Khamis, 12 Ogos 2010

Sinopsis Cinta Semalam

SINOPSIS CINTA SEMALAM



Iman Naim seorang lelaki yang datang dari keluarga yang berada dan tidak pernah berputus asa mencari cinta sejatinya. Walaupun ramai gadis yang ingin mengenalinya, namun Iman percaya mereka hanya inginkan kekayaan semata-mata. Iman pernah bercinta buat kali pertama semasa zaman persekolahan dengan seorang gadis miskin yang berpewatakan tomboi bernama Sufia. Namun, gadis tersebut tidak menyedari kehadiran cinta sejatinya.
Akhirnya, mak cik kepada Sufia telah mengetahui hubungan tersebut dan telah bertindak berpindah ke tempat lain untuk memisahkan mereka berdua. Sepuluh tahun berlalu. Iman masih lagi mencari pasangan yang akan menjadi teman hidupnya.
Datin Asiah, iaitu mak kepada Iman ingin menyatukan Iman dengan Rusnanim. Gadis yang setaraf dan berkelulusan luar negara. Iman dan Rusnanim semakin rapat dan telah mengenali hati budi masing-masing. Hubungan mereka semakin akrab dan cinta mula berputik dalam diri Rusnanim. Walaubagaimanapun Iman masih teringatkan kekasih pertamanya.
Keakraban mereka terjejas dengan kehadiran Sufia secara tiba-tiba. Penampilan Sufia sudah berubah. Iman mula melupakan detik-detik indahnya bersama Rusnanim. Rusnanim mula berasa tersisih. Satu persatu dugaan yang menimpa diri dan keluarganya.
Novel ini bukan saja mengisahkan hubungan cinta dua pasangan semata-mata. Namun untuk kelainan, nilai cinta itu diperluaskan lagi dengan cinta terhadap Tuhan, cinta pada keluarga dan cinta pada teman. Dapatkah Rusnanim merampas kembali cintanya? Adakah Iman berani mengucapkan kata-kata cintanya pada Sufia? Siapakah pilihan hati Iman Naim? Semuanya terjawab dalam Novel Cinta Semalam.



p/s : untuk membaca novel ini secara berterusan, sila klik pada label "Novel Cinta Semalam"

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih