Assalammualaikum dan wass up dude!....Lama dah abang Joe tak bersiaran. Gara-gara si Suhami pemalas tu sibuk pegi bercuti je, aku punya entry tak post2. Abang Joe rasa bertuah sekali kerana dipilih menjadi karekter sulung yang membuat entry untuk bulan puasa bulan yang mulia. Korang pose tak arini? Tu aku nampak ada yang baru korek2 idung tu? Kalau pose baguslah. Mana tahu, entah2 bulan ramadhan kali ini adalah bulan puasa terakhir bagi kita. Jadi, laksanakanlah sebaik mungkin.
Sempena bulan puasa ini, abang Joe nak petik email dari Mohamad Abdullah Bin Subir. Gombak, Selangor, Malaysia berkisar tentang keislaman jugak. Tajuk entry kali ini adalah "Kenapa dia boleh, kita tak boleh?????"
Seorang biarawati boleh lak tertutup dari kepala sampai ke kaki untuk mengabdikan dirinya untuk Tuhan boleh, TETAPI kenapa jika seorang gadis muslim melakukan hal yang sama dia ditindas?
Apabila wanita barat tinggal dirumah untuk menjaga rumah dan anaknya, dia dipandang tinggi oleh masyarakat kerana pengorbanannya boleh, TETAPI apabila wanita muslim melakukan perkara yang sama dia ditindas?
Semua wanita boleh pergi ke Universiti dengan
memakai apa saja yang dia nak kerana ada hak dan kebebasan, TETAPI kenapa bila wanita muslim pakai Hijab, mereka halang dari memasuki Universiti?
memakai apa saja yang dia nak kerana ada hak dan kebebasan, TETAPI kenapa bila wanita muslim pakai Hijab, mereka halang dari memasuki Universiti?
Apabila seorang kanak-kanak berminat kepada sesuatu objek, dia dikatakan ada potensi dan bakat, TETAPI kenapa bila dia berminat pada Islam, dia dikatakan tak berguna!
Apabila seseorang berkorban untuk memastikan semua orang hidup, dia ialah pengaman dan semua orang hormat padanya, TETAPI apabila seorang warga Palestin menyelamatkan anak lelakinya dari dibunuh, adiknya dipatahkan tangan, ibunya dirogol, rumahnya dimusnahkan, dan masjidnya dimusnahkan.......dia mendapat gelaran "Pengganas!?"
Apabila seorang Yahudi membunuh, agamanya tidak disebut, TETAPI kenapa apabila seorang Islam dihadapkan ke muka pengadilan, Islam lah puncanya?
Apabila kita ada masalah, kita terima apa saja jalan penyelesaian, TETAPI kenapa jalan penyelesaian itu berpaksikan ISLAM, kita menolaknya?
Tanpa mengindahkan sedikit pun tentang undang-undang Islam, orang lebih percayakan surat khabar TETAPI mempertikaikan kandungan Al-Quran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan