Rabu, 24 Ogos 2011

Pandainya Sufia

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Wah, semalam kan kawan akak atok datang buka pose kat rumah. Pastu dia bawaklah pelbagai juadah dan hidangan. Atok apa lagi, duduk saf paling depan la kan. Pastu anak buah atok yang 5 tahun ni, Sufia pun duduk sekali sebab pose. 

Nak dipendekkan cerita, kawan akak atok ni ada anak pompuan muda setahun dari Sufia. Ontok je budaknya. Siap pakai tudung lagik. Budak belum akhil pun tahu pakai tudung kan. Then dia duduklah bersebelahan Sufia. Atok pulak tengah termenung landing menatap makanan depan mata satu persatu sambil mata terkelip-kelip dan air liur dah sebesen di telan.



Masing-masing senyap pandang makanan. Atok senyap. Akak senyap. Kawan dia senyap. Husband diorang senyap. Masing-masing takda point nak bercakap. Lagipun lagi 2 minit nak berbuka pose jadi semua sedang tumpukan perhatian. Atok apatah lagi, kurang mesra sikit di awal perkenalan. Namun ntah macam mana tiba-tiba...

"Awak dah beli baju raya? berapa pasang baju awak tahun ni?,"atok terus memandang pada pemilik suara.









SUFIA????!!








Atok pun...
pengsan sambil mulut berbuih atas tikar juadah berbuka tu



Amboih ko Sufiaa....mengalahkan perbualan makcik-makcik!

10 ulasan:

teacher bonda berkata...

kihkihkih...bijaknya sufiya buka bicara....:)

amiera berkata...

5 taun dah pandai tnye cmtu..ish ish ish, ntah2x atok ajar..hihi

Jue berkata...

La comeinya..ni msti sbb slalu tdgr pbualan org tua2 smpi tpengaruh hihi

Psst; ingatkan td sufiya tu bukak tudung pastu.baring cam bdk comel ats karpet hehehe

ORLANDO AHMAD berkata...

ekau yg ngajar tu tok?

Aziela berkata...

Hahahahha..... lawaknya. Tapi sebagai seorang yang pernah blajar saikoloji, Sofia adalah kanak2 bijak. Dia peka dengan suasana dan bijak mencari idea untuk bermain dengan isu. Nanti soh dia jadi PR atau Sales... bagus untuk masa depan..

Unknown berkata...

teacher bonda : Macam atok ek...hihi

Unknown berkata...

♥ LuRveLyAmiera ♥ : Haish. mana ada

Unknown berkata...

Jue : Hihi....sufia x pakai tudung...kawan dia tu ja pakai

Unknown berkata...

ORLANDO AHMAD : Chaittt!

Unknown berkata...

Aziela : Hihi...haah, dia bijak tau kak...umur 4 tahun dah pandai mengeja...now dah pandai baca

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih