Selasa, 9 Ogos 2011

Rukun Islam

Ujang


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini merupakan tugasan sulung Ujang sempena edisi ramadan kali ini menggantikan "Statistik Ujang". Baiklah, untuk tugasan pertama ini, Ujang ingin berkongsi dengan kalian tentang rukun islam. Ramai yang tahu apa itu rukun islam. Tapi tahukah kalian, penerangan terperinci melalui rukun tersebut? Meh kita belajar bersama-sama.

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrahZakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Mengucap dua kalimah syahadah
- Mengucap dua kalimah syahadah iaitu " Tiada Tuhan Melainkan Allah Dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah".
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18)

Menunaikan solat lima waktu
-Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan.
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa : 103)

Berpuasa di bulan ramadan
-Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat 
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)"

Membayar zakat
-Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya
" Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah At-Taubah : 103")

Menunaikan Haji
mengunjungi Baitullahilharam di Makkah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dan syarat-syarat tertentu
" Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. " (Surah Ali ‘Imran : 97)

Minggu depan Ujang akan kongsikan dengan kalian tentang rukun iman pula. InsyaAllah.

26 ulasan:

azliah mohamed berkata...

thanks...bley refresh balik..eheh

faiz berkata...

bgus gak kalo sekali sekala refresh blk yg asas dan rukun dlm Islam ni..

Unknown berkata...

Moga hidup dan mati kito dlm iman :)

KuNanGKuNanG berkata...

bagus n3 ni.mengingatkan kite yg mudah lupa ni...huhu

teacher bonda berkata...

alhamdulillah..tazkirah di bulan ramadhan..

sahromnasrudin berkata...

trime kasih atuk memperingatkan cucu erk

RojakPunya.blogspot.com berkata...

tak sama pun dengan rukun islam syiah?

Unknown berkata...

ada org tu kdg2 terkeliru Rukun Islam dgn Rukun Iman...alhamdulillah blog post ni boleh membantu...

Anif Abdullah| AA berkata...

perkongsian ilmu yang sgt berguna untuk sume muslimin muslimat.. ^^

Zul fattah berkata...

satu perkongsian yg menarik.. sasuai utk tontonan umum kn?

ORLANDO AHMAD berkata...

ujang ade adik perempuan tak?

wanacesh berkata...

tazkirah ujang di bulan puasa,,hihi,,atuk mana?

Mohamadazhan.com berkata...

ust ujang =) perkongsian menarik atok

Unknown berkata...

azliah mohamed : Untuk rujukan kita bersama

Unknown berkata...

faiz : Kan. Alhamdulillah

Unknown berkata...

paish : Amin, ya robbal alamin...

Unknown berkata...

KuNanGKuNanG : Manusia tu pelupa

Unknown berkata...

teacher bonda : Alhamdulillah

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Untuk peringatan atok bersama jugak...

Unknown berkata...

RojakPunya.blogspot.com : Err...rukun islam syiah?

Unknown berkata...

Azham Vosovic : InsyaAllah...harap2...

Unknown berkata...

Anif Abdullah| AA : Terima kasih AA. Sila amalkan ye

Unknown berkata...

Zul Fattah : Mestilah sesuai.

Unknown berkata...

ORLANDO AHMAD : Gatai! Hepp ujang anak tunggal

Unknown berkata...

wanacesh : Atok berehat. Segmen diari atok terpaksa tangguh untuk edisi ramadan

Unknown berkata...

Mohamadazhan.com : Ustaz ujang...hihi

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih