Selasa, 23 Ogos 2011

Rukun Iman

Ujang

Assalammualaikum

Kawan-kawan berpuasa tak hari ni? Alhamdulillah kita dah masuk ke 10 malam terakhir di bulan puasa. Mari kita lipatgandakan amalan kita di malam-malam terakhir ini. Mungkin ini adalah Ramadan kita yang terakhir. Baiklah, kalau minggu lepas Ujang ada kongsikan dengan kalian apa itu Rukan Islam. Nah, sekarang Ujang nak bagitahu apa itu Rukan Iman. Sekadar kita mengingati kembali  =)

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-

Beriman pada Allah
Kita wajib percaya kepada Allah . Percaya kepada keesaannya . Wajib percaya tiada tuhan melainkan Allah yang hidup tiada pemulaan dan tiada akhirnya , tiada yang menyerupainya , maha berkuasa , maha medengar , maha melihat dan maha mengetahui segala yang berlaku baik yang kelihatan dan tersembunyi. segala yang belaku adalah diatas kehendaknya


Beriman kepada Malaikat-Malaikat
wajib percaya malaikat itu wujud . Dijadikan tuhan daripada nur ( cahaya ) yang sentiasa bertasbih kepada tuhan dan tidak pernah menginkari suruhan dan larangan Allah


Beriman kepada Kitab-Kitab
wajib percaya bahawa tuhan menurunkan peraturan-peraturan dan perintah yang diberikan kepada rasul-rasulnya.
segala peraturan ini dikumpulkan dijadikan  kitab. Kitab ini adalah terkumpulnya segala suruhan dan larangan yang dikenakan kepada manusia.

Kita wajib percaya tuhan mengirimkan pesuruh dan utusan kepada manusia sebagai ketua atau pembimbing manusia ke arah jalan yang benar .dan juga bertindak sebagai penyampai perintah dan larangan tuhan.


Beriman pada Hari Akhirat
Kita wajib percaya pada suatu hari nati dunia akan hancur lebur , rosak binasa  dan segala mahluk benyawa pasti akan mati , kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.


Beriman kepada Qada' dan Qadar
wajib percaya segala yang terjadi adalah apa yang telah ditentukan dan ditetap kan tuhan sejak azali  Percaya kepada Qadha dan Qadar


Sekadar untuk renungan dan amalan kita. Wallahualam.

12 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

bagus Ustaz Atok, cerita bab agama pagi-pagi ni. teruskan perjuangan ye atok. :)

sahromnasrudin berkata...

sejuk cucu atok nie baca entri sebegini

Tanpa Nama berkata...

bagus tok..bagi peringat semula ^_^

faiz berkata...

kdg2 rukun iman ni bley lupa jika xdiingatkan selalu..

Unknown berkata...

Betul tu Atok...dulu masa kecik selalu terkeliru yang mana satu Rukun Iman no 5, no 6, hehehe....

EzayHadry berkata...

bagus atok!! cucu rasa yang ni patut budak2 hafal dan faham dulu sebelum rukun negara tu....

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : InsyaAllah. Mekasih btk

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Samo2 kito amik teladan k

Unknown berkata...

umie mia : Untuk peringatan atok jugak

Unknown berkata...

faiz : Boto tu...tercampur gaul ngan rukun islam

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Haa..ni mesti banyak makan kepala ikan

Unknown berkata...

Ezay Hadry : Rukun negara tu kedua penting

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih