Khamis, 7 Jun 2012

Trans City Theater by Sariayu

Assalammualaikum dan peace yo O'O ye kan.


Tu dia. Kito kembali bersiaran semulo k. Bagi Ecah yang baru pestime masuk belog atok ni sambil garu kepalo blur-blur tak tahu hujung pangkal cerito bolehlah klik di [SINI] untuk Marvel Superhereos 4D, dan klik [SINI] untuk kisah Yamaha Racing Coaster, coaster paling laju yang membuatkan jantung atok tercabot. Ini kisah percutian atok di Indonesia tempoh hari.

Masih laie di Trans Studio Bandung, tompek yang atok poie selanjutnya adalah Trans City Theater by Sariayu. Tu dia. Ko jangan hengat sariayu untuk produk kecantikan wanita sajok. Teater pun guno sariayu hokey. Sumber ayu katanya. 

Maso singgah di pintu masuk teater ini, petugas telah memujuk atok dan teman-teman untuk masuk ke sana. Dalam fikiran atok asalnya memang tak bersetuju nak masuk. Sobab maso yang diberi oleh tourist guide sangat singkat di Trans Studio Bandung tu iaitu sampai pukul 3 petang. Nanti kebanyakan maso dihabiskan di teater tu sajok. Pado pikiran atok paling tidak pun akan ambik maso sejam lebih dalam tu nanti. Kan dah membazir waktu. Walhal banyak laie tompek menarik yang tidak ada di Malaysia tapi ado kat situ yang boleh poie. Teater tu berlambak je ado kat Mesia. Menurut pikiran asal atoklah kan. Tapi sumo teman atok nak masuk, so atok layankan aje.


Atok yang kat hujung tu. Tengah buat muka memprotes katanya....cite panggung wayang pun atok tak layan, inikan pulak teater...puihh....bosannn
Lepas tu kan, keluarlah pengacara ni sebelum teater dimulakan. Dio koba teater yang diberi nama Kabayan Goes To Hollywood ni adalah teater yang berkualiti dan sangat menghiburkan. Dio janji semua hadirin dan hadirot pasti tak kan kering gusi. Itu jaminan dia. Atok kat belakang tu hangguk-hangguk je la kan. Yelah orang dah hilang mood. Nampak tak nampak je stage gedabak kat bawah tu.

cuba ko tengok....Bitchney Spears yang baju kaler pink tu....Katty Perry yang baju hitam sebelah kiri tu....yang tengah-tengah tu sapa lagi kalau bukan mak hayam Lady Gagah....
So, untuk permulaannya atok memang bosan sangat. Atok tak amik port pun jalan cerita dipermulaan. Bagi atok takda plot starting yang bagus pun. Tibe-tibe ada orang menyalak berjoget atas pentas tu. Ada watak bitchney spears tu, Lady Gagah, ngan Katty Peri. Motep watak omputeh?? Atok dah menganjing dah kat atas tempat penonton tu. Orang gelak, aku pun buat-buat gelak. Atok pun tak tahu tang mana kelakarnya....

hahaha...lawok-lawok.....(walhal munafik)


Masuk minit ke 10 lepas menari tu barulah plot mengembang. Atok mulo menumpukan perhatian. Lampu stage gelap. Bunyi seruling tiba-tiba berkumandang menandakan suasana masa tu kat kampung. Ini teknik imbas kembali lah ni. Teater tu mengisahkan seorang dara yang berasal dari kampung telah popular sebagai seorang penyanyi dan penari. Dara ni tadi telah ditawarkan mengembangkan bakatnya di Hollywood. So dia pun poie meninggalkan kekasihnya di kampung. Demi mengejar cita-citanya sejak kocik.



maso ni si dara sedang mengecapi zaman kegemilangan. Berada di puncak popular alkisahnya.
Yang menjadi tunggak utamo filem ni seorang nenek yang diberi nama Kabayan. Diolah sebagai narator ataupun pencerita dalam teater ni. Kadang-kadang atok pun kompius. Kenapa pulak kabayan yang ke hollywood. ish...abaikan.....Nak dipendekkan cerito, kekasih lamo eh di kampung amat merindui jesteru sanggup ke Hollywood untuk mencari si Dara. Akhirnya selepas melalu pelbagai halangan, akhirnya ketemu jugak lah kan. 

Tapi pihak pengurusan si dara ni tadi tak bonarkan si teruna jumpo kekasihnya. Sebab dia ada hati dengan si dara a.k.a Bitchney Spears ni tadi. Dalam maso yang samo dio ado skandal ngan Lady Gagah dan Katty Peri. So, berlakulah adegan tumbuk-menumbuk antara teruna kampung ni tadi dengan pengurus Bitchney Spears. Akhirnya si dara ni tadi tak bahagia dengan kemewahan yang dio ado dan sering terkongkong. Dia pun pulang balik ke kampung bersama teruna ni tadi. Akhirnya mereka kawen. Camtulah cito eh. Tepok tangan cepat!

si dara dan teruna pun kawen....

Last sekali yang membuek kan atok teruja, tiba-tiba Lady Gagah yang kat atas tu frust sebab dapat tahu managernya pernah mempunyai hubungan sulit dengan artis lain. Pastu mak hayam ni mengamuk keluar suara jantannya sambil menayangkan otot-otot di lengan macam ahli bina badan tu. Laa jantan rupanya. Masa tu muka atok yang plastik tadi terus tergelak besau!!!

kah kah kah wargh wargh hah! hahhhhhh!!
Suma orang dalam pentas tu tepok tangan kuat-kuat. Persembahan 30 minit yang memukaukan. Pastu atok terus lari-lari manja nak ke destinasi yang lain pulak. Tungguuuuu.......


p/s : Trans City Theater by Sariayu merupakan pertunjukkan mewah bertaraf antarabangsa. Pelakonnya memang mantap-mantap dan bersungguh-sungguh membawa watak yang diberikan. Menampilkan pertunjukkan setaraf broadway! Atok kasi 5 bintang! Tak rugi atok masuk......hew hew hew    :P


ni ado bidio dia. Ecah tontonlah. Best!

12 ulasan:

Hanie Dew berkata...

ok.part last yg atok gelak sekuat hati baru aku rasa lawak gak..kahkahkahkahkah...

Zul Fattah berkata...

apa yg best dgan teater ni..? x pham r, kalau tngok teater..

Zakaria's daughter berkata...

syiokkkkkkkkkkkkkkkkkkk nyeeeee,

tak hajakk punggg. fineee

Faidhatul Arfah berkata...

wowww teater youuu hehehe

Nurul Syahida Sulaiman berkata...

atok.. ajaq la mcm mane nak letak ads nuffnang dalam setiap post tu. =)

Cik Yuyu berkata...

hamboii tok! henjoyyy je tgk lady gegeh kannnnn! kihkih

Suhami Ahmad berkata...

Hanie Dew : Oooo...mulo2 tu tak lawak ek...erk

Suhami Ahmad berkata...

Zul Fattah : Entah, tapi yang pasti atok memang enjoy

Suhami Ahmad berkata...

Zakaria's daughter : Hihi...moh! moh!

Suhami Ahmad berkata...

Faidhatul Arfah : Kerlass tak Jaja?

Suhami Ahmad berkata...

Nurul Syahida Sulaiman : Haaa...nanti atok buek entry no

Suhami Ahmad berkata...

Cik Yuyu : Harus la uols....erk