Kalau Ecah nak tau Olimpik baru sajok melabuhkan tirainya Jumaat yang lalu di dalam bulan suci bulan Ramadon. Dan kali ini Olimpik diadakan di London, Britain. Dan atok sempat menonton siaran ulangan acaro pembukaan pado cuti minggu lalu. Pastu atok terus hapdet status kek efbi
Atok terkesima lah kan. Atok tak tahu pun maskot olimpik kali ni berbentuk dajal. Ecah kena paham, rutin harian atok hanyo 8 jam tido, 9-11 jam kojo, 6 jam makan/minum/solat/edit gambau/u'uk/bersosial. Macam mano atok nak tahu perkembangan donia. Walhal peti telebisen pun nan hado kat rumah sewo ni. Tak mustahil la atok tak kenal pun maskot olimpik yang dikatakan dajjal tu.
Untuk tidak kelihatan dungu @ orang gua, atok terus mengugel 'maskot olimpik 2012'. MasyaAllah, atok ingatkan kawan atok tu sekadar gurauan. Rupo eh memang boto maskot tu bermato satu!
maskot kiri tu namanya Wenlock, yang kanan ni namanya Mandeville yang keduanya menyerupai dajjal! |
Cubo Ecah perhatikan jugak logo Olimpik 2012 kali ini. Jiko Ecah perhatikan, logo dia pun polik kan. Dan seakan membentuk satu perkataan iaitu Zion (Zionis)!
Zion |
Atok tak puas hati, atok terus mengugel konspirasi yang berikutnya. MasyaAllah, atok tak tahu benda ni di rancang ataupun satu kebetulan. Kalau Ecah perasan maso pembukaan rasmi sukan Olimpik jumaat lalu, ado satu pokok yang besar kat tengah-tengah stadium tu.
Tibo-tibo ramai orang keluar dari pokok yang diletakkan di atas bukit tengah-tengah stadium tu. Dan yang keluar tu seolah-olah nak menunjukkan pado kito mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Tak cukup dongan itu, ditonjolkan pulo penghinaan terhadap Nabi Musa?
Diceritakan bahawa Nabi Musa A.S dihanyutkan oleh ibunya di sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang dilahirkan pada waktu itu.
Lihat gambar kek ateh tu. Seorang bayi yang sedang tidur dan di bawa perlahan-lahan menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Musa A.S yang sedang dihanyutkan di atas sungai Nil ketika waktu malam.
Selopeh tu, muncul pulak patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kito pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan rasul termasuklah Nabi Musa A.S yang mempunyai tongkat dan tongkat tersebut berkuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Gambar ini satu penghinaan terhadap Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir.. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta iaitu bersamaan dengan 18.2M. Bukankah ketinggian ahli sihir tu lebih kurang 18 meter?...
Itu atok tak bincang pasal struktur binaan stadium tu lagi yang ado unsur piramid. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason & Illuminuti yang ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Atok berharap agar tidak ado perkara buruk berlaku dan sumo ni hanya kebetulan...
Wallahualam....
Samo-samo kito berduo agar umat Islam khasnya berada di bawah lindunganNya. Amin.