Jumaat, 1 Jun 2012

Global Positioning System

Assalammualaikum dan peace yo O'O ye kan!


Tu dia. Global Positioning System atau namo manjo eh GPS. Secara jujurnya atok memang bergantungan hidup dengan menatang ni kalau nak ke destinasi yang unfamiliar. Lobih-lobih laie pado waktu malam memandangkan pandangan atok terhad.

Mulo-mulo atok setkan lokasi atok sekarang. Pastu terus tentukan destinasi yang nak dituju. Akhir sekali tekan drive to. So, GPS ni akan tentukan hala tuju atok ke destinasi. Kalau menatang ni suruh belok ke kanan, atok beloklah ke kanan. Kalau menatang ni suruh jalan terus, atok terus lah kan. Kalau menatang ni suruh masuk lombong, atok terus masuk lombong. Gitu. Setia punya pasal kan. Mamposss.


dalam Neloopah dah siap application Sygic....

Kebiasaannya GPS ni memang tak pornah mengecewakan atok. Jika atok nak poie ke destinasi A, dia akan bawak atok direct ke destinasi A. So, atok tak perlu nak tengok signboard laie. Kadang-kadang singboard ni mengelirukan tambah lagi jarak penglihatan atok kureng pado waktu malam. Maka kena bergantungan.

Semalam, nak dipendekkan cerito satu famili atok datang ke rumah sewo atok tu kan. Baru lepas mandi air panas kat pedas tu. Dah panas pedas lak kan. So malam tu feeling nak makan ikan bakar kat Port Dickson. Atok pernah makan kat medan ikan bakar PD ni dah duo kali. Tapi duo-duo kawan yang bawak. Jadi, atok tak fasih sangat jalan tu kan.

Dengan GPS dalam Neloopah yang siap terpasang, atok terus utarakan pado famili. 

"Jangan risau, eden ado GPS. Kito makan ikan bakar malam ni,"kato atok kompiden la kan. Pastu yang lain pun setuju. Dah siap-siap tu, pastu atok terus tentukan destinasi medan ikan bakar PD. GPS ni tadipun bawak atok. Dio suruh ke kiri, aku ke kiri....dia suruh ke kanan, aku ke kanan.....dia suruh aku tokyo drift, aku tokyo drift la kan....kalau tak ikut prosedur eh tu kang, risau tak sampai lak kan.

Atok pun bergerak dari Seremban ke PD dengan kompidennya kan. Yelah, dengan adanya GPS idop ko lebih mudah kan. Dari satu simpang ke satu simpang atok masuk. Makin banyak masuk simpang, makin nampak makin kocik jalan. Makin riuh suara dalam kereta tu asalnya, kemudian semakin menyepi. Manekan lorong perumahan aku masuk. Hujung jalan tu ado kebun pisang.

Last-last GPS tu menjerit....."you arrived at destination on left"....suma insan dalam kereta tu toleh ke kiri serentak...ok fine...yang sebolah kiri tu bukan ikan bakar, tapi rumah orang....Abang Ipar atok lagi suka menyakat...dia terus menambah...."you arrive at destination of person name Bakar!!

Mencik tau. Suma dalam keta tu gelakkan atok. Siap perli lagi. "Sampai kampung pisang gps ko bawak", katanya. "Nasib baik tak jumpa zombie kampung pisang". Mencik. Hujung-hujung terus tanya apek petrol pam lepas berjaya cari jalan besar. Dio koba selepas Mobil kat depan sana, terus masuk kanan lepas lampu isyarat then terus tengok sebelah kanan. Akhirnya sampai ke destinasi.

"Gps" yang manual je yang tepatnya kan. Atok mencik Global Positioning System! Mencik!!!

8 ulasan:

chii berkata...

ahahah..adeih..sakit perut chii dibuatnya...
kadang2...gps bergerak lg better dr gps yg ada..aritu g perak ..chii guna gps gak..tp jln yg ditunjuk..punya la jauh.adeih

Aziela berkata...

That's y akak kurang berkenan dgn GPS nie... hahahahhahahaha

Atiqah Wadiah berkata...

haha~nasib bek GPS tu x bawa g kubur..haha

inche hlovate berkata...

haha jalan dari serembn ke PD seng je la..ikut sign board je hihi

*try la makn kat restaurant mesra kat teluk kemang, boleh tahan sedap*

Suhami Ahmad berkata...

chii : Kan...kadang2 pusing2

Suhami Ahmad berkata...

Aziela : Mesti ponah alami peristiwa yang sama kan? kan?

Suhami Ahmad berkata...

Atiqah Wadiah : Dalam somak bawak eh tu...tp atok tak pasti lak dalam tu kot2 mmg ado kobor..ayark

Suhami Ahmad berkata...

inche hlovate : Atok tau jalan somban-pd...maselahnya atok tak tahu kodai tu...ngeh2

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih