Assalammualaikum dan salam sejahtera
Pesli, atok nak hucap an takziah tahniah kepada hadek-hadek lepasan SPM 2011 yang lalu kerano keputusan peperiksaan SPM pado tahun tu amat memberangsangkan. Atok dipahamkan seramai 559 orang colan telah memperolehi semua A+ dalam semuo subjek yang di ambil. Pencapaian keseluruhan colan SPM 2011 pun bertambah baik dongan GPN 5.04 berbanding tahun 2010 iaitu 5.19. Atok tumpang banggo kojap.
Mano yang cemerlang tu, bulihlah sambung masuk Unibesiti kemudian capai cito-cito Ecah sebelum ni. Mano yang kurang bernasib baik tu, jangan putus aso. Selagi termampu belajar, atok rayu kat Ecah sambunglah belajar. Kalo kito tak berapa nak bernasib baik kat akademik, kito try lah pulak kemahiran. Sekarang ni, abang eletrikal pun kalo dapat tender, cash beli keto Vios tau. Mak handam pun sekarang ni kalah gaji doktor sebulan, uolls. Ko mampu?....atok nak amik kursus andaman dan solekan bleh?...Nak bersaing dengan Hata Dolmat....eh?!.....Ni tok nak habaq mai ni, la ni budak-budak yang ado kemahiran laku bak pisang panas tau. Tak caye ko tanya supervisor2 kat bidang swasta sana.
Once Upon A Time....
Teringat jaman atok hamek result SPM, 53 tahun yang lampau (err....dah wujud ko?), nak dapat 1 A+ pun dah tercirit. Poie potang siang malam poie kelas tambahan, tapi bongap yo jugak. Manekan belajar kat sekolah, kat rumah pun haku belajar gak. Yang atok heran budak-budak jaman sekarang ni ke main ceghodik. Copek menangkap. Ecah makan apo ek? Mak kau malam-malam masak kehepsi ke? Ke tenuk masak kicap?...jangan-jangan babun goreng tepung tak??.....Baik ngaku cepat
Budak sekarang ni makin pandai. Tapi, tapi...............ado tapi tu......tapi atok ado terbaco statement Ungku Aziz baru-baru ni. Tahap kepandaian budak sekarang ni diukur setakat sehelai kertas tu ko? Kalau dah straight 9A+ ko dapat, kompem ko berjaya dalam idoplah?
Atok pun perhatikan era kemodenan sekarang nih, budak berlumbo-lumbo nak belajar sobab dapat "A". Berlumbo-lumbo nak belajar sobab nak masuk Unibesiti pemes-pemes. Nanti orang koba lepasan Uni ni golongan pandai-pandai. Berlumbo-lombo nak belajar sampai ado Master / PHD segala. Pastu kau eksyen ngan aku yang bengap ni. Walhal ko eksyen dengan PHD ko sampai la ni pun tak bekojo. Opss. Jaman atok dulu memang ke main susah nak dapek semuo subjek A. Dan bukan calang-calang orang dapek sambung masuk Unibesiti. Tempat terhad.
Jaman dulu, soalan peperiksaan tak macam jaman sekarang ni. Kalo jaman dulu, selagi ko tak huraikan ayat 1800 patah perkataan, haram jadahlah ko nak dapat A. Soalan pulak semuo eh KBKK (kemahiran berfikir kreatif dan kritis a.k.a ikut logik akal~budak sekarang panggil kasi goreng) Kalau ado soalan objektif sekalipun, kompem akhirnya ko belah pemadam ko buat dadu sebab mesti ado duo atau tigo jawapan yang kompius. Dulu pilihan jawapan ado limo. A, B, C, D, E. Sah-sah satu soalan ko jawab sejam nak pikir jawapan.
Sekarang ni budak-budak huntung.
- Banyak bentuk soalan bersepah kat kodai buku.
- Soalan-soalan past year dah tak sulit laie. Jaman atok dulu, lopeh yo abeh pekso tu, soalan peperiksaan SPM tu pengawas kutip balik. Rahsia!. La ni, ko buat je semua latihan tu, nanti time pekso tutup mato yo menjawab.
- Banyak pusat tuisyen tumbuh bak cendawan.
- Mak ko kasi ko makan pil
perancangperangsang otak. - Cikgu ramai yang berkelulusan tinggi.
- Toyol kono lotak dalam jamban, nasib-nasib je dapat skodeng. La ni ko dunlod je nota ko dalam galaxy note kan. Baik ngaku
- Teknologi semakin canggih. Zaman haku dulu, kalo nak buat assigment ko kono poie rumah kawan kau yang terletak 80 marhalah untuk study group. La ni ko on je skype, buat sidang video katanya. Jalan. Lalalala.
Huntung tak huntung. Cumo satu je lah yang atok risaukan. Makin kemaruk kita mengejar "A" tu, makin berkualitikah graduan kito pado masa akan datang kalo perkara ini diteruskan??....Ingat, kejayaan seseorang bukan terletak pada berapa banyaknya "A" dalam sijil SPMnya, tetapi kejayaan seseorang terletak pada berapa banyaknya "A" pada usahanya yang berterusan untuk terus cemerlang.....
p/s : Kawan opis atok ado cerito, ado orang Nismilan ni pakai keto lamborgini 2 bijik! Kelulusannya hanyalah SPM yang keputusannya BUKAN straight "A" =)
30 ulasan:
Yep! gua setuju sangat laa dengan atok. Kualiti itu penting dan bukannya kuantiti. Dpt straight A kalau idup tak straight pun tak guna. Eh? hehe.
Hundred percent setuju dengan atok. Sungguh lebar sengihan akak mambaco huraian (a.k.a. gorengan) atok. Tepat, nyata, jitu dan pedass... Yess.. atoklah pemimpin kami anak2 jaman dolu...
dah ramai sangat yang cemerlang sekarang..
yo tahniah pado sumo
SPM tu tiket kecik ke. perjalanan masih jauh beronak duri. kalau lahir dalam istana, mungkin < sikit onak duri tu..
bnyk betul a.. L dulu berapa jerk.. hihi
jom tmbah ilmu.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html
amat tepat sekali kan tok kan :)
kuantiti dalam A dikejar, kualiti dalam soft-skill diabaikan..
kaannn...untung betul budak skrg.segala kemudahan ada. mana tak dpt A dgn mudah. tp A dlm usaha berterusan tu yg penting jgk.
tu la bill gates pun tak sebijak mana. sampai dia kata, budak terpandai dlm kelas dia dulu skrg jd pekerja dia.
eden tak dapat straight a's gakk.
zzzzz. frust
tahniah hadek2!
ahkak tompang bangge~
dill.
stuju sngt ngn tok wan(penang x pggil atuk)..hehe..bnyk budak lani dok pulun bg dapat 'A' dlm smua subjek..smbung bljaq,dpt ilmu bkn utk kehidupan tp utk dpt kja baguih2.. & gejala negatif pun bnyk yg 'A'.bnyk jgk yg dtg dri golongan cerdik pndai ni la.lebihkan duniawi. esok2 kat 'sana' nnt bukn DIA tnya hang masa hdup dpt brapa 'A'?
yg x berapa nak perform masa spm selalunya yg tu la lagi berjaya~
kesungguhan tu yg penting kan,tok~ ^^
Miziey : Eh?!
Aziela : Atok sekadar pengalaman dolu-dolu...takut atok tengok niat belajar sekarang sobab nak dapek A paling banyak
mas saari : Kalau dipikirkan sudut positif mmg anak2 kita semakin bijak kot
Tulus Sweet : Tahniah...
blog-tips-kurus : Siapa kata lahir di istana kurang sikit onak diri?....atok banyak onak diri lalui tau...eh!
L : Berapa?....eh
c'axoera ヅ : Pedas ke penyampaian atok ittew?
Aien Not Alien : Itu yang berlaku sekang kan...
Hanie Dew : Bill Gates tu contoh terbaek!
Zakaria's daughter : Takpo x straight A dalam SPM, tapi pehni kono straight berusaho untuk berjayo...
dill : Tahniah hadek...
abu idris : Aaa....hentry yang menarik...
Noor : Kan, niat kita yang asal tu dah kelaut....kito disarankan untuk menuntut ilmu mengamalkan yang terbaik, tapi nak menuntut ilmu nak berlombo dapek banyak A...
~SaL IjOu~ : Selalunyo memang cenggitu Sal....sobab dio dah down sebelum ni hok tu yang dio lipatgandakan usaha...
entry atok ni bagi dya semangat lah sebab dya tak dpt straight A.. tapi tak tak bermakna masa depan dya tak straight A juga kan??hehe..
dyabunga : Boto tu. Apa yang penting......KERJASAMA....eh.....usaha berterusan!
off white outlet
jordan travis scott
goyard bag
supreme outlet
kyrie 7
Catat Ulasan