Memaparkan catatan dengan label DSLR by Suhami Ahmad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DSLR by Suhami Ahmad. Papar semua catatan

Isnin, 15 Oktober 2012

Jenis-Jenis Body DSLR

Suhami Ahmad





Assalammualaikum geng,


Ok, kali ni Am nak kongsikan dengan korang jenis-jenis body DSLR. DSLR atau nama panjangnya Digital Single Lens Reflection. Lepas ni kalo kawan korang tanya apa nama penuh DSLR tu hape, korang jawab la nama panjang tu. Okey?...Fine kite teruskan pada topik utama.

Jenis-jenis body DSLR ni ada 3 peringkat iaitu Beginner, Semi-Pro dan Pro. Beginner tu apa beb?. Ok, beginner tu body dslr untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam industri perkameraan. Ceh. Kalau korang nak beli DSLR sekadar hobi atau suka-suka, atau kegunaan keluarga korang bolehlah beli kamera beginner ni. Selain harganya murah, fungsinya pun mesra pengguna. Contoh beginner dslr atau entry level dslr bagi Nikon adalah D3000, D3100, D5000 dan lain-lain lagi. Kalau Canon dia ada 3-4 digit, contohnya 500D, 550D, 400D, D1000 dan lain-lain lagi.

Contoh DSLR Beginner ; Nikon D3100


Peringkat DSLR yang kedua adalah Semi-Pro. Am ada DSLR ni. Nikon D7000 dan D90. Kalau nak kenal Canon punya kamera, dia ada 2 digit di depan seperti 50D, 60D, 40D dan sebagainya. Kamera jenis ni sesuai untuk mengambil gambar sebagai hobi dan juga pendapatan sampingan. Harga lebih mahal dari DSLR yang beginner tadi tapi kualitinya lagi bagus. Kalau sesiapa yang nak berjinak-jinak dalam dunia fotografi dan jadikan bidang ni sebagai sumber pendapatan sampingan, Am suggest korang amik dslr semi-pro nih.

contoh Semi-Pro DSLR ; Nikon D7000


Yang terakhir sekali , ialah Pro DSLR. Antara Pro DSLR keluaran Nikon adalah seperti Nikon D3, D3X, D3S, D700 dan lain-lain. Canon ialah ada 1 digit di depan seperti 5D, 7D, 1D dan lain-lain. Yang DSLR jenis ni bukannya orang Pro je boleh pakai, orang biasa pun boleh. Cumanya cara kendaliannya agak kompleks berbanding kamera DSLR jenis entry level tadi. Harganya untuk body tak termasuk lens sahaja ada yang mencecah berbelas ribu. So, kalau korang mampu hamek je. Sebab kualitinya tak payah cakap lah. Memang photographer tahap dewalah.

Contoh Pro DSLR ; 5D Mark ii


So, korang tanya diri sendiri. Kamera jenis apa yang korang nak pakai dan ingin pakai?. Kalau sekadar hobi dan suka-suka shoot hidung awek ko, belilah entry level atau beginner DSLR. Kalau nak buat sebagai sumber pendapatan sampingan, carilah DSLR jenis Semi-Pro. Dan kalau korang buat benda ni sebagai sepenuh masa dan mempunyai ilmu yang mencukupi, why not try Pro DSLR. Ok bebeh, selamat menganalisa!



tuuuu diahhhh...
Korang nak skodeng tak gambar pertama yang Am amik guna DSLR ever???











haaa..tu deh....macam pakai kamera telipon kan???


p/s : Kadang-kadang bakat pun mainkan peranan. Kalau kurang bakat tapi nak guna Pro DSLR, hasilnya seakan-akan macam ambil gambar guna telefon......hmmmm....more practis plisssss. Practise make perfecto

Isnin, 6 Ogos 2012

Cara Memegang DSLR dengan betul



suhami ahmad

Tahukah kawan-kawan macam mana nak mengendalikan DSLR dengan betul? Nak pegang pun ada caranya bukannya main pegang macam kamera kompak. Kalau salah cara, gambar yang dihasilkan tidak akan tajam dan tersalah fokus. Akibatnya gambar akan rosak. Berikut Am kongsikan dengan kawan-kawan cara pegang DSLR dengan betul. Jom kita skodeng.




cara asas memegang DSLR






cara lain untuk memegang DSLR






memegang dengan sebelah tangan / tali tidak disangkutkan ke kepala atau dililitkan pada tangan






tangan tidak dirapatkan ke dada / tangan kiri diletakkan di atas lens akan memberatkan bebanan lens







cara sebelah kiri lebih stabil jika dibandingkan dengan cara sebelah kanan.



kaki perlu dijarakkan sedikit untuk mendapat kestabilan







cara mengambil gambar view rendah. siku sentiasa ditupangkan ke kaki







siku perlu ditupangkan pada kaki untuk mendapatkan kestabilan


gunakan sebarang benda yang berhampiran untuk bersandar bagi memastikan gambar tidak bergegar


 










gunakan siku untuk menupang bukannya badan supaya kita tidak cepar penat










Isnin, 9 Julai 2012

Apa itu White Balance?

suhami ahmad

Salam kengkawan,


Ok episod kali ini am nak ajar korang tentang basic dslr yang selanjutnya, white balance. Apa itu white balance? Kalau kita translatekan dalam bahasa melayu ia akan menjadi keseimbangan putih. Wakaka, macam kelakor lak bunyi nya kan.

White Balance (WB) ni adalah satu proses mengasingkan warna yang tidak realisitk. Dalam keadaan ini objek putih pada sesuatu objek akan dibaca sebagai warna putih (betul-betul putih) di dalam gambar. Paham tak?

Untuk lebih kefahaman cuba try and error dengan White Balance setting di dalam dslr kita. Setting yang berlainan akan menghasilkan suhu warna yang berbeza-beza. Cuba perhatikan gambar rajah yang am lampirkan di bawah.


Nampak tak perbezaan gambar tu? Kalau kita gunakan auto WB gambar akan jadi macam yang pertama atas kiri tu. Dan begitulah jika kita menggunakan setting seperti daylight, shady, cloudly, flurescent, incandecent tungsten dan lain-lain. Kalau cuaca redup, gunakanlah setting shady dan sebagainya ikut kesesuaian mood yang kita nak gambar tu hasilkan. Pemilihan WB yang tepat sangat penting supaya skin tone potrait ataupun gambar yang kita nak ambil tu tak lari.

Macam am prefer guna kelvin. Kat atas tu takda contoh gambar yang gunakan setting WB kelvin kan. Baiklah, cuba tengok perbandingan gambar seterusnya.



Kalau kita setting kan kelvin bawah dari 5000, tone ataupun mood gambar yang dihasilkan sejuk @ cool. Sesuai jika kita gunakan masa hari panas terik ataupun apabila cahaya sekitar terlampau kuning. Kalau nak hasilkan gambar yang nampak kekuningan dan mewah, setting kan WB Kelvin pada suhu atas dari 5000. Senang kan?

WB ni penting untuk menghasilkan gambar yang sempurna. Gambar yang sempurna adalah gambar yang dihasilkan sebijik macam apa yang mata kita nampak. Tak salah jika nak bermain tone, tapi kena ikut kesesuaian.

So, menda ni kena banyak bereksperimentasi. Selamat mencuba!




Di olah semula dari : Apa itu White Balance

Isnin, 11 Jun 2012

Asas kamera DSLR (Aperture)

suhami ahmad

Salam sahabat!
Arini am nak share dengan korang pasal apeture pulak. Tau ke apeture tu ape? Aperture tu adalah bukaan diafragma yang ada pada lens kamera DSLR korang. Bukaan lebar aperture di tentukan dengan jumlah F yang dinyatakan pada lens kamera korang. Lagi besar indeks aperture, lagi kecil bukaan diafragma lens korang. Jadi kesimpulannya, lagi besar bukaan diafragma, lagi banyak cahaya yang masuk.
Indeks Aperture yang ada
Bagi yang mahir dengan kamera DSLR ni, aperture ni dorang gunakan untuk menentukan Depth Of Field (DOF) kualiti gambar yang bakal dihasilkan. Depth of field ni nampak jelas bila korang ambil gambar secara zoom. Korang perasan tak, kalau cameraman yang pro, gambar yang dia zoom memang jelas, hingga selain gambar yang difokus, memang nampak blur je.
Tengok gambar yang di atas ni, gambar di atas dia gunakan aperture yang rendah, jadi DOF dia besar, so keseluruhan gambar akan nampak jelas, walaupun secara kasarnya cameraman tu memfokuskan pada bahagian tengah gambar tersebut. Gambar di bawah pula menggunakan aperture yang tinggi, so bila cameraman zoom bahagian tengah gambar tu, bahagian lain memang jadi kabur dan tak jelas.
Harap penerangan mengenai aperture pada bahagian kali dapat korang fahami. Rasanya ini yang penting mengenai aperture pada kamera DSLR ni. Kalau ada yang masih tak faham, tanya la k. Papai!!

Isnin, 7 Mei 2012

Pengenalan kepada Komposisi DSLR (framming)



Suhami Ahmad


Hi guys. Bulan ni Am nak share dengan u guys tentang komposisi DSLR. Komposisi merupakan salah satu elemen penting dalam senifoto yang akan memberikan kesan pada hasil gambar korang nanti. Jika ingin menceritakan tentang ketinggian, kamera perlu ditegakkan (vertical). Jika ingin menceritakan tentang keluasan, kamera perlu dilintangkan (horizontal). Bagaimana komposisi gambar yang akan korang ambil tu menentukan jalan cerita sesebuah gambar.

