.....atok nak bercoti kat Penang hujung bulan 9 ni pakai income blog tu. Melaram makan nasi kandaq lah orang tua ganyut tuuuu!

Rabu, 17 Ogos 2011

Wang Kertas Baru Malaysia


p/s : Edisi terhad. Sila dapatkan nilai mata wang ini untuk kasi anak buah sempena Hari Raya Puasa ini!

Selasa, 16 Ogos 2011

Fakta Al-Quran 13

Berapa kalikah jumlah perkataan 'Muhammad' dalam Al-Quran?

Sebanyak 4 kali, iaitu dalam :
  1. Surah Ali-Imran ayat 144
  2. Surah Muhmmad ayat 2
  3. Surah Al-Fath ayat 29
  4. Surah Al-Ahzaab ayat 40



Masjid i-Jahan enzo atau dikenali sebagai Masjid Jama, merupakan masjid utama Old delhi di India. Diilhamkan oleh Mughal Emperor Shah Jahan, pembina dari Taj Mahal dan siap di bina pada tahun 1628. Masjid ini merupakan masjid terbesar dan terkenal di India. Ia terletak di pusat Old Delhi, Chawri Bazar Jalan.

Isnin, 15 Ogos 2011

Hari ini post, semalam sampai (kad raya)


Sari berita utama. Proses pengeposan kad raya dan cenderamata cameron  kepada mereka yang berjaya mengharungi perit getir pertandingan anjuran apo2 yolah yang berlangsung selama sebulan tempoh hari akan dilakukan tepat jam 1.08 tengah hari, hari ini.

Menurut sumber yang dipercayai berkata, contest Apo2 Yolah hanya menerima 9 penyertaan sajok (sedeh), namun kesemua sembilan mereka yang masuk, layak memenangi saguhati kad raya edisi katon (kad yang bunyik-bunyik dan ado lampu lip lap xdok, bajet larikk).  

Setelah proses pengampunan pengumpulan alamat kepada mereka yang layak dilakukan pada minggu lepas, cuma 6 orang sajok yang kasi alamat kat email. Dan 2 orang sajok kasi alamat untuk kategori cenderamata cameron (sedeh gak)

Ahli mesyuarat tingkap "Apo2 Yolah" telah memutuskan bahawa hanya mereka yang menghantar alamat sajok akan menerima kad raya dan cenderamata tersebut. Justeru, bagi mereka 6 orang ni...jeng jeng jeng....tunggulah kejutan dalam minggu ni. Hihihi (eh boleh lak pembaca berita tergelak?!)

Ahad, 14 Ogos 2011

Wanita Akhir Zaman ; Rasulullah Menangis Siri 2



** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.

Jangan lucahkan baju kurung anda




Pilihlah fesyen yang dihormati dan dan dimuliakan




Pakailah baju labuh ketika di luar rumah




Legging ketat mencemarkan maruah wanita bertudung




Wanita islam tolong hentikan menempah baju kurung yang jarang!



Wanita tolonglah pakai baju yang labuh menutup punggung




Apa maklamat sebenar fesyen muslimah? Untuk tayang kecantikan ke?




Dalam islam memakai pakaian yang ketat itu tidak boleh!




TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANGSENDAT, SINGKAT DAN KETAT.

APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANGWANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA SATU PILIHAN ANDA ?

Setelah Membaca Blog Ini, Insyaallah Saya Akan Menegur Dan Memastikan Ahli Keluarga, Ibu, Adik dan Kakak Perempuan Saya, Kawan-kawan Wanita Saya Tidak Akan Memakai Jeans Sendat, Baju Singkat, T-Shirt Sendat dan Leggings Di Khalayak Ramai Demi Maruah Mereka



Psikologi

Niat utama penulis adalah untuk menegur dan menasihat wanita-wanita Islam kita, tetapi mungkin bagi segelintir pihak ia kelihatan 'keras' dan 'terus-terang'.Namun, motifnya satu iaitu untuk MENDESAK wanita-wanita Islam menjauhkan diri dari fesyen-fesyen mencemarkan.

Sumber grafik di blog ini adalah hasil carian di ruang-ruang internet.

Gambar-gambar di dalam blog ini bukan bertujuan untuk mengumpat mana-mana individu. Sebaliknya, penulis memikirkan perlu untuk meletakkan bukti-bukti yang bersifat realiti supaya pembaca-pembaca jelas dan faham akan mesej yang cuba diperjuangkan blog ini dan untuk membuktikan bahawa penyakit aurat ini adalah benar-benar berlaku di dalam masyarakat Islam. Dari segi kebekersanan penyampaian mesej pula kita tidak dapat menolak bahawa gambar-gambar adalah lebih mudah difahami dan diingati berbanding kata-kata. Ambil pengajaran.


Maksudnya : “Sampaikanlah (apa-apa yang telah kamu perolehi) daripadaku walaupun hanya sepotong ayat”.
(H.R
. Bukhari)

Bantulah kempen ini.


Sabtu, 13 Ogos 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011 Tahun 1432 Hijrah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......wah, atok ado dapat komen semalam menyatakan blog Apo2 Yolah KURENG sengatan pada bulan puasa ni. Dah kurang rencah sikit. Hish...kata "edisi ramadon". So, atok kena tapis ayat-ayat yang kurang enak di makan...keropok moni!....di dengar. Xpo2, thanks kepado pengkritik membina. Atok akan cuba menyampaikan ilmu dalam bulan puaso ni tapi akan kembali versi gilo2 seperti dulu. Im back nok!

Semalam i call you, you tak angkat. atok pergi solat jemahat kat Mesjid Negeri. Sapo ado ternampak kelibat atok semalam? Angkat kain!.......jemuran....Sampai-sampai je atok nampaklah ada pok cik ni duk kat depan mesejid tu. Ada 3 pok cik jaga kaunter untuk bayar zakat. Tahun lopeh atok bayar online banking ja zakat tu pastu resit pos ke rumah. Pastu kena maki hamun kat apak atok. Dio koba, nak bayar zakat pun xdo maso. Nak ber online-online bagai. Macam tak cukup masa seminit pun! Panas.....panas sebu telinga atok mendengarnya terus tahun ni mengadap pokcik kaunter zakat. 


Maksud zakat fitrah
Dari segi bahasa : Zakat ialah bersih, suci, bertambah & subur manakala Fitrah ialah tabiat semulajadi manusia yang suci bersih.
Menurut istilah syarak : Zakat fitrah bermaksud mengeluarkan makanan asasi bagi sesebuah negara dengan kadar tertentu dan diberikan kepada orang tertentu dengan syarat tertentu.


Kat bawah ni kadar yang ditetapkan bagi zakat fitrah 2011 tahun 1432 hijrah bagi seluruh negeri di Malaysia ;

Negeri-negeri di Malaysia
  1. Johor = Rm7.50 bagi yang makan beras super dan rm5.00 bagi yang makan beras Nasional
  2. Kedah = RM 7.00
  3. P.Pinang = RM7.30
  4. Sabah = RM7.70
  5. Sarawak = RM7.50
  6. Selangor = RM5.20
  7. Kelantan = RM 7.60
  8. Melaka = RM 6.30
  9. N. Sembilan = RM6.50
  10. Pahang = RM7.30
  11. Perak = RM7.00
  12. Perlis = RM5.00/RM7.00
  13. Terengganu = RM6.00 / RM7.00 / RM8.00
Kadar Zakat Fitrah untuk Kawasan Wilayah Persekutuan
  • Kuala Lumpur = RM5.20
  • Labuan = RM5.20
  • Putrajaya = RM5.20
Syarat Zakat Fitrah
  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah :
  1. Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  3. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  4. Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Ha...amacam? Korang dah bayar ke belum? Jangan tak bayar k. Rezeki yang korang dapat tu perlu dicuci. InsyaAllah lepas ni lagi melimpah-ruah rezeki yang kita dapek. Luangkan maso tak sampai pun seminit. Baco niat berzakat. Dah, selosai. Ingat! membayar zakat merupakan rukun islam yang keempat.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih