Ujang |
Assalammualaikum
Kawan-kawan berpuasa tak hari ni? Alhamdulillah kita dah masuk ke 10 malam terakhir di bulan puasa. Mari kita lipatgandakan amalan kita di malam-malam terakhir ini. Mungkin ini adalah Ramadan kita yang terakhir. Baiklah, kalau minggu lepas Ujang ada kongsikan dengan kalian apa itu Rukan Islam. Nah, sekarang Ujang nak bagitahu apa itu Rukan Iman. Sekadar kita mengingati kembali =)
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-
Beriman pada Allah
Kita wajib percaya kepada Allah . Percaya kepada keesaannya . Wajib percaya tiada tuhan melainkan Allah yang hidup tiada pemulaan dan tiada akhirnya , tiada yang menyerupainya , maha berkuasa , maha medengar , maha melihat dan maha mengetahui segala yang berlaku baik yang kelihatan dan tersembunyi. segala yang belaku adalah diatas kehendaknyaBeriman kepada Malaikat-Malaikat
wajib percaya malaikat itu wujud . Dijadikan tuhan daripada nur ( cahaya ) yang sentiasa bertasbih kepada tuhan dan tidak pernah menginkari suruhan dan larangan Allah
Beriman kepada Kitab-Kitab
wajib percaya bahawa tuhan menurunkan peraturan-peraturan dan perintah yang diberikan kepada rasul-rasulnya.
segala peraturan ini dikumpulkan dijadikan kitab. Kitab ini adalah terkumpulnya segala suruhan dan larangan yang dikenakan kepada manusia.
Beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
Kita wajib percaya tuhan mengirimkan pesuruh dan utusan kepada manusia sebagai ketua atau pembimbing manusia ke arah jalan yang benar .dan juga bertindak sebagai penyampai perintah dan larangan tuhan.
Kita wajib percaya pada suatu hari nati dunia akan hancur lebur , rosak binasa dan segala mahluk benyawa pasti akan mati , kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.
Beriman kepada Qada' dan Qadar
wajib percaya segala yang terjadi adalah apa yang telah ditentukan dan ditetap kan tuhan sejak azali Percaya kepada Qadha dan Qadar
Sekadar untuk renungan dan amalan kita. Wallahualam.
12 ulasan:
bagus Ustaz Atok, cerita bab agama pagi-pagi ni. teruskan perjuangan ye atok. :)
sejuk cucu atok nie baca entri sebegini
bagus tok..bagi peringat semula ^_^
kdg2 rukun iman ni bley lupa jika xdiingatkan selalu..
Betul tu Atok...dulu masa kecik selalu terkeliru yang mana satu Rukun Iman no 5, no 6, hehehe....
bagus atok!! cucu rasa yang ni patut budak2 hafal dan faham dulu sebelum rukun negara tu....
blog-tips-kurus : InsyaAllah. Mekasih btk
sahromnasrudin : Samo2 kito amik teladan k
umie mia : Untuk peringatan atok jugak
faiz : Boto tu...tercampur gaul ngan rukun islam
Azham Vosovic : Haa..ni mesti banyak makan kepala ikan
Ezay Hadry : Rukun negara tu kedua penting
Catat Ulasan