Istilah dikalangan jurufoto, vertical tu adalah potret manakala horizontal itu adalah landskap. Macam mana kita nak tentukan gambar itu perlu diambil secara potrait mahupun landskap? Kita ambil contoh di bawah.

Ini Am pinjam dari google. Ke buat ghete. Ok fine, buat ghete jap. Kalau gambar perseorangan macam budak omey2 ni, korang digalakkan supaya untuk framming kan gambar secara menegak. Supaya mata hanya tertumpu pada subjek itu saja dan kiri kanan tak kelihatan kosong. Namun, tak semestinya setiap gambar orang perlu di tangkap menegak, ada juga kes perlu ditangkap secara landskap. Iaitu ketika subjek adalah ramai, seperti sebuah keluarga yang besar. Gambar nampak lebih luas dan mata tertumpu pada semua orang. Kalau korang guna framming menegak, kompem gambar Pak Uteh ngan Mak Endut nampak sebelah je.



Kebiasaannya juga, kalau nak shoot gambar pemandangan, framming yang sesuai adalah landskap bagi menggambarkan kesemua objek di dalam gambar tersebut. Contohnya gambar pantai ni.
Kalau kita shoot secara menegak, mustahil kita akan dapat gambaran tentang keindahan ombak yang menghempas pantai. So tak dapat nak feeling ombak rindu sangat. Mungkin pandangan kita tersekat di situ saja. Ada juga tips yang lain di mana untuk menjadikan background kelihatan lebih luas, subjek perlulah diletakkan di sebelah kiri atau kanan seperti di bawah. Namanya third of rule photography.

Nampak tak? Gambar tersebut di tangkap secara landskap dan gambarannya lebih luas kerana subjek di letakkan di tepi kiri atau kanan. So, kalau kita letak subjek di tengah-tengah, pemandangan yang luas akan kelihatan sempit. Dan subjek tengah-tengah tu kelihatan menonjol macam kat bawah ni. Sama juga dengan subjek yang chubby perlulah diperbanyakkan shoot secara menegak, dan subjek yang kurus digalakkan shoot secara mendatar.


So, semua komposisi itu bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita nak gambarkan sesuatu benda tu. Samada hanya tumpukan pada subjek tersebut, nak semua kelihatan jelas, nak kelihatan lebih luas atau nak kelihatan sempit, gemok, kurus, petak, lebar, itu terpulang pada cara kita mengendalikan komposisi sesebuah gambar.

Ok, itu saja tips dari Am. Semoga kita berjumpa di lain masa. K Bye!

Isnin, 26 Mac 2012

Asas Mode DSLR


Suhami



Assalammualaikum guys,

Sebulan sebelum ni, i ada share sikit dengan korang pasal Asas Pemilihan DSLR kan. So, minggu ni i nak berkongsi sikit ilmu i yang sikit ni tentang asas mode DSLR (Digital single-lens reflex). First at all, apakah itu MODE DSLR? Ok, korang skodeng gambar kat bawah ni dulu supaya view to hok lagi clear no.

Mode ni ada pada DSLR. Ini contoh Nikon. Kalau Canon atau jenama lain mungkin berbeza.

Nampak tak line putih tu? 100% sure korang pun tahu kan basic nak guna menatang ni. Kamera digital pun ada kan. So, apakah fungsi-fungsi simbol tu dan bila masa kita nak guna. Ok, let start babeh.

  1. Gambar anak panah dalam bulatan : Pilih mode ni kalau korang nak shoot gambar tapi dalam masa yang sama tak mau ada flash. Ada masa tertentu flash tidak diperlukan supaya objek tak nampak berkilat atau lighting technic yang kasar.
  2. Gambar manusia pakai topi (potrait) : Mode ini lanjutan mode auto dan sangat sesuai untuk shoot gambar  potrait foto manusia. Tone warna kulit akan nampak natural dan lembut jika pilih mode ini.
  3. Gambar gunung (landskap) : Mode ini juga lanjutan mode auto dan sangat sesuai untuk shoot gambar pemandangan kerana tone warna lebih vivid dan sharp.
  4. Gambar bayi : Sesuai untuk shoot gambar bayi kerana membuatkan kulit bayi lebih lembut dan sesuai dengan pergerakannya yang aktif.
  5. Gambar orang berlari (moving object) : Juga mode lanjutan auto, sesuai untuk memegunkan objek yang bergerak laju. Fokus kamera akan bergerak pantas sesuai dengan pergerakan yang pantas.
  6. Gambar bunga (macro) : Sesuai untuk shoot objek secara jarak dekat seperti bunga, serangga dan lain-lain. Bokeh jelas kelihatan dan objek sangat tajam.
  7. Gambar ada bintang (night mode) : Mode ini juga merupakan cabang kepada mode auto. Sesuai digunakan pada waktu malam ataupun cuaca redup.
  8. M (Manual) : Aturan mode sepenuhnya secara manual. Samaada setting untuk aperture, shutter speed mahupun ISO.
  9. A (Aperture priority) : Separa auto. Pada mode ini, aperture disesuaikan secara manual, namun shutter speed di kawal secara auto oleh dslr.
  10. S (shutter priority) : Separa auto. Pada mode ini, shutter speed disesuaikan secara manual, namun aperture di kawal secara auto oleh dslr.
  11. P (Program) : Separa auto. Pada mode ini, aperture dan shutter speed disesuaikan secara auto, namun ISO di kawal secara manual.
  12. Auto : Fully auto. Semua fungsi ISO, Aperture mahupun shutter speed di kawal oleh DSLR.
Ok itu sajok. Pening tak? Semua ni wajib bagi seorang freelance photographer, profesional mahupun sekadar hobi suka-suka ambik tahu. Akan datang i akan kongsikan dengan korang penggunaan mode M iaitu manual. Macam mana nak kawal aperture, shutter speed dan ISO supaya gambar yang dihasilkan "BooooOooOoM!!!''

Selamat beramal  =)


p/s : Terima kasih banyak pada Jaja kerana membuat entry khas pasal blog Apo2 Yolah. Jutaan terima kasih juga pada yang sudi singgah blog buruk ni... =)

Isnin, 20 Februari 2012

Asas Pemilihan DSLR





Sebelum ni den ponah buat entry "suhami's story" episod 1 yo kan. Kalau ingat entry ala-ala diari. Tapi memandangkan atok dah ada, so den buat entry berkongsi dengan kalian, iaitu DSLR. Okeh, lets start dari basic bebeh.


Untuk asas pemilihan DSLR ni, den akan bercerita sedikit mengenai beberapa kriteria pemilihan model kamera yang bersesuaian. Sekali lagi den ingatkan, segala asas pemilihan model kamera ini adalah berdasarkan hasil daripada pengalaman den yang tak sampai setahun jagung ni k. Kalau ada maklumat yang kalian rasa tidak tepat ataupun tak lengkap, jangan malu-malu nak inform kepada den. Sharing is Caring kan. Hehe

Jenama
Ni antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan bila nak membeli kamera DSLR ni kan. Yer la, DSLR ni bukan nya perkara yang murah dan kalian boleh beli tiap bulan. Jadi, penting untuk kalian dapatkan jenama yang diyakini. Kebiasaannya, dalam bidang DSLR ni ada 2 je jenama yang hebat bersaing iaitu Canon dan Nikon. Otai2 DSLR kata kalau Canon no naikkan lagi kaler gambar. Kalau nikon ni 'sharp' kan lagi gambar. Den pengguna Nikon. Hihi.

Level (bahagian)
Untuk kamera DSLR ni, kebiasaannya ada 3 level kamera yang dikeluarkan. 3 bahagian tu ialah entry level, mid level, dan pro level. Entry level adalah untuk beginner, mid level ni untuk yang mahir dan yang pro level ni biasanya digunakan oleh orang yang cari makan dengan ambil gambar. Untuk permulaan ni, den cadangkan kalian bermula dengan entry level terlebih dahulu. Ataupun nak lebih jimat, save sedikit duit lagi pastu beli mid level terus. hehe. Den terus beli mid level. Yelah, nanti kalau beli yang entry level nak convert ke mid level dah makan kos jugak kan.

Spesifikasi
Bahagian ni paling penting dalam kalian memilih model kamera DSLR yang kalian nak beli. Kalian kena semak spesifikasi kamera DSLR yang kalian nak beli sebab setiap model kamera ni berlainan fungsi dan spesifikasi. Ada yang power bab ni tapi lack bab itu dan sebaliknya. Macam beli komputer, tak semestinya kawan pakai Acer kita pun pakai Acer. Yang utama, sebelum beli semak betul spesifikasi yang ada dinyatakan k.

Bajet


Kena ikut bajet sendiri jugak. Kalau kalian bajet beli DSLR ni sekadar hobi di masa lapang, baik beli DSLR yang paling basic. Kalau nikon tu den cadangkan beli Nikon D3100 atau D5100. Tapi kalau kalian jenis yang nak buat bidang ni sebagai sumber pendapatan sampingan, carilah DSLR yang canggih sikit macam Nikon D90 atau Nikon D7000.

Akhir kata, sebelum kalian membeli kamera DSLR kalian, pastikan kalian dah betul-betul puas hati. Jangan nanti dah beli baru nak menyesal. Biar lambat membeli, daripada beli rushing tapi rasa menyesal kemudian hari. Hoho

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih