Khamis, 5 April 2012

Dulu 50 sen pun cukup!

Assalammualaikum dan peace yo!


Zaman sekarang, barang dapur dah mahal. Makan dah mahal. Minum dah mahal. Ikan dah mahal. Sabun basuh dah mahal. Sumo dah mahal. Yang dari dulu mahal tak ponah murah, Taj Mahal.....erk. Makin kito menuju ke arah kemajuan, makin miskin raso eh. Setuju tak? Meh kito skodeng kebenaran kata-kata atok ni.

Once Upon A Time...

Tujoh blas tahun yang lopeh, kalau poie sekolah omak kasi duit belanjo 30 sen yo sehari. Itu pun nilai eh sangat bosar maso tu. Huntung takdo duit pocah 30 sen, omak kasi 50 sen terus. Itu kiro bonus la tu kan. 30 sen tu atok boleh boli air sirap segelas yang saiz medium tu. Lagi 20 sen boli mee goreng atau nasi goreng. Kalau dah siap bersarapan dari umah, atok boli kuih yo. Satu sepusin. Cukup! Perut kau bukan bosar mano pun. Bukan nafsu nago pun.

Kalau omak tapaukan bekal dari umah, omak totap kasi duit belanjo. 30 sen tu bolilah eskrem malaysia yang dijual oleh makcik di depan sekolah dengan hargo sebatang sepusin. Ado laie balance 20 sen. Simpan masuk tabung babi buluh. 

Dulu, kalau tolong omak poie kodai boli barang dapur dapeklah upah sepusin. Sepusin tu bulih boli gulo-gulo 5 bijik ataupun cikides keropok ikan ataupun kedua-duanya jika disabitkan kesalahan...eh! Kalau tolong apak sapu laman rumah lopeh apak mesin rumput, dapeklah 20 sen. Tersonyum omak kat dapur. Sebagai upah, omak masak pulak cekodok panas. Best kan zaman dolu.

Tapi sekang ni, nak masuk jamban pun dah 1.50. Eh jangan tak pecayo tau. Silolah pecayo. Nak mandi je pun. Dah disemburnya haku 1.50. Kot ado mandian susu berkrim tu kira berbaloi lah kan. Takpun sauna ke kan. Ini ko pulas paip tu, keluar air kat paip tu. Jalan. Lalala. 1.50 sen kono bayar. 

Sekaran ni, nak kasi belanja anak 50 sen, jangankan nak beli air sirap, nak beli air liur pekedai tu pun tak mampu lagi. Budak-budak sekarang dah canggih. Manekan air pepsinya, air milo aisnya, orange juice segala. Mana cukup 50 sen bawak belanjo sekolah? Nak beli mee pun sepinggan besar tapak tangan budak darjah 3, nah 1.50 sen. Add on tolor dadar, tambah lago 70 sen. Tak pengsan? 

Sobab tu lah kalau zaman atok dulu, setakat nak membesarkan anak 14 orang tada hal lah. Sumo makan minum pakai tempat tinggal cukup. Tapi sekarang ni orang dah takut nak beranak ramai. 3 orang anak tu pun dah kategori ramai!. Takut anak tak dapat kehidupan sempurna lah, tak cukup belanja lah, sekian lah, macam-macam lagi. Nilai matawang tu dirasakan semakin kecik. Pendapat peribadi atok, rm10 zaman dulu lebih kurang samo bilai dengan rm100 duit sekarang. Sapo setuju tarik bulu kaki masing-masing.

So, cuba pikirkan. Betul tak kato atok tadi? Semakin maju kito ke depan, semakin miskin kito sebenarnya...Kek mano silap eh tu?


p/s : Dongar cito harga petrol RON97 naik sepusin seliter. Iyoko?




Cer toko mano atok?
* Tahniah kepado cucu atok berikut kerano berjayo mengomen 4 terawal untuk entry wordless wednesday#18 semalam. Emailkan alamat kat atok di suham_mie@yahoo.com atau komen alamat masing-masing di salah satu entry untuk redeem poskad yang atok dapek semaso di Ganu tempoh hari.




Blogger inazamri berkata...

mmg elok kongsi rezeki yg Allah beri pada kita.Sama2 rasa.Org kata kalau beri makan pd kucing ..bertambah2 murah rezekinya.
4 April 2012 8:02 PG
 Padam

Blogger zazaw berkata...

menyentuhhh hati sungguh ni atokk


hmmm hmmmm
4 April 2012 8:18 PG
 Padam

Blogger Noor berkata...

murah rzki pakcik tu..
4 April 2012 9:03 PG
 Padam

Blogger Munnafendy berkata...

wpun tu je rezeki dia ttp xkedekut... =)
4 April 2012 10:00 PG
 Padam

21 ulasan:

zazaw berkata...

dulu rm10 boleh pergi Seremban
sekarang ni rm10 pergi kedai Ajak pun habisss

duniaaa duniaaaaa

Noor berkata...

esok2 zaman ank dan cucu kita pi sekolah sehari RM50.00.. adoi..

Aziela berkata...

Tu lah antaro sobab anak den satuuu yo. Mcm tau2 yo ahkak nie x mampu...

faiz berkata...

Osah la...sumo nk diupah eiyh...

Zakaria's daughter berkata...

heshhh.
betulllllllllllllll betulll.
skang neh bagii 50 pung tak ckop -_-'

Amanina Nasuha berkata...

zaman skang,bli brg skit tp da 50 hengget..kus smangat.. =))

KuNanGKuNanG berkata...

skrg bagi 2 hengget pun xckup..dulu 30sen sy slalu beli air sposen ngan laksa 20
sen..

Mohamadazhan.com berkata...

salam sahabat (atok)

setuju sgt. saya duduk KL ni baru 6 tahun...tahun pertama dan keenam ni sudah terasa byk beza dari segi harga makan minum. Rumah jgn cakap lah...memang den tak mampu pun.hehe.
kuasa membeli masyarakat makin rendah, yang berpendapatan rendah memang tersepitlah kalau ditengah kota raya...

takpa atok, tunggu PRU...insyaAllah doakan terbaik utk semua rakyat

dyabunga berkata...

kalau bagi rm1 pun tak cukup tok..

Suhami Ahmad berkata...

zazaw : Poie kedai pak Ajak, x ajak atok pun kan

Suhami Ahmad berkata...

Noor : Hadoi, kalah gaji atok sehari

Suhami Ahmad berkata...

Aziela : Bulih laie tu kak...setiap anak tu rejoki

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Kocik2 faiz, setiap kojo tu berupah...hihi...la ni budak jaman sekarang x kojo pun nak upah

Suhami Ahmad berkata...

Zakaria's daughter : Ken. Seteju leteew

Suhami Ahmad berkata...

Amanina Nasuha : Nila matawang tu macam kocik je kan

Suhami Ahmad berkata...

KuNanGKuNanG : Kan, samo ngan atok. Boli air ngan mee goreng

Suhami Ahmad berkata...

Mohamadazhan.com : Pilihan di tangan kito. Pilihlah mano yang kito rasokan terbaek

Suhami Ahmad berkata...

dyabunga : RM1 poie kodai x tahu nak boli apo

Zul Fattah berkata...

dulu 50 ni, aku dpat beli mee kuah semangkuk.. tp skrang, harga dia dah cecah 2 ringgit.. gile r!! 3 kali ganda beza dulu dgan skrang..

Suhami Ahmad berkata...

Zul Fattah : beza kan....klu lagi soploh tahun akan datang apo akan jadik?

Chenal berkata...

RM 0.50 cukup utk mkn besar ngan anak jiran sebelah umahh!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih