Isnin, 26 Mac 2012

Asas Mode DSLR


Suhami



Assalammualaikum guys,

Sebulan sebelum ni, i ada share sikit dengan korang pasal Asas Pemilihan DSLR kan. So, minggu ni i nak berkongsi sikit ilmu i yang sikit ni tentang asas mode DSLR (Digital single-lens reflex). First at all, apakah itu MODE DSLR? Ok, korang skodeng gambar kat bawah ni dulu supaya view to hok lagi clear no.

Mode ni ada pada DSLR. Ini contoh Nikon. Kalau Canon atau jenama lain mungkin berbeza.

Nampak tak line putih tu? 100% sure korang pun tahu kan basic nak guna menatang ni. Kamera digital pun ada kan. So, apakah fungsi-fungsi simbol tu dan bila masa kita nak guna. Ok, let start babeh.

  1. Gambar anak panah dalam bulatan : Pilih mode ni kalau korang nak shoot gambar tapi dalam masa yang sama tak mau ada flash. Ada masa tertentu flash tidak diperlukan supaya objek tak nampak berkilat atau lighting technic yang kasar.
  2. Gambar manusia pakai topi (potrait) : Mode ini lanjutan mode auto dan sangat sesuai untuk shoot gambar  potrait foto manusia. Tone warna kulit akan nampak natural dan lembut jika pilih mode ini.
  3. Gambar gunung (landskap) : Mode ini juga lanjutan mode auto dan sangat sesuai untuk shoot gambar pemandangan kerana tone warna lebih vivid dan sharp.
  4. Gambar bayi : Sesuai untuk shoot gambar bayi kerana membuatkan kulit bayi lebih lembut dan sesuai dengan pergerakannya yang aktif.
  5. Gambar orang berlari (moving object) : Juga mode lanjutan auto, sesuai untuk memegunkan objek yang bergerak laju. Fokus kamera akan bergerak pantas sesuai dengan pergerakan yang pantas.
  6. Gambar bunga (macro) : Sesuai untuk shoot objek secara jarak dekat seperti bunga, serangga dan lain-lain. Bokeh jelas kelihatan dan objek sangat tajam.
  7. Gambar ada bintang (night mode) : Mode ini juga merupakan cabang kepada mode auto. Sesuai digunakan pada waktu malam ataupun cuaca redup.
  8. M (Manual) : Aturan mode sepenuhnya secara manual. Samaada setting untuk aperture, shutter speed mahupun ISO.
  9. A (Aperture priority) : Separa auto. Pada mode ini, aperture disesuaikan secara manual, namun shutter speed di kawal secara auto oleh dslr.
  10. S (shutter priority) : Separa auto. Pada mode ini, shutter speed disesuaikan secara manual, namun aperture di kawal secara auto oleh dslr.
  11. P (Program) : Separa auto. Pada mode ini, aperture dan shutter speed disesuaikan secara auto, namun ISO di kawal secara manual.
  12. Auto : Fully auto. Semua fungsi ISO, Aperture mahupun shutter speed di kawal oleh DSLR.
Ok itu sajok. Pening tak? Semua ni wajib bagi seorang freelance photographer, profesional mahupun sekadar hobi suka-suka ambik tahu. Akan datang i akan kongsikan dengan korang penggunaan mode M iaitu manual. Macam mana nak kawal aperture, shutter speed dan ISO supaya gambar yang dihasilkan "BooooOooOoM!!!''

Selamat beramal  =)


p/s : Terima kasih banyak pada Jaja kerana membuat entry khas pasal blog Apo2 Yolah. Jutaan terima kasih juga pada yang sudi singgah blog buruk ni... =)

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah lama tak pegang camera nih.. last masa kursus last year ^_^

Aien Not Alien berkata...

main snap aje ikut fungsi fully auto janji jadi gambarnya...

dya nasir berkata...

pening nya..byk sgt simbol..hihi

TUGAU GATES berkata...

aku pakai DLSR 1.3 megapixel jer..flash kemain terang mengalahkan kilat sabung mnyabung time si tanggang kena sumpah jd batu dulu2..

mas saari berkata...

terima kasih atas perkongsian ni atok, baru saya tahu apa yang saya tak tahu selama ini... lepas ni bolehlah tangkap gambar dengan lebih cantik! heheheee

Ca Ezah berkata...

standard ca punya Baby Red sampai nombor 7..ca da habis explore..hihi...like3...tp org yang menunggu ca snap yg bengang sebab ca mmg suka tukar mode ikut keadaan.. :p
tp bila ca suruh org amek gambar ca semua tak jadi..uwaaaa.. :( jd blur.

Ca Ezah berkata...

ca da habis explore semua jenis mode..hihi..so, kesimpulannya lepas ca baca kat atas tu, pemahaman tu mmg tepat la..hik3... ^^

Ca Ezah berkata...

ca da habis explore semua jenis mode..hihi..so, kesimpulannya lepas ca baca kat atas tu, pemahaman tu mmg tepat la..hik3... ^^

Unknown berkata...

umie mia : Ummi poie kursus kat kolej komuniti tu kan?

Unknown berkata...

Aien Not Alien : Fungsi auto ni amat berguno kalau keadaan terdosak...atok ponah guno fully auto sobab maso tu dah kelam kabut

Unknown berkata...

dyabunga : Haa, itu baru sikit....hikhik

Unknown berkata...

TUGAU GATES : Aiyooo....pengsan uolls.....ala-ala tanggang katanyer...

Unknown berkata...

mas saari : Hi sesamo kak...

Unknown berkata...

Ca Cik Duyung : Gud...huhu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih