Isnin, 2 Julai 2012



tok wan
Salam nana,
Trimas kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Uwan untuk memberikan pendapat. Situasi nana ni sama macam salah seorang cucu uwan. Cumanya cucu uwan itew sambung belajar di Tingkatan 6. Dalam masa yang sama dia dapat tawaran sambung belajar di UniKL.

Mai sini uwan nak kongsi pendapat. Mana yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu pendapat uwan sendiri tau. Jap, uwan nak betulkan selendang jap. Ok dah. Cenggini, bagi pendapat peribadi uwan, Nana kena pastikan apa sebenarnya yang Nana minat? Apa Nana nak jadi selepas ini? Adakah Nana ingin menjadi seorang Jurutera? Ataukah Pensyarah? Ataukah suri rumah. Upss.

Semua pilihan berada di tangan Nana sendiri. Takda pun tertulis kat tangan Uwan apatahlagi Kak Milah. Mahupun Atok. Nana sendiri yang tahu apa yang Nana minat. Pendapat Uwan, Nana pilihlah kursus yang boleh membawa Nana untuk mencapai cita-cita Nana satu hari nanti. Samaada dapat sambung Digri atau tak itu cerita lain. Yang penting sekarang Nana kena mulakan langkah pertama tu dolu.

Jika Uwan diberi pilihan, memandangkan kursus yang ditawarkan hampir sama dan masih dibawah kejuruteraan, Uwan akan pilih politeknik. Sebab apa uwan pilih politeknik. Sebab suka hati haku lew. Sebabnya yuran di Politeknik murah. Dan untuk pengetahuan nana, politeknik merupakan IPTA. Dan bukannya IPTS, IPTU, IPTX dan seangkatan dengannya.

Dan dari segi kursus yang ditawarkan di politeknik tu pun general dan tak khusus seperti UniKL tu. Maksud uwan di sini, nana ada banyak pilihan selepas ini samada nak hamek kejuruteraan yang sub kepada sivil engineering ni. Yang UniKL tu kan spesifik. So, bagi uwan peluang tu tak banyak nak pergi ke cabang lain. Dan berita baiknya di politeknik ada latihan industri selama 1 semester iaitu bersamaan hampir 5 6 bulan. Kan dah kumpul banyak pengalaman kerja tu kan. 

Sapa kata kalau amik kejuruteraan awam ni mesti kena jadi buruh binaan? Mai habaq kat uwan, biar uwan kasi lesing satu kali. Entah mana dia belajar ntah. Jadinya, nana juga berpeluang untuk menjadi seorang pensyarah (in case kalau tak mau kojo bawah panas la kan) mahupun tenaga pengajar di sekolah ataupun kolej2 lain. Jangan sesekali takut untuk mencuba. Kerana selagi tak mencuba tu, itu merupakan kegagalan kita yang pertama dan kegagalan yang paling teruk sekali dilakukan oleh manusia. Tapi jangan ko cuba hisap ganja lak yo. Kena saman uwan nanti.

sebarang masalah tentang apo2 yolah bolehlah keutarakan pada tok wan dengan meninggalkan komen di bawah......uwan undur diri dulu na....
Ok bebeh, uwan tido dulu yo. Nak mendapatkan tidur yang cukup bagi menjaga awet muda katanya. Walhal...........

6 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

"Uitm di hatikuuuuuuuuuuuu...."

*jangan marah ye org Poli.. hoho!!

Outbound training malang berkata...

kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

Ca Cik Duyung berkata...

ca dulu skola kat teknik amek mekanikal..pindah skolah teknik saje2..boleh gitu..dengan tak tau ape itu mekanikal masa tu,lama2 minat lak.sampai la ke poli jadi budak mekanikal..hehe..minat boleh datang sendiri.janji diri kita ikhlaskan gak ape yg kita blaja tu.. :)

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : Huntung la

Suhami Ahmad berkata...

Outbound training malangn : Betul tu

Suhami Ahmad berkata...

Ca Cik Duyung : Belajar mana2 pun sama...yang penting niat kita ikhlas kan

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih