Ahad, 21 Ogos 2011

Wanita Akhir Zaman ; Rasulullah Menangis Siri 3

** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.


KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM
APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."
Jawapan: 
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?
3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"
Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Sumber: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

10 ulasan:

IMANSHAH berkata...

jangan lupa tulis juga pasal ellaki yang tak tutop aurat, yang pakai seluar londeh bagai kan

Azham Vosovic berkata...

Hurm.... pasal sanggul tinggi tu, benda tu selalu menarik perhatian kaum lelaki bila mereka berjalan...

Ezay Hadry berkata...

bagus entri ni atok..
sama kes dengan berdakwah kalau orang tu jahat sekalipun (x lakukan dosa besa)tak salah dorung nak tegur kawan sebab melakukan perkara lagha..sebab dakwah tu memang satu kewajipan..
off topic sket sbb ramai anggap kene jage diri kita dlu sbb jage diri org lain :(

kalau bab aurat ni memang semua dah tau wajib..tak perlu nak tunggu seru ke aper, slow2 la, kita tak tau bile kite mati

ORLANDO AHMAD berkata...

Dalam surah al ahzab, ayat 59 ulama membahaskan kewajipan berhijab atas setiap muslimah...

dalam ayat tu ade disebut kalimah 'jalaabihinna', iaitu jamak kepada kalimah jilbab, iaitu 'althaubu allazi yastaru jamii' badan' = pakaian yang menutup keseluruhan badan. Dan menurut aasyihab yakni pkaian yang menutupi (luas) seluruh badan.

dan kewajipan berhijap wajib ke atas setiap mukminat yang mukalaf kerana berhijap itu adalah ibadah seperti ibadah solat puasa, etc. 'Faiza tarakatuhu almuslimah juhuudan fahiya kafirah yakni murtadah a'nil islam' iaitu jika menolaknya maka hukumnyer kafir.

Tidak diwajibkan ke atas bukan Islam tetapi digalakkan utk menutup aurat juga untuk jaga adab bermasyarakat dan keluar dari 'al mayu'ah' iaitu ketidakstabilan...

syarat2 pakaian yg menutup aurat:

1) Menutup keseluruhan badan
2) tidak jarang
3) Tidak menaikkan syahwat (menarik perhatian)
4)tak ketat
5)tidak menyerupai pakaian kafir
6)tidak menyerupai pakaian yg berlainan jantina (baju lelaki pada pempuan, baju pempuan pada lelaki)

dan pempuan yg nak pakai seluar, pastikan longgar dan baju labuh tutop jubor...

umie mia berkata...

peringatan yang baik untuk umie dan semua wanita..

Suhami Ahmad berkata...

IMANSHAH : Betul tu...insyaAllah Ujang akan tulis

Suhami Ahmad berkata...

Azham Vosovic : macam bonggol unta

Suhami Ahmad berkata...

Ezay Hadry : Betul tu Ezay. Artis Malaysia ramai camtu. Nak sampai seru bagailah kan

Suhami Ahmad berkata...

ORLANDO AHMAD : Ilmu yang menarik untuk dikongsi bersama. Thanks ORLANDO AHMAD

Suhami Ahmad berkata...

umie mia : Untuk kita bersama dan seluruh keluarga

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih