Ada apa dengan subjek Pengajian Am? Bagi mereka yang biasa atau pernah bersekolah sehingga tingkatan 6 mesti tahu subjek tu kan. Kat matrikulasi pun ada ajar, tapi nama subjek tu kenegaraan. Pengajian Am ni merangkumi aspek kenegaraan, statistik, laras sastera, laras sains, penilaian, analitik, graf, carta,
Nak dipendekkan cerita, subjek ini diajar oleh Mr Gopalakrishnan a.k.a
Pada hari itu Mr Gopal mengajar karangan laras sastera. Karangan kalian tahulah macam mana. Mr Gopal pun meminta kami untuk menyalin notanya. So, membebelah dia seorang diri kat depan kelas tu sambil membaca nota di saat genting tatkala mata hitam ingin bertukar kaler putih ketika waktu lepas rehat. Kejap aku menguap. Kejap tenyeh-tenyeh bijik mata.
"Hei kamu!!!"
Aku terkejut. Anak mata aku yang merah tadi memandang Mr Gopal. Aku melihat nota aku semula. Sah dah jadi peta negara Congo. Aku melihat rakan disebelah. Notanya sudah panjang.
"Kamu yang kat belakang tu. Kamu ambik dadah ka???"
Aiyoooo sir.......sungguh terguris pertanyaan sir tu. Bukan setakat dadah, ganja pun aku tak pernah ambil sir. Err..tapi aku tak menjawablah time tu. Dah la mamai, lepas tu kena malu depan kawan-kawan lain. Aku cuma menggeleng kepala sahaja menandakan aku tak ambil dadah!
Sir senyap. Budak-budak ni semua dah tertumpu kat aku. Terasa pemes macam Hamid Gurkha jap. Semua isi dalam kelas senyap hanya dengar bunyi kipas saja.
"Berapa markah ujian penggal pertama?,"soal Sir lagi.
"65%"
"See, i thought you are smart already. I tak kisah kalau you nak tidur dalam kelas i but make sure you got a strong brain. Kalau macam nilah, confirm you fail Pengajian Am! Memang you tak ada harapan"
Sir : Kenapa masa saya mengajar ko tido? Kenapa tak anyam ketupat ke, bela anak ikan ke, menyulam ke ade gak pekdah
Student : Errr...sir pagi tadi gosok gigi tak?Zassss!
Terasa pipi aku panas mendengar tohmaan yang mengguris perasaan itu. Ya, memang aku b*d*h sir. Tapi sir kena ingat, walaupun aku b*d*h tapi aku mempunyai semangat tinggi untuk berjaya. When i say i want it, i will get it! Itu kata aku dalam hatilah. Giler ko nak cakap depan-depan dia macam tu. Silap-silap meja guru tu dia humban kat muka aku.
Berpegang kepada kata-kata pedih itu, aku cuba mempositifkannya menjadi kata-kata semangat. Alhamdulillah, masa keputusan STPM diumumkan, i got 4.00 in that subject! Masa nak ambil result, aku nampak Mr Gopal tersenyum denganku dari jauh....
Terima kasih kerana memanggil saya penagih dadah! Terima kasih kerana mengatakan saya tiada harapan! Thanks Mr Gopal!
oleh,
Suhami Ahmad
p/s : Special thanks to Mr Gopalakrishnan, my ex-teacher's General knowledge subject at Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah. He never let his students down or missing anything even one. Never ever. Coz he want all his student to be a success person in life. Keranamu Mr. Gopal. Big claps for you!
21 ulasan:
ouh nak menangis T_T
hehehe.. *gelak pulak*
aiyo.. nakal jugak atok nih...
+++++++++++++++++
=================
== == Sila klik == ==
=================
+++++++++++++++++
al*Laut China Selatan* : Hehe...kerana Mr Gopal atok berdiri di kemuncak kini...(err...kemuncak ke?)
Asrol Mania : Ha, jangan main giler....atok memang nakal dulu..tapi atok tak jahat..hihi...
HAHA . dulu pun cikgu den
namo Gopal gak
tapii dio aja
Science
hihihihi
heheheh...tumpang gelak
best dapat cikgu cam tu wat...
tgok skang tak ramai yg garang n take care gitu
zazaw : Ha, banyak namo cikgu Gopal an. Dan yang pasti cikgu Gopal atok tu amat garang
SHA : Ha mesti sha golak maso cikgu gopal nak humban mejo kat muka atok an?
pN. rOs : Memangnyo. Sekarang ni kalau cikgu cuit yo sikit, dah see u at court...berbezo dengan zaman kito dulu.
tahniah atok!!!!hik3...nsib atok pk positif...bdak la ni..kalo ckgu kate gtu..jwb nye pancit la tyr kete blik kang...
pengalaman kamu seperti saya
mula2 rasa sedikit kecil hati atau marah
tapi dek kerana teguran keras itulah akhirnya kita berjaya
alhamdulillah
P/S : Review Filem Ngangkung & Berapa Kutipan Filem 2 Alam? RM39.9 Juta Kah?
Nyssa Nuar : Kompen kena pancit tayar. Silap aribulan bapak budak tu bawak parang. Kesian cikgu sekrang dah tak leh garang2
hans : boto tu atok stuju...kalau mr gopal tak tegur atok, mungkin atok terus hanyut. Cikgu dulu garang sobab dia sayang an anak murid
bagusla atok ambil 'tamparan' hebat dari cikgu gopal as motivasi yg positif..pelajar contoh rupanya ni..
waahhhh atok dan mr. gopal idola caye ;p
zaman sekolah mmg kelakar ..
Haszuraidah ishak : seb bek bukan tamparan wanita(lagu elite). Ish, atok pelajar contoh tak baik je kat budak2 ni
SnowladieS : Ish, atok bukan idola...atok petola...Mr Gopal je layak digelar Idola guru terhebat...
Nur Shareena : Atok stuju. Macam rasa nak ulang balik yo kan...
5SainsSMKSeriPerpatih >>> Cikgu gOpal suke kite ty sOalan kalO xty dia mesti akan sOal kite pulak
Catat Ulasan