Khamis, 27 Januari 2011

Muhamad Hairuman Miskon

Alhamdulillah, pagi ini aku masih bernafas lagi. Seawal pagi lagi aku bingkas menjalankan rutin harian seperti biasa. Aku akan ke ladang untuk membantu abang mengait buah kelapa sawit. Hanya itu yang mampu aku lakukan untuk membantu meringankan beban abang dan kakak. Ayah telah lama kembali ke rahmatullah pada tahun 1995. Mak pula pada tahun 2005. Dua orang kakakku pula Orang Kelainan Upaya. Kami hidup tidak semewah keluarga yang lain.

Mungkin rakan sebayaku sedang enak diulit mimpi sekarang. Mungkin juga mereka sedang ketawa berdekah-dekah bersenda gurauan. Atau barangkali menunggang motosikal mengelilingi kampung mengusik anak dara di kampungku. Namun bagi aku, aku lebih seronok membantu abang dan kakak. Sekurang-kurangnya dengan hasil sumbangan tenaga aku itu dapatlah membantu abang dan kakak membeli keperluan dapur. Aku tidak mahu menjadi beban kepada mereka yang telah banyak berkorban sejak kematian emak dan ayah lagi.

Pagi-pagi buta lagi aku sudah menghidupkan enjin motor untuk ke ladang.  Sampainya di sana aku akan bertegur sapa dengan rakan di ladang dahulu. Orang kata, ambil mood dulu. Hehe. Aku mula mengait buah kelapa sawit dari satu pohon ke satu pohon  yang lain. Aku cukup seronok dengan kerjaku.  Yalah, kerjanya tidaklah leceh sangat, namun upahnya agak lumayan. Aku seronok dengan pekerjaanku. Syukurlah walaupun pekerjaanku tidak sepopular mana, tapi itu masih rezeki dari Allah. Masih lagi dari sumber yang halal. Walaupun mungkin hasilnya sikit bagi kalian, tapi ia sangat besar bagiku. Lebih-lebih lagi jika hasil dari air tanganku itu sendiri akan menyuap segenggam nasi ke mulut adik-beradikku yang lain.

Namun,entah dimana silapnya. Sedang aku leka mengait buah kelapa sawit tiba-tiba aku terasa badanku  panas yang amat sangat. Panas!!! Pedihhhh! Gerakan aku kaku serta-merta. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Aku tercampak jauh. Aku pengsan di situ juga!

Sebaik saja sedar, aku berada dalam keadaan kesakitan. Badan-badanku sengal-sengal. Bila aku pusingkan badan ke kiri, aku terasa pedih sekali. Kulitku terasa seakan dirobek-robek! Nafasku sudah tidak teratur lagi. Badanku lemah. Ya Allah! Apa sudah berlaku ni? Bisik aku dalam hati. Aku menjeling ke bahagian bawah badan. Subhanallah! Allah maka Besar! Ya Allah ya Tuahnku! Dugaan apa yang Kau berikan pada hambamu ini Ya Allah. Air mataku terus mengalir laju. Terus mengalir tanpa sempat diempang kelopak mata. Itulah kali pertama aku meraung sejak pemergian emak dan ayah dulu.

Abang dan kakak meluru ke katilku setelah mendengar jeritan aku. Mereka berdua hanya mampu menangis.
"Kak! Pedih kak! Apa kena dengan Man ni kak?,"soalku untuk mendapatkan jawapan. Setahu aku, baru tadi aku sedang mengait buah kelapa sawit. Baru tadi aku bergura senda dengan kawan di ladang.

Setelah dimaklumkan abang, barulah aku tahu. Aku telah terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi!. Badanku melecur teruk. Sudah macam mayat hidup! Ya Allah, aku tak tertanggung dengan dugaanMu ini. Pedih! Sakitnya! Darah berada di mana-mana. Dan sentiasa mengalir merah. Aku tak mampu untuk bergerak sebarang seinci sekalipun. Seinci bergerak, bermakna seperti pedang tajam menghiris-hiris dagingku. Aku hanya mampu menangis. Menangis. Dan menangis siang malam!

Setelah hampir 2 bulan berada di hospital, kali ini satu lagi dugaan maha besar menimpa aku lagi. Doktor menasihatkan supaya kedua belah tanganku dipotong kerana urat saraf sudah mati! Ya! di potong!  Di potong seperti ayam tu! Macam mana aku nak makan nanti doktor! Macam mana aku nak berinstijak!  Macam mana aku nak menyuap rezeki kat adik dan kakak-kakak aku yang OKU tu doktor! Apa kau tak ada akal fikirankah, doktorrrrrr? Kau bolehlah cakap potong, gaji kau besar! Tapi aku ni? Aku hanya  kais pagi makan pagi, kais petang makan petang je doktorrrr....Kalau kau potong tangan aku, macam mana masa depan aku doktor! Ya Allah ya Tuhanku.......

Aku menangis lagi. Hanya itu yang termampu aku lakukan. Sehingga aku dapat rasakan air mata aku sudah kering untuk terus mengalir lagi. Kakak dan abang hanya mampu melihat dengan sebak. Tidak apa yang mampu mereka buat. Mata kakak sudah lebam dek menangis kerana aku siang malam.

Akhirnya, atas nasihat abang, kakak dan doktor aku patuh juga untuk memotong kedua belah tanganku. Kerana tanganku sudah dijangkiti kuman. Takut akan membawa perkara lebih buruk lagi pada masa hadapan. Lagipun kedua belah tanganku itu sudah tidak berfungsi lagi. Sudah kaku. Urat sarafnya sudah mati. Kudunglah aku! Aku merelakannya...

Dan yang terkini. Aku tidak mampu mengucap apa-apa lagi setelah doktor memaklumkan kaki kiriku bakal dipotong atas faktor perubatan.  Lepas ni apalah lagi yang akan dipotong. Aku pasrah. Mungkin ini ujian dariMu Ya Allah. Aku adalah insan kerdil. Malah jasadku ini pun adalah pinjamanMu untuk sementara sahaja. Aku tidak layak untuk mengingkari qada dan qadar.  Aku tidak layak mempersoalkan ujianMu.

Cuma satu saja aku pinta Ya Allah. Aku berdoa kepadaMu. Allah, janganlah Kau menimpakan beban kepada abang dan kakakku kerana kecacatanku kelak. Permudahkanlah urusan mereka seharian.  Semoga kehidupan kami akan lebih bahagia hendakNya. Amin ya Robbal Alamin... 
:'-(

  



Macam mana kalau kita jadi macam tu?



Air mukanya sudah menggambarkan derita yang ditanggung




Kasih seorang kakak





Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,

Seksyen 2. Taman Desa Mawar,

45500 Tanjong Karang, Selangor.

Pesan Atok : Kalau nak keluarkan rm10 untuk beli tiket wayang tak sengkek. Tapi kalau nak keluarkan rm10 untuk tiket ke syurga, sengkek kah kita? Hulurkan bantuan ikhlas sepenuh hati kepada Muhamad Hairuman Miskon jika berkemampuan...

7 ulasan:

KUREKURE COMEL berkata...

dekat dgn rumah mina...insyaallah mina tunggu hairuman keluar hosptl dulu...baru pergi rumah dia...

gud job atok...

nelly berkata...

kesian dia . .
Allah tengah uji dia ..

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Sampaikan salam atok yo...

Suhami Ahmad berkata...

nelly : Itulah. Berat kan dugaan Hairuman ni

Cik Rimau berkata...

Hurmm.. Sebaya Cik Rimau die ni ye.. Siannye.. Mude2 dah kena mcm nie.. Tak tau la kalau perkara mcm ni jadi kat Cik Rimau.. Takut bila difikirkan.. :-(

Suhami Ahmad berkata...

CikRimau : Itulah. Seberat manapun dugaan dia, mesti ada hikmahnya kan

Maryuni Binti Miskon berkata...

Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin….

Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520