Sabtu, 13 Ogos 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011 Tahun 1432 Hijrah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......wah, atok ado dapat komen semalam menyatakan blog Apo2 Yolah KURENG sengatan pada bulan puasa ni. Dah kurang rencah sikit. Hish...kata "edisi ramadon". So, atok kena tapis ayat-ayat yang kurang enak di makan...keropok moni!....di dengar. Xpo2, thanks kepado pengkritik membina. Atok akan cuba menyampaikan ilmu dalam bulan puaso ni tapi akan kembali versi gilo2 seperti dulu. Im back nok!

Semalam i call you, you tak angkat. atok pergi solat jemahat kat Mesjid Negeri. Sapo ado ternampak kelibat atok semalam? Angkat kain!.......jemuran....Sampai-sampai je atok nampaklah ada pok cik ni duk kat depan mesejid tu. Ada 3 pok cik jaga kaunter untuk bayar zakat. Tahun lopeh atok bayar online banking ja zakat tu pastu resit pos ke rumah. Pastu kena maki hamun kat apak atok. Dio koba, nak bayar zakat pun xdo maso. Nak ber online-online bagai. Macam tak cukup masa seminit pun! Panas.....panas sebu telinga atok mendengarnya terus tahun ni mengadap pokcik kaunter zakat. 


Maksud zakat fitrah
Dari segi bahasa : Zakat ialah bersih, suci, bertambah & subur manakala Fitrah ialah tabiat semulajadi manusia yang suci bersih.
Menurut istilah syarak : Zakat fitrah bermaksud mengeluarkan makanan asasi bagi sesebuah negara dengan kadar tertentu dan diberikan kepada orang tertentu dengan syarat tertentu.


Kat bawah ni kadar yang ditetapkan bagi zakat fitrah 2011 tahun 1432 hijrah bagi seluruh negeri di Malaysia ;

Negeri-negeri di Malaysia
  1. Johor = Rm7.50 bagi yang makan beras super dan rm5.00 bagi yang makan beras Nasional
  2. Kedah = RM 7.00
  3. P.Pinang = RM7.30
  4. Sabah = RM7.70
  5. Sarawak = RM7.50
  6. Selangor = RM5.20
  7. Kelantan = RM 7.60
  8. Melaka = RM 6.30
  9. N. Sembilan = RM6.50
  10. Pahang = RM7.30
  11. Perak = RM7.00
  12. Perlis = RM5.00/RM7.00
  13. Terengganu = RM6.00 / RM7.00 / RM8.00
Kadar Zakat Fitrah untuk Kawasan Wilayah Persekutuan
  • Kuala Lumpur = RM5.20
  • Labuan = RM5.20
  • Putrajaya = RM5.20
Syarat Zakat Fitrah
  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah :
  1. Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  3. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  4. Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Ha...amacam? Korang dah bayar ke belum? Jangan tak bayar k. Rezeki yang korang dapat tu perlu dicuci. InsyaAllah lepas ni lagi melimpah-ruah rezeki yang kita dapek. Luangkan maso tak sampai pun seminit. Baco niat berzakat. Dah, selosai. Ingat! membayar zakat merupakan rukun islam yang keempat.

8 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

bapak beria-ia nak bayarkan. ai tpaksa say yes.. :)
pernah bayar kat baRam Putrajaya dulu.

*kenapa Johor & Tganu ada byk kadar??

liyana berkata...

owh..berbeza kdr nye yer
nice info
thanks!

faiz berkata...

dgr cerita zakat fitrah MB negeri sembilan nak naik 10 sen pon org marah..ape nak jadi org Malaysia ni..kedekut btol..

dill berkata...

teringat dulu dok pegang2 slip zakat fitrah pas ayah bayarkan. berkeping2

dill.

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Untunglah bapak sponser...huhu

Unknown berkata...

liyana : Sesama liyana...

Unknown berkata...

faiz : Ye ke Faiz? Apalah sangat 10 sen tu kan

Unknown berkata...

dill : Hihi...klu ada 8 adik beradik-so ada lapan lah slip kan...hehe

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih