Isnin, 31 Januari 2011

Hujan

Haish, betul ke tahun arnab ni musim dingin a.k.a hujan ? Ke kebetulan sajok. Sojak hujan turun non-stop since sabtu potang lopeh, atok hanya berhibernasi di rumah sajok. Sekarang ni atok telah memontengkan diri ke tempat kerja. Semalam mesej big boss.

"Puan, saya ingat nak amek EL lah. Kampung sayo salji ujan. Jalan banjir"
Pueh atok nunggu keputusan balasan dari Big Boss atok tu. Dua jam lepas tu baru dia reply"
"Ok"

Tengah hari tadi hujan dah berhenti. Atok ingat nak bergerak balik Somban. Belum pun atok ingin memulakan langkah, bedebushhh...hujan balik. Waaa...macam mano ni. Dokumen untuk audit JPM tak siap laie. Kalau atok ponteng laie esok, habislah. Kelam-kabutlah bilo diorang datang nanti. Fail betullah. Adakah 1Malaysia hujan? 1Malaysia 1hujan? Mencik!!



Dah, aku nak sambung hibernasi kejap.............

Statistik setakat 30.01.2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan minggu kelima bagi tahun 2011 untuk Ujang membuat statistik Apo2 Yolah. Terlebih dahulu Ujang nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada yang menyangka statistik Ujang ni macam menunjuk. Tapi demi Allah, tak terlintas langsung. Ini bukan untuk menunjuk tapi sebagai sumber pencetus semangat kami kakitangan Apo2 Yolah. Jika statistik jatuh, maka  kami perlu gandakan usaha untuk mencapai target. Tiada niat lain. Sungguh.

Di kesempatan ini juga Ujang ingin memaklumkan, musim tengkujuh sudah melanda negeri belah tengah dan selatan. Kat kampung atok dah lebih 36 jam hujan tanpa henti. Jadi, atok pesan kat Ujang supaya bagitahu cucu-cucunya, jangan mandi sungai di kala musim tengkujuh ni.

Baiklah , kita teruskan pada statistik Apo2 Yolah sepanjang minggu lepas. Prestasi Apo2 Yolah setakat 30/1/2011 jam 2356, blog Apo2 Yolah kini berada di kedudukan ke   251,977 239,646 231,838 di dunia, dan 2,196 1,893 1,454 di Malaysia. Harus diingat kedudukan ini adalah termasuk semua website dan bukan mengikut turutan jumlah blog. Maksud Ujang kat sini, Facebook berada di tahta ke-1 dan blog Apo2 Yolah di kedudukan ke 1,454 di Malaysia. Peratusan kenaikan bagi kategori dunia adalah sebanyak    7.02% 4.89% 3.26% dan juga kenaikan sebanyak 16.8% 13.80% 23.19% bagi kategori di Malaysia jika dibandingkan pada minggu sebelumnya.

Ahad, 30 Januari 2011

Fakta Menarik

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.

Fakta Al-Quran 8

Masjid Al-Aqsa

 Berapakah jumlah ayat Madaniyyah dalam Al-Quran?
Jumlahnya sebanyak 1,761 ayat.








Untuk melanggan klik [SINI]

Sabtu, 29 Januari 2011

Facebook Ayu Raudhah Diceroboh

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Pelakon jelita, Ayu Raudah Che Wan, 27, hari ini merayu kepada pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan perbuatan menceroboh laman sosial Facebooknya.  Menurut Ayu, perbuatan mereka yang menggodam Facebooknya itu menyebabkan beliau tidak dapat dihubungi melalui e-mel oleh para penerbit filem kerana kata laluannya sudah ditukar.

Ayu yang baru melangsungkan perkahwinan dengan penyerang bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak, 24, pada 21 Januari lalu, ketika dihubungi di sini hari ini memberitahu:
"Sebenarnya dua bulan sebelum Ayu melangsungkan perkahwinan, laman Facebook Ayu tidak boleh dibuka kerana kata laluannya telah ditukar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Kali pertama penceroboh menggodam Facebook Ayu, Ayu masih boleh membukanya tetapi kali kedua Ayu gagal kerana mereka tahu segala-galanya tentang Ayu dan telah menukar kata laluan itu." 

Ayu yang kini berada di Seremban untuk majlis persandingan di pihak lelaki melahirkan rasa kecewa kerana hak peribadinya diceroboh oleh orang yang tidak dikenalinya.
"Ayu memang kecewa dengan perbuatan mereka kerana ia bukan sahaja menyusahkan Ayu, malah telah menipu para peminat Ayu yang sentiasa menyokong Ayu.
"Nasihat Ayu kepada mereka janganlah menceroboh hak peribadi orang lain walaupun hanya untuk berseronok-seronok," kata Ayu.

Cinta Semalam Episod 16

      Pemandangan di Kuala Pilah tiada banyak beza.  Masih seperti dulu juga.  Cuma ada sedikit pembangunan yang dilakukan.  Kehijauan sawah yang meliuk lintuk ditiup angin menggamit perasaan.  Lambaian mesra pokok kelapa seakan mempelawa setiap pengunjung yang melawat bumi beradat itu. Suasana di kampung begitu nyaman sekali.  Burung-burung pipit terbang melayang ke sana sini.  Kokokan ayam jantan masih gagah bersahutan.
       Kereta Iman membelah tanah landai di tengah-tengah bendang.  Kebanyakan warga tua kelihatan mengayuh basikal di kiri kanan bahu jalan.  Mereka kelihatan sibuk pulang ke rumah masing-masing setelah penat mengerjakan sawah yang luas terbentang.
      “Assalammualaikum,”sapa Iman kepada salah seorang tua yang menolak basikal di tepi jalan.  Orang tua itu memberhentikan langkahnya.
      “Waalaikummussalam.  Nak ke mano ni nak?,”tanya orang tua itu ramah.  Iman sempat bersalaman.
      Warga emas itu tersenyum menampakkan gusinya yang sudah terang.  Batang-batang giginya sudah tidak nampak lagi.  Iman membalas senyuman yang ikhlas itu.
      “Rumah Nek Tomah.  Dah lama saya tak datang menjenguk,”katanya membalas pertanyaan orang tua itu.
      Iman menguntum senyuman lagi.  Rasa-rasanya itulah Tok Harun.  Guru ngajinya semasa dia remaja dulu.  Tok Harunlah yang banyak memberi nasihat kepadanya semasa kenakalan zaman remaja.  Tok Harunlah yang banyak mengubah dirinya supaya menjadi insan lebih berguna.  Sekarang wajah orang tua itu sedang dimamah usia.  Dia hampir tidak kenal di permulaan pertemuan.
      “Kalau tak silap, anak ni Aiman…eh Amri ko apo?.  Atuk pun dah tak berapo ingat,”Tok Harun menggaru kepala.  Iman ketawa kecil.
      “Iman,”jawabnya dengan sopan.
      “Iyolah..atuk ingat muko kau jo.  Namo tu dah lupo.  Cucu si Tomah.  Atuk konal kau ni,”kata Tok Harun beriya-iya.  Dia pun terkekeh-kekeh ketawa bersama.
      Warga emas lewat 60an itu ramah sekali.  Iman masih lagi ingat Tok Harun hampir hendak mengejarnya satu kampung kerana tidak menghafal satu surah pun masa mengaji dulu.  Dulu Tok Harun memang garang.  Badannya memang tegap dan kuat pada ketika itu.  Tapi sekarang badan Tok Harun nampak lemah dan tak berdaya lagi.  Pergerakannya juga lemah.
      “Atuk nak ke mana?,”tanyanya lagi ramah.
      Dia tidak mematikan enjin keretanya.  Dia takut sampai lambat ke rumah Nek Tomah nanti.  Hari semakin senja.
      “Dari bondang tadi.  Nak balik rumahlah ni.  Dah kojo bosar kau yo Man.  Rugi atuk nikahkan anak bongsu atuk awal-awal,”gurau Tok Harun.
     Iman tersengih-sengih sambil menggaru kepala.  Tok Harun maksudkan Sitamlah tu.  Dulu mereka berdua memang selalu bergaduh kalau berjumpa.  Sampaikan Tok Harun sendiri hendak menjodohkan mereka berdua.
      “Baiklah Tuk.  Hari pun dah senja ni.  Nanti tak cam pulak jalan ke rumah Nek Tomah.  Saya pergi dulu ye Tuk,”Iman meminta diri.  Dia bersalaman dengan Tok Harun lagi.  Iman masih tersengih lagi teringatkan kata-kata orang tua itu sebentar tadi.
      “Assalammualaikum”
      “Waalaikumsalam.  Bawak baik-baik kereta tu,”kata lelaki  tua itu lagi.  Dia segera menolak basikalnya ke rumah.  Takut tak nampak jalan nanti.  Lampu basikalnya pun sudah usang.  Tidak nampak lagi mana mentolnya!




Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 15, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

Jumaat, 28 Januari 2011

Fesyen rambut ikut bentuk muka dan tubuh

Kau ado???
Itu dia. Esok atok nak poie saloon Ah Beng kasi make ober sikit. Dah nak masuk 3 bulan atok tak gunting rambut. Cubolah bayangkan, pelbagai hidupan liar hidup melata di atas kepala atok. Sekben kiri kanan dah terjuntai-juntai. Ekor belakang dah macam ekor ikan dugong. Rambut atas pulak macam David Beckam. Erkkk!

Atok masih mencari-cari identiti fesyen untuk 2011 nih. Alah, korang! Jeles la tu atok nak bergayo sikit. Atok sodar wajah atok ni warok, hitam longot, berkawah-kawah. Namun, dongan penataan rambut yang lebih sesuai akan membuatkan atok kelihatan seakan berumur 17 tahun!! Larikkkkk!

Tahun ni atok nak buek rambut ala-ala korea. Bleh? Atok dah bolo rambut ni 3 bulan, musti kono buek pesyen macam Rain. Tapikan, atok punyo wajah ni bulat macam bola. Atok tak gomok, tapi muko den memang bulat. Comel la sonang cito....pengsan lagik! Setelah atok mengugel fesyen rambut terkini. Atok ada beberapa idea pasal fesyen rambut mengikut raut wajah dan bentuk tubuh. Antaranya

Koleksi gambar lawak


Khamis, 27 Januari 2011

Audit JPM bakal menjelma

Sob...sob....Lopeh rayo cino ni audit JPM nak datang. Untuk apo? Untuk mengaudit lah. Tadi atok baru terimo dokumen yang diperlukan untuk pengauditan kewangan bagi tahun 2010-Bulan Januari 2011. Atok pun baru 2 tahun kek sini n selamo atok bekojo kat sini tak ponah laie Audit JPM datang. Setakat Audit Negara dengan Audit AG tu adolah. Ntah apo lak mimpi eh nak datang.

Sebak punyo sebak, ado 3 pages senarai dokumen yang diperlukan. Bengkak urat saraf otak atok pasni. Dalam senarai yang 3 muka surat tu ado 84 dokumen nak kono sedio! Adoiii....Dugaan betul. Tapi atok hanya anggap diorang datang bukan nak menghentam atok, tapi nak memperbetulkan kesilapan kalau ado terlopeh pandang ko kan. Iyolah tu tok. Dah lah, maleh atok nak menaip laie. Mood tu macam tibo-tibo dah lari. Hilang napsu nak bercoti den.

Busy

Muhamad Hairuman Miskon

Alhamdulillah, pagi ini aku masih bernafas lagi. Seawal pagi lagi aku bingkas menjalankan rutin harian seperti biasa. Aku akan ke ladang untuk membantu abang mengait buah kelapa sawit. Hanya itu yang mampu aku lakukan untuk membantu meringankan beban abang dan kakak. Ayah telah lama kembali ke rahmatullah pada tahun 1995. Mak pula pada tahun 2005. Dua orang kakakku pula Orang Kelainan Upaya. Kami hidup tidak semewah keluarga yang lain.

Mungkin rakan sebayaku sedang enak diulit mimpi sekarang. Mungkin juga mereka sedang ketawa berdekah-dekah bersenda gurauan. Atau barangkali menunggang motosikal mengelilingi kampung mengusik anak dara di kampungku. Namun bagi aku, aku lebih seronok membantu abang dan kakak. Sekurang-kurangnya dengan hasil sumbangan tenaga aku itu dapatlah membantu abang dan kakak membeli keperluan dapur. Aku tidak mahu menjadi beban kepada mereka yang telah banyak berkorban sejak kematian emak dan ayah lagi.

Pagi-pagi buta lagi aku sudah menghidupkan enjin motor untuk ke ladang.  Sampainya di sana aku akan bertegur sapa dengan rakan di ladang dahulu. Orang kata, ambil mood dulu. Hehe. Aku mula mengait buah kelapa sawit dari satu pohon ke satu pohon  yang lain. Aku cukup seronok dengan kerjaku.  Yalah, kerjanya tidaklah leceh sangat, namun upahnya agak lumayan. Aku seronok dengan pekerjaanku. Syukurlah walaupun pekerjaanku tidak sepopular mana, tapi itu masih rezeki dari Allah. Masih lagi dari sumber yang halal. Walaupun mungkin hasilnya sikit bagi kalian, tapi ia sangat besar bagiku. Lebih-lebih lagi jika hasil dari air tanganku itu sendiri akan menyuap segenggam nasi ke mulut adik-beradikku yang lain.

Namun,entah dimana silapnya. Sedang aku leka mengait buah kelapa sawit tiba-tiba aku terasa badanku  panas yang amat sangat. Panas!!! Pedihhhh! Gerakan aku kaku serta-merta. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Aku tercampak jauh. Aku pengsan di situ juga!

Rabu, 26 Januari 2011

Jangan pandang belakang

Haritu, atok tengah tekun buek kojo kat opis. Kondisi yang seleso. Mood tengah baik. Tekanan berada di tahap minimum. Bak kato pepatah MANTOP!. Al-maklumlah awal bulan memang banyak kojo sikit. Tu yang atok cubo buek kojo tanpa ado istilah tertekan. Sambil-sambil buek kojo tu atok pasanglah mp3. Terhangguk-hangguk buek kojo. Nasib baik bos aku tak nampak.

Tengah-tengah kusyuk tu, lopeh tu konsentrasi atok telah diganggu oleh sesuatu. Bunyi yang polik. Nak kato jantan bergaduh ado yo, nak kato jantan tengah miang pun ado yo. Dahi atok berkerut seribu. Acececeh, hiperbola di situ.

Setelah dikenalpasti, bunyi tu datang eh dari belakang opis atok ni. Atok raso sangsi. Nak skodeng ko tak? Nak skodeng ko tak?? Tetibo atok teringat cito Jangan main pandang belakang.

Jangan pandang belakang

Haish! atok dah tak tahan ni. Memokak-mokak deh kat belakang tu. So, atok pun bangunlah untuk menyaksikan pergaduhan tersebut. Atok selaklah langsir keras yang melindungi tingkap belakang opis atok tu. Pehtu tetibo atok raso macam nak pitam!

Sekolah dulu dan sekolah masa hadapan

1. Sesi pembelajaran
Dahulu
Guru : Baiklah pelajar sekalian, sila buka buku teks matematik tambahan gedabak tu muka surat 1456!
Pelajar : Cikgu! Buku teks saya sengaja cicirkan masa dalam perjalanan tadi. Berat sangat.

Masa hadapan
Guru : Baiklah pelajar sekalian, sila keluarkan ipad sekarang dan searh page yang kita dah bookmarks aritu!
Pelajar : Cikgu! saya terbawak ipod. Ala, lebih kuranglah tu kan cikgu.


2. Pengangkutan ke sekolah
Dahulu
Pelajar 1 : Eh! kau datang naik apa tadi?
Pelajar 2 : Tadi tertinggal bas. Alang-alang tu aku tumpang ayah aku naik Honda. Err...Motor Honda lampu bulat.

Masa hadapan
Pelajar 1 : Eh! kau datang naik apa tadi?
Pelajar 2 : Tadikan tertinggal LRT. Alang-alang tu aku tumpang pesawat ayah aku!
3. Apabila guru cuti bersalin
Dahulu
Cikgu Besar : Baiklah kalian, sila pindah ke kelas baru masing-masing mengikut abjad nama sementara Cikgu Peah yang nak pencen tahun depan tu habis cuti bersalin.
Pelajar : Ala....asyik- asyik pindah. Pindah-pindah asyik!

Masa hadapan
Pelajar : Yabedabeduuu!! Cikgu Sofeya Qatrunnada coti bersalin!!!
Cikgu Sofeya Qatrunnada : Ehem! ehem! Jangan lupa ya, kita sedang bersidang video sekarang!! (atas katil spital)


4. Waktu rehat
Dahulu
Mak cik kantin : Ha! sila beratur yo. Sapo tak beratur den libeh pakai ekor buayo!
Pelajar : Woi, mak siapolah garang ni woi!

Sekarang
Pelajar : Mak cik, saya order burger double patty swissh mushroom satu! (via skype)
Mak cik kantin : Hampeh! patutlah bontot kau bosar. Pemaleh nak bergerak!


Pesanan atok : Ini adalah segmen terakhir untuk dulu dan sekarang. Segmen ini bakal diganti an dongan segmen " Bersama Ustaz Amirul" bermula minggu hadapan.

Selasa, 25 Januari 2011

Menuju puncak

Sebona eh atok sengajo yo lotak tajuk menuju puncak tu. Padahal menuju tanjung rambutan. Waaaa....tolong...tolong...tolong ingatkan aku...erkkk! Tolong atok, atok dilanda kebuzian yang melampau.  Kegilaan atok hampir-hampir up version. Hari ni kono hantar target untuk tahun 2011. HARI INI. Waaaa......SKT pun kono anta, SWOT kono anta, TARGET pun kono anta....kenapa tak anta atok ke sorga? Kenapa? Kenapa???

Atok tak sompek nak mengarut dalam blog harini. Maaf la yo kok lambek atok singgah kat blog cu. Kok lambek atok reply komen. Kok lambek atok turunkan atograp.....jap... jap.....what??!! Atograp?? Kau ingat kau artis tok? Hang kebun pun tak sure boleh jadik lagi.

Dah! Dah! Atok tak mau susutkan fikiran ini. Atok nak poie Acer Sebis centre kojap. Nak poie boli barang.  Sapo nak toman an? Sobolum tu, layan................




Ini tak habis humban laie fail-fail atas mejo. Sajo yo display buat2 sibOOk.
p/s : Balik kojo kang atok online yo
^_^

Malaysian bloggers earn up to RM1million annually

Good morning everyone. How are you today? Hopefully good. Ok, this week auntie would like to continue my segment which is "Auntie Mei Mei dan English". For the new incomer, this topic just to improve my english that so patah english! Then, we learn english together-gether aa...Ha, what topic auntie want to discus with you guys this week? Ha...cikidaut yo!

Malaysian bloggers earn up to RM1 million annually.

BLOGGERS and blog operators these days are able to chalk up revenues of up to RM1mil annually, according to Berita Harian’s front-page report.
According to the daily, bloggers, who post their personal accounts are now exploiting their blogs for business transactions or advertisement placements, earning an average monthly income of RM70,000.
Bloggers dan pengendali blog pada hari ini boleh memperolehi pendapatan sehinggan RM 1 juta setahun, menurut laporan muka hadapan akhbar Berita Harian. Menurut blogger tegar, yang menghantar akaun peribadi mereka telah memanfaatkan kelebihan blog mereka untuk transaksi perniagaan atau iklan, boleh memperolehi pendapatan purata RM70,000
(er...auntie think aa..this is tottal up all bloggers lor. R U kerezi if we bloggers got RM 70,000 monthly alone?. Haiya, kompem the menteri2 one want resign maa....)

The daily highlighted blogger Mira Abu Bakar, whose highest monthly income revenue through advertising revenue was RM12,000 in 2008.
Mira, who has been operating her blog Redmummy.com since 2005, earns an average monthly revenue of RM2,000.
Blogger terkenal Mira Abu Bakar, pernah menerima pendapatan  tertinggi hanya melalui pengiklanan sebanyak RM 12,000 pada tahun 2008. Mira yang juga telah mula berblog sejak tahun 2005, kini telah memperolehi pendapatan secara purata sebanyak RM2000 sebulan.
(wallaweh, so many aa.....That we call it as rezeki ma. Dun pertikai-pertikai)

She admitted that she had to declare her side income with the Inland Revenue Board (IRB) as she was unaware about it until she received an audit
Dia mengaku bahawa dia  terpaksa mengisytiharkan pendapatannya melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang sebelum ini tidak disedari sehinggalah dia telah diaudit.
(Still got audit aa??)

Nuffnang (M) Sdn Bhd manager Nicholas Chay said hat revenue of a blog depended on the number of viewers and visitors at a certain period.
He said popular blogs could earn huge profits because advertisements or product reviews posted.
Pengurus Nuffnang (M) Sdn Bhd Nicholas Chay berkata pendapatan sesebuah blog bergantung kepada jumlah pengunjung pada masa tertentu. Dia juga berkata blog boleh menjana pendapatan yang tinggi kerana pengiklanan atau ulasan produk yang diposting.
(Op kos la. More person come to our blog, more money lor. But the visitors that come to Apo2 Yolah's blog is sOOooooOoo jauh panggang dari api compare tok the RedMummy.)

So, how? We must work hard dear to be a sakses blogger like MakAyam MakMerah!. BUT, autie would like to remind you and myself. Dun ever you blogging just for the money and you post something that not give inspires to others. Bekos, if u do so,your r not plan to be a good blogger, but you plan to condemn your own blog! Sekian, thank you!


Resources article : The Star Online by Izatun Shari


Isnin, 24 Januari 2011

Iklan 150 x 150 di Blog Apo2 Yolah

  • Untuk menyemak ranking Apo2 Yolah yang terkini, sila klik pada Label "Statistik Ujang".
  • Format iklan adalah 150 x 150. Kami cipta banner anda dengan percuma.
  • Iklan/Banner blog akan diletakkan diblog ini.
  • Bayaran iklan hanya RM 5 untuk sebulan.
  • Sila emailkan gambar untuk tujuan cipta banner (jika ada) serta link blog/website anda ke suham_mie@yahoo.com
  • Bayaran sudah tentu melalui Online Banking (err...sebab ATM tak terima 5 hengget) ke nombor CIMB BANK 0515-0007446-52-9
p/s : Pakej promosi. Hanya RM 10 sebulan jika mahu kami review blog/website anda sekali beserta iklan banner. (Ha, yang ni baru boleh guna mesin ATM).

Terhad kepada 10 iklan/banner blog sahaja diperlukan untuk sebulan. Sapo copek, dio dapek. Mokasih
(^___^)

Tips mandikan kucing

Wah, mulo-mulo sekali atok nak ucap mokasih daun keladi kat cu kalian sobab sudi singgah kat teratak nak roboh atok ni. Alhamdulillah. Mokasih banyak-banyak yo!. Coti minggu aritu pun atok tak sompek nak update "diari atok". Bizi terbungkang punyo pasal.

Tapi, atok nak petik salah satu daripada aktiviti mingguan atok aritu. Iaitu....apo dio? Cubo teka? Cepat.....teka cepat! Atok bagi 5 saat!  [sengal tul atok ni, dah terang2 tajuk entry mandi kucing (T_T') ]

Atok mandikan kucing! Bahaha!!..... Astagfirullah, kontrol atok...kontrol....Hari sabtu aritu atok ngan Nurhasrina Ahmad mandikan kucing-kucing peliharaan. Yang menjadi mangsa kerakusan kali ini adalah Uteh, Kakak dengan Abang. Kakak dengan Abang kecik lagi. Dalam 3 4 bulan. Uteh tu abang diorang. Dah setahun lebey. Tapi Uteh ni "Kucing Kurang Upaya". Siyesly, atok ado kucing kurang upaya! Nanti atok buek entry spesel pasal Uteh k. Uteh tu kucing atok. Baru malam tadi tido ngan Uteh.


Baiklah cucu-cucu den sekalian, bahan-bahan yang diperlukan untuk memandikan kucing adalah;
  • Besen mandi (kau jangan ingat baby yo ado besen). Kalau takdo besen, kau pakai yo kuali mak kau bekas kecil.
  • Syampoo ( Nak sampoo kelemumur bulih, nak sampoo kutu khinzir bulih, nak sampoo tak podih an mato pun bulih)
  • Air secukupnya
  • Towel (bukan towel atok dapek adiah aritu yo!)
Langkah-langkah;
  1. Ikat kucing-kucing pada batang pokok kelapa. Isikan air dalam besen. Kalau air suam lagi ok. Tak sojuk kucing tu.
  2. Pilih kucing kesukaan anda.
  3. Rendamkan kaki kucing separuh dahulu. Jangan terus rendam nanti kucing tekojot.
  4. Usapkan air atas kepala kucing bagi feel tu datang.
  5. Celup kucing dalam2!. Tuangkan sampoo atas badan kucing. Pastikan tak kono mato yo! Kalau nak kono cakaran pendekar harimau, langgarlah pantang-larang atok tu.
  6. Usap punya usap sampai kutu/kelemumur kucing tu fobia nak lekat lagi.
  7. Libas kucing dengan getah paip. Bilas dengan air bersih perlahan-lahan. Jangan kono muko! Ingat!!
  8. Lap dengan kain bersih.
  9. Campak atas atap rumah kasi kering
Tadaaa! Kini kucing cu lobih hensem dan jelita!!
Sobar...sobar......

Statistik setakat 23.01.2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan minggu keempat bagi tahun 2011 untuk Ujang membuat statistik Apo2 Yolah. Terlebih dahulu Ujang nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada yang menyangka statistik Ujang ni macam menunjuk. Tapi demi Allah, tak terlintas langsung. Ini bukan untuk menunjuk tapi sebagai sumber pencetus semangat kami kakitangan Apo2 Yolah. Jika statistik jatuh, maka  kami perlu gandakan usaha. Tiada niat lain.

Di kesempatan ini juga Ujang nak ucap tahniah kepada pengantin baru Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Hujung minggu ni perasan tak, memang kami kaw-kaw buat liputan pasal mereka. Zaquan Adha tu orang kampung Ujang and the geng. Tu yang buat liputan lebih!

Baiklah , kita teruskan pada statistik Apo2 Yolah sepanjang minggu lepas. Prestasi Apo2 Yolah setakat 23/1/2011 jam 2256, blog Apo2 Yolah kini berada di kedudukan ke  271,023 251,977 239,646 di dunia, dan 2,640 2,196 1,893 di Malaysia. Harus diingat kedudukan ini adalah termasuk semua website dan bukan mengikut turutan jumlah blog. Maksud Ujang kat sini, Facebook berada di tahta ke-1 dan blog Apo2 Yolah di kedudukan ke 1,893 di Malaysia. Peratusan kenaikan bagi kategori dunia adalah sebanyak   5.58% 7.02% 4.89% dan juga kenaikan sebanyak (3.49%) 16.8% 13.80% bagi kategori di Malaysia jika dibandingkan pada minggu sebelumnya.

Ahad, 23 Januari 2011

Fakta Menarik

 
 Aspirin mula dijual sebagai dadah farmasi pertama pada tahun 1899 selepas Felix Hoffman, pakar kimia Jerman di Syarikat Dadah Bayer, berjaya mengubah suai Asid Salicylic. Asid ini adalah sejenis bahan yang ditemui dalam kulit pokok wilow. Aspirin adalah dadah pertama yang ditawarkan sebagai pil larut air pada 1900. Nice for healing, but dun overdose. Errk tetiber.




Andainya kesemua anak-anak lalat hidup, maka sejumlah 190,000,000,000,000,000.000 ekor boleh dihasilkan dalam tempoh 4 bulan daripada anak-anak sepasang lalat induk. Nasib bek sumo tak hidup (T_T')




Pada kadar 188 disibel, suara seperti bunyi wisel yang dihasilkan oleh Ikan Paus Biru dianggap bunyi paling kuat dihasilkan oleh haiwan. Betapa hebatnya ciptaan Allah.




Sementara itu, pada usia 70 tahun, dianggarkan 73% daripada lelaki masih poten (subur)...Ish..ish..ish...

Ayu Raudhah kini isteri Zaquan Adha (temuramah khas)


BERMULA cinta di papan tanda, Ayu kini sah menjadi milik dan suri hidup Zaquan Adha. Ujar Zaquan, sikap lemah lembut wanita tersebut mencuri perhatian dan hatinya. Cinta mereka berkahir di jinjang pelamin.


KEDUA-DUA selebriti dua lapangan ini umpama pohon yang sedang penuh dengan bunga-bunga mekar. Digoyang sedikit pohon itu, maka bertaburanlah bunga-bunga cinta menyemarakkan bumi. Hati dan jiwa mereka umpama bunga-bungaan itu. 

Kelmarin, pelakon, Ayu Raudhah sah menjadi suri hidup Zaquan Adha yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan. Hantaran tujuh dulang berbalas sembilan dengan mas kahwin RM1,888, pasangan ini selamat diijabkabulkan di tanah kelahiran Ayu Raudhah iaitu di Alor Setar. Kedah.

Mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober lalu, majlis persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan semalam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Ia diikuti dengan majlis persandingan pihak lelaki di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, pada 30 Januari akan datang. 

Sensasi Bintang: Cinta dalam tafsiran kalian?
AYU RAUDHAH (AR): Sebuah perasaan yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata. Insan bercinta sahaja yang boleh memahami dan merasainya. Malah ia tidak boleh digambarkan. Makin nak kahwin, makin tersenyum-senyum baca SMS Zaquan. Macam baru-baru nak bercinta.
MOHD. ZAQUAN ADHA (ZA): (Ketawa besar) Saya tidak tahu dan tidak boleh menjawab soalan ini. Mungkin kerana saya bukanlah jenis yang sangat romantis. 

Kali pertama bertemu, masih ingat pertemuan itu?

Sabtu, 22 Januari 2011

Gambar persandingan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

BREAKING NEWS : Lagi gambar majlis persandingan Ayu Raudhah & Zaquan Adha daripada team Piccalasso yang diadakan di Alor Setar. Cuba tengok apa benda yang posing di tengah-tengah pengantin tu? Itulah Kyky anak kera angkat belaan Ayu Raudhah dan Zakuan Adha. So sweet nyah!

Manakala, pasangan kembar Aidil Zafuan memaklumkan bahawa isterinya, Rita Rudaini tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan atas alasan tidak sihat disebabkan sedang hamil 5 bulan.  Tahniah! Ada lagi gambar kat bawah tu.

Gambar pernikahan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

Yang ni segmen baru diperkenalkan tahun 2011 ini. "Breaking News". Akan diterbitkan setiap hari sabtu. Cuma ikon untuk segmen ini belum diketahui. Adakah anda yang kami cari?? Larikkkkkk.

Wah terlerai sudah air mata teruna dan dara yang meminati Ayu Raudhah, 27 dan pasangan, pemain bola sepak Negeri Sembilan Zaquan Adha, 24  kerana mereka telahpun selamat melangsungkan majlis perkahwinan kira-kira pukul 3.45 petang semalam. Pasangan telah dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah.

 

Khabarnya Mas Kahwin sebanyak RM1,888. Tujuh dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas sembilan dari pihak perempuan.

DANIEL ADIE GIVEAWAY : Diary Motivation 2011


 Atok kono tagged oleh Cu Finaz Jaafar
Mokasih banyak2 ha yo.... (^__^)
 Daniel Adie's 1st GiveAway so, atok nak joint GA ni to support cu Adie !
Moh2 meriahkan GA Adie ni..Adie tengah berbaik hati nak bagi Diary Motivation 2011..
Here some facts about the GA:
Giveaway: Diary Motivation 2011
No of giveaway: RAHSIA *surprise!!
Start Date: 20 Jan 2011
End Date: 27 Jan 2011

Untuk keterangan lebih lanjut silalah rujuk di 



                                                                         Tagged pado :

3. SEMUA cucu atok yang rasa nak join GA nih..

Jumaat, 21 Januari 2011

Tips elak adik-beradik bergaduh

"Kehadapan Tok Wan yang dikasihi. Nama saya Wan Maimunah. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Dua lelaki dan dua lagi perempuan. Salah dua orang dari mereka adalah kembar tak berapa nak siam sangatlah. Dan duo arang lagi tu dilahirkan normal. Anak sulung saya berumur 5 tahun. Kedua 4 tahun. Dan yang bongsu yang juga kembar itu berusia 3 tahun.                                Masalahnya Tok Wan, anak-anak saya ni suka membuat aksi smack down. Hari-hari bergaduh. Bergaduh-bergaduh hari-hari. Hari-hari jugak mulut saya ni memetir. Malu saya kat jiran sepapat, Tok Wan. Saya dah naik gila dah ni.  Nak berblogwalking pun tak senang! Boleh tak Tok Wan bagi nasihat atau pandangan yang bernas lagi mantop? Sekian..."

Ya, terima kasih kerana letakkan Tok Wan dihadapan. Terharu disitu. Sebelum Tok Wan meneruskan sesi kaunseling bersama Tok Wan yang tak berapa nak bertauliah ni, Tok Wan nak tegur sikit penyalahgunaan tatabahasa kau ni Mun. Tok Wan nak tanyo kau. Jiran tetangga ke jiran sepapat??  Musti subjek BM ko tak dapat kredit kan?

Itu dia. Tok Wan tahu tanggungjawab nak membesarkan anak ni bukannya perkara yang mudah. Nak-nak lagi macam anak kau ni Mun. Laki kau ni tak bagus plan nih. Tiap-tiap tahun bunting. Ok2, kita pun sedio maklumlah, adik-beradik ni pantang berjumpo. Nak-nak kalau dah ramai. Mesti membuat aksi smack down. Itu adatlah Mun. Anak-anak Tok Wan pun macam tu jugak dulu. Sekali 11 orang nak handle. Kau tak pengsan? Cumo kat sini, Tok Wan nak kongsi beberapa tips bagi mengurangkan kadar kesmackdownan itu.

1. Layan sama adil
Anak kau bergaduh musti kes mak ayah tak adil kan? Yelah, mungkin si kakak dapat makan burgar kat Burger King 1Utama, tapi si adik dapat makan burgar kedai abang hensem berniaga tepi jalan. Itu memanglah tak adil. Tu yang dengar kes si kakak duduk atas kepala adik tu. Anak kita tu mesti memberontak. Layanan kena adil. Tiada istilah anak feveret atau anak ugly duck! Kalau nak beli baju baru untuk kakak, si adik pun mesti dapat satu. Kalau adik ada anak patung Barbie baru, si kakak mesti dapat satu. Mesti tak gaduh pasal rebut mainan punya dan lain-lain hal.

2. Nasihat yang baik
Tok Wan tahu, situasi memberi nasihat semasa anak tengah bergaduh tidak bagus. Sebab sesi itu mungkin akan bertukar menjadi sesi memberi penerajang. Tok Wan cadangkan, masa berkumpul satu keluarga tu, cuba Mun bawak berbual dengan anak-anak. Mungkin masa tengah makan, atau masa nak menonton TV atau masa berehat di beranda rumah! Cakaplah baik-baik, kenapa kakak suka smack down adik. Tak bagus buat macam tu. Tuhan marah. Nanti kalau adik mati menangis macam mana? Kesian. Ha, pandai-pandai lah bagi kata-kata bernas.

3. Sesekali bercuti atau keluar bersama anak-anak.
Mungkin anak kita memberontak pasal asyik terkurung duduk dalam rumah. Si kakak tenung muka adik hari-hari. Si adik pulak tenung muka kakak hari-hari. So, masing-masing dah jemu. Tak ada muka lain ke yang boleh di tenung. Makanya, bawaklah anak-anak bercuti mungkin balik kampung ke, homestay ke, pergi pulau ke, dan lain-lain. Paling cikai pun bawaklah makan McD. Paling kedekut pun, kedai mamak pun jadiklah. So, anak tu tak sempat pun nak bergaduh kat rumah.

4. Sistem merit.
Itu dia. Hamek. Kat rumah pun dah ada sistem merit. Alah, kau gantunglah statistik kat rumah kau Mun. Sesapa yang berperangai baik, kau kasi satu bintang lekat kat space anak yang berkelakuan baik tu. Sesapo yang suka cari pasal, kau burn terus sumer bintang-bintang anak kau tu. Biar melalak. So, siapa yang boleh dapat full bintang, bolehlah bagi ganjaran. Dapat deng dang ke. Aiskrim Malaysia ke kan. Tora ke. Ha, kat situ dah bagi dorongan pada anak-anak untuk berkelakuan baik di rumah

5. Gantung rotan
Tok wan raso inilah paling berkesan. Kau gantungkan rotan besar ibu jari kat dinding rumah. Kalau ado bosar peha lagi bagus. Biar budak-budak tu rasa ngeri nak memporakporandakan keamanan ibunya di rumah. Kalau Mun dapek cari ekor ikan pari lagi bagus. Sapo bising, ekau kasi libas pakai ekor ikan pari tu. Kompen anak kau duk ontok-ontok. Tapi sekarang ni cara ni kono hati-hati sikit. Takut anak kau saman kau sebab dakwa kes dera! Sekarang ni zaman saman menyaman yo!

Ha, amacam? Harap sedikit sebanyak Tok Wan dapat membantu Wan Maimunah. Mano yang baik tu jadi ikutan, mano yang tak baik tu jadikan mimpi igauan. Psstttt....yang ekor ikan pari tu janganlah guno yo! Sekso budak tu.....Tok Wan poie dulu......Preng preng prenngggggggggggggggg!!!!

Adam Shah is missing

Atok masih ingat lagi maso kocik-kocik dulu, sesaat pun memang tak boleh renggang ngan mak atok. Kalau bangun tido yo, omak tak ado kat sebolah, mulolah start meraung. Sobab tu atok anak omak. Manjo. Tiap-tiap minggu balik kampung. Tapi atok perhatikan, anak buah atok yang nombor limo tu sebijik ikut perangai atok. Sikit-sikit melalak kalau omak eh ilang jap. 

Jadi, macam manolah gak eh perasaan atok kalau atok berada kat tompek Adam Shah sekarang. Sapo Adam Shah? Adam Shah ialah seorang budak lelaki comel yang tolah hilang pado bulan doblas tahun lopeh. Sampai sekarang tak jumpo laie. Macam mano perasaan cucu kat luar sekang, andaikato anak kito/anak saudara kito/anak buah kito/adik kito hilang??? Sodih tak? Kalaulah adik Adam Shah ni anak hartawan/kerabat/golongan berada/menteri, kompem pencariannya dilakukan habis-habisan. Tapi adik ni cumo insan biaso. Macam kito gak. Siapo lagi nak berusaha mencarinya kalau bukan kito yang membantu?

Jadi, dikesempatan ni, atok nak gunokan medium blog atok yang cabuk ni untuk mengwarwarkan pado cucu atok yang baco pagi ni. Kalau terjumpo adik comel ni, bagitahulah polis copek-copek atau contact emaknya. Mokasih pado Abgterror Page's dan blogger lain yang telah menjalankan tanggungjawab sosial ni.  Blogger kat lur sanun, kalau nak samo-samo sebarkan maklumat ni, copy paste yo entry atok ni. Samo-samolah kito berdoa agar adik ni selamat kembali kepangkuan keluarga. Amin... 

Kalau ado apo-apo info, contact orang ni kat FB 'Norazuin Munaji' jiko ado terdengar/terjumpo pasal adik malang ni. Tolong atok k....



PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih