Memaparkan catatan dengan label Ilmu itu milik Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu itu milik Allah. Papar semua catatan

Isnin, 21 November 2011

MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum Puas Nak Tunjuk Cantik

Ujang
Assalammualaikum,


Ujang terbaca satu blog nih. Bukan selalu kita nak berkongsi perkara baik. Sesekali kita bergurau senda, apa kata kali ni kita jadi serius sekejap. Manusia ni terkadang alpa dan lalai termasuklah Ujang sendiri. Makanya kita harus sering mengingatkan. Sekadar perkongsian kita bersama. Mana yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan.

Saya ingin mengajukan anda satu persoalan.

Wajarkah kita (golongan yang menegur) memberi masa kepada seseorang wanita Melayu Islam (yang telah baligh ) sehinggalah mereka benar-benar bersedia menutup aurat mereka dengan sempurna ?

Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita Islam membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat mereka di kehidupan harian. Adakah kewajiban memelihara aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika seseorang itu sudah baligh...?

Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?

Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan dinasihat ?

Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.
Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ? Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum puas untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan koleksi pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.

Mari kita panjangkan mesej ni dan saling nasihat menasihati  =)



Selasa, 23 Ogos 2011

Rukun Iman

Ujang

Assalammualaikum

Kawan-kawan berpuasa tak hari ni? Alhamdulillah kita dah masuk ke 10 malam terakhir di bulan puasa. Mari kita lipatgandakan amalan kita di malam-malam terakhir ini. Mungkin ini adalah Ramadan kita yang terakhir. Baiklah, kalau minggu lepas Ujang ada kongsikan dengan kalian apa itu Rukan Islam. Nah, sekarang Ujang nak bagitahu apa itu Rukan Iman. Sekadar kita mengingati kembali  =)

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-

Beriman pada Allah
Kita wajib percaya kepada Allah . Percaya kepada keesaannya . Wajib percaya tiada tuhan melainkan Allah yang hidup tiada pemulaan dan tiada akhirnya , tiada yang menyerupainya , maha berkuasa , maha medengar , maha melihat dan maha mengetahui segala yang berlaku baik yang kelihatan dan tersembunyi. segala yang belaku adalah diatas kehendaknya


Beriman kepada Malaikat-Malaikat
wajib percaya malaikat itu wujud . Dijadikan tuhan daripada nur ( cahaya ) yang sentiasa bertasbih kepada tuhan dan tidak pernah menginkari suruhan dan larangan Allah


Beriman kepada Kitab-Kitab
wajib percaya bahawa tuhan menurunkan peraturan-peraturan dan perintah yang diberikan kepada rasul-rasulnya.
segala peraturan ini dikumpulkan dijadikan  kitab. Kitab ini adalah terkumpulnya segala suruhan dan larangan yang dikenakan kepada manusia.

Kita wajib percaya tuhan mengirimkan pesuruh dan utusan kepada manusia sebagai ketua atau pembimbing manusia ke arah jalan yang benar .dan juga bertindak sebagai penyampai perintah dan larangan tuhan.


Beriman pada Hari Akhirat
Kita wajib percaya pada suatu hari nati dunia akan hancur lebur , rosak binasa  dan segala mahluk benyawa pasti akan mati , kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.


Beriman kepada Qada' dan Qadar
wajib percaya segala yang terjadi adalah apa yang telah ditentukan dan ditetap kan tuhan sejak azali  Percaya kepada Qadha dan Qadar


Sekadar untuk renungan dan amalan kita. Wallahualam.

Ahad, 21 Ogos 2011

Wanita Akhir Zaman ; Rasulullah Menangis Siri 3

** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.


KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM
APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."
Jawapan: 
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?
3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"
Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Sumber: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

Sabtu, 20 Ogos 2011

Fakta Al-Quran 14

Apakah ayat di mana 2 perkataan 'Allah' terletak bersebelahan?

Ayat 124, Surah Al-An'aam


Masjid Islamic Center adalah masjid yang terletak di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia, merupakan masjid termegah dan terbesar kedua di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal. Memiliki luas bangunan utama sekitar 43.500meter persegi

Selasa, 16 Ogos 2011

Fakta Al-Quran 13

Berapa kalikah jumlah perkataan 'Muhammad' dalam Al-Quran?

Sebanyak 4 kali, iaitu dalam :
  1. Surah Ali-Imran ayat 144
  2. Surah Muhmmad ayat 2
  3. Surah Al-Fath ayat 29
  4. Surah Al-Ahzaab ayat 40



Masjid i-Jahan enzo atau dikenali sebagai Masjid Jama, merupakan masjid utama Old delhi di India. Diilhamkan oleh Mughal Emperor Shah Jahan, pembina dari Taj Mahal dan siap di bina pada tahun 1628. Masjid ini merupakan masjid terbesar dan terkenal di India. Ia terletak di pusat Old Delhi, Chawri Bazar Jalan.

Ahad, 14 Ogos 2011

Wanita Akhir Zaman ; Rasulullah Menangis Siri 2



** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.

Jangan lucahkan baju kurung anda




Pilihlah fesyen yang dihormati dan dan dimuliakan




Pakailah baju labuh ketika di luar rumah




Legging ketat mencemarkan maruah wanita bertudung




Wanita islam tolong hentikan menempah baju kurung yang jarang!



Wanita tolonglah pakai baju yang labuh menutup punggung




Apa maklamat sebenar fesyen muslimah? Untuk tayang kecantikan ke?




Dalam islam memakai pakaian yang ketat itu tidak boleh!




TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANGSENDAT, SINGKAT DAN KETAT.

APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANGWANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA SATU PILIHAN ANDA ?

Setelah Membaca Blog Ini, Insyaallah Saya Akan Menegur Dan Memastikan Ahli Keluarga, Ibu, Adik dan Kakak Perempuan Saya, Kawan-kawan Wanita Saya Tidak Akan Memakai Jeans Sendat, Baju Singkat, T-Shirt Sendat dan Leggings Di Khalayak Ramai Demi Maruah Mereka



Psikologi

Niat utama penulis adalah untuk menegur dan menasihat wanita-wanita Islam kita, tetapi mungkin bagi segelintir pihak ia kelihatan 'keras' dan 'terus-terang'.Namun, motifnya satu iaitu untuk MENDESAK wanita-wanita Islam menjauhkan diri dari fesyen-fesyen mencemarkan.

Sumber grafik di blog ini adalah hasil carian di ruang-ruang internet.

Gambar-gambar di dalam blog ini bukan bertujuan untuk mengumpat mana-mana individu. Sebaliknya, penulis memikirkan perlu untuk meletakkan bukti-bukti yang bersifat realiti supaya pembaca-pembaca jelas dan faham akan mesej yang cuba diperjuangkan blog ini dan untuk membuktikan bahawa penyakit aurat ini adalah benar-benar berlaku di dalam masyarakat Islam. Dari segi kebekersanan penyampaian mesej pula kita tidak dapat menolak bahawa gambar-gambar adalah lebih mudah difahami dan diingati berbanding kata-kata. Ambil pengajaran.


Maksudnya : “Sampaikanlah (apa-apa yang telah kamu perolehi) daripadaku walaupun hanya sepotong ayat”.
(H.R
. Bukhari)

Bantulah kempen ini.


Ahad, 7 Ogos 2011

Wanita Akhir Zaman ; Rasulullah Menangis Siri 1




Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Wallahualam...

Fakta Al-Quran 12

Berapa kalikah perkataan 'Allah' disebutkan dalam Al-Quran?
Lafaz perkataan 'Allah' di sebut sebanyak 2,697 kali dalam Al-Quran.




Masjid Rahmatan Lil'alamin
Masjid Rahmatan lil Alamin terletak di Kampus Al-Zaytun, Indramayu, Jawa Barat. Masjid ini sangat besar. Masjid ini bisa merupakan sebagai salah satu masjid terbesar di dunia yang berukuran 6 hektar dan mempunyai 6 tingkat dengan kapasiti mencecah 100.000 orang.

Sabtu, 23 April 2011

Fakta Al-Quran 11

Masjid Jamek, Kuala Lumpur


Ayat apakah yang terkandung di dalamnya kesemua huruf Hija'iyyah (Huruf Alif-Ya')?

2 ayat sahaja iaitu Surah Ali-Imran ayat 154 dan Surah Al-Hujurat ayat 59

Sabtu, 5 Mac 2011

Fakta Al-Quran 10

Masjid Nabawi, Arab Saudi


Apakah perkataan terpanjang di dalam Al-Quran?

Perkataan ‘Fa’asqoinaakumuuhu’ dalam Surah Al-Hijr,
 ayat 22.


untuk melanggan klik [SINI]

Ahad, 13 Februari 2011

Fakta Al-Quran 9

Masjid Kubah Emas, Depok Indonesia

Berapakah jumlah ayat Sejadah (ayat sujud) dalam Al-Quran?
Sebanyak 15 ayat iaitu :
1) Surah Al-A’raf ayat 206
2) Surah Ar-Rakd ayat 15
3) Surah An-Nahl ayat 49
4) Surah Al-Isra’ ayat 107-109
5) Surah Maryam ayat 58
6) Surah Al-Hajj ayat 18
7) Surah Al-Furqan ayat 60
8) Surah An-Naml ayat 25
9) Surah As-Sajadah ayat 15
10) Surah Fussilat ayat 37 dan 38
11) Surah Sood ayat 24
12) Surah An-Najm ayat 62
13) Surah Al-Insyiqoq ayat 20-21
14) Surah Al-Alaq ayat 19
15) Surah Al-Hajj ayat 77

untuk melanggan klik [SINI]

Ahad, 30 Januari 2011

Fakta Al-Quran 8

Masjid Al-Aqsa

 Berapakah jumlah ayat Madaniyyah dalam Al-Quran?
Jumlahnya sebanyak 1,761 ayat.








Untuk melanggan klik [SINI]

Ahad, 26 Disember 2010

Fakta Al-Quran 7

 Berapakah jumlah ayat Makkiyah dalam Al-Quran?
Jumlahnya ialah sebanyak 4,475 ayat.

untuk melanggan sila klik [sini]

Ahad, 21 November 2010

Fakta Al-Quran 6

Berapakah jumlah ayat Madaniyyah dalam Al-Quran?
Jumlahnya sebanyak 1,761 ayat.



Ketahui teknik termudah untuk fahami 'big picture' Al-Quran & hafaz surah idaman sekaligus. Klik DISINI

Ahad, 7 November 2010

KISAH BENAR _ by Hipzulhafiz _ Sunday, October 31, 2010 at 3:45pm

Assalamualaikum wrh wbr.......kisah benar.Sebarkan lah, untukpengetahuan muslimin dan muslimah..... Farhan (Kisah Perjalanannya MasukIslam)


Disarankan utk share dan bace smpi habis,terutamanya pelajar2 IPT. Allahuakbar!3x


Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal sayasewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Sayadilahirkan dibumi Sabah dalam keluargaKristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yangmenjaga 15 buah gereja disatu kawasan diSabah . Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadiseorang paderi. Sejak mula PBS bawah DatukJoseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapatsokongan penuh kerajaan negeri.


Kumpulan saya masuk ke kampong dalamberbagai program. Selalunya program khidmatmasyarakat. Pihak gereja selalunyamembekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orangkampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanyamasalah mereka dan bantu mereka. berbagaimasalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duitsecara spontan. Ada kami hantar keperluanharian,pakaian dan buku sekolah dsn.


Dengan cara ini kami mendekati mereka.Hasilnya dengan beberapa

Sabtu, 6 November 2010

Fakta Al-Quran 5


Berapa banyakkah jumlah Surah Makkiyyah dalam Al-Quran?
Jumlahnya ialah sebanyak 86 Surah.

Ketahui teknik termudah untuk fahami 'big picture' Al-Quran & hafaz surah idaman sekaligus. Klik DISINI


Sabtu, 30 Oktober 2010

Fakta Al-Quran 4






Apakah ayat yang terpanjang dalam Al-Quran?
Ayat yang terpanjang dikenali sebagai ‘ayat hutang’ iaitu
ayat 282 Surah Al-Baqarah.

Untuk melanggan pakej-pakej tersebut klik SINI

Sabtu, 23 Oktober 2010

Fakta Al-Quran 3


 

Apakah surah terpanjang dan terpendek dalam Al-Quran?

Surah terpanjang ialah Surah Al-Baqarah manakala surah
terpendek ialah Surah Al-Kauthar.

Untuk melanggan klik SINI

Sabtu, 16 Oktober 2010

Fakta Al-Quran 2


Apakah bacaan Qiraat yang diamalkan oleh kebanyakan
umat Islam sedunia termasuk Malaysia?

Qiraat riwayat Hafs An A’sim.

Untuk maklumat lanjut klik SINI

Ahad, 10 Oktober 2010

Fakta menarik Al-Quran 1

Apakah maksud Al-Quran?

Al-Quran adalah Kalamullah, diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai mukjizat melalui Malaikat Jibril A.S. dalam bahasa Arab sebagai panduan kepada manusia.  Ia ditulis pada Mashaf dan dikira ibadah apabila membacanya. Dimulai dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Naas serta disampaikan kepada kita secara Mutawatir.

Untuk melanggan,  klik kat SINI

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih