Sabtu, 16 Jun 2012

Kerana Spek Mata Jaapar Tonggek Jadi Penyelamat!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Aduh gawat sekali. Malam tadi lebih kurang pukul 12.30 pagi atok bergerak ke Nilai untuk menjemput kawan atok. Dio nak balik kampung esok kono naik bas pukul 6 pagi kat Terminal 1. Memandangnkan hari dah lewat, makanya atok terus ikut jalan lebuhraya utara selatan. 

Maso nak masuk tol masa permulaan lebuh raya tu, atok baru perasan duit dalam dompet tinggal 75 sen. Gila ko nak naik highway duit tinggal 75 sen. Nak bayar tol pakai hapo nanti? So, atok pun pusing balik ke Seremban Town. 

Sampai satu persimpangan tu sebelah kanan atok ternampak CIMB Bank. Tapi atok kono buek U Turn la kan. Bila line dah clear, atok pun terus buek U Turn walhal dah terpacak sign board tak boleh U Turn. Pastu atok pun buat selamba badak pusing then parking kat tepi jalan sebelah kanan tadi dan keluarkan duit.

Bila nak masuk keto tu, terkejut gilo atok bilo kat depan sana tu ado polis buat operasi. Dio suruh atok ke tepi. Mamposss. Melayang duit yang atok baru cucuk tadi, pada fikiran atoklah kan. Nak pecut kang sah sah la dia dah catit nombor plat atok siap-siap kan. So, atok pun terus berhenti kat tepi. Dio mintak IC ngan lesen. Pastu dia tanyo atok.

"Awak tahu tak apo kesalahan yang awak dah lakukan?"

Atok sonyap kojap. Cubo memproses jawapan yang paling bernas untuk atok lontarkan. Pastu atok terus jawab.

"Tak nyalakan lampu kereta??,"kata atok dengan penuh yakin. Kebetulan lampu kereto lupo nak hidupkan.

"Salah! Cubo awak tengok signboard kat sana tu"kata pak polisi. Atok dah tahu pun kesalahan yang atok lakukan. Pastu atok terus berlakon ala-ala pelakon Mexico gred A.

"Saya tak nampak pun signboard no U Turn tu pun tadi cik. Siyes saya tak nampak. Lagipun saya ingatkan memang boleh U Turn sebab jalan tu lebar,"kata atok penuh kepalsuan.

Pak Polisi pandang kawan sebelahnya. Kawan dia angkat bahu. Terus pak polisi tadi bukak resit saman. Mamposss. Habis melayang duit atok bulan ni. Dah la bulan ni duit banyak short. Pastu atok teruskan lakonan pelakon gred kelas A++. Kali ni pelakon Zimbabwe. Siap cakap dengan penuh menggoda.

"Tolong lah saya cik. Saya rabun malam. Saya tak nampak signbord tu. Lagipun saya ada urusan kecemasan ni. Kalaulah tak urgent, mahunya tak hingin malam-malam buta ni saya cari mesin ATM nak keluarkan duit. Please. Kali ni je lepaskan saya. Saya janji lepas ni tak buat lagi. Saya bukan keja besar. Duit saman tu boleh kirim kat mak ayah kat kampung nanti. Plissss.....," kata atok dengan penuh meraih simpati. Itu kalau Aaron Aziz tengok aku berlakon, kompem dia menangis.

atok berlakon penuh syahdu......


"Betul ni? Yang ni last?,"katanya bermain tarik tali dengan atok.

Betul cik, ini pertama dan terakhir,"balas atok. Walhal sebolum ni ponah kono kojar kat Polis!!
Tak lama pastu dia simpan buku samannya dan pulangkan IC dan lesen memandu. 

"Kali ni saya lepaskan sebab awak pakai spek mata rabun ayam tahap cipan. Nasib baik spek mata awak tebal. Ok jangan ulangi lagi,"katanya.

Pastu atok terus ucap terima kasih dan cepat-cepat mengundurkan diri. Takut gak pak polisi tu ubah fikiran ke kan. So selamatlah atok malam itu disebabkan SPEK MATA JAAPAR TONGGEK ittew. Time kasih spek!




time kacih wakkk!!!     :')
p/s : sebenarnya ini pertolongan dari Allah melalui spek mata tu. kan? kan? Thank You Allah   :)

12 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

boleh pinjam skrip ni. hoho!!

*untung juga jadi rabun ni.. ;)

faiz berkata...

Hehe...baik polis tu

little daisy berkata...

salam n gud morning atok... lama dh tak singgah sini. hehehe, nasib baik atok pakai spek tuh! klau dh tak pakai pon spek tu nanti, simpan jer utk emergency... ^_^

LadyBird berkata...

hehe.. tu la.. sape suh pergi u turn kat tmpt yg x sepatutnye.. tp kes yg lady tgk ni lagi ok kot.. time tunggu lampu isyrat tu .. dah tiga kali hijau tp turn lady dan die (keretatula) tetap belum tibe.. lps tu lady tgk die drive merentasi pembahagi jalan.. alhamdulillah selamat.. :P.. rs nak ikut jugak tp tkt tersekat kat tengah2.. :P..

Ali Kanchan aka Pirate berkata...

Tq for the tips :p

bb_nona berkata...

eheheeee...nk beli la spek cm tuhh..bile lgr lmpu isyaraat..leh pura2..kah2..
hurrmm..thnx ALLAH...ALLAH MEMBANTU HAMBA2NYA....@__^

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : Haaa...sebagai penyelamat tu

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Polis muda...hik hik

Suhami Ahmad berkata...

little daisy : Kan...terus sarung

Suhami Ahmad berkata...

LadyBird : Aiyooo jangan cari nahas LB...nanti sangkut kita tu...hohoh

Suhami Ahmad berkata...

Ali Kanchan aka Pirate : Cecamo...hihi

Suhami Ahmad berkata...

bb_nona : Syukur alhamdulillah =)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih