Memaparkan catatan dengan label Once upon a time. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Once upon a time. Papar semua catatan

Khamis, 5 April 2012

Dulu 50 sen pun cukup!

Assalammualaikum dan peace yo!


Zaman sekarang, barang dapur dah mahal. Makan dah mahal. Minum dah mahal. Ikan dah mahal. Sabun basuh dah mahal. Sumo dah mahal. Yang dari dulu mahal tak ponah murah, Taj Mahal.....erk. Makin kito menuju ke arah kemajuan, makin miskin raso eh. Setuju tak? Meh kito skodeng kebenaran kata-kata atok ni.

Once Upon A Time...

Tujoh blas tahun yang lopeh, kalau poie sekolah omak kasi duit belanjo 30 sen yo sehari. Itu pun nilai eh sangat bosar maso tu. Huntung takdo duit pocah 30 sen, omak kasi 50 sen terus. Itu kiro bonus la tu kan. 30 sen tu atok boleh boli air sirap segelas yang saiz medium tu. Lagi 20 sen boli mee goreng atau nasi goreng. Kalau dah siap bersarapan dari umah, atok boli kuih yo. Satu sepusin. Cukup! Perut kau bukan bosar mano pun. Bukan nafsu nago pun.

Kalau omak tapaukan bekal dari umah, omak totap kasi duit belanjo. 30 sen tu bolilah eskrem malaysia yang dijual oleh makcik di depan sekolah dengan hargo sebatang sepusin. Ado laie balance 20 sen. Simpan masuk tabung babi buluh. 

Dulu, kalau tolong omak poie kodai boli barang dapur dapeklah upah sepusin. Sepusin tu bulih boli gulo-gulo 5 bijik ataupun cikides keropok ikan ataupun kedua-duanya jika disabitkan kesalahan...eh! Kalau tolong apak sapu laman rumah lopeh apak mesin rumput, dapeklah 20 sen. Tersonyum omak kat dapur. Sebagai upah, omak masak pulak cekodok panas. Best kan zaman dolu.

Tapi sekang ni, nak masuk jamban pun dah 1.50. Eh jangan tak pecayo tau. Silolah pecayo. Nak mandi je pun. Dah disemburnya haku 1.50. Kot ado mandian susu berkrim tu kira berbaloi lah kan. Takpun sauna ke kan. Ini ko pulas paip tu, keluar air kat paip tu. Jalan. Lalala. 1.50 sen kono bayar. 

Sekaran ni, nak kasi belanja anak 50 sen, jangankan nak beli air sirap, nak beli air liur pekedai tu pun tak mampu lagi. Budak-budak sekarang dah canggih. Manekan air pepsinya, air milo aisnya, orange juice segala. Mana cukup 50 sen bawak belanjo sekolah? Nak beli mee pun sepinggan besar tapak tangan budak darjah 3, nah 1.50 sen. Add on tolor dadar, tambah lago 70 sen. Tak pengsan? 

Sobab tu lah kalau zaman atok dulu, setakat nak membesarkan anak 14 orang tada hal lah. Sumo makan minum pakai tempat tinggal cukup. Tapi sekarang ni orang dah takut nak beranak ramai. 3 orang anak tu pun dah kategori ramai!. Takut anak tak dapat kehidupan sempurna lah, tak cukup belanja lah, sekian lah, macam-macam lagi. Nilai matawang tu dirasakan semakin kecik. Pendapat peribadi atok, rm10 zaman dulu lebih kurang samo bilai dengan rm100 duit sekarang. Sapo setuju tarik bulu kaki masing-masing.

So, cuba pikirkan. Betul tak kato atok tadi? Semakin maju kito ke depan, semakin miskin kito sebenarnya...Kek mano silap eh tu?


p/s : Dongar cito harga petrol RON97 naik sepusin seliter. Iyoko?




Cer toko mano atok?
* Tahniah kepado cucu atok berikut kerano berjayo mengomen 4 terawal untuk entry wordless wednesday#18 semalam. Emailkan alamat kat atok di suham_mie@yahoo.com atau komen alamat masing-masing di salah satu entry untuk redeem poskad yang atok dapek semaso di Ganu tempoh hari.




Blogger inazamri berkata...

mmg elok kongsi rezeki yg Allah beri pada kita.Sama2 rasa.Org kata kalau beri makan pd kucing ..bertambah2 murah rezekinya.
4 April 2012 8:02 PG
 Padam

Blogger zazaw berkata...

menyentuhhh hati sungguh ni atokk


hmmm hmmmm
4 April 2012 8:18 PG
 Padam

Blogger Noor berkata...

murah rzki pakcik tu..
4 April 2012 9:03 PG
 Padam

Blogger Munnafendy berkata...

wpun tu je rezeki dia ttp xkedekut... =)
4 April 2012 10:00 PG
 Padam

Khamis, 22 Mac 2012

559 calon SPM 2011 dapat semua A+

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Pesli, atok nak hucap an takziah tahniah kepada hadek-hadek lepasan SPM 2011 yang lalu kerano keputusan peperiksaan SPM pado tahun tu amat memberangsangkan. Atok dipahamkan seramai 559 orang colan telah memperolehi semua A+ dalam semuo subjek yang di ambil. Pencapaian keseluruhan colan SPM 2011 pun bertambah baik dongan GPN 5.04 berbanding tahun 2010 iaitu 5.19. Atok tumpang banggo kojap.

Mano yang cemerlang tu, bulihlah sambung masuk Unibesiti kemudian capai cito-cito Ecah sebelum ni. Mano yang kurang bernasib baik tu, jangan putus aso. Selagi termampu belajar, atok rayu kat Ecah sambunglah belajar. Kalo kito tak berapa nak bernasib baik kat akademik, kito try lah pulak kemahiran. Sekarang ni, abang eletrikal pun kalo dapat tender, cash beli keto Vios tau. Mak handam pun sekarang ni kalah gaji doktor sebulan, uolls. Ko mampu?....atok nak amik kursus andaman dan solekan bleh?...Nak bersaing dengan Hata Dolmat....eh?!.....Ni tok nak habaq mai ni, la ni budak-budak yang ado kemahiran laku bak pisang panas tau. Tak caye ko tanya supervisor2 kat bidang swasta sana.

Once Upon A Time....

Teringat jaman atok hamek result SPM, 53 tahun yang lampau (err....dah wujud ko?), nak dapat 1 A+ pun dah tercirit. Poie potang siang malam poie kelas tambahan, tapi bongap yo jugak. Manekan belajar kat sekolah, kat rumah pun haku belajar gak. Yang atok heran budak-budak jaman sekarang ni ke main ceghodik. Copek menangkap. Ecah makan apo ek? Mak kau malam-malam masak kehepsi ke? Ke tenuk masak kicap?...jangan-jangan babun goreng tepung tak??.....Baik ngaku cepat

Budak sekarang ni makin pandai. Tapi, tapi...............ado tapi tu......tapi atok ado terbaco statement Ungku Aziz baru-baru ni. Tahap kepandaian budak sekarang ni diukur setakat sehelai kertas tu ko?  Kalau dah straight 9A+ ko dapat, kompem ko berjaya dalam idoplah? 

Atok pun perhatikan era kemodenan sekarang nih, budak berlumbo-lumbo nak belajar sobab dapat "A". Berlumbo-lumbo nak belajar sobab nak masuk Unibesiti pemes-pemes. Nanti orang koba lepasan Uni ni golongan pandai-pandai. Berlumbo-lombo nak belajar sampai ado Master / PHD segala. Pastu kau eksyen ngan aku yang bengap ni. Walhal ko eksyen dengan PHD ko sampai la ni pun tak bekojo. Opss. Jaman atok dulu memang ke main susah nak dapek semuo subjek A. Dan bukan calang-calang orang dapek sambung masuk Unibesiti. Tempat terhad.

Jaman dulu, soalan peperiksaan tak macam jaman sekarang ni. Kalo jaman dulu, selagi ko tak huraikan ayat 1800 patah perkataan, haram jadahlah ko nak dapat A. Soalan pulak semuo eh KBKK (kemahiran berfikir kreatif dan kritis a.k.a ikut logik akal~budak sekarang panggil kasi goreng) Kalau ado soalan objektif sekalipun, kompem akhirnya ko belah pemadam ko buat dadu sebab mesti ado duo atau tigo jawapan yang kompius. Dulu pilihan jawapan ado limo. A, B, C, D, E. Sah-sah satu soalan ko jawab sejam nak pikir jawapan.

Sekarang ni budak-budak huntung. 
  1. Banyak bentuk soalan bersepah kat kodai buku. 
  2. Soalan-soalan past year dah tak sulit laie. Jaman atok dulu, lopeh yo abeh pekso tu, soalan peperiksaan SPM tu pengawas kutip balik. Rahsia!. La ni, ko buat je semua latihan tu, nanti time pekso tutup mato yo menjawab. 
  3. Banyak pusat tuisyen tumbuh bak cendawan.
  4. Mak ko kasi ko makan pil perancang perangsang otak.
  5. Cikgu ramai yang berkelulusan tinggi.
  6. Toyol kono lotak dalam jamban, nasib-nasib je dapat skodeng. La ni ko dunlod je nota ko dalam galaxy note kan. Baik ngaku 
  7. Teknologi semakin canggih. Zaman haku dulu, kalo nak buat assigment ko kono poie rumah kawan kau yang terletak 80 marhalah untuk study group. La ni ko on je skype, buat sidang video katanya. Jalan. Lalalala.

Huntung tak huntung. Cumo satu je lah yang atok risaukan. Makin kemaruk kita mengejar "A" tu, makin berkualitikah graduan kito pado masa akan datang kalo perkara ini diteruskan??....Ingat, kejayaan seseorang bukan terletak pada berapa banyaknya "A" dalam sijil SPMnya, tetapi kejayaan seseorang terletak pada berapa banyaknya "A" pada usahanya yang berterusan untuk terus cemerlang.....  



p/s : Kawan opis atok ado cerito, ado orang Nismilan ni pakai keto lamborgini 2 bijik! Kelulusannya hanyalah SPM yang keputusannya BUKAN straight "A"   =)


Rabu, 14 Mac 2012

Zaman hingus meleleh

Once upon a time....


Hampir doploh tahun yang lopeh....Lopeh yo balik sekolah terus bogel tanggal seluar baju sekolah ganti ngan baju rumah terus pose atas kerusi makan. Omak masak tolo masak kicap pun sodap. Sampai menjilat jari. Lopeh makan terus corner baring kat sudut umah menanti matahari redup. Pantang matahari redup, atok terus berlari pecut ke rumah jiran. Omak yang tongah nonton cito hindustan tengah hari tu dah geleng kepalo.

"Emi! Emi!, jom main mak mak police ten three (eh ye ke aku eja??),"jerit atok pada kawan sebayo sebelah rumah.
"Jom!"

Main sampai ke potang. Ajak budak-budak kampung yang lain. Meriahlah dopan rumah atok tu potang-potang camtu. Dah ponek main games police ten three tu, terus lak main nyorok-nyorok. Alatan yang diperlukan hanyolah tin susu yang ado batu di dalam eh. Misi untuk membunyikan tin tu sementara si pencari mencari budak-budak lain. Gitew. Kawan2 atok suko try n mix games. Manekan polis ten three, nyorok-nyorok, kalau sompek kang main lak rondes. Mainlah games sampai matahari terbonam. Masing-masing bau tengik. Selagi omak masing-masing tak bawak penyapu lidi kasi sosah, selagi tulah main tak hengat donia. 

"Balikkkkkkkkkkkkkkk!!!!, kang antu tetek disorok eh!,"jerit omak 80 marhalah dari rumah.

Seronok kan zaman kanak-kanak lewat 80an sehingga awal 90an. Banyak permainan yang best-best. Manekan keladang, layang-layang, gasing, pondok-pondok, tutup oren, main baling selipar, main baling tin, main guli, main getah, main lori kayu (lori tu diperbuat dari kayu pastu ko heret satu kampung pakai tali rapia), main power rangers, main pondok-pondok, main tayar, main panjat-panjat, mandi anak sungai....

Tapi.....sekarang ni dah lain. Bukan setakat permainan tradisi dulu semakin dilupokan, bahkan gejala main games komputer di rumah. Lagipun bahaya kalo anak-anak dibiarkan keluar sensorang tanpa pengawasan. Virus terbaru sedang melanda masyarakat kita sekarang. Virus manusia berhati syaitan. 








 



Kenal tak siapa kanak-kanak comel ni??





Kanak-kanak ni telah dibunuh dan dibakar dengan kejam oleh syaitan bertopengkan manusia!!!
Awal bulan lalu ini kita digemparkan dengan kehilangan adik Dirang atau nama sebenarnya Nadhirah. Dan minggu ini kita menerima perkhabaran berita adik Dirang telah ditemui mati. Dan mayatnya dibakar.

Semoga roh arwah adik Nurul Nadhirah Abdullah, 5 tahun dicucuri rahmat Allah. Eloklah kau pergi dulu dik menunggu ibumu di pintu syurga. Dunia ni sangat kejam untukmu meneruskan hidup. Al-Fatihah....Moga orang yang membunuh adik ni, dipancung lehernya kemudian di bakar seperti mana yang dia lakukan pada insan kecil yang lemah tu.....Rasanya manusia dah tak takut melakukan kesalahan apabila hukum Allah diketepikan.

Khamis, 12 Januari 2012

Kedai mamak

Once upon a time, kejadian ini berlaku maso atok part 4 di Uitm Shah Alam. Lepas yo balik dari kelas, atok, Amy, Iwan dan Faisal terus mengubati perut kami yang sedang kelaparan tahap doraemon. So, lokasi kami adalah kodai mamak. Atok dah lupo nama kodai tu. Tapi ado namo bistro bistro camtulah.

Amy tak makan. Mentang-mentanglah pipi dio semakin tembam. Dio hanya minum air sajok. Ke........duit kau tak do? Atok cubo menawarkan amy makanan berat tetapi ditolak dengan baik. So, bukan masalah duit tapi masalah kau dah gomok. Faisal dan Iwan serta atok melantak sedulang nasi campur kedai mamak.

Sebenarnya kalau nak diikutkan atok tak gomar sangat makan kat kedai mamak ni. Bukan atok taste tinggi atau high fashionnnnnn!!!. Atok kan anak appa budak kampung yang makan apo sajok asalkan halal.  Tapi atok tak gomar sangat sobab kodai mamak ni dia punya lauk letak terlalu banyak peraso. Kalau makan boleh poning. Memandangkan tak ado pilihan dan perut ini asyik merengek-rengek, serta tak nak kawan2 anggap haku ni taste tinggi, so.....atok makan gak.

Makan punya makan sambil habis. Errrkkkk! alhamdulillah. Sokor pado Allah atas limpahan rezeki ini. Pastu pergi lah basuh tangan kat sinki. Bajet pembersihlah kasi cuci tangan dengan dettol sungguh-sungguh sampai nak tercabut kulit. Walhal atok tak nak bau kari melekat kat jari-jemari atok yang runcing kampung ini.

Lepas saja basuh tangan atok terus ke meja kami tadi. Iwan, Amy dan Faisal sedang berborak sesamo mereko. Ni bajet muka kiut la jalan depan orang ramai ni. Berjalan penuh gaya macamlah kau ni pemes.  Entah macam mano, atok terpijak setompok air atas lantai. Atok apo laie..........ZzzzZZzzzzzassssss..............













Hampir-hampir sajok ketepekkkkk.  Nasib baik atok copek-copek menupang dengan kaki lagi satu. Errrr jap jap. Kaki kau ada berapa ni tok? Maso tu Tuhan sajolah yang tahu betapa haku nak bunuh diri masa tu. Dah lah orang ramai. Atok tergelincir kat tongah-tongah halaman  lak tu.

Ado la sekor duo ekor mahkluk tutup mulut sebab tahan golak tengok atok tergelincir.  Yang lain tergamam tengok haku buat aksi kung fu kojap mase tu.  Pastu bajet mencarut la marah-marah sebab mamak tak lap lantai tu. Maluuuuuuuu!!!. Seb baik kawan-kawan atok yang tigo sebangkai serangkai tu tak nampak. Kalau tak, kena bahan la haku seminggu.  Warggggghhhhhh malu oooooOoo den...



Isnin, 31 Oktober 2011

Kami budak nakal

Once upon a time,


Maso atok sekolah menengah dulu, atok memang rapat dengan classmate lelaki. Al-maklumlah, kami spesis yang hampir pupus. Cumo 7 orang sajok lelaki, 2/3 yang lain pompuan. Ke mano poie, mesti nak melekap. Blaja sesamo. P kantin sesamo. P jamban sesamo. Balik dari kelas tusen, musti merewang 7 orang ni keliling kampung.



Kami memang suka menyakat orang. Selalunya budak-budak yang pasif lah. Ala, atok bukannya jahat pun. Budak2, biasalah nakal kan. Kami niat nak gurau menceriakan suasana. Kami suka cuit orang yang pasif ni. Lobih-lobih laie ada makcik sorang ni kantin kat sekolah. Makcik tu pendiam tau. Dia jaga bahagian air. 

Satu hari tu, macam biaso, tujuh-tujuh orang ni melekap ke kantin nak makan. Kami 7 orang selaku pelajar senior berjalan penuh gaya ala-ala kumpulan K-Pop tak berapa nak K-Pop. Kelihatan makcik pendiam sedang menjual air kepada budak-budak sekolah yang lain. Salah seorang dari kumpulan kami tersenyum nakal kat atok. Budak ni terlebih nakal tau. Rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia. Pastu sosah kaki dia pakai kayu besbol. Dia menghampiri makcik pendiam tu. Mata bertentang mata. Sesi jual menjual pun bermula.

"makcik sihat?,"usik kawan atok.
"sihat yo ha..."

Kawan atok tadi mengangguk. Kami dok perati dari jauh ja. Budak ni sengal sikit. Bahaya dok dekat-dekat kalau dia dah bagi isyarat tersenyum nakal.

"makcik, saya nak air satu!"...........air tanpa plumbum!"

(.................bunyi cengkerik..................)









"Apo! Kau ingat aku bla bla bla.................pot pet pot pet.........cilaka zass bla bla bla.......!!"jerit makcik tu kuat.


Kami pun apa lagi...........terus







Lari sekuat hati selamatkan diri.....

Khamis, 25 Ogos 2011

Kenangan Berpuasa

Once upon a time,


Masa tu kalau tak silap atok, atok masih sekolah rondah kot. Dalam darjah satu atau duo camtu. Menjadi kebiasaan kalau sesiapa yang didapati poso ponuh, pok cik atok akan kasi duit rayo lobih limo kali gando bagi mereko yang tak poso. So, atok harus gigih poso ponuh tahun tu jugak.

Maso sahur hari pertamo tu, atok beriyo-iyo makan. Porut kasi boto-boto ponuh. Air minum bertaka-taka. Sampai terkoncing-koncing. Hari pertamo tu muko sonyum yo. Bertenago pasal sahur tadi bekalan mencukupi. Masuk tongah hari badan dah lombik sikit. Dah melepet atas lantai simen. Kebosanan! Tak tahu nak buek apo. Maso tu mano ada menatang pesbook sumo nih.

Masuk pukul duo masih bertahan. Kawan atok ajak keluar main kat luar rumah. Main nyorok-nyorok katanya. Atok pun apo laie. Pandang jam dinding baru pukul 2. Lambek laie. Main-main nanti dah terus nak buko poso. Tak teraso sangat lamanya, bagi perkiraan atok. So, atok pun setuju keluar bermain.

Main punyo main jam dah pukul 5 potang. Atok copek-copek bukak TV1 tengok cito Gaban. Atok raso bertenago semulo. Fresh. Lapang. Lemak berkrim! Berangin. Cool. Pastu atok jeling kat tangan. Masyaallah, aku sedang menelan air sejuk!......Time tu jugak atok p dapur melalak kat omak sobab dah terminum air sojuk. Pueh lah omak pujuk, takpo tak sengajo koba eh. Warghhhhh melayang duit rayo limo kali gando den....



Pesan atok : Kito maso kocik2 dulu tahu sayang nak tinggalkan puasa, tapi dah bosar-bosar ni sesuko hati yo tinggalkan puasa. Selamat berpuasa!  =)

Khamis, 21 Julai 2011

Aku Tak Mau Jadi Weiiii.............

Once Upon A Time...

Masa tu atok masih menuntut di Politeknik Port Dickson. Masih laie sogar dalam kepala hotak atok kisah yang lampau. Pada malamnya tu atok tengah menyeterika baju nak ke kelas. Maklumlah esoknya ado perhimpunan Jabatan Perdagangan. Junior-junior somel-somel mesti ramai kan. Tu yang atok melaram lebih sket tu. Tapi malam tu atok rasa berat ati sangat nak joint perhimpunan keesokannya itu. Tak tahu napo. Mata dah mengantuk ni, so atok terus tido.

Esoknya pulak, ramai budak-budak jabatan perdagangan berkumpul di dewan wawasan. Seperti jangkaan atok, ramai budak somel-somel. Dan ada gak budak junior ni sempat menjeling atok pastu main mata. Nakal! So atok dan kawan-kawan pun terus duduk di dalam dewan wawasan tu. Perhimpunan kali pertama ni lebih kepada mesyuarat agong. Maksudnya perlantikan MPP lah lebih kurang, tapi untuk jabatan lah.

Episod perlantikan secara demokrasi pun bermula. Masa tu takde istilah undi-undi bagai ni tau. Masa tu main angkat tangan je. Tiba-tiba ada kawan atok sorang ni petik nama atok menjadi calon sebagai PENGERUSI Jabatan Perdagangan. Time tu jugak atok rasa mata ni berpinar nak pitam. Kau bayangkan lah ada berapa ribu orang dalam dewan tu, pastu aku kena naik atas pi perkenalkan diri. Cilako, sumpah atok dalam hati. Saat tu paling memalukan dalam hidup atok.

Pastu macam biasa, adalah 2 3 orang calon lain kan. So, kami bertiga pun bersaing merebut undian. Err...sebenarnya aku sorang je tak berebut pun. Kami bertiga dikehendaki memberi ucapan. Yang lagi dua orang calon tu beriya suruh lantik diri dia sendiri. Bila tiba time atok memberi ucapan, atok cakap cenggini.

"Janganlah lantik saya! Nanti kalian menyesal,"lepas je atok abis cakap ayat tu, berdekah-dekah budak dalam dewan tu tergelak.

Hello. Kau ingat aku buat lawak atas stage ni? Gile kau! Jawatan Pengerusi. Aku masa sekolah dulu, jadi AJK persatuan bomba pun selalu ponteng inikan pulak jawatan PENGERUSI Kelab yang mempunyai ahli beriban-riban?? 

So, proses pengundian pun dijalankan. Kami bertiga dikehendaki masuk ke belakang dewan tu. Then di panggil semula ke depan. Pensyarah pembimbing pun mengumumkan keputusannya...

"Jawatan pengerusi bagi kelab perdagangan pada semester kali ini disandang oleh saudara.............*atok dah debar-debar dah ni.....janganlah muncul nama aku!.................saudara Azmeer!!!!,"jerit pensyarah tadi.

Yahoooooooooooo!!! Tiber atok plak yang menghuha atas stage tu. Pastu cepat-cepat cover balik. Alhamdulillah. Nasib aku baik kali ni. Pastu undian secara automatik untuk jawatan timbalan disandang oleh atok sendiri. Sebab dapat undian kedua tertinggi. Mampus aku....

Tapikan atok dengar citer dari kawan atok sendiri yang berada di dalam dewan tu, secara kasarnya ramai yang angkat tangan mengundi atok. Tapi mungkin pensyarah tu lebih sukakan si Azmeer ni, then tengok aku macam budak autisme je, so dia terus kasi si Azmeer ni menang. Tak telus kan. Itu bukan demokrasi namanya. Itu kuku besi. Tapi ade aku kesah? Opss....


Pesan atok : Copek2.....dah ramai joint contest atok nih....sebelum tarikh totop ujung bulan 7 nih, baik kau joint dengan klik di [SINI]

Rabu, 29 Jun 2011

Atok Bukan Favourite

Once Upon A Time...


Kejadian ini berlaku maso atok berumur 11-12 tahun kalau tak silap. Maso tu subjek Bahasa Melayu yang di ajar oleh Cikgu Zainab. Untuk pengetahuan kalian, atok memang seorang yang pendiam dan pemalu sejak dari sekolah rendah lagi. Bawaklah sampai sekarang. So, atok antara pelajar yang bukan favourite cikgulah masa tu. Pendek kata tak top pun. Kalau ada yang tak kenal nama atok tu, dah biasa dah. Atok tak amek kisah pun. Sebab itu memang diri atok. Atok tak suka menonjol dan terjojol!

Nak dipendekkan cerita, satu hari tu keputusan peperiksaan pertengahan tahun untuk subjek bahasa melayu diedarkan pada hari tersebut. Atok dah cuak ni. Sah sah la atok dapat markah paras hidung lagi. Yelah, atok kan bukan favourite cikgu. Secanggih manapun karangan yang atok buat, markah still paras-paras hidung. Mungkin bila cikgu-cikgu tengok je nama atok, mungkin diorang pandang sebelah mata kot. Kot. Yelah, dulu atok budak gemok. Tak comel. Hodoh kan. Hitam longot. Hingus meleleh. Nak marking paper aku pun mood dia dah lari. Kot.

Namun, hari tu keajaiban berlaku. Atok dapat markah paling tinggi untuk subjek bahasa melayu tu. Hoyeyyy....Atok pun tak sangkalah kan. Sebagai ganjarannya atok dapat hadiah bekas pensel tu. Lengkap dengan perkakas yang lain. Atok kembanglah kan. Semua kembang time tu. Yelah, rasa diri ini dihargai. Sebelum ni atok cuma rasakan atok hanyalah watak sampingan dalam dunia ni. But time tu atok rasa macam atok sedang berdiri kat puncak gunung everest sambil memegang paper BM tu dan lampu2 sportlight terus beam muka atok ala-ala baru memang anugerah Oscar kan. Bangga sangat.

Lepas dapat keputusan tu, cikgu Zainab ni tadi terus minta kami buat karangan lain. Ini bukan exam lah cuma latihan dalam kelas. So, atok pun terujalah nak buat kan. Barulah atok tahu, sebenarnya atok boleh lakukan. Cuma tak yakin je. Pastu baru je mood tu nak datang, cikgu zainab tiba-tiba berdiri depan meja atok. Atok ingatkan dia nak kasi hadiah pemadam, pengasah pensel ke kan. Tapi tak. Dia cakap camni...

"Mentang-mentanglah markah tinggi, sampai lupa nak buat rangka karangan. Hebat,"






Adehh. Atok dapat rasakan chili boh yang kaler merah tu dilumurkan kat muka atok time tu jugak. Peeddddih. Sentap. Baru nak bangga...baru nak tanamkan sikap kompiden...Dah kena perli...tapi atok tak salahkan cikgu zainab pun...Dia kan cikgu...dia mesti tahu apa yang terbaik untuk anak muridnya...Masa tu jugak atok terus koyak mukasurat tu, dan mulakan dengan rangka karangan yang baru......Sedddddeeehhh......






Rabu, 8 Jun 2011

Bagai sang kancil lepas dari mulut buaya

Once upon a time,


Masa tu atok berada di tingkatan satu. Zaman tu persekolahan sesi petang. Nak dipendekkan cerita, ada seorang cikgu disiplin ni memang garang tahap dewa. Semua budak-budak takut ngan Ustaz ni. Ustaz ni cikgu baru. Tapi hangin mengalahkan cikgu otai. Atok namakan ustaz ni sebagai Cikgu A lah yo.

Satu hari tu, cikgu A buat sport check. Cikgu A ditemani dengan dua orang ustazah juga merangkap cikgu disiplin. Cikgu A panggil semua budak lelaki ke luar kelas. Ustazah tadi pulak panggil semua budak perempuan ke depan kelas. Pastu ustazah tu suruh budak pompuan kelas atok pusing belakang. Cikgu tu check sesuatu dari belakang. Atok tak tahu diorang check hapo.

Atok tengah cemas masa tu. Mula-mula cikgu A check rambut. Okeh, semua budak laki kelas atok lepas. Sebab masa zaman dulu semua rambut sepeten. Rambut ala komando. Macam rambut budak plkn sekarang. Budak sekarang ni je rambut canggih-canggih kan.

Pastu cikgu A tak puas hati. Dia terus masuk kelas atok dan semak buku kedatangan sambil-sambil skodeng ustazah tadi sport check budak pompuan. Cikgu A tengok sehelai demi sehelai buku kedatangan tu. Kemudia terhenti pada satu muka surat. Mukanya kelat. Keningnya berlaga-laga.

"Siapa Erin Zahari, Suhami Ahmad dan Syafawi Shariff, keluar ke depan sekarang,"kata cikgu tu lantang. Atok dah cuak nih. Muka pucat. Zaman dulu budak-budak sekolah ni tak beranipun melawan cikgu. Pandang ngadap muka cikgu pun tak berupaya.

Kami bertiga keluar ke depan. Budak-budak dah duduk tempat masing-masing.

"Minggu ni awak bertiga tak datang sekolah tanpa alasan. Apa alasan?,"mata cikgu A merah macam bijik saga. Atok dan dua orang lagi senyap. Cikgu tu tanya seorang demi seorang. Erin tak dapat jawab jadi kena  libas kat bontot pakai rotan. Air mata meleleh. Syafawi pun tak dapat jawab, kene libas jugak. Pun meleleh air mata duduk kat tempat dia. Sampai giliran atok, atok dah macam nak nangis. Ye lah, masa tu aku kecik lagi kan. Comel lagi. (Walhal dah akhil baligh dah ko tok!)

"Kenapa!!,"sergah cikgu tu kuat-kuat. Atok terkejut!

"Semalam saya tak sihat. Rumah saya jauh dengan kawan-kawan lain! macam mana saya nak pass surat makluman kat cikgu kelas. Ini pun demam belum kebah ,"jawab atok leweh-leweh ala-ala tengah demam kepialu.





Aku buat muka cenggini


Cikgu A pandang ustazah dua orang tadi. Mereka berbincang. Pot pet pot pet. Akhirnya cikgu A menjegilkan bijik mata kat atok. Atok pandang lantai je. Tembus nampak kelas kat tingkat bawah.

"Duduk tempat kamu sekarang. Lain kali, kalau tak sihat suruh abang atau ayah datang maklumkan pada cikgu kelas. Paham??!!!"

Atok angguk-angguk laju pastu terus duduk kat kerusi. Buat muka-muka monyok macam orang demam seminggu. Cikgu A tu pun simpati kat atok. Siap usap-usap belakang haku lagi. Lepas je cikgu keluar...







YEsza!!!!!!!!!!!!! Bahahahaha!!!!!!!
                 

Astagfirullah tok.....bawak mengucap.....

Rabu, 11 Mei 2011

Musnah Harapan Nak Jadi Pelakon!

Once Upon A Time....



Masa atok lepas stp dulu, atok bekerja sambilan kat 1Utama Damansara kasi topup duit yang semakin nazak masa tu. Salah satu tempat tu, atok bekerja sebagai waiter kat Barn Thai Restaurant dalam pusat beli belah tu. Selalunya siang tak ramai orang, so atok akan selalu berangan.

Nak dipendekkan cerita, masa atok tengah syok mengelamun dalam Restaurant tu, then tiba-tiba datang sepasang suami isteri ni. Menjadi kebiasaan, setiap tetamu yang datang kena amek order. So, atok pun melangkah merapati pasangan itu bajet nak amek orderlah kononnya.

Tiber-tiber mata atok terbeliak! Rupa-rupanya pasangan itu adalah Aziz M Osman dan Aliah Lee (masa tu masih serasi bersama). Atok amik order Pengarah ngetop di Malaysia masa tu! So, atok pun buat selamba je lah walhal tulisan dah jadik macam kuih maruku sebab nervous. Aziz M Osman pandang atok atas bawah. Kot kot ada ciri seorang pelakon tambahan ke kan. Cuak lah haku kan.








"Saya nak order ikan siakap masak sup istimewa Phuket,"katanya. Macam pelik je menu tu kan? Ala...cincailah tu. Atok lupa apa nama menunya. Tapi ikan tu rebus sup laa.

Lepas je amek order, atok terus hantar resit tadi kat dapur. Sesalinan lagi kat kaunter pembayaran. Then atok sambung berkhayal balik tengok orang makan. Kesian kan. Meleleh air liur tengok orang melantak.

Dalam dok syok melayan perasaan tu, atok tiba-tiba bayangkan, Azizi M Osman tu nak offer atok berlakon pasni! Mesti atok fofular pasni. Bolehlah haku pakai mitsubishi Lancer Stream gantikan si bobot tu. Bolehlah pasni atok lalu kat kapet merah masa ABPBH nanti kalahkan Shaheizy Sam. Erk!. Tak kisah watak apo. Hang kebun pun, Hang Kebunlah!

Dalam kekusyukan berkhayal tu, then tiba-tiba runner makanan panggil atok dari dapur. Runner ni yang tukang hantar lauk-pauk kat table. Atok ingat lagi Franky namanya. Tak pepasal dia marah atok! 

"Eh! apasal kau tulis ikan talapia masak sup istimewa Phuket???!!!!"

Then atok terbayang-bayang perkataan yang keluar dari mulur Aziz M Osman sebentar tadi yang berbunyi "Saya nak order ikan siakap masak sup istimewa Phuket,"

Darah terus naik ke kepala. Petir memancar. Kilat sabung-menyabung. Kompem Aziz M Osman tengah mengamuk kat depan tu. Atok apa lagik. Terus nyorok kat jamban dengan perasaan kecewa petala lapan. Frust!. Err....tak dapat lalu kat kapet merah, lalu kat kapet bangla pun jadiklah.....





Kalau berkenan support la kempen ni :

Selasa, 19 April 2011

Kerana nila, rosak susu sebelanga

Once upon a time....






Inilah sekolah atok...rinduuuu


Ini kisah maso atok form 1. Nak dipendekkan cerita, satu hari tu atok dan rakan sekelas telah ditempatkan di bilik darjah yang lain. (kelas atok telah digunakan untuk satu majlis sekolah_kelas atok leh transform jadi dewan). So, atok dan rakan sekelas pun dengan pasrah menurut kata cikgu pindah kelas lain. Dan kebetulan kelas tu kosong sobab hanya digunakan untuk sesi pagi. Kiranya senior atoklah ni. 

So, macam biaso atok berebut-rebut nak duduk bawak kipas. Sobab atok tak tahan budak ni bau ketiak after waktu rehat. So, jika berada di bawah kipas, kadar kabauan ketiak tu akan bertukar bau macam Lavender.

Menjadi kebiasaan bagi student kat sekolah atok tu, senior ni suka letakkan barang-barang seperti alat tulis, buku teks bawah meja. Yelah, kebetulan kelas tu special untuk sesi pagi saja sebenarnya. So, diorang tak takut tinggalkan barang dalam kelas.

Atok ni pulak jenis gatal tangan. Atok pi selongkar apo yang ado dalam mejo tu. Dan hasilnya....atok jumpa kalkulator! Kalkulator tu spesel tau. Dia boleh gulung-gulung. Atok tak pasti camna dia boleh gulung-gulung. Tapi yang penting kalkulator tu unik!. So, atok bagitahu geng-geng atok di atas kespeciallan kalkulator tu. Main punya main, then......tappp!! Kalkulator tu terputus dua! Atok dan geng dah cuak. Kami cepat-cepat letak kalkulator tu bawah meja balik.

Keesokan harinya, cikgu Umi Kalthom datang dengan lenggang lenggoknya rotan dua hastanya.
"Sapo patahkan kalkulator pelajar kelas 4B semalam?"
Masing-masing dah terdiam. Nak ikutkan tak tahu sapo yang jahanamkan kalkulator tu. Ramai bonar yang dok gayat semalam. Tup-tup atok tengok dah terbelah duo. Tapi.....tapi kalau nak dikaji balik, atoklah yang salah. Sobab atoklah yang jumpo dulu. Kalau atok tak gatal tangan, tak jadik bondo camtu. So, atok dah nak angkat tangan dah ni, mengaku. Tapi sekali tengok Cikgu Umi Kalthom menjegilkan bijik matanya, atok tak jadik mengaku.
"Cepat!!!! Sapa yang buat!!!!. Baiklah kalau takda sapa nak mengaku, satu kelas kena!"satu blok dengar suara cikgu Umi Kalthom.


Kalau tak ngaku, aku kerat-kerat  badan kau!
 Lagi kecut perut aku. Nak terkencing pun ada. Cikgu Umi Kalthom ni garang wooo. Dia Guru Penolong Kanan 1. Masing-masing masih tak mengaku. Budak2 laki duk pakat pandang atok suruh ngaku. Eh! bukan atok yang patahkan k.

Sekali bedesuppp!!!. Cikgu Umi dah merotan tangan budak-budak perempuan. Meraung masing-masing.! Yang lelaki kena tadah bontot. Zapppp!! Adeiii...pedih. Satu kelas kena hambat. Balik umah tertonggeng-tonggeng. Bila apak tanyo "kau kenapo". Atok koba lari merentas desa pastu kena tanduk kat kobau. Start aritu tobat dah tak mau usik apa-apa lagi pasni. Inilah maksudnya, kerana nila rosak susu sebelanga...

Selasa, 29 Mac 2011

Harapkan pagar....pagar tak jadi pagar!

Once upon a time,


Maso atok belajar di tingkatan duo di Skolah Menongah Seri Perpatih. Maso tu baru lopeh waktu rehat. So, masing-masing bau ketiak. Kami ramai-ramai duduk berpusat di bawah kipas yang diputar kelajuan maksimum, 5. Mengalahkan kipas helikopter. Kalaulah kipas tu tercabut, kompem kami mati syahid kat bawah tu. Kebetulan cikgu tak masuk kelas atok waktu tu sobab apo atok tak ingat dah. So, berpestalah classmate atok terkinja-kinja dalam kelas tu. Baik laki mahupun pompuan. 2 x 5!

Ni bekas sekolah atok ; SMK Seri Perpatih
Tetiber duo orang classmate atok, Ana dan Adilah datang kat mejo atok. Mereka duduk kat kerusi berhadapan atok. Atok ingatkan dua sahabat baik ni nak ngorat atok. Tapi bukan. So, si Ana ni mulokan perbualan.
"Cikgu Fatimah nak jumpo kau"
"Bilo?,"balas atok
"Sekarang!"
Dado atok tetibo berdobar-dobar.  Eh, apo pulak salah yang aku buat ni? Kenapo cikgu tu tetibo nak jumpo aku. Aku ado tak siapkan kojo sekolah dio ko? Aku ado curi pen dio ko? Macam2 andaian bermain-main dalam fikiran atok. Jadi, tanpa membuangkan maso, atok terus pergi ke bilik guru jumpa cikgu Fatimah ni tadi.

"Tok! tok!,"atok ketuk pintu. Pastu cikgu tu suruh masuk. Dia pandang atok ateh bawah. Then direct dio tanyo atok camni.
 "Saya nak tanyalah. Kalau kawan-kawan awak buat bising, apa yang awak buat?," tanya cikgu Fatimah. Atok dah termangu-mangu. Ni soalan bocor final exam ke hape ni? Len macam je bunyinya. Then atok terus jawab.
"Kalau diaorang bising, saya tegurlah. Cakap budak kelas sebelah nak belajar,"sungguh budak nerd nak kena pelempang jawapan aku kan. Cikgu tu terhangguk-hangguk macam puas ati dengan jawapan atok.
"Kalau awak jumpa budak panjat pagar nak ponteng sekolah?,"soal cikgu Fatimah lagi.
"Saya report kat cikgu disiplin"
"Kalau awak terserempak budak merokok?"
"Ish, saya bagi nasihat. Tak leh merokok dalam kawasan sekolah,"alahai sungguh anak ikan jawapan haku kan. Comel!
Atok pun dah kompius dah. Macam-macam soalan dia usha atok. Lepas satu soalan, satu soalan lain. Atok time tu dah ler pemalu. Tersipu-sipu aku menjawab soalan maut cikgu tu. Apakah motip sebenar cikgu itu sebenarnya. Last2 cikgu tu cakap camni.

"Kalau saya lantik awak jadi pengawas nak tak?,"katanya. Tetiber dengar bunyi cengkerik. Atok terus diam membisu. Agak lama jugak atok terdiam. Pastu entah cmno, secara automatiknya mulut atok jawab camni.
"Eh, saya kalau kawan-kawan bising, saya pun terbising cikgu. Biasalah, pengaruh rakan sebaya kan. Kalau yang ponteng tu, saya senyap2 sudah. Takut kalau saya mengadu, pastu budak2 tu tunggu saya kat luar pagar sekolah, kalau merokok tu, no komenlah cikgu. Itu hak asasi masing-masing kan!!!," jawab atok penuh kompiden. Cikgu tu terus buntangkan bijik mata.
".......................................???,"cikgu tu pandang atok ateh bawah lagi. Selangkah demi selangkah atok mengundurkan diri. Kemudian cabutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!! 








cabuttt woiii...cabuttttttttttttttt


 Pesan atok : What sweet memory ever =)

Rabu, 2 Mac 2011

Barn Thai Restaurant

Once upon a time...


Masa tu atok baru lepas peksa besar, atok and the geng terus berhijrah ke Damansara untuk cari kerja sementara. Kami cari kerja di 1Utama shopping complex. Cari punya cari kerja akhirnya kami diterima sebagai waiter kat Barn Thai Restaurant sebab muka aku macam orang Thai. Atok sebagai pelayan lelaki je. Hepp! jangan pikir lain. 

Banyak kenangan manis pahit semasa bekerja kat sana. Ramai artis yang turun hinggap makan kat situ. Antaranya yang atok ingat dan pernah ambil order ialah Aziz M. Osman + Bini lama dia tu, Elly Mazlin, Intan Sarafina, Bob AF, Tam, Shiela Rusly dan macam-macam lagi. Termasuk 1st transgender Malaysian yang kahwin kat oversea tu. Memang macam pompuan betul. Erkk!

Satu hari tu iaitu tanggal 14 Febuari, kiranya hari valentines ramai kekasih yang datang kat restoran Barn Thai tu. Atok tak sambut k, tapi atok hanya menjalankan tugas sebagai pelayan lelaki sajok pada hari itu. Ramai yang datang. Mana yang dah reserve awal2 kira oklah, mana yang tak buat reservation tu.....sorilah tempat dah penuh. Masa tu jugak lampu stim dinyalakan. All background music is romantic songs. Haish!

Atok masih ingat lagi,  waktu senja baru melabuhkan tirainya. Sepasang kekasih yang telah menempah meja di tepi tingkap mengadap lake  (meja 12!!-aku ingat lagi!) berjalan penuh romantik. Si jantan cuit pompuan, tekekek-kekek si pompuan tergelak manja. Si pasangan lelaki bapak kacak, si pasangan pompuan macam kepala lori kontena. Kompem pompuan tu anak orang kaya. 

So, atok pun amiklah order pasangan romantik itu. Order punya order, atok terus hantar order tu ke kitchen. Satu salinan lagi hantar ke counter. 

15 minit berlalu...
Pasangan dua merpati sejoli itu masih syok melayan perasaan masing-masing. Genggam-genggam tangan. Main tenung-tenung mata. Pompuan tu pakai gaun kembang macam cinderella. Siap ada crown kecik lagi. Bila atok tengok balik, macam pelik je. Padahal nak poie makan je ni.

30 minit berlalu...
Pasangan tadi siap menjeling jam tangan. Namun masih lagi tersipu-sipu malu dengan gurauan masing-masing. Atok hanya memerhatikan gelagat mereka dari jauh. (yelah, time tu tade keja)

1 jam berlalu...
Pompuan lori kontena dah masam muka. Dia menghentak-hentak kaki. Jejaka kacak didepannya cuba menjadi hero. Dia bajet pandang2 siapa yang amik order tadi tapi mungkin tak ingat wajah atok. Atok pun dah cuak ni. Takkan dah sejam tak siap-siap lagi Chef Pornatrap masak. Atok pun terus pergi ke dapur. Atok tanya chef, menu table 12 dah release ke belum. Dia cakap sudah! Dah 30 minit release! Atok pelik. Atok terus semak balik order tadi. Mata atok pejam celik pejam celik banyak kali. Atok terus pergi ke dinning hall.

Pasangan tu terus angkat bontot blah. Si pompuan lori kontena siap marah-marah kat pasangan dia. Dia punya crown atas kepala tu pun ntah hilang p mana. Rupa-rupanya mereka duduk table 21, bukan 12!!!
Atok terus nyorok masuk dalam toilet.






Mencikkkk!!! jahanam punya waiter




p/s : Sekarang restaurant kat 1utama tu dah tutup kot. Sesiapa yang kenal Khilir dan Abdul Rahman yang pernah keja sana, do contact atok. Adik-beradik ni memang baik maso atok kojo sanun.

Rabu, 9 Februari 2011

Atok dibuli

Salam sumo...  =)
Ha, untuk segmen "once upon a time" ni atok nak imbas balik kenangan atok dibuli masa dulu. Kalau sebolum ni atok asyik imbas zaman kenakalan atok kan. Tapi kali ni atok nak review zaman kegelapan atok pulak. Motip??

Cerita ni berlaku maso atok menuntut di tingkatan 4 di SMK Seri Perpatih. Sapo deh ponah bersekolah kat SMK Seri Perpatih? turun tangan!...Uiii aiii, ramai jugak bekas sekolah atok dulu an. Baiklah, berbalik kepado cerito tadi. Nak dipendekkan cerito maso tingkatan 4 tu, atok tak berapo nak konal sangat rakan sekelas. Al-maklumlah kelas maso tingkatan 4 ni dah dirombak mengikut kursus. So, tiada lagi rakan sekelas maso tingkatan 3 tu. Atok pulak terpilih untuk mengikuti kursus sains tulen. Ha! Jangan main-main. Setakat bab peranakan ni, toksahlah nak tipu atok. Colah gigi yo! Apo deh...ovum? testis? spatula? Sumo tu atok konal.......errr....spatula tu bukan ke.......

Maso minggu pertamo ni ado satu perkaro besar terjadi. Budak-budak lelaki ni memang nakal sikit. Biasolah baru nak up up! Atok pulak ntah mano silap eh, makin remajo makin autisme. Montok yo kek tempat duduk atok. Macam tunggul pun yo. Pasif tak pasal-pasal.

Nak dipendekkan cerito, ado sorang budak pompuan ni. Nak koba an gedik, maso tu takdo istilah gedik! Tapi, mostly budak laki kelas atok tak suko bonar ngan dio. Atok pun tak tahu apo silap budak pompuan tu. Namo eh L lah yo. Baiklah, budak-budak laki kelas atok ni dah sepakat dah. Waktu rehat nanti diorang nak koyakkan buku rujukan si L ni. Atok ulang suara. KOYAKKAN buku rujukan si L ni! Hina tak??

Diorang ado yo ajak atok joint sekali, tapi atok tak nak amik port sangat.  Lagipun atok tak ngam sangat ngan member baru ni. Senakal-nakal atok, tak sanggup atok nak koyakkan buku. Tapi budak laki kelas atok ni tak pedulik. Diorang tetap nak koyakkan sebab dah lama bersabar dengan perangai si L ni.

Kringggg!!!....loceng rehat pun berbunyi. Atok ke kantin dengan kawan atok 2 3 orang. Si budak lelaki jahat ni yang diketuai H telah memulakan niat jahatnya. Mereka terus pergi ke meja si L, buka begnya pastu terus rabak buku rujukan si L dengan rakusnya. Atok geleng-geleng kepala bajet budak alim then terus melangkah ke kantin.

Balik-balik yo dari kantin atok tengok si L ni melalak macam budak kono histeria depan pintu kelas atok. Atok pun dekatlah dengan si L ni. Bolun laie nak tanyo apo masalah eh, atok terus kene hentam kat klik L! Salah seorang klik dio tu namo eh A. Dio koba kat atok macam nilah lebih kurang

"Apa salah dia kat kau ha? Kenapa kau dengki sangat?!"





"Pe susah. Pasni kau koyakkan muko dio balik!!!"

Atok pun nak pitam kojap dengar ayat-ayat pedih itu. Apakah? Atok tertanyo-tanyo dalam hati. Dengan hati yang remuk atok terus masuk kelas kemudian duduk kat tempat atok. Muko sugul yo. Budak-budak jahat tu pakat golak kan atok dah. Atok tengok bawah mejo atok ado cebisan buku rujukan yang dikoyak tadi. Sadis tak sadis? Tak pepasal aku kena tuduh. Waaaaa...........

Tu semua kenangan dalam hidup atok. Namun, sikitpun atok tak ambik hati. Biasolah, budak-budak kan. Hikmah eh, lopeh kejadian tu atok lebih akrab ngan si H, L dan A pabila kebenaran terbongkar. Hihi. Sekarang ni si H dah kerja dengan Syarikat Petronas, L sebagai Staf Nurse dan A sebagai Cikgu.

Pesan atok : Sila joint sebarang aktiviti yang dianjurkan budak lelaki bagi mengelak dibuli!!! Tak baik koyakkan buku. Buku tu ilmu...

Khamis, 13 Januari 2011

Eksperimen

Once upon a time....


Maso atok dahjahanam darjah enam, atok telah diamanahkan oleh cikgu subjek sains a.k.a Cikgu Zailani Bin Idris untuk membuat ekpserimen berkaitan tindak balas pokok terhadap cahaya dan ruang. (T_T'). Memandangkan atok peminat panatik subjek tersebut, atok pun tersenyum girang tayang gigi yang kerompong depan cikgu tu. Atok memang dah tak sesabar nak buat eksperimen ni.

So, bermulalah eksperimen dijalankan. Pokok yang hendak diujikaji tu bukan pokok balak atau pokok jati tapi atok menggunakan pokok taugeh. Err...taugeh tu kita panggil pokok ek? Ha, taugeh tu. Tapi mulo-mulo tu atok carilah tin susu cap jungjung yang tidak digunakan laie. Pastu  atok gigih masukkan tisu lembab (bukan tisu bayi tu do, ni tisu biaso pastu lembab ngan air). Ok medium dah siap! Sekarang ni giliran menabur benih taugeh. Benih taugeh tu kacang soya an? Ok, ado duo eksperimen yang kena buat.

Selasa, 21 Disember 2010

Apabila hujan pun turun...

Once upon a time, sang kancil dan sang buaya ketika atok lingkungan 6 7 tahun kalau tak silap suka mandi ujan ngan emi, jiran atok. Kira best fren la time tu. Kalau ujan yo, atok musti pakat-pakat bogel berjoget-joget kat depan umah mandi ujan. Tapi sebelum mandi ujan, atok kono mintak lampu ijau dari ayah atok dulu. Kalau tak kena zasss! Selepas ayah atok mengkaji balai cerap bahawa kadar petir menyambar adalah zero!, maka ayah atok izinkan.

Maka bermulah episod bermain ujan bersama-sama jiran sebelah, depan dan belakang umah. Kalau ari ujan mesti air parit naik an. So, atok dan rakan-rakan akan main sampan terapung. Sampan tu pun yang daun kering atau apo2 yolah yang boleh dijadi an sampan. Pastu kami main lumba-lumba sampan sapo yang paling laju. Bawak dari parit (bahasa kasarnya longkang) umah atok sampailah parit selang 3 4 dari umah atok tu. Time tu masing-masing menjerit kononnya dengan menjerit kuat boleh menyebabkan sampan terkejut dan akan bergerak lebih laju.

Sampai je ke garisan penamat, atok dan rakan-rakan akan tepok tangan sebab sampan berjaya sampai ke destinasi. Atok tak tahu apo motip main menatang tu. Bila dipikir-pikirkan balik macam buat keje b*d*h je. Ujan masih lebat lagi ni. Atok berada di lokasi kira-kira 3 4 selang dari umah. Jauh dari pemerhatian ayah atok. Apo laie, atok dan rakan-rakan berkubang kat parit bawah jambatan. Ala, macam kobau berkubang kat lumpur tu. Ha! macam tulah atok masa tu. Pastu bajet berenang-renang kat bawah jambatan tu padahal tak bergerak pun sebab air cetek paras lutut! Ujan makin lama makin tak lebat. Ada dua tiga kawan atok mula balik umah masing-masing. Tapi atok ngan jiran atok si emi tu masih syiok berenang kat parit a.k.a longkang tu lagik.

Sesudah penat berenang, barulah kami sedar ujan dah lamo berhenti. Kami pun plan nak balik umah. Belum sempat plan kami tu nak tertunai, atok nampak kawan-kawan atok sumer pandang atok. Diorang dah smart-smart time tu sobab baru lepas mandi. Atok ngan emi ni pulak dah macam spesis kobau baru lepas berkubang. Eh! apsal lak mandang-mandang nih! Getus atok dalam ati. Tetiba sebaik yo atok menoleh ke belakang, zassss! Kono sedas kat ayah atok. Adoiiiii! Budak-budak lain dok pakat gelakkan aku. Tak guna punya orang!

Cepat-cepat  atok terus larik pecut balik umah meraung. Tak cukup sekali, kena dua kali tu pakai getah paip. Atok apo lagi, cepat-cepat cari perisai semulajadi. Mak atok! Seb bek mak atok cover baik punya. Hehe. Pastu mak atok cepat-cepat suruh atok masuk bilik air pegi mandi.

Kalau diingat-ingatkan balik. Nak yo atok ulang balik zaman dulu. Tapi...kehidupan mosti diterus an yo tak? Dah lamo dah atok tak mandi ujan. Rindu pulak raso nak mandi ujan. Tapi kalau sekang ni atok berjoget-joget mandi ujan kompem orang kampung kata aku gilo. Tapi last time KONO ujan malam tadi!

Khamis, 2 Disember 2010

Keranamu Mr. Gopal

Aku masih ingat lagi ____ tahun lepas semasa aku berumur 19 tahun.  Masa itu aku masih menuntut di tingkatan 6 atas major in science physical. Tapi nak ikutkan takdalah major sangat. Lebih kurang macam meja je kot. Meja pun lagi cantik.  Tapi ada satu subjek tu yang sehingga kini masih meninggalkan kenangan yang tak akan luput dalam ingatan.  Subjek Pengajian Am. Subjek wajib.


Ada apa dengan subjek Pengajian Am? Bagi mereka yang biasa atau pernah bersekolah sehingga tingkatan 6 mesti tahu subjek tu kan. Kat matrikulasi pun ada ajar, tapi nama subjek tu kenegaraan. Pengajian Am ni merangkumi aspek kenegaraan, statistik, laras sastera, laras sains, penilaian, analitik, graf, carta, kbkk dan sebagainya. Pendek kata kau boleh pengsan masa final exam kalau tak study betul-betul.


Nak dipendekkan cerita, subjek ini diajar oleh Mr Gopalakrishnan a.k.a abang Mr. Gopal.  Mr Gopal adalah bangsa berketurunan India tetapi kulitnya seakan Cindian. Mix kot.

Pada hari itu Mr Gopal mengajar karangan  laras sastera.  Karangan kalian tahulah macam mana. Mr Gopal pun meminta kami untuk menyalin notanya. So, membebelah dia seorang diri kat depan kelas tu sambil membaca nota di saat genting tatkala mata hitam ingin bertukar kaler putih ketika waktu lepas rehat. Kejap aku menguap. Kejap tenyeh-tenyeh bijik mata. Kejap curahkan sebotol minyak angin dalam bijik mata. Pun tak jalan jugak. Akhirnya tulisan aku yang comel-comel tu pun bertukar cakar-cakar ayam. Dah tak ikut baris dah. Melencong ke atas. Suara Mr Gopal semakin sayup kedengaran.  Dan akhirnya aku pun......ZZzzZZZzzzz...................



"Hei kamu!!!"
Aku terkejut. Anak mata aku yang merah tadi memandang Mr Gopal.  Aku melihat nota aku semula. Sah dah jadi peta negara Congo. Aku melihat rakan disebelah. Notanya sudah panjang.

"Kamu yang kat belakang tu.  Kamu ambik dadah ka???"
Aiyoooo sir.......sungguh terguris pertanyaan sir tu. Bukan setakat dadah, ganja pun aku tak pernah ambil sir. Err..tapi aku tak menjawablah time tu. Dah la mamai, lepas tu kena malu depan kawan-kawan lain. Aku cuma menggeleng kepala sahaja menandakan aku tak ambil dadah!

Sir senyap. Budak-budak ni semua dah tertumpu kat aku. Terasa pemes macam Hamid Gurkha jap. Semua isi dalam kelas senyap hanya dengar bunyi kipas saja.

"Berapa markah ujian penggal pertama?,"soal Sir lagi.
"65%"
"See, i thought you are smart already. I tak kisah kalau you nak tidur dalam kelas i but make sure you got a strong brain. Kalau macam nilah, confirm you fail Pengajian Am! Memang you tak ada harapan"







Sir : Kenapa masa saya mengajar ko tido? Kenapa tak anyam ketupat ke, bela anak ikan ke, menyulam ke ade gak pekdah
Student : Errr...sir pagi tadi gosok gigi tak?


Zassss!
Terasa pipi aku panas mendengar tohmaan yang mengguris perasaan itu. Ya, memang aku b*d*h sir. Tapi sir kena ingat, walaupun aku b*d*h tapi aku mempunyai semangat tinggi untuk berjaya. When i say i want it, i will get it! Itu kata aku dalam hatilah. Giler ko nak cakap depan-depan dia macam tu. Silap-silap meja guru tu dia humban kat muka aku.

Berpegang kepada kata-kata pedih itu, aku cuba mempositifkannya menjadi kata-kata semangat. Alhamdulillah, masa keputusan STPM diumumkan, i got 4.00 in that subject! Masa nak ambil result, aku nampak Mr Gopal tersenyum denganku dari jauh....

Terima kasih kerana memanggil saya penagih dadah! Terima kasih kerana mengatakan saya tiada harapan! Thanks Mr Gopal!


oleh,
Suhami Ahmad


p/s : Special thanks to Mr Gopalakrishnan, my ex-teacher's General knowledge subject at Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah. He never let his students down or missing anything even one. Never ever. Coz he want all his student to be a success person in life. Keranamu Mr. Gopal. Big claps for you!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih