1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan  menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika  kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang  itu lalu kita akan dilempang olehnya.
2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap  daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding  jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua  mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika  diketahui oleh isteri.
3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas  1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran  memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000  jam jika tidak membawa kompas.
4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember  1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu  berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil  mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.
5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya.  Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika  dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.
6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau  Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi  kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar  menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.
7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah  Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh  budak-budak sekolah ketika bercinta.
8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air.  Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan  kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak  iaitu sindrom ‘masuk air’.
9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar  pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang  pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.
10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam  bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa  Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga,  didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari  A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.
 

 
 
16 ulasan:
kalau kita "mengencing" haba akan mengalir kat orang lain...sebab itu la dia naik angin..
fakta ke auta ni ?
hehehe
hehehe....mcm2 la atok ni..atok bijak ni..
haha.pening kpala dbuatnye.
hahhaa...;p
ado ko bulu idung berbelang tok???
Just thought I would comment and say great theme, did you code it for yourself? Really looks excellent!.
(ppsssstttt!!! 'Tanpa Nama' puji atok tu. Siapakah gerangannya?)
optionshift3 :Waaa, pastu mesti kono "haba" tu balik
nelly : Ayat pertamo tu fakta. Ayat keduo tu auta. Kih kih
KUREKURE COMEL : Haish! mano adolah
zaidatul salwa : Kih Kih...ha, dapat an nasihat Kak Milah segera
ShaLLeyShaLina : :P
iris : Err...bulu idung babun ado gak eh
Tanpa Nama : I used simple template from blogspot, then adjust a little bit...
blog-tips-kurus : Hihi...tapi napo guno tanpa nama yo
Catat Ulasan