Ahad, 25 Mac 2012

Advertlets atau Nuffnang?

Assalammualaikum dan peace yo!


Ni atok nak mintak pandapat Ecah sekalian ni. Atok ni buto komputa. Tak tahu sangat bab teknologi segala ni. Ni atok tongah berbelah bagi dan merajuk dengan habang Nuffnang. Mencik. Kalo nak hikutkan, dah lobih duo bulan atok tak dapat nafkah batin. Eh!....Dah duo bulan atok tak dapek pendapatan sampingan dari habang nuffnang. 

Atok ni bukan mata duitan dalam donia blogging ni. Dah kalo ko diberi pilihan, samada menyelam dalam air leh minum air dengan menyelam dalam air tak leh minum air, mana ko nak pilih??...mesti ko menyelam dalam air tak leh minum air kan..nanti ko lemas kalo minum air dalam air...eh?....Ok fine, cer Ecah skodeng gambarajah berikut.

Cuba Ecah tengok, bila kali terakhir atok dapat nafkah dari habang nuffnang?
Mencik. Atok pun dah hantar tiket pe ntah kat habang nuffnang 2 minggu lepas. Macam biaso, dio balas secara general. Dio koba kedudukan iklan mesti boto. Key mesti berkisarkan tentang iklan. Selalu hapdet bio kat nuffnang nanti senang pengiklan nak pilih kita sebab apo. Masalah eh, sumo atok dah buek dah. Sampai la ni satu sen pun tak naik. Nak ikutkan unique visitor (UV) tiap-tiap hari boleh lah. Tapi takkan se sen pun xdop dalam maso 2 bulan tu? Sedih atok tau. Musnah impian nak beli kete lamborgini...   :(

Pastu kan, atok try lah usha-usha syarikat pengiklanan yang lain. Curang katanya. Pilihan top sekarang antara Nuffnang dengan Advertlets. Sebab Abang Ben pakai Advertlets. Abang ker??....Ok fine, cucu Ben. Pastu atok buatlah survey kat blog-blog lain yang buat topik yang sama macam atok buat. Kesimpulan yang atok dapat hasil kajian 10 minit tadi adalah ;

  1. Paparan nuffnang lebih mesra pengguna dari Advertlets. Nuffnang ni lebih terperinci such as menunjukkan jumlah unique visitor mengikut jam, hari, minggu dan bulan. Yang advertlets ni atok tak ponah pakai lagi, tapi hasil pembacaan, dio punyo paparan tak sedetail nuffnang.
  2. Begitu jugak dongan keyword atau kata kunci. Nuffnang ado paparkan keyword yang menyesatktan orang datang ke blog kita walhal orang nak cari info pasal baby, tapi tersesat kat blog ko yang pacak gambar baby tengah terkencing. Frust tak frust.
  3. Sekali kalau dapat BE, nuffnang ni memang masyuk. Advertlets ni takda BE tapi dia akan update income cepat. Maknanya dia tak ikut janaan pendapatan secara klik semata tapi berapa orang datang blog Ecah. Masalah eh, dah 2 bolan atok tak dapat nafkah dari nuffnang. Bukan setakat BE, BU ke BA ke BI ke atok tak dapat-dapat gak. Trafik ok je atok rasa. Apa kes??
  4. Minimum cash out untuk Nuffnang RM50, tapi kalau Advertlets mesti kena paling sikit RM100 baru ko boleh beli 8 Mega Mac set medium. Eh?
  5. Dari segi kesan kelajuan iklan pado blog. Atok buat kajian menunjukkan nuffnang ni melembabkan loading blog berbanding dengan Advertlets. Ini boto. Memang lombab nak loading pakai nuffnang. (ayat maki nuffang tak kasi BE)
  6. Paling merisaukan atok, ura-ura mengatakan Nuffnang ni takut nak bagi BE kat blog yang UV nya mencecah ribuan sehari. Sebab nanti duit peruntukan iklan dia abeh cepat lah. Kalau Advertlets ni tetap akan kasi income walaupun UV banyak. Sohih x sohih, itu atok tak pasti.
  7. Dengar cito gak Advertlets ni pembayaran kat kita leceh berbanding nuffnang. Ado gak tak bayar-bayar. Yo ko?
Banyak lagi perbezaan antaro keduo syarikat pengiklanan terbesar ni. Cumo atok maleh nak taip panjang lebar. Ecah boleh try cari sendiri nanti. Atok raso, kalau takdo perubahan jugak sampai penghujung bulan Mac ni, atok nak convert kat Thailand. Eh!! Atok nak convert pado Nuffnang.

Apa pendapat Ecah?...Sila kongsikan dengan atok kebaikan dan keburukan bagi keduo-duo iklan nih.....



14 ulasan:

~SaL IjOu~ berkata...

maap tok..cucu atok yg sorang ni x dpt nak berkongsi pendapat..apetah lagi nak kongsi pendapatan..kekee~
alsababnya, cucu atok ni x penah pun pakai apo2 iklan..cuma selalu dtg jenguk blg apo2 yolah~ hee =p

Miziey berkata...

Ntah aa tok. Sama lah kita. Dah bape bulan tak dapat nafkah batin. Btw, atok tanak try churp2 dan says.my kerr? just askin. Hehe.
:)

delarocha berkata...

senang cerita..setia pada yang satu.

guna nuffnang je laa... ada rezeki nnt, ada lah..:-)

dyabunga berkata...

dya tak tahu lah atok..cucu mu ini pun frust tak dpt be..huhu

L berkata...

nufnang mmg bgus.. huhu. be L dr sem lpas xhbes2 lg. huuu

jom tambah ilmu.=)
sambungan ...
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html

mas saari berkata...

pernah pakai nuffnang dan tapi income memang tak naik2... byk tu je! pastu dpt nasihat dari blogger lain suruh pakai advertlets..

so, sekarang pakai jelah advertlets, income tu memang tak pernah dapat lagi tapi insyallah ada rezeki adalah..

umie mia berkata...

umie pun sebenar eh x tau sgt pasal ni maklumlah letak advertlets tu saja2 je nak semakkan blog..walhal tak tau pun nak cek camne hehehehe

Suhami Ahmad berkata...

~SaL IjOu~ : La, Sal x pakai iklan ko? apasal?

Suhami Ahmad berkata...

Miziey : Churp churp?....atok ponah try dolu...tp setengah jalan yo...

Suhami Ahmad berkata...

delarocha : Kennn....setia pada yg satu

Suhami Ahmad berkata...

dyabunga : Ramai gak eh tak dapek BE...

Suhami Ahmad berkata...

L : Alaaa...bilo la turn atok tu berulang balik...

Suhami Ahmad berkata...

umie mia : Ummi pakai advertlets yo...ok x ummi?

Redlomo berkata...

make more money with your blog with http://www.nufftag.com/signup.php?id=redlomo