Jumaat, 21 Januari 2011

Tips elak adik-beradik bergaduh

"Kehadapan Tok Wan yang dikasihi. Nama saya Wan Maimunah. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Dua lelaki dan dua lagi perempuan. Salah dua orang dari mereka adalah kembar tak berapa nak siam sangatlah. Dan duo arang lagi tu dilahirkan normal. Anak sulung saya berumur 5 tahun. Kedua 4 tahun. Dan yang bongsu yang juga kembar itu berusia 3 tahun.                                Masalahnya Tok Wan, anak-anak saya ni suka membuat aksi smack down. Hari-hari bergaduh. Bergaduh-bergaduh hari-hari. Hari-hari jugak mulut saya ni memetir. Malu saya kat jiran sepapat, Tok Wan. Saya dah naik gila dah ni.  Nak berblogwalking pun tak senang! Boleh tak Tok Wan bagi nasihat atau pandangan yang bernas lagi mantop? Sekian..."

Ya, terima kasih kerana letakkan Tok Wan dihadapan. Terharu disitu. Sebelum Tok Wan meneruskan sesi kaunseling bersama Tok Wan yang tak berapa nak bertauliah ni, Tok Wan nak tegur sikit penyalahgunaan tatabahasa kau ni Mun. Tok Wan nak tanyo kau. Jiran tetangga ke jiran sepapat??  Musti subjek BM ko tak dapat kredit kan?

Itu dia. Tok Wan tahu tanggungjawab nak membesarkan anak ni bukannya perkara yang mudah. Nak-nak lagi macam anak kau ni Mun. Laki kau ni tak bagus plan nih. Tiap-tiap tahun bunting. Ok2, kita pun sedio maklumlah, adik-beradik ni pantang berjumpo. Nak-nak kalau dah ramai. Mesti membuat aksi smack down. Itu adatlah Mun. Anak-anak Tok Wan pun macam tu jugak dulu. Sekali 11 orang nak handle. Kau tak pengsan? Cumo kat sini, Tok Wan nak kongsi beberapa tips bagi mengurangkan kadar kesmackdownan itu.

1. Layan sama adil
Anak kau bergaduh musti kes mak ayah tak adil kan? Yelah, mungkin si kakak dapat makan burgar kat Burger King 1Utama, tapi si adik dapat makan burgar kedai abang hensem berniaga tepi jalan. Itu memanglah tak adil. Tu yang dengar kes si kakak duduk atas kepala adik tu. Anak kita tu mesti memberontak. Layanan kena adil. Tiada istilah anak feveret atau anak ugly duck! Kalau nak beli baju baru untuk kakak, si adik pun mesti dapat satu. Kalau adik ada anak patung Barbie baru, si kakak mesti dapat satu. Mesti tak gaduh pasal rebut mainan punya dan lain-lain hal.

2. Nasihat yang baik
Tok Wan tahu, situasi memberi nasihat semasa anak tengah bergaduh tidak bagus. Sebab sesi itu mungkin akan bertukar menjadi sesi memberi penerajang. Tok Wan cadangkan, masa berkumpul satu keluarga tu, cuba Mun bawak berbual dengan anak-anak. Mungkin masa tengah makan, atau masa nak menonton TV atau masa berehat di beranda rumah! Cakaplah baik-baik, kenapa kakak suka smack down adik. Tak bagus buat macam tu. Tuhan marah. Nanti kalau adik mati menangis macam mana? Kesian. Ha, pandai-pandai lah bagi kata-kata bernas.

3. Sesekali bercuti atau keluar bersama anak-anak.
Mungkin anak kita memberontak pasal asyik terkurung duduk dalam rumah. Si kakak tenung muka adik hari-hari. Si adik pulak tenung muka kakak hari-hari. So, masing-masing dah jemu. Tak ada muka lain ke yang boleh di tenung. Makanya, bawaklah anak-anak bercuti mungkin balik kampung ke, homestay ke, pergi pulau ke, dan lain-lain. Paling cikai pun bawaklah makan McD. Paling kedekut pun, kedai mamak pun jadiklah. So, anak tu tak sempat pun nak bergaduh kat rumah.

4. Sistem merit.
Itu dia. Hamek. Kat rumah pun dah ada sistem merit. Alah, kau gantunglah statistik kat rumah kau Mun. Sesapa yang berperangai baik, kau kasi satu bintang lekat kat space anak yang berkelakuan baik tu. Sesapo yang suka cari pasal, kau burn terus sumer bintang-bintang anak kau tu. Biar melalak. So, siapa yang boleh dapat full bintang, bolehlah bagi ganjaran. Dapat deng dang ke. Aiskrim Malaysia ke kan. Tora ke. Ha, kat situ dah bagi dorongan pada anak-anak untuk berkelakuan baik di rumah

5. Gantung rotan
Tok wan raso inilah paling berkesan. Kau gantungkan rotan besar ibu jari kat dinding rumah. Kalau ado bosar peha lagi bagus. Biar budak-budak tu rasa ngeri nak memporakporandakan keamanan ibunya di rumah. Kalau Mun dapek cari ekor ikan pari lagi bagus. Sapo bising, ekau kasi libas pakai ekor ikan pari tu. Kompen anak kau duk ontok-ontok. Tapi sekarang ni cara ni kono hati-hati sikit. Takut anak kau saman kau sebab dakwa kes dera! Sekarang ni zaman saman menyaman yo!

Ha, amacam? Harap sedikit sebanyak Tok Wan dapat membantu Wan Maimunah. Mano yang baik tu jadi ikutan, mano yang tak baik tu jadikan mimpi igauan. Psstttt....yang ekor ikan pari tu janganlah guno yo! Sekso budak tu.....Tok Wan poie dulu......Preng preng prenngggggggggggggggg!!!!

12 ulasan:

zaty luvlianncezzz berkata...

hehe..Atok!

atok wat sesi kaunseling tu percuma ea

sistem merit pn ada ek kt umah??
seram sejuk cu mendengarnya

huhu

KUREKURE COMEL berkata...

atok....yg mina dpt tangkap 'burger''mcd''eskrem'...
mee sup xboleh ke tok?hehehehe..
pe2 pun....best entry ni....
"makin luas anak...makin luas pengalaman"...cewaahhh...

paish berkata...

den 'Like' no. 5.he3

iniialahaku berkata...

tudia aih...sistem merit tu..mcam nk amik lesen..hehehe

blog-tips-kurus berkata...

org mmg x suke 'pesen komen' tu tok? macam berat je. yg tradisional ni memang oklaaa..

*bole komen off-topic kan? prengggggggggg!!

Suhami Ahmad berkata...

zaty luvlianncezzz : Haah, Tok Wan sajo berkongsi ngan semuo. Mano yang baik tu, ikutlah..

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Aiyo....musti ni anak didik abang karam ni

Suhami Ahmad berkata...

paish : Pengsan...

Suhami Ahmad berkata...

iniialahaku : Kompem ramai yang fail...

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : Hii..haah boto2....atok pun prefer yang lamo nih....mokasih ek tegur atok
^_^

faiz berkata...

tapi atok camno plak kalo adikberadik tu sumo dah bosa panjang gaduh..

Suhami Ahmad berkata...

faiz : kalau dah bosar2 bergaduh, lago'an kepalo eh

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih