Selasa, 19 Jun 2012

Sinopsis Madagaskar 3 ; Europe's Most Wanted

Assalammualaikum dan peace yooooooooooooo!


Tu dia. Ke main panjang yooooooooooooo tu kan. Menggambarkan tahap ketensionan nak menghadap kakak audit Robu ni. Adushh. Ok, malas cito panjang pasal kojo. Kojo is kojo. Kajol is Kojol. Ayark. Eh kejap!, mana nak cari dvd hindustan zaman 90'an? Atok termengidam lak nak termenonton lebih-lebih lagi cito Kuch-Kuch Ho Ta Hey. Ok fine, sebelum kena bedal ngan kayu hoki, we back to the main topic.

Sinopsis Madagaskar 3 ; Europe's Most Wanted. Sabtu hari tu, atok dengan kengkawan telah termenonton cita Madagaskar 3 ni. Memang asalnya kami tak plan nak tengok cito ni. Tapi sangat berbaloi-baloi kalau Ecah poie tengok. 

Cito ni mengisahkan tentang si singa yang bernama Alex bersama sahabat sejatinya Melman (Zirafah), Marty (Kuda Belang) dan Gloria (Badak Sumbu) yang rindu untuk pulang ke tempat asal mereko di Zoo Central Park, New York.

Inilah 4 sekawan tu

Namun, mereka perlu bertemu dengan penguin yang seba boleh tu terlobih dahulu. Mereka melakukan perjalanan ke Monte Carlo. Di sana, mereka telah menarik perhatian seorang penangkap haiwan wanita yang kejam bernama  Kapten Chantal Dubois kerana membuat kecoh di hotel



Inilah penangkap haiwan tu. Bila babak dia muncul, habis satu panggung golak bosar. Dio mampu wili motor, mampu buat anjakan dari satu bangunan ke bangunan yang lain, mampu menyembuhkan pekerja bawahannya dengan nyanyian yang sumbang, mampu menghidu jejak Alex dan kawan2!. Dia ni psyco!!

Berlakulah aksi kojar-mengojar antara haiwan bandar ni tadi dengan Kapten yang kejam tu. Maso adengan kejar-mengejar tu, semua hadirin dan hadirot dalam dewan tu tergelak bosar. Banyak adengan yang kelakar. Atok berani katokan, setiap 10 saat musti atok tergolak nonton aksi dalam tu.

Aksi kojar-mengojar tu berlaku sehinggalah di satu lokasi landasan keretapi haiwan ni tadi hampir terjerat dengan Kapten jahat ni tadi. Satu-satunya peluang yang ado untuk menyelamatkan diri adalah dongan menyembunyikan diri di gerabak keretapi yang memuatkan haiwan sarkis. Makanya, si Alex dan kawan-kawannya tadi terpakso mengaku mengatakan dia haiwan Sarkis dari Amerika. Haiwan sarkis dari Siberia tadi ni pun menerima kehadiran mereka.



Kebetulan, kumpulan sarkis Siberia ni akan membawa mereka membuat persembahan di New York kalau jutawan dari Amerika memberikan lesen pada mereka berdasarkan persembahan di Rom. Itu adalah peluang yang baik kepada Alex dan teman untuk pulang ke New York. Pelbagai halangan yang terpakso mereka tempuhi. Adakah mereka berjaya pulang ke New York? Atau adakah mereka tertangkap oleh Kapten yang jahat tu? Bagaimana pulak dengan persembahan mereka di Rom? So, Ecah kena tengok suma tu di pawagam berhampiran...Ngeeee


Atok kasi 10 bintang untuk cerita ni. Sesuai untuk di tonton oleh suma golongan masyarakat. Kompem tak kering gusi!

10 ulasan:

inche hlovate berkata...

okay boleh p tgok ni..macm menarik

LadyBird berkata...

salam atok... rajinnye atok tulis sinopsis cite madagascar lak.. panjangnyo...

dill berkata...

teringin nak tengok! ala..

dill.

Hanie Dew berkata...

circus! afro! circus afro! polka-dot! polka-dot! tarattarataarataa...

Hanie Dew berkata...

oh ya lupe plak,scen paling pelik paling tak logik paling memgarut adalah part Vitaly lepas lubang cincin ngan part dia selamatkan marty kuar dr lubang kunci berdua.hahhaa..tp it's ok. nama pung katun kan.sgt menghiburkan..

ps: olive oil mudah terbakar kah?

Suhami Ahmad berkata...

inche hlovate : Haaa...memang berbaloi

Suhami Ahmad berkata...

LadyBird : Salam...hihi..atok nak berkongsi ngan ecah kat luar sanun =)

Suhami Ahmad berkata...

dil : Ajaklah si dia....ngeh ngeh

Suhami Ahmad berkata...

Hanie Dew : Haaaa...dah tengok lettew

Suhami Ahmad berkata...

Hanie Dew : Banyak tak logik dalam cito ni...olive oil atok raso terbakar kot...tapi xdop lah macam petrol

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih