Sabtu, 30 Jun 2012

Fakta Menarik

Rama-rama merasakan makanannya dengan kaki.





Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo)




Satu dari dua bilion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.




Wanita berkelip dua kali banyak dari lelaki




Siput boleh tidur sehingga 5 tahun

Jumaat, 29 Jun 2012

MAHA Negeri Sembilan 2012

Tu dia. Melaporkan ala-ala abang Karam Sink pulak dah. Dulu atok nak jadik wartawan, tapi disobabkan subjek sejarah fail so atok pendamkan cita-cita tu. Eh!. Ok berbalik kepado topik utamo kito pado hari ini, iaitu MAHA Negeri Sembilan 2012. Apakah ittew?

MAHA ni sempena hari peladang, penternak dan nelayan berkumpul di satu tompek untuk memasar atau menjual barangan mereka. Atok tengok banyak juga haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ado kat sini. Ko sebut je apa ko nak. Lombu, landak, rusa, kambing, arnab, biri-biri, anak ikan, sumo ado. Nago yo takdo.

hensem tak kambing ni? Ni kambing hybrid. Sobab tu muko kacak sikit
Selain ado pameran haiwan-haiwan eksotik dan kacukan ni, kat MAHA ni jugak ado program lain pado setiap hari. Macam tadi atok poie hari khamis kan, so malam ni ado program Hal Ehwal Perdana. Memandangkan atok punyo dress up malam tu macam main skate board, so atok just pandang dari jauh katanya. 

topik yang dibincangkan tentulah berkisarkan pertanian....
Selain dari itu, banyak gak booth2 (betul ke aku eja ni), yang menjual pakaian dan bungo2. Tak terkecuali anak benih pokok. Dan macam-macam laie. MAHA ni start 25 Jun sehingga 1 Julai 2012 ni nanti. Bermulo dari jam 10 pagi bawak ko 10 malam. Berhadapan kompleks belia dan sukan paroi nun. So, kalau mano makcik-makcik nak beli sayur-sayur segar tu mai datang sini boli. Walaupun namo program ni MAHA tapi barang tetap tak mahal.

sapo ngidam nak makan potai tu mai datang sini beli....

Kalau ecah feeling rosalinda ayamor suka bunga-bungaan, sila dapatkan di pameran MAHA ni. Macam-macam pokok bungo ado. Untuk makcik-makcik yang kesukoan eh membelai bungo, tak rugi poie sini. Selain bungo, ado jugak jual benih pokok buah-buahan. Atok dah aim benih pokok durian musang king. Tapi bosar bonar lak pohon eh. Mano nak sumbek an


Itu sajo laporan atok kali ini. Silalah berkunjung di pameran MAHA Negeri Sembilan 2012 ini bersamo-samo keluargo, kawan-kawan, atau pakwo makwo tercinto. Tapi kalau bawak makwo tu kono bawak adik eh sekali yo. Takut lah kan. Ado lak aktiviti MAHA lopeh tu kan. Ok papai ecah!!! Datang jangan tak datang! Last Ahad nih!

Khamis, 28 Jun 2012

Sapa nak badan macam Malik Noor??

Ah sudah! Nak badan macam Adibah Noor Malik Noor lah pulak. Atok bukan apo, somanjak duo monjak ni atok dapek rasokan badan atok makin mengombang dengan rakusnya. Atok risaulah kan. Adakah enzim gemuk semakin menular dalam badan ni? Ataupun sejak dua menjak ni memang aku kuat melantak??...ok fine, atok prefer yang keduo yo...pfffff....

Makanya, risau dongan perubahan mendadak itew, atok pun mengambil keputusan untuk membuat catuan makanan. Ko mampu nak catu makan bagai? Jangan hengat air je boleh catu-catu. So, atok akan kurangkan kapasiti makanan tu kepado 80%. Kalau sobolum ni 100%, jadi kali ni atok less 20% jadi 80%. Tu dia. Main peratus pulak dah. Kadang-kadang bila napsu melahap datang, cocah yo 140%

Selain mencatu makanan, atok jugo sedang giat menjalani latihan senaman secara intensif setiap malam. Atok akan turun berjoging di komplek sukan tuttttt sambil mencoci mata. Erk. Ok, mencoci mata tu abaikan. Atok rabun malam. 

Selain dari mencatu makanan, dan juga menjalani latihan intensif senaman sampai lutut terseliuh, atok jugak dengan serta-merta telah mendunlod aplikasi berunsurkan latihan bersukan di Neloopah. Tadaaa...mempersembahkan Workout Trainer!!!!!!!.....telepon kau hado?*matiler riak


haa...ado bermacam-macam program untuk bentuk otot....ecah pilih je nak program macam mano

setiap program tu kito boleh setting bapa minit
Macam atok ni  tulang rapuh tak mampu nak buek lamo-lamo. So atok set kan latihan senaman kepado 10 minit sehari. Jadi dalam maso 10 minit tu ado bermacam-macam bentuk latihan senaman yang diorang akan ajar kat kito. Macam kat atas tu pussap tu amik maso seminit. So, atok pun pussap la samo sampai ujung-ujung badan haku tak leh nak bengkok lagi dah. Kat situ ecah bulih nampak ado 11 latihan untuk hari tu atok kono katamkan. Tapi selalu eh haku ngelat gak.

siap rehat bagai
Paham dengan situasi atok yang hampir kepenatan tahap platipus jadian tu, dio terus kasi atok rehat. Rehat pun dalam 15 saat. Sangat keji. So atok teruskan pado latihan yang seterusnya. Sampailah katam 10 minit tu. So berpoloh jugak lah atok walaupun 10 minit. Pastu esoknya ado lak latihan lain.










apo pandang-pandang???





Puas sudah menjadi bahan usikan famili di kampung mengatakan pipi makin tombam. baju tak muek. Jadi, Atok tekad akan terus berusaha untuk mendapatkan bentuk badan model atok yang dolu-doluuuu...............Yakin boleh!!! Chaiyok! chaiyok!!!..............1 malaysia!!................*jahanammm...

Rabu, 27 Jun 2012

Harga Seorang Fotografer

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,


Tu dia. Patotnya hari rabu yang hening ni orang post 'gambar tanpa kata' (wordless wednesday), tapi arini atok nak membebel sikit.

Semalam atok dah post wordless picture. Tak mau lah buat bondo yang samo hari ni. Kang hari-hari nak wordless bagai, ecah lari plak tak mau singgah blog atok laie kan. Manjang wordless yo. Nampak bonar pemaleh orang tuo ni. Kan? So, hari ni atok nak bebel ganti yang semalam punyo tu. Bulih kan? Kalu bulih, kasi hangguk itu kepala....ayark

Harga seorang fotografer. Tu dia. Agak-agak bulih jual ikut timbang kati tak? Sekilo 8 hengget?...Ke jual lambak??...

Macam ni, kadang-kadang atok terasa hati sikit dengan bakal pelanggan yang tidak paham dengan situasi yang kami ni dok hadap sehari-hari. Kalau kami lotak hargo atas rm1000, ado yo koba cokik darah. Makan huntung banyak. Berkira. Tak boleh nak berkurang. Mark up lebeh. Dan macam-macam laie tanpa tahu pun perkara sebenar di sebalik harga tu. Ni atok nak koba an kat bakal-bakal pengantin kat luar sanun. Kenapo hargo seorang fotografer sekarang bagi korang 'agak mahal'

1. Harga sebijot DSLR bukannya rm300 ataupun rm400. Tapi kebiasaanya mencocah rm3000 ke atas untuk sebuah DSLR yang bagus. Itu body sajok. Lagi mahal body DSLR, lagi bagus performancenya. Lagi bagus performance nya, lagi cantek gambar kawen ecah. Kawen bukan setiap tahun. Kawen sekali seumur hidup. Tak kan lah ecah nak gambar kawen ecah biasa-biasa? Atau pun tak biasa langsung?

2. Itu tidak termasuk lens. Ecah tau tak harga lens range dalam berapo? Makan ratus tau. Itu yang biaso. Kalau nak hasilkan gambar yang super duper profesional macam dalam majalah tu, kono melabur beribu-ribu.  Itu baru lens! Kalau ecah nak harga jurufoto yang murah boleh, carilah jurufoto yang shoot gambau pakai kamera kompak atau pun kamera talipon....murah. Silap2 bawah dari bajet ecah. Gitu.

3.  Kalau dah DSLR pun mahal, lens pun mahal...sah sah la penjagaannya pun mahal. Shutter count pun berjalan ala-ala mileage keto kito. Keto kalau sampai kilometer tertentu mesti kono servis. Macam tu jugaklah DSLR. Bilo dah sampai shuter count tertentu, dah tak boleh nak amik gambar lagi dah. Kono poie kodai buat maintenance balik. Samo macam lens, mesti kono jago dengan rapi. Kalau ambil mudah, lens akan ado fungus. Terus tak boleh guno dah. Boli lens beriban. Kan dah rugi.

4.  Kito sering dengar ada jugak bakal pengantin yang hambur kat kita. "Ala, ko amik gambar aku je...shoot  gambar je bukan buat apa pun...tak kan harga melampau?".....Fine, kalau Ecah pikir macam tu, why not ecah boli sendiri kamera DSLR dan suruh adik atau jiran sebelah rumah tolong tangkapkan. Pastu kasi lah upah belanja makan burger. Ecah tahu tak, tugas seorang fotografer bukan setakat mengambil gambar. Lopeh selesai majlis tu, malam ni kami kono susun balik gambar-gambar yang di ambil tadi. Pilih yang terbaik antara terbaik. Pastu kono edit pulak nak kasi gambar nampak hidup. Kalau nak edit sekeping takpo, ni beratus-ratus koping. Itu pun kalau ado idea datang berlambak. kalau takdo ideo nampak eh tahun dopan baru siap album.

5. Haa..yang ini paling ponting. Pernah tak ecah terpikir maso yang terpakso freelance photographer ni korbankan semata-mata untuk mengabadikan gambar kenangan kita seumur hidup tu? Masa yang terpakso dikorbankan bersama keluarga. Maso yang terpakso dikorbankan untuk bercuti hari bekojo. Maso yang terpakso dikorbankan untuk berkaraoke bersama kawan baik? Maso yang dikorbankan untuk orang yang tersayang?....Pernah tak? Kerana bagi kami keuntungan tu tak kan berbaloi kalau ecah sendiri letakkan harga kami terlalu rendah...Kami buat ni bukan kerana keuntungan semata-mata. Tapi kerana minat dan ingin lihat senyuman kepuasan terukir pada setiap bibir pelanggan kami setelah melihat album kami. Itu sudah cukup memadai....

www.facebook.com/lensaeternalsmiles
Klu berminat dengan khidmat sebagai fotografer, sila hubungi 0173288703

Fikirkanlah....
cari pakej yang bersesuaian dengan bajet kita. jangan nak menganjing jurufoto kerana letak harga yang tinggi. selera nak tinggi tapi bayar nak ciput. maaf klau atok agak terkasar bahaso kali ni. kecik hati i tau....sapa nak pujuk hati i yang suci murni ni...(hakk tuiii).....mencik!





Selasa, 26 Jun 2012

Isnin, 25 Jun 2012

Petua Menguruskan Berat Badan Tanpa Ubat-Ubatan

kak milah





Hai uols....

Berjumpa lagi dalam siaran petua Kak Milah. Sebenarnya kakak dah kering idea nak kasi petua kat uols apa lagi. Semua petua dari dalam sampai ke luar akak dah kongsi. Cuma kali ini, memandangkan hakak dah semakin gebu, akak nak share dengan uols menguruskan berat badan. Sebelum ni akak pernah berkongsi dengan uols petua tersebut kan. Tapi kali ni istimewa sedikit pasal akak akan tambah perkataan "tanpa ubat-ubatan" kat belakang tu. Ok let start bebeh.

1. Minum 8 gelas air kosong setiap hari. Kalau uols nak tahu, air kosong sebenarnya mengurangkan selera makan kita dan dapat membantu proses metabolisme bagi menyingkir lemak dalam tubuh. Akak pun suka minum air. Tapi akak rasa, lagi banyak akak minum air lagi gemok air akak rasa. Apataknya air koka kola aku teguk. Camno tak gemuk. Uols kena banyakkan minum air suam sebelum makan. Dan selepas setengah jam selepas makan.

2.  Jangan biarkan perut kosong atau lapar. Sebab apa hakak katakan seperti itew. Sebabnya, jika kita tiada tenaga yang sepatutnya diperolehi daripada badan, nanti tubuh kita akan membakar (muscle) otot untuk menggantikan makanan. Ini akan menyebabkan kadar metabolisme akan rendah. Kalau dah rendah, nanti kalau uols ngap roti sekeping je terus cepat menggemok. So cara paling afdal, uols letakkan stok makanan di depan mata. Kalau rasa lapar cepat ngap. Tapi jangan pulak ko melantak dengan buas. Alas perut sudeh.

3. Ambil sarapan pagi. Satu kajian telah dijalankan, gemuk juga disebabkan seseorang itu  tidak mengambil sarapan pagi. Ini kerana sarapan pagi tu boleh menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori. Uols pernah dengar tak pepatah ada menyebut, "makanlah kamu seperti raja pada waktu pagi, seperti rakyat biasa pada waktu tengah hari, dan seperti pengemis pada waktu malam"...so uols nampak point kat situ kan  :)

4. Kunyah makanan kepada cebisan kecil dan perlahan-lahan. Nabi kita pun mengamalkan makan dengan perlahan dan tidak gelojoh. Ada sebabnya kenapa Nabi kita makan cenggitu. Kalau kita makan perlahan-lahan, nanti tubuh akan terus menghantar isyarat ke otak menunjukkan kepuasan. So, nanti kita akan terus berhenti makan serta-merta.  Lagi satu kunyah 44 kali walaupun kadang-kadang masuk kunyahan ke 8 nasi dah lumat. Ada hikmahnya tu. Makanan akan senang di hadam.

5. Yang terakhir sekali, akak nak kongsikan dengan uols. Makanlah secara sederhana. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

Sekian, 
Wabillahi taufiq walhidayah assalammualaikum warah matullahi wabarokatuh....



Sabtu, 23 Jun 2012

Fakta Menarik

Fakta tentang tidur




  1. Apabila kita tidur, otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  2. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu ; bayi 16 jam, 3-18 tahun 10 jam, 19--55 tahun 8 jam, dan lebih 55 tahun 6 jam.
  3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan. Sebaliknya bagi seorang perempuan 50-50 tentang lelaki dan perempuan yang lain.
  4. Parasomia adalah bermaksud tidur berjalan.
  5. 12% daripada mimpi adalah black and white.
  6. Orang yang buta juga bermimpi. Mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.
  7. Selepas 5 minit terjaga, kita akan terlupa 50% dari mimpi malam tadi. Dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

Jumaat, 22 Jun 2012

Kerana Ayat Itu Kami Berubah

Dulu kami memang nakai. Kami tiru latihan budak lain masa dalam kelas. Kami ponteng kelas. Kami melawan cakap cikgu. Pernah kena rotan dekat Guru Penolong Kanan sobab menceroboh beg pelajar lain. Suka membuli cikgu yang nampak baik-baik. Sampaikan ada cikgu pernah boikot nangis2 tak mau masuk kelas kami lagi. No wonder la markah peperiksaan semuanya kaler merah. Nakai kan.

Teringat kata-kata cikgu matematik atok maso tingkatan 4 dolu-dolu.


"Takde sape-sape pun orang kat dunia ni yang bodoh atau pandai....yang ada cuma rajin dan pemalas!"

Sampai sekarang kato-kato tu tersemat dalam lubuk hati atok yang paling dalam sekali. Timo kasih cikgu. Kerano dek kato-kato yang berbiso tu, kami dah jadi manusia sekarang. Jasa cikgu tak kan kami lupokan. Kadang-kadang ayat yang terluah dari mulut kita ni boleh mendatangkan manfaat pada orang lain. Tapi awas! kadang-kadang boleh menghiriskan perasaan orang lain jugak.

Kerana sepotong ayat juga boleh menjadikan seseorang yang keras kepala kepada yang lebih berdisiplin. Dan sebaliknya. Itu bergantung macam mano diri kito sendiri untuk melontarkan sesuatu ayat pado seseorang. Makanya, lontarkan yang baik-baik aja ya!...Ecah pulak, camno pengalaman maso sekolah dolu2...ado tak cikgu bagi nasihat cenggitu?

Silo lontarkan komen anda pakai papan lontar angry bird....eh....Papai Cah!

Khamis, 21 Jun 2012

Dia Datang

Ok, berdasarkan tajuk kito pado hari ini....kali ni sapo lak yang datang? Haa..cer teka...cer teka....Haaa kali ni macam biaso kakak audit yang datang buat kali ke bape ntah atok tak bilang. Yang pasti lobih dari sekali untuk tahun ni!

Atok tahu sudah menjadi tugas diorang untuk menyemak dokumen kewangan segala apa lagi yang tak betul atau tak mengikut prosedur yang ditetapkan dan laporkan pada kami untuk buat pembetulan. 

Tapi kalau dalam setahun kau datang lebih 3 4 kali, pedap gak aku walaupun orang berlainan. Benda yang sama jugak korang nak semak. Atok penatlah nak hangkut bawak atas turun atas turun dokumen tu. Penat tahu x......Dengan kejenya bertimbun-timbun. Manekan bawah meja, atas kepala pun berlambak fail-fail nak kena siapkan. Dengan ibu pejabat memekak-mekak nak benda tu on time. Sesak tau x. Tensen. Mati akal. Kena ugut lagi. Opss. Macam ni lah nasib orang makan gaji.

Atok tak salahkan juruaudit tu. Atok salahkan karenah birokrasi. Kalau benda dah audit, tak perlu nak audit lagi. Pasni nak kena menjawab lak maklumbalas tu dalam masa 14 hari kalendar. Terima kasih banyak.

Sekian

+_+


Selasa, 19 Jun 2012

Sinopsis Madagaskar 3 ; Europe's Most Wanted

Assalammualaikum dan peace yooooooooooooo!


Tu dia. Ke main panjang yooooooooooooo tu kan. Menggambarkan tahap ketensionan nak menghadap kakak audit Robu ni. Adushh. Ok, malas cito panjang pasal kojo. Kojo is kojo. Kajol is Kojol. Ayark. Eh kejap!, mana nak cari dvd hindustan zaman 90'an? Atok termengidam lak nak termenonton lebih-lebih lagi cito Kuch-Kuch Ho Ta Hey. Ok fine, sebelum kena bedal ngan kayu hoki, we back to the main topic.

Sinopsis Madagaskar 3 ; Europe's Most Wanted. Sabtu hari tu, atok dengan kengkawan telah termenonton cita Madagaskar 3 ni. Memang asalnya kami tak plan nak tengok cito ni. Tapi sangat berbaloi-baloi kalau Ecah poie tengok. 

Cito ni mengisahkan tentang si singa yang bernama Alex bersama sahabat sejatinya Melman (Zirafah), Marty (Kuda Belang) dan Gloria (Badak Sumbu) yang rindu untuk pulang ke tempat asal mereko di Zoo Central Park, New York.

Inilah 4 sekawan tu

Namun, mereka perlu bertemu dengan penguin yang seba boleh tu terlobih dahulu. Mereka melakukan perjalanan ke Monte Carlo. Di sana, mereka telah menarik perhatian seorang penangkap haiwan wanita yang kejam bernama  Kapten Chantal Dubois kerana membuat kecoh di hotel



Inilah penangkap haiwan tu. Bila babak dia muncul, habis satu panggung golak bosar. Dio mampu wili motor, mampu buat anjakan dari satu bangunan ke bangunan yang lain, mampu menyembuhkan pekerja bawahannya dengan nyanyian yang sumbang, mampu menghidu jejak Alex dan kawan2!. Dia ni psyco!!

Berlakulah aksi kojar-mengojar antara haiwan bandar ni tadi dengan Kapten yang kejam tu. Maso adengan kejar-mengejar tu, semua hadirin dan hadirot dalam dewan tu tergelak bosar. Banyak adengan yang kelakar. Atok berani katokan, setiap 10 saat musti atok tergolak nonton aksi dalam tu.

Aksi kojar-mengojar tu berlaku sehinggalah di satu lokasi landasan keretapi haiwan ni tadi hampir terjerat dengan Kapten jahat ni tadi. Satu-satunya peluang yang ado untuk menyelamatkan diri adalah dongan menyembunyikan diri di gerabak keretapi yang memuatkan haiwan sarkis. Makanya, si Alex dan kawan-kawannya tadi terpakso mengaku mengatakan dia haiwan Sarkis dari Amerika. Haiwan sarkis dari Siberia tadi ni pun menerima kehadiran mereka.



Kebetulan, kumpulan sarkis Siberia ni akan membawa mereka membuat persembahan di New York kalau jutawan dari Amerika memberikan lesen pada mereka berdasarkan persembahan di Rom. Itu adalah peluang yang baik kepada Alex dan teman untuk pulang ke New York. Pelbagai halangan yang terpakso mereka tempuhi. Adakah mereka berjaya pulang ke New York? Atau adakah mereka tertangkap oleh Kapten yang jahat tu? Bagaimana pulak dengan persembahan mereka di Rom? So, Ecah kena tengok suma tu di pawagam berhampiran...Ngeeee


Atok kasi 10 bintang untuk cerita ni. Sesuai untuk di tonton oleh suma golongan masyarakat. Kompem tak kering gusi!

Isnin, 18 Jun 2012

Teka-teki paling best # 4

Que & Anne
Hi kengkawan. Bertemu lagi dalam episod Teka-teki bersama Que & Anne. Kalau kengkawan nak tengok teka-teki sengal episod sebelum ni, sila klik kat pautan segmen kitorang kat atas tu. Okeh let start our teka-teki pada episod kali ini.

Teka Teki Pertama
Que : Banyak-banyak burung, burung apa yang tak jaga anak dia??
Anne : Burung layang-layang.
Que : Sebab apa?
Anne : Sebab dia sibuk main layang-layang, tu yang tak jaga anak?
Que : Salah!
Anne : Abis tu?
Que : BURUNG BELATUK. Sebab dia bela Atok sajok.






Teka Teki Kedua
Que : Apakah persamaan antara ikan dan gitar??
Anne : Hmmm...ada huruf "A" pada kedua perkataan tu?
Que : Salah!!! Dua-dua boleh goreng!!





Anne : 



Sabtu, 16 Jun 2012

Kerana Spek Mata Jaapar Tonggek Jadi Penyelamat!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Aduh gawat sekali. Malam tadi lebih kurang pukul 12.30 pagi atok bergerak ke Nilai untuk menjemput kawan atok. Dio nak balik kampung esok kono naik bas pukul 6 pagi kat Terminal 1. Memandangnkan hari dah lewat, makanya atok terus ikut jalan lebuhraya utara selatan. 

Maso nak masuk tol masa permulaan lebuh raya tu, atok baru perasan duit dalam dompet tinggal 75 sen. Gila ko nak naik highway duit tinggal 75 sen. Nak bayar tol pakai hapo nanti? So, atok pun pusing balik ke Seremban Town. 

Sampai satu persimpangan tu sebelah kanan atok ternampak CIMB Bank. Tapi atok kono buek U Turn la kan. Bila line dah clear, atok pun terus buek U Turn walhal dah terpacak sign board tak boleh U Turn. Pastu atok pun buat selamba badak pusing then parking kat tepi jalan sebelah kanan tadi dan keluarkan duit.

Bila nak masuk keto tu, terkejut gilo atok bilo kat depan sana tu ado polis buat operasi. Dio suruh atok ke tepi. Mamposss. Melayang duit yang atok baru cucuk tadi, pada fikiran atoklah kan. Nak pecut kang sah sah la dia dah catit nombor plat atok siap-siap kan. So, atok pun terus berhenti kat tepi. Dio mintak IC ngan lesen. Pastu dia tanyo atok.

"Awak tahu tak apo kesalahan yang awak dah lakukan?"

Atok sonyap kojap. Cubo memproses jawapan yang paling bernas untuk atok lontarkan. Pastu atok terus jawab.

"Tak nyalakan lampu kereta??,"kata atok dengan penuh yakin. Kebetulan lampu kereto lupo nak hidupkan.

"Salah! Cubo awak tengok signboard kat sana tu"kata pak polisi. Atok dah tahu pun kesalahan yang atok lakukan. Pastu atok terus berlakon ala-ala pelakon Mexico gred A.

"Saya tak nampak pun signboard no U Turn tu pun tadi cik. Siyes saya tak nampak. Lagipun saya ingatkan memang boleh U Turn sebab jalan tu lebar,"kata atok penuh kepalsuan.

Pak Polisi pandang kawan sebelahnya. Kawan dia angkat bahu. Terus pak polisi tadi bukak resit saman. Mamposss. Habis melayang duit atok bulan ni. Dah la bulan ni duit banyak short. Pastu atok teruskan lakonan pelakon gred kelas A++. Kali ni pelakon Zimbabwe. Siap cakap dengan penuh menggoda.

"Tolong lah saya cik. Saya rabun malam. Saya tak nampak signbord tu. Lagipun saya ada urusan kecemasan ni. Kalaulah tak urgent, mahunya tak hingin malam-malam buta ni saya cari mesin ATM nak keluarkan duit. Please. Kali ni je lepaskan saya. Saya janji lepas ni tak buat lagi. Saya bukan keja besar. Duit saman tu boleh kirim kat mak ayah kat kampung nanti. Plissss.....," kata atok dengan penuh meraih simpati. Itu kalau Aaron Aziz tengok aku berlakon, kompem dia menangis.

atok berlakon penuh syahdu......


"Betul ni? Yang ni last?,"katanya bermain tarik tali dengan atok.

Betul cik, ini pertama dan terakhir,"balas atok. Walhal sebolum ni ponah kono kojar kat Polis!!
Tak lama pastu dia simpan buku samannya dan pulangkan IC dan lesen memandu. 

"Kali ni saya lepaskan sebab awak pakai spek mata rabun ayam tahap cipan. Nasib baik spek mata awak tebal. Ok jangan ulangi lagi,"katanya.

Pastu atok terus ucap terima kasih dan cepat-cepat mengundurkan diri. Takut gak pak polisi tu ubah fikiran ke kan. So selamatlah atok malam itu disebabkan SPEK MATA JAAPAR TONGGEK ittew. Time kasih spek!




time kacih wakkk!!!     :')
p/s : sebenarnya ini pertolongan dari Allah melalui spek mata tu. kan? kan? Thank You Allah   :)

Jumaat, 15 Jun 2012

Trans Studio Science Center

Ok, kito sambung laie pengalaman atok maso di Bandung aritu. Kalau nak ikutkan dah masuk 2 minggu atok bercerabih pasal percotian ini. Musti muntah belahak kan. Nak buek camno. Itu jelah pengalaman menarik atok yang dapek dikongsi bersamo. Selain tu, dah tuo nanti bulihlah atok review balik entry ni kasi refresh balik. Eh sekarang bukan dah tuo ko???

Baiklah, destinasi yang team atok singgah selanjutnya ialah Trans Studio Science Center. Science Center ni adalah pusat sains negara yang bertaraf antarabangsa. Kalau di negaro kito popular dengan Petrosains, tapi kat Indonesia Science Center ni. Nak ikutkan masih banyak lagi ruang kosong yang perlu di isi di Science Center ni. Yolah atok pun paham, Trans Studio Bandung ni pun baru aja dibuka tahun 2011 kalau tak silap atok. Masih banyak lagi bondo perlu di tambah. Namun atok puji dengan idea dan kekreatifan penganjur di Science Center nih....

So, mai layan antara gambau-gambau yang sempat atok dan team bereksperimen....hihi


Yang ni mesin yang boleh membezakan rupo wajah kito kalau kito hisap rokok, dan minum arak dengan muka yang yang hisap dan minum arak. Kalo tak mau nampak tuo dari usio sebonar hentikalah merokok
bergambau dongan tokoh sains terkemuka.....Bill Gates...eh??!
yang ni pulak proses kejadian angin puting beliung. sekali tengok dah macam ahli sihir jahat lak. erk

Yang ni saintis mudo tu cubo terangkan tindak balas cuka terhadap telur ayam. Cuba ko tengok budak baju belang tu!..........ngalahkan.....   T_T

dan banyak lagi kejadian sains yang kito boleh saksikan dalam tu. Bagi atok wajib masuk tompek ni tak kira umur sekalipun. Selain dapek menambahkan ilmu pengetahuan, selain itu jugak kito dapek merehatkan diri sobab kat sini tak sesak sangat berbanding di tompek lain. 4.5 bintang atok kasik...  :)


Khamis, 14 Jun 2012

Jawapan kepada gambau semalam

Yuhuuuuuuu.....assalammualaikum dan salam sejahtara Ecah!


Banyak maklumbalas yang atok terima dari jawapan untuk gambar semalam....ke 2 hari malam...ok fine, maksud atok, kelmarin!

Antaro jawapan yang atok dapek berdasarkan gambar tak berapa nak wordless tuesday itu adalah...
  1. nak poie bercoti...*aiyoo umie, duit atok tinggal nyawe-nyawe cipan je nih. atok nak relax dulu dari sebarang aktiviti bercoti buat sementara waktu...rayo dah dokek, cucu bersusun...hihi
  2. nak balik kampung....*aishhh, atok tiap-tiap minggu memang balik kampung...x leh terima jawapan tu..next!...hihi
  3. nak p honeymoon katanya....*choii carut atok lettew...atok nak p honeymoon ngan sapa??!
  4. kalau tak ke seremban, seremban 2 la tuuuu......*haish....apa barang atok bawak bagasi tikar mengkuang semata-mata nak p seremban 2???!!......TAPI!....ada TAPI tu....Cucu atok ni jugak ada komen kat bawah tu...."tak p Persidangan  @ JB ke tok???
Yessszaaa...topek sekali telahan mu ittew Ecah!....err..ke main tembak je?

3 hari 2 malam bermula hari Isnin haritu atok telah ke luar kawasan untuk menghadiri persidangan di Johor Bahru. Petang tadi (semalam) barulah atok selamat sampai ke Somban. Sampai-sampai yo tersembam mencari tilam pasal kepenatan. Camtu sekali hiperbolanya kan.

Masa atok kat JB tu, atok terserempak dengan sahabat kepada blogger kita merangkap cucu pilihan atok ke-7, blog tips kurus!...Mula-mula dia tanya atok.

"Kenal tak blogger mistik-kurus????,"katanya pada atok.
"Mistik??...apo tu??,"macam biasa atok buat muka comel k-pop....muka blur...*ok jangan muntah belahak
"Ala...dia kawan saya. Dia baca blog atok. Ha!!!! BLOG-TIPS-KURUS!,"tiba-tiba balasnya bersuara lantang.
"Ooooooo.....,"atok senyum lebau. Hehe. Kalau nak tahu "blog-tips-kurus" ni cucu atok yang paling nakai. Suka nyakat atok. Rupa-rupanya di alam nyata, cucu atok ni merupakan senior atok. Hihi. Tiber rasa mudo!  :P

Pastu kawannya tadi terus shoot gambau atok buat bukti nak tunjuk kat kawan dia jumpa atok.........Hokey fine, idong rasa kembang okey orang amek pic ko ala-ala artis tempatan paling popular sebaris Aaron Aziz.......Hakghhhh tuiiiii....

Sekian.

p/s : suka bila dapat jumpa orang yang baca blog kita di alam nyata. sebelum tu atok pernah jumpa dengan Shalleyshalina, jugak cucu pilihan atok jugak sebelum ni. dan kebiasaanya, atok akan terus convert jadi malu-malu biawak....  :)

So, Ecah pulak camne? Apa perkara yang terindah cah dapek setelah bergelar seorang blogger ni?

Isnin, 11 Jun 2012

Asas kamera DSLR (Aperture)

suhami ahmad

Salam sahabat!
Arini am nak share dengan korang pasal apeture pulak. Tau ke apeture tu ape? Aperture tu adalah bukaan diafragma yang ada pada lens kamera DSLR korang. Bukaan lebar aperture di tentukan dengan jumlah F yang dinyatakan pada lens kamera korang. Lagi besar indeks aperture, lagi kecil bukaan diafragma lens korang. Jadi kesimpulannya, lagi besar bukaan diafragma, lagi banyak cahaya yang masuk.
Indeks Aperture yang ada
Bagi yang mahir dengan kamera DSLR ni, aperture ni dorang gunakan untuk menentukan Depth Of Field (DOF) kualiti gambar yang bakal dihasilkan. Depth of field ni nampak jelas bila korang ambil gambar secara zoom. Korang perasan tak, kalau cameraman yang pro, gambar yang dia zoom memang jelas, hingga selain gambar yang difokus, memang nampak blur je.
Tengok gambar yang di atas ni, gambar di atas dia gunakan aperture yang rendah, jadi DOF dia besar, so keseluruhan gambar akan nampak jelas, walaupun secara kasarnya cameraman tu memfokuskan pada bahagian tengah gambar tersebut. Gambar di bawah pula menggunakan aperture yang tinggi, so bila cameraman zoom bahagian tengah gambar tu, bahagian lain memang jadi kabur dan tak jelas.
Harap penerangan mengenai aperture pada bahagian kali dapat korang fahami. Rasanya ini yang penting mengenai aperture pada kamera DSLR ni. Kalau ada yang masih tak faham, tanya la k. Papai!!

Sabtu, 9 Jun 2012

Fakta Menarik

Kucing boleh membezakan warna ungu, hijau dan kuning





Kucing boleh balik ke rumah walaupun di buang jauh-jauh




Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 jenis bunyian




Kucing akan menjilat tubuh badannya setelah mengalami kejadian berbahaya bertujuan untuk menenangkan dirinya.




Kucing mempunyai suhu normalnya sekitar 38.6 darjah celcius. Sebab tu atok suka peluk bawak tido....eh




Kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah   ;)




Jumaat, 8 Jun 2012

Baju Raya Dah Tempah lom?

Assalammualaikum dan peace ye bebeh!...eh

Tu dia. Tibo-tibo pulak tergerak jauh di sudut hati suci yang murni atok nak berbicarakan pasal baju raya nih...puihhh...Kebetulan sekarang ni atok pakai baju raya 4 tahun lepas ke kerja. So, atok sajo yo nak berbual pasal topik ni.

Baju rayo Ecah tahun ni kaler hapo?..Atok sekeluargo tak decide lagi nak pilih kaler hapo. Tapi atok dah siap-siap boli kain pasang untuk baju masa di Bandung haritu. Warna kelabu asap. Atok tak tahulah kenapo semonjak setahun duo ni atok suko dengan kaler kelabu hasap. Baju kojo atok boli untuk tempoh 2 tahun ni, dah 3 helai warno kelabu hasap.

Tapi ura-ura mengatakan kemungkinan warna tema rayo famili atok tahun ni kaler biru air laut. Warno peberet atok tu. Tutup botol air den kaler turqouise, tutup bekal den pun kaler turqouise. Pendek kato memang haghuk la dengan kaler tu.

Pastu pulak, sekarang ni kawan-kawan atok yang ompuan dah sebok nak buek baju rayo dah. Poso bolum laie, dah buek baju rayo kan. Yolah, nanti takut kalau tunggu hujung-hujung nak rayo baru tompah, alamat eh kau pakai baju tahun lopeh lah. Pun boleh, asalkan boleh guno laie kan. Lagi jimat. Macam atok ni, tak lah. Baju rayo tahun lopeh, duo tahun lopeh, tigo tahun lopeh, OMPEK tahun lopeh pun atok still guno dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang bawak poie kojo. Kadang-kadang bawak poie mesojid ke kan.




Ompek tahun lopeh punyo baju pun atok stil muek. Agak eh tumbesaran atok dah limit kot. Tu yang saiz samo yo tu. Cumo eh, kalau atok nak boli baju rayo siap ni susah sikit lah. Pasal saiz memang tak kan samo dengan atok. Kalau atok boli baju saiz M kang, baju melayu atok nampak macam senteng. Kalau amik saiz L kang dio nampak macam baju jubah. So, saiz baju atok terletak di antara saiz M ke L. Saiz hapo tu cah?

Untuk itu, kebiasaanya atok akan menempah baju melayu sendiri. Takdo lah den tompah kat Hatta Dolmat segala. Atok tompah kat peberet tailor atok kat Somban ni. Brass's Max. Kiro eh beza atok boli baju siap dengan bajo tompah ni tak banyak sangatlah beza duit eh. Tapi kalau tompah lagi sodap pakai. So, atok pun tompah.

So, Ecah dah siap-siap buek kuih rayo lom???  *tiber

Khamis, 7 Jun 2012

Trans City Theater by Sariayu

Assalammualaikum dan peace yo O'O ye kan.


Tu dia. Kito kembali bersiaran semulo k. Bagi Ecah yang baru pestime masuk belog atok ni sambil garu kepalo blur-blur tak tahu hujung pangkal cerito bolehlah klik di [SINI] untuk Marvel Superhereos 4D, dan klik [SINI] untuk kisah Yamaha Racing Coaster, coaster paling laju yang membuatkan jantung atok tercabot. Ini kisah percutian atok di Indonesia tempoh hari.

Masih laie di Trans Studio Bandung, tompek yang atok poie selanjutnya adalah Trans City Theater by Sariayu. Tu dia. Ko jangan hengat sariayu untuk produk kecantikan wanita sajok. Teater pun guno sariayu hokey. Sumber ayu katanya. 

Maso singgah di pintu masuk teater ini, petugas telah memujuk atok dan teman-teman untuk masuk ke sana. Dalam fikiran atok asalnya memang tak bersetuju nak masuk. Sobab maso yang diberi oleh tourist guide sangat singkat di Trans Studio Bandung tu iaitu sampai pukul 3 petang. Nanti kebanyakan maso dihabiskan di teater tu sajok. Pado pikiran atok paling tidak pun akan ambik maso sejam lebih dalam tu nanti. Kan dah membazir waktu. Walhal banyak laie tompek menarik yang tidak ada di Malaysia tapi ado kat situ yang boleh poie. Teater tu berlambak je ado kat Mesia. Menurut pikiran asal atoklah kan. Tapi sumo teman atok nak masuk, so atok layankan aje.


Atok yang kat hujung tu. Tengah buat muka memprotes katanya....cite panggung wayang pun atok tak layan, inikan pulak teater...puihh....bosannn
Lepas tu kan, keluarlah pengacara ni sebelum teater dimulakan. Dio koba teater yang diberi nama Kabayan Goes To Hollywood ni adalah teater yang berkualiti dan sangat menghiburkan. Dio janji semua hadirin dan hadirot pasti tak kan kering gusi. Itu jaminan dia. Atok kat belakang tu hangguk-hangguk je la kan. Yelah orang dah hilang mood. Nampak tak nampak je stage gedabak kat bawah tu.

cuba ko tengok....Bitchney Spears yang baju kaler pink tu....Katty Perry yang baju hitam sebelah kiri tu....yang tengah-tengah tu sapa lagi kalau bukan mak hayam Lady Gagah....
So, untuk permulaannya atok memang bosan sangat. Atok tak amik port pun jalan cerita dipermulaan. Bagi atok takda plot starting yang bagus pun. Tibe-tibe ada orang menyalak berjoget atas pentas tu. Ada watak bitchney spears tu, Lady Gagah, ngan Katty Peri. Motep watak omputeh?? Atok dah menganjing dah kat atas tempat penonton tu. Orang gelak, aku pun buat-buat gelak. Atok pun tak tahu tang mana kelakarnya....

hahaha...lawok-lawok.....(walhal munafik)


Masuk minit ke 10 lepas menari tu barulah plot mengembang. Atok mulo menumpukan perhatian. Lampu stage gelap. Bunyi seruling tiba-tiba berkumandang menandakan suasana masa tu kat kampung. Ini teknik imbas kembali lah ni. Teater tu mengisahkan seorang dara yang berasal dari kampung telah popular sebagai seorang penyanyi dan penari. Dara ni tadi telah ditawarkan mengembangkan bakatnya di Hollywood. So dia pun poie meninggalkan kekasihnya di kampung. Demi mengejar cita-citanya sejak kocik.



maso ni si dara sedang mengecapi zaman kegemilangan. Berada di puncak popular alkisahnya.
Yang menjadi tunggak utamo filem ni seorang nenek yang diberi nama Kabayan. Diolah sebagai narator ataupun pencerita dalam teater ni. Kadang-kadang atok pun kompius. Kenapa pulak kabayan yang ke hollywood. ish...abaikan.....Nak dipendekkan cerito, kekasih lamo eh di kampung amat merindui jesteru sanggup ke Hollywood untuk mencari si Dara. Akhirnya selepas melalu pelbagai halangan, akhirnya ketemu jugak lah kan. 

Tapi pihak pengurusan si dara ni tadi tak bonarkan si teruna jumpo kekasihnya. Sebab dia ada hati dengan si dara a.k.a Bitchney Spears ni tadi. Dalam maso yang samo dio ado skandal ngan Lady Gagah dan Katty Peri. So, berlakulah adegan tumbuk-menumbuk antara teruna kampung ni tadi dengan pengurus Bitchney Spears. Akhirnya si dara ni tadi tak bahagia dengan kemewahan yang dio ado dan sering terkongkong. Dia pun pulang balik ke kampung bersama teruna ni tadi. Akhirnya mereka kawen. Camtulah cito eh. Tepok tangan cepat!

si dara dan teruna pun kawen....

Last sekali yang membuek kan atok teruja, tiba-tiba Lady Gagah yang kat atas tu frust sebab dapat tahu managernya pernah mempunyai hubungan sulit dengan artis lain. Pastu mak hayam ni mengamuk keluar suara jantannya sambil menayangkan otot-otot di lengan macam ahli bina badan tu. Laa jantan rupanya. Masa tu muka atok yang plastik tadi terus tergelak besau!!!

kah kah kah wargh wargh hah! hahhhhhh!!
Suma orang dalam pentas tu tepok tangan kuat-kuat. Persembahan 30 minit yang memukaukan. Pastu atok terus lari-lari manja nak ke destinasi yang lain pulak. Tungguuuuu.......


p/s : Trans City Theater by Sariayu merupakan pertunjukkan mewah bertaraf antarabangsa. Pelakonnya memang mantap-mantap dan bersungguh-sungguh membawa watak yang diberikan. Menampilkan pertunjukkan setaraf broadway! Atok kasi 5 bintang! Tak rugi atok masuk......hew hew hew    :P


ni ado bidio dia. Ecah tontonlah. Best!

Isnin, 4 Jun 2012

Petua Menaikkan Berat Badan

Kak Milah
Hi uolls. Chantek tak hari ni?. Pasti uolls nak mencarut hakak sat lagi kan. Pasal memberi petua menaikkan berat badan. Orang lagi tergolek tertonggeng bersenam, ikat perut kuat-kuat pakai tali tambat kerbau, tahan lapar pasal nak kelihatan rampeng dan kurus kan. Hakak pula nak kasi petua kasi naikkan berat badan.


Hey! Jangan ingat uolls je ada masalah berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai masalah kekurangan berat badan pun kira masalah gak hokey. Yelah, orang lain pose pakai baju kebaya nampak potongan macam pramugari Air Asia sebab badan dia ada shape model. Ko pun nak feeling baju kebaya, sekali pakai dah takda beza tiang letrik dengan orang pakai baju kebaya. Gitew kan. Ok, kali ni hakak nak bagi tips bagi menaikkan berat badan bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan berat badan. Let start bebeh!

1. Mula-mula uolls tanak nasi untuk keluarga tercinta. Mana yang tak reti mentanak nasi tu, ko boleh terjun lombong. Makan tahu, tanak nasi tak tahu. Aku lettew. Ok fine, masa tanak nasi tu kan ada air mendidih tu kan. Uolls ambil air yang mendidih tu kemudian asingkan ke dalam secawan cawan....err macam pelik je secawan cawan.... Kemudian, tunggu air tanakan tadi suam-suam manja atau dibiarkan menyejuk, pastu uolls teguk setiap pagi dan petang. Amalkan sehingga badan terasa gebu.

2. Banyakkan makan makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian. Gitew ala-ala ahli farmasi kan akak. Caranya, uolls gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi. Patutlah aku makin gemok masa gantikan roti dengan nasi dolu2...Upps

3. Cara ketiga, uolls janganlah tinggalkan waktu makan yang sepatutnya dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari. Maksud Kak Milah, uolls kena makan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam ala-ala berat sikit. Pastu yang hidangan snek tu, uolls amik masa minum petang dan minum malam. Pastikan snek tu bukan set hidangan snek plate kehepsi wokey. Nanti kau obesiti pastu kau cari hakak kan. Mencik.

4. Makan dengan kerap. Jika uolls tidak mempunyai selera makan, bolehlah makan lima atau enam hidangan kecil sehari. Maksud Kak Milah, ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan tak bagus. Ianya akan menambahkan lemak tidak sihat. Akak cadangkan uolls ambil makanan seperti mee goreng ke kan. Karipap-karipap cinta ke. Kuih -muih ke. Beskot kering ke kan. Asalkan perut ko tak kosong.

5. Yang terakhir yang akak nak kongsikan dan yang paling penting sekali ialah dengan mengamalkan piramid makanan dengan betul. Lebihkan pengambilan hidangan yang sepatutnya, dan kurangkan makanan yang tidak sepatutnya seperti gula, minyak, lemak dan sebagainya. 

Kalau kelima-lima cara akak ni tak berkesan jugak, kau terjun lombong tadah tangan bersyukur pada yang Esa di atas bentuk tubuh yang diberikan pada kita sihat dan masih boleh berfungsi dengan baik. Syukur dengan apa yang ada dik....

:)


Sumber : Telah diolah semula [DI SINI]

Sabtu, 2 Jun 2012

Fakta Menarik

Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (estimated due date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula, kebanyakannya wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran bayi keluar.

Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami kesakitan sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

Apabila seorang ibu mula sakit henak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

Apabila seorang ibu hendak melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas wanita itu.

Ibu bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah akan menghadiahkannya pahala menunaikan haji.







Sumber : SINI





Jumaat, 1 Jun 2012

Global Positioning System

Assalammualaikum dan peace yo O'O ye kan!


Tu dia. Global Positioning System atau namo manjo eh GPS. Secara jujurnya atok memang bergantungan hidup dengan menatang ni kalau nak ke destinasi yang unfamiliar. Lobih-lobih laie pado waktu malam memandangkan pandangan atok terhad.

Mulo-mulo atok setkan lokasi atok sekarang. Pastu terus tentukan destinasi yang nak dituju. Akhir sekali tekan drive to. So, GPS ni akan tentukan hala tuju atok ke destinasi. Kalau menatang ni suruh belok ke kanan, atok beloklah ke kanan. Kalau menatang ni suruh jalan terus, atok terus lah kan. Kalau menatang ni suruh masuk lombong, atok terus masuk lombong. Gitu. Setia punya pasal kan. Mamposss.


dalam Neloopah dah siap application Sygic....

Kebiasaannya GPS ni memang tak pornah mengecewakan atok. Jika atok nak poie ke destinasi A, dia akan bawak atok direct ke destinasi A. So, atok tak perlu nak tengok signboard laie. Kadang-kadang singboard ni mengelirukan tambah lagi jarak penglihatan atok kureng pado waktu malam. Maka kena bergantungan.

Semalam, nak dipendekkan cerito satu famili atok datang ke rumah sewo atok tu kan. Baru lepas mandi air panas kat pedas tu. Dah panas pedas lak kan. So malam tu feeling nak makan ikan bakar kat Port Dickson. Atok pernah makan kat medan ikan bakar PD ni dah duo kali. Tapi duo-duo kawan yang bawak. Jadi, atok tak fasih sangat jalan tu kan.

Dengan GPS dalam Neloopah yang siap terpasang, atok terus utarakan pado famili. 

"Jangan risau, eden ado GPS. Kito makan ikan bakar malam ni,"kato atok kompiden la kan. Pastu yang lain pun setuju. Dah siap-siap tu, pastu atok terus tentukan destinasi medan ikan bakar PD. GPS ni tadipun bawak atok. Dio suruh ke kiri, aku ke kiri....dia suruh ke kanan, aku ke kanan.....dia suruh aku tokyo drift, aku tokyo drift la kan....kalau tak ikut prosedur eh tu kang, risau tak sampai lak kan.

Atok pun bergerak dari Seremban ke PD dengan kompidennya kan. Yelah, dengan adanya GPS idop ko lebih mudah kan. Dari satu simpang ke satu simpang atok masuk. Makin banyak masuk simpang, makin nampak makin kocik jalan. Makin riuh suara dalam kereta tu asalnya, kemudian semakin menyepi. Manekan lorong perumahan aku masuk. Hujung jalan tu ado kebun pisang.

Last-last GPS tu menjerit....."you arrived at destination on left"....suma insan dalam kereta tu toleh ke kiri serentak...ok fine...yang sebolah kiri tu bukan ikan bakar, tapi rumah orang....Abang Ipar atok lagi suka menyakat...dia terus menambah...."you arrive at destination of person name Bakar!!

Mencik tau. Suma dalam keta tu gelakkan atok. Siap perli lagi. "Sampai kampung pisang gps ko bawak", katanya. "Nasib baik tak jumpa zombie kampung pisang". Mencik. Hujung-hujung terus tanya apek petrol pam lepas berjaya cari jalan besar. Dio koba selepas Mobil kat depan sana, terus masuk kanan lepas lampu isyarat then terus tengok sebelah kanan. Akhirnya sampai ke destinasi.

"Gps" yang manual je yang tepatnya kan. Atok mencik Global Positioning System! Mencik!!!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih