Rabu, 26 Januari 2011

Sekolah dulu dan sekolah masa hadapan

1. Sesi pembelajaran
Dahulu
Guru : Baiklah pelajar sekalian, sila buka buku teks matematik tambahan gedabak tu muka surat 1456!
Pelajar : Cikgu! Buku teks saya sengaja cicirkan masa dalam perjalanan tadi. Berat sangat.

Masa hadapan
Guru : Baiklah pelajar sekalian, sila keluarkan ipad sekarang dan searh page yang kita dah bookmarks aritu!
Pelajar : Cikgu! saya terbawak ipod. Ala, lebih kuranglah tu kan cikgu.


2. Pengangkutan ke sekolah
Dahulu
Pelajar 1 : Eh! kau datang naik apa tadi?
Pelajar 2 : Tadi tertinggal bas. Alang-alang tu aku tumpang ayah aku naik Honda. Err...Motor Honda lampu bulat.

Masa hadapan
Pelajar 1 : Eh! kau datang naik apa tadi?
Pelajar 2 : Tadikan tertinggal LRT. Alang-alang tu aku tumpang pesawat ayah aku!
3. Apabila guru cuti bersalin
Dahulu
Cikgu Besar : Baiklah kalian, sila pindah ke kelas baru masing-masing mengikut abjad nama sementara Cikgu Peah yang nak pencen tahun depan tu habis cuti bersalin.
Pelajar : Ala....asyik- asyik pindah. Pindah-pindah asyik!

Masa hadapan
Pelajar : Yabedabeduuu!! Cikgu Sofeya Qatrunnada coti bersalin!!!
Cikgu Sofeya Qatrunnada : Ehem! ehem! Jangan lupa ya, kita sedang bersidang video sekarang!! (atas katil spital)


4. Waktu rehat
Dahulu
Mak cik kantin : Ha! sila beratur yo. Sapo tak beratur den libeh pakai ekor buayo!
Pelajar : Woi, mak siapolah garang ni woi!

Sekarang
Pelajar : Mak cik, saya order burger double patty swissh mushroom satu! (via skype)
Mak cik kantin : Hampeh! patutlah bontot kau bosar. Pemaleh nak bergerak!


Pesanan atok : Ini adalah segmen terakhir untuk dulu dan sekarang. Segmen ini bakal diganti an dongan segmen " Bersama Ustaz Amirul" bermula minggu hadapan.

19 ulasan:

aibaks berkata...

aibaks rasa sekolah masa depan cikgu tak sempat nak ajar budak2 da tahu da.. haha..

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

wah...menakutkan
mesti lagi sosial nanti budak2 akan datang
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?

CahayaCintaIlahi berkata...

hahaha.. maken maju la kan atOk hehe sekarang sekolah2 pun da ade komputer dan lif.. power dorang tok.. aih..


bersama ustaz amirul.. cam besh jew huhu ;)

KUREKURE COMEL berkata...

hahaha...gle r...tp kn...dulu dulu jgk best kn..kn..

amin berkata...

kembalikan masa silam ku

Hani Nabilia berkata...

hahahah
adeh naik pesawat tak tahan tuh..lepas nie jem la ruang udara kita =)

n a d berkata...

hahahah! dak2 skang makin advance.

sw33tdarling berkata...

tak mustahil semua ni akan berlaku

Tanpa Nama berkata...

>> salam kenal, first time singgah sini..
>> best lah crita atok kt sini, suma klakar2..

Unknown berkata...

aibaks : Haah, gugel yo kan...

Unknown berkata...

.::: Princess MOMOY :::. : Kito doa an supayo tak teruk k

Unknown berkata...

CahayaCintaIlahi : Haah cci. Zaman atok dulu takdo macam sekang ni. Untung budak sekang

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Haah, walopun susah tapi lagi besh

Unknown berkata...

r-mean : Hihi...yang mano tu??

Unknown berkata...

Daniela : Kono pasang lampu terapik tu!

Unknown berkata...

nadiah daud : Jangan advance ke arah negatip dah la kan

Unknown berkata...

sw33tdarling : Wait n see...hhi

Unknown berkata...

myazuluv : Ala, sogan atok ha...mokasih yo
=)

faiz berkata...

heheh..dulu den guno kuasa veto pengawas potong que kat kantin..

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih