Rabu, 31 Oktober 2012

Pengalaman Bercuti : Pengalaman Menarik Langkawi Episod 6

Selamat pagi uolz. Sudah lamo atok tak menghapdet al-kisah percutian di Langkawi atok dan team power rangers awal tahun aritu. Sebenarnya atok ponah buek entry percutian Langkawi ni dulu. Tapi memandangkan atok teringatkan kenangan lalu, tu yang nak repost balik tu. Feeling bercoti katanya. Nak p bercoti hujung tahun ni, pitis nan hado. Tu yang recycle pengalaman tu. Upss. Okey, tapi kali ni atok olah atau buek versi lain. Sapa setuju, buntangkan bijik mato. 

Episod 1 : Bas double decker
Episod 2 : Naik Feri
Episod 3 : Terjumpa Mak Jemah
Episod 4 : Power rangers
Episod 5 : Cheerleaders

Ok, kat sebelah pantai pulau Tuba yang menghadap Pulau Dayang Bunting tu, rupo-rupo eh ado pantai yang boleh mandi. Kiranya cetek lah. Pemandangan kat situ masyaAllah sangat chantek. Atok nampak jelas bulan waktu siang yang terbias di lautan hijau. MasyaAllah indah. Terlompat-lompat budak ni, pasal teruja kan. Atoklah ketuanya. Lompat paling tinggi sobab tak ponah tengok bulan terbias. Jakun kan.

Maso sampai kat situ, Mak Cik Awe dah amik port di tepi tembok berhampiran pantai. Bila kami dok hajak mak cik awe joint sekaki, dia tolak. Agaknya mak cik awe pun dah hari-hari tengok pantai tu kan. Tak heran dah. Kami yang jakun-jakun ni tadi terus pose cantek di tepi-tepi batu.









aku tak tahu kenapa aku camtu. mungkin gaya melepaskan kentot di batu. ok fine.


penampilan bakat terbaru ; memperkenalkan hadek Zufran. Anak jati langkawi. Rindu  Zufran!

Ok, last nanti atok tepekkan hasil akhir selepas sesi fotoshot. Kami tak sempat nak mandi. Esoknya baru nak mandi. Mak Cik Awe terus ajak balik ke pulau dayang bunting sobab dah petang. Kami pun menyusuri jambatan tadi. Maso tu kamera ado kat kawan atok, dio sompek snap sekeping duo gambar atas jambatan. Kot aku yang snap tu, dah lamo pitam tengah-tengah jambatan tu. Gayat terhadap laut luas!



inilah pemandangan dari atas jambatan yang menghubungkan pulau tuba dan pulau dayang bunting. cantik kan gunung-gunang tu. ke pulau?...ok pulau...



Ingatkan sampai-sampai yo rumah, ekspedisi round-round pulau berakhir di situ yo. Tapi mak cik awe terus memecutkan motornya menuju ke sebuah tompek. Jeng jeng jeng. Wah, lebih kurang 500 meter dari rumah mak cik awe, ado sebuah resort kecil. Konsep ala-ala kampung. Memang indah. Maso atok datang tu, kehadiran atok di sambut oleh....................................seekor hanjeng. Ye, hanjeng. Dan namo hanjeng tu Manja Aspalela. Ko mampooo?

pemandangan resort tu macam ni. errr resort ke?...btw atok suka konsep 'resort ' ni...yg penting atok suko. ...ado aku kesahh?...pemandangan macam kat Sabah kan. Nice view. Belakang sana tu pokok gotah. Maso tu daun meluruh. Pemandangan macam kat Korea!

Pastu, kat situ ado sampan-sampan kecik. Ado jeti kot. Lepas je menghabiskan maso dalam 15 minit camtu, kami pun terus balik ke rumah mak cik awe. Hantar motor pastu lepak kejap kat padang luas. Ado budak-budak main layang-layang kat situ. Lamo tak main. Seingat atok kali terakhir main layang-layang 15 tahun yang lalu. Hamek koo.

kelihatan hanak-hanak hekan tengah main layang-layang. eh!

Azan maghrib pun berkumandang. Atok dan team power rangers pun terus pulang ke rumah mak cik awe. Masa dalam perjalanan tu, kami terserempak Mak Jemah!! (rujuk sini). Aiyooo pitam Pak Jabit. Okey, tadi atok dah janji kan, hasil untuk last fotoshoot masa kat pantai tuba tadi. Inilah hasilnya..............












Hamekkkkk!!!
Barisan finalist Zimbabwe Next  Suam-Suam Suku Top Model 2012



Okeh, malamnya tu kami cumo lepak-lepak di tepi jeti. Takdo yang menarik sangat pun. Cuma keesokan harinya barulah kami berjalan-jalan di Pulau Langkawi. Haaa...nantikan episod seterusnya nanti yo. Papai bebeh! Muahhhhh muahhh....eh!

Episod 7 : Pulau Besar Langkawi

Isnin, 29 Oktober 2012

Teka Teki Sengal

Que & Anne







Que : Banyak-banyak ikan, ikan apa yang paling besar di dunia?
Anne : Eleh, kacang nak mampopp.....ikan paus!!
Que : Salah! Ikan paus goreng tepung! Lagi tebal dan besau!




salah! jawapannya ikan paus bertepung!!!

























Que : Banyak-banyak kuali, kuali apa yang paling besar dalam dunia ini?
Anne : Kuali kawah yang masak kenduri itew lah.
Que : Salah! Kuali yang masak ikan paus tadi!. Bahahahahaha








huwarghhhhh...kenapa aku dapat kembar macam ko!

Khamis, 25 Oktober 2012

Pengalaman Bercuti : Pengalaman Menarik Langkawi Episod 5

Tu deh. Orang sibuk nak buek lomang, aku sibok nak mencerita pasal bercoti. Haha. Bukan apo, atok raso dah lamo tak menghapder. Agak eh entry terakhir atok buek tahun 1981 yang lopeh. Okeh bebeh, kito teruskan perkongsian percotian atok semasa di Pulau Langkawi awal tahun haritu.

Episod 1 : Bas double decker
Episod 2 : Naik Feri
Episod 3 : Terjumpa Mak Jemah
Episod 4 : Power rangers

Okeh, kan entry terakhir atok ado berkongsi dengan Ecah yang atok dan team power rangers yang lain round2 keliling Pulau Tubo kan. Ha, selopeh pose maut di jeti, kami terus masuk kawasan kampung kat Pulau Tubo tu. Dalam perjalanan nak ke kawasan kampung, atok ado ternampak satu pemandangan yang sangat cantik disebolah jalan. Pemandangan seakan di Korea. Walaupun atok duit nan hado nak poie bercoti di Korea, sekurang-kurangnya atok bulih tipu kawan atok yang atok poie beroti di Korea. Kekdahnya.











Yang bertanda anak panah tu ala-ala pokok di Korea. Agak-agak ko, ko caya tak kalau atok cakap atok di Korea maso tu?
Kan. Dari kiri yang membuat aksi 5 days mc ; Encik Mamil...berbaju kuning yang membuat aksi kapal terbang Boieng 747 ; Firdaus...pastu yang buat muka comel nak mintak pelempang ; haku...berdiri steady ; mak cik Awe...pose model patah pinggang ; Kak Anna...Yang mengukur ketinggian kak Anna ; Kak Heriza merangkap cip ketua pasukan...dan terakhir sekali yang membuat aksi spiderman tak berapa nak spider ; Azizi. Tiada dalam gambar, mak tiri merangkap nenek Bertha ; Cik Intan Suhana.


Kat kawasan perkampungan tu sangat cantik. Ini pertamo kali seumur hidup atok nampak pemandangan cenggitu. Kampung dio lain dari yang lain. Macam di sebuah perkampungan kayangan. Gitoo kan. Tapi jujurnya atok memang jatuh hati dengan keindahan kampung tu. Sekali tengok macam di Surabaya mahupun medan pun seiras jugak. MasyaAllah sangat cantik!











Cantek kan. Kat belakang atok tu ado kandang lembu. Tapi yang berbaju puteh skodeng montot aku tu bukan lembooooo!


Sepanjang atok menunggang motosikal kat kampung tu, angin segar menerpa masuk ke trakea atok. Sungguh nyaman dan sejuk! Sana jarang atok nampak orang. Agaknya maso tu atok poie dalam pukul 5 petang kot. Orang mungkin bersamo keluargo di dalam rumah.

Terus lagi ke depan, Mak Cik Awe bawak kami ke pantai pulak. Pantai tu airnya dah surut. Jadi, atok nampaklah anak ketam yang kecik-kecik tu kan. Pastu nampak cengkerang. Nampak batu-batu. Tapi yang sedihnya, dalam keindahan air laut yang surut tadi tu, atok ado ternampak plastik beg. Sedih. Bilolah kita nak berubah. Kesian hidupan air kito terutamanya macam penyu yang ingatkan beg plastik tu sebagai obor-obor. So, jangan buang sampah ke dalam laut!











Yang ni aku tak tau nak eplain kat ko, diorang tengah buat aksi apo.....maybe Cheerleaders??.....*mamposss

Dah puas berjalan-jalan di sekitar pantai yang surut tu, kami pun terus ke pantai sebelah satu lagi. Yang menghadap Pulau Dayang Bunting. Mak Cik Awe kata, sana boleh mandi. Huwarghhh...tak sabau-sabau den. Dalam perjalanan ke sana, atok nampak macam-macam haiwan di sepanjang perjalanan. Burung helang jangan cakaplah, kalau atok toleh ke langit, mesti ado. Yang lembunya ado. Kerbaunya. Kucing. Tapi atok musykil, atok tak jumpo sekor ayam pun.











Esok nak raya korban ni, teringat atok kat haiwan ni. Tapi atok musykil gak. Ini lombu ke kobau. Sapa dapat jawab, atok kasi hadiah selipar jopun.
Ok, so perjalanan ke pantai sebelah satu lagi tak mengambil maso yang lamo pun. Lebih kurang 10 minit. Sobab pulau tu kocik. Kat pantai situlah nanti atok dan team power rangers mengadakan sesi photoshoot kekdahnya. Apakah akan terjadi? Adakah mak cik Awe muntah ijou melihat aksi kami?? Nantikan episod selanjut eh yo. Papai! nak siap-siap balik kampong.....ooOOoooooo balik kampongggg...











tu, nampak tak pantai sebelah sana tu...yang pulau tu Pulau Dayang Bunting....kat pantai tu nanti atok akan adokan sesi photoshoot Zimbabwe Next Top Model. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu.....

Episod 6 : Manja Aspalela



p/s : Hati-hati memandu pulang ke kampung. Ingat orang yang tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ikhlas dari atok sekeluarga.

mohon beri sokongan dengan like page Photography atok di D'Lensa Abadi Studio

Jumaat, 19 Oktober 2012

Perkara Paling Memalukan Di Dalam Lif

Omaigodddd....atok tak tau nak lotak muko ni kat mano. Tak tau!..maluuuu....


3 hari sebelum itu....

Opis atok tingkat 5 out of 20. Gitoo...speaking kata ko. Tapi kafeteria tingkat duo. Kalau nak bersarapan kono turun tingkat duo. Maso tu pagi nak poie bersarapan lah kan. Pagi lagi. Mamai-mamai. Pasal malam tu atok tido pukul 2 pagi kot. Tak hengat. So, paginya mata lobam. Otak baru nak restart.







Atok pun tekanlah lif untuk turun ke bawah. Tak lamo lopeh tu lif pun terbukak. So, adolah 4 5 orang pekerja yang lain dalam lif tu. Atok tak konal pun. Mungkin diorang tu dari tingkat atas-atas tu nak turun ke bawah. 

masing-masing muko nak serius. atok pun melemparkan senyuman tapi tak berbalas. sedeh!


So atok pun masuklah ke dalam lif. Pintu lif pun tertutup. Atok dengan kompidennya terus menekan button 5. Tapi tak menyala. Kan kalau kito tekan button tingkat berapa nak turun lampu untuk butang tingkat ke berapa tu akan menyala kan. Tapi atok tak menyala. Puas atok tekan butang 5. Pintu dah tutup tapi lif tak bergorak. 

atok tekan butang 5. Tapi tak menyala lampu merah tu.


Atok dah cuak lah kan. Atok toleh la ke belakang kot-kot orang belakang atok tu pun cuak, mungkin lif rosak! Mampos lah kami dalam lif nih....Atok terus toleh belakang.










memasing macam nak terkam atok.
Eh, apa salah atok. Atok tak buat apo pun. Salah lif ni ler yang rosak, bukan salah aku! Pastu atok tengok kat box tulisan kat atas tu. Sekarang ni sememangnya di TINGKAT 5. No wonder lah lift tak bergerak. Atok toleh belakang lagik sambil senyum-senyum kambing dengan niat nak mintak mahap atas kekhilafan.






tapi depa dok tenung haku cenggini

Tanpa berlengahkan masa lagi, atok terus keluar tingkat 5 tu jugak. Pastu terus lajukan langkah nak nyorokan diri dari manusia dalam lif tadi. Malu punya pasai, terus haku ikut tangga kecemasan yo. Maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..............den maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu






TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!





Rabu, 17 Oktober 2012

Pengalaman Bercuti : Pengalaman Menarik Langkawi Episod 4

Hok tu dia. Dah nak masuk episod ko ompek. So, bagi ecah yang tak tahu hujung pangkal cerito, meh skodeng link nih dulu...


Episod 1 : Bas double decker
Episod 2 : Naik Feri
Episod 3 : Terjumpa Mak Jemah

Okeh, episod sebelum ni atok cerito bab di mana Mak cik Awe nak bawak jenjalan kat Pulau Tuba kan. So, sekarang ni atok nak bawak ecah jenjalan sekitar Pulau Tuba tu. Selalunya, orang kalo poie Langkawi sekitar P. Langkawi je kan. Tapi kali ni atok dan team power rangers bercuti di kepulauan yang permai. Moh bersama atok untuk bacaan selanjutnya.

Ini masih di pulau dayang bunting. Nak menyeberang jambatan pulau tuba. Atok yang belakang tu...power rangers kaler kalabu taik hanjeng
Jambatan yang menghubungkan pulau dayang bunting dan pulau tuba ni bukan calang-calang jambatan tau. Jambatan tu ada jambalang. Jambatan tu dia mencaduk bukit. Jadi, ecah tak boleh bawak keto melintasi jambatan tu. Hanyo motor sajok yang boleh lalu. Anggaran jambatan tu panjangnya dalam 200 meter. Maso atok berada kat tengah-tengah jambatan tu, angin kuek sangat. Rambut den yang tersisir rapi tu terus jadi sarang tebuan.

inilah jambatan caduk tu...mak cik awe tengah berjuang untuk mendaki jambatan
Atok tak sempat nak snap tengah-tengah jambatan tu pasal aku takut laut. erk. Kalau boleh atok nak cepat je sampai ke pulau tuba dongan sekelip mato. Sesampai eh ke pulau tu, terus pose di jeti pulau tubo. MasyaAllah, atok tak dapat nak gambarkan betapo cantik pulau-pulau yang ado kat situ. Air laut yang berwarna hijau tu seakan-akan sebuah kristal pabilo cahaya mentari terbias cahayanya. Gitew. Hiperbola sangat. Haha. Tapi memang boto. Alam semulajadi kat situ memang cantek.

see....atok tak tipo ko kan....kan lautnya kaler hijo bercahaya kristal tuh
Kat hujung belah sanun hado pulau-pulau kecik. Agak-agak kalau atok tercampak kat pulau sana tu, kompem.....*sambung sendirik.

cantek kan....macam lukisan...bayangkan, agak-agak kalo aku jadi pelukis, boleh tak lukis cenggini?...ok stop bayangkan!
Udara segar dan nyaman. Sejuk dengan angin yang sepoi bahasa. Kalau ecah ada kat sana, bunyi bising macam kat bandar takdo langsung. Yang terdengar cumo bunyi ombak, bunyi burung-burung....bunyi azizi kentut....dan sometimes bunyi enjin bot-bot kecil.

Orang kampung kat situ dok perhatikan kami ja. Atok segan gak la mulo-mulo. Nampak na jakun kan tak pernah tengok pulau. Tapi atok ngaku, atok memang jakun!!! haha...pedulik apa atok kan..atok tak kaco orang....So kami teruskan tonjol kejakunan kami bersama-sama...jeng jeng jeng...

dari kiri : power rangers merah, putih, hitam, kelabu taik hanjeng, oren dan soklat

Dah agak-agak 100 pose candid di ambil (candid ke??), mak awe pun ajak pergi ke destinasi lain pulak. Tapi still area Pulau Tuba. Kat mana tu? Tunggu na episod seterusnya.....hik hik.....


mak cik awe ajak p tempat lain pulak.....ghindu kat mak!
Episod 5 : Cheerleaders

Isnin, 15 Oktober 2012

Jenis-Jenis Body DSLR

Suhami Ahmad





Assalammualaikum geng,


Ok, kali ni Am nak kongsikan dengan korang jenis-jenis body DSLR. DSLR atau nama panjangnya Digital Single Lens Reflection. Lepas ni kalo kawan korang tanya apa nama penuh DSLR tu hape, korang jawab la nama panjang tu. Okey?...Fine kite teruskan pada topik utama.

Jenis-jenis body DSLR ni ada 3 peringkat iaitu Beginner, Semi-Pro dan Pro. Beginner tu apa beb?. Ok, beginner tu body dslr untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam industri perkameraan. Ceh. Kalau korang nak beli DSLR sekadar hobi atau suka-suka, atau kegunaan keluarga korang bolehlah beli kamera beginner ni. Selain harganya murah, fungsinya pun mesra pengguna. Contoh beginner dslr atau entry level dslr bagi Nikon adalah D3000, D3100, D5000 dan lain-lain lagi. Kalau Canon dia ada 3-4 digit, contohnya 500D, 550D, 400D, D1000 dan lain-lain lagi.

Contoh DSLR Beginner ; Nikon D3100


Peringkat DSLR yang kedua adalah Semi-Pro. Am ada DSLR ni. Nikon D7000 dan D90. Kalau nak kenal Canon punya kamera, dia ada 2 digit di depan seperti 50D, 60D, 40D dan sebagainya. Kamera jenis ni sesuai untuk mengambil gambar sebagai hobi dan juga pendapatan sampingan. Harga lebih mahal dari DSLR yang beginner tadi tapi kualitinya lagi bagus. Kalau sesiapa yang nak berjinak-jinak dalam dunia fotografi dan jadikan bidang ni sebagai sumber pendapatan sampingan, Am suggest korang amik dslr semi-pro nih.

contoh Semi-Pro DSLR ; Nikon D7000


Yang terakhir sekali , ialah Pro DSLR. Antara Pro DSLR keluaran Nikon adalah seperti Nikon D3, D3X, D3S, D700 dan lain-lain. Canon ialah ada 1 digit di depan seperti 5D, 7D, 1D dan lain-lain. Yang DSLR jenis ni bukannya orang Pro je boleh pakai, orang biasa pun boleh. Cumanya cara kendaliannya agak kompleks berbanding kamera DSLR jenis entry level tadi. Harganya untuk body tak termasuk lens sahaja ada yang mencecah berbelas ribu. So, kalau korang mampu hamek je. Sebab kualitinya tak payah cakap lah. Memang photographer tahap dewalah.

Contoh Pro DSLR ; 5D Mark ii


So, korang tanya diri sendiri. Kamera jenis apa yang korang nak pakai dan ingin pakai?. Kalau sekadar hobi dan suka-suka shoot hidung awek ko, belilah entry level atau beginner DSLR. Kalau nak buat sebagai sumber pendapatan sampingan, carilah DSLR jenis Semi-Pro. Dan kalau korang buat benda ni sebagai sepenuh masa dan mempunyai ilmu yang mencukupi, why not try Pro DSLR. Ok bebeh, selamat menganalisa!



tuuuu diahhhh...
Korang nak skodeng tak gambar pertama yang Am amik guna DSLR ever???











haaa..tu deh....macam pakai kamera telipon kan???


p/s : Kadang-kadang bakat pun mainkan peranan. Kalau kurang bakat tapi nak guna Pro DSLR, hasilnya seakan-akan macam ambil gambar guna telefon......hmmmm....more practis plisssss. Practise make perfecto

Jumaat, 12 Oktober 2012

Pengalaman Bercuti : Pengalaman Menarik Langkawi Episod 3

Dah nak masuk episod ketigo dah. Agak-agak ecah bosan tak dongan entry percotian atok kali ni?. Takpo, kalau bosan atok tak bulih buek apo, kalau eksited nak baco tu silo bagi topukan untuk diri sendiri kerano masih setio bersamo atok. Gitoo.

Episod 1 : Bas double decker
Episod 2 : Naik Feri
 
Baiklah, atok dan team travel dapek van sewo untuk ke destinasi selanjutnya. Abam tu bawak kami ke jeti kecik untuk ke sebuah pulau. Pulau apakah ittew, silo baco sampai abis.

ni maso dalam van nak ke jeti kecik. ko jangan tenung lama-lama. haku cukup menyampah gambo ni
Pastu, kami kono tunggu kat jeti kecik tu agak lama tau. Mau hampir 2 jam. Pasalnya kebiasaan orang kat situ akan hangkut orang beramai-ramai naik bot sampai penuh, barulah bot akan bergorak. Naik panas bontot masing-masing melampiaskannya di pinggir batu. Dah lah cuaco bahang. Masing-masing berair. Nasib baik ado orang belanjo eskrem koneto

Ko tahu, maso atok dalam bot tu, atok telah diserang gangguan seksual. Atok telah dipaksa noda. Gitoo.

Hamek kauuuu!...atok tak taulah dia nak tayangkan dada atau emasnya tu. Nasib baik atok lesbo. eh!
kejap dia tunduk2 betulkan beg plastik baru lepas soping kat kaki dia tu. Kejap2 telek. Ntah apa dia telek dalam beg plastik tu. Kena katarak atok maso sepanjang perjalanan dalam bot tu. Seksaan itu berakhir saatnya tibo di sebuah pulau. Di sebuah perkampungan tu, kami bertujuh terus pose anggun di tepi jeti berlatarbelakangkan panorama yang indah. Gunung-ganang keliling, air laut kehijauan, pepohon kelapa melambai-lambai di tepi pantai perkampungan. Memang asyik Ecah.

Dari kiri Intan, Ana, Azizi, Kamil dan Heriza...pose santek di tepi jeti..anggun tak??..atok dah terjon laut!

Lepas ja sampai di jeti, kehadiran kami di sambut oleh Mak Cik Awe merangkap tuan rumah tempat kami menginap sepanjang ompek hari nanti. Mak Cik Awe fully covering wokeh. No ruangan air cond di tengah-tengah! No no no. Mak Cik Awe ni mak hangkat atok. Mak Cik Awe jemput kami naik motor untuk ke rumahnya. Atok ngan budak2 laki lain jalan kakilah. Sambil2 tu pose titanic sepanjang perjalanan. Oh yo, lupo pulak atok nak memperkenalkan perkampungan yang atok dodoki sekarang. Nama kampung itu adolah...



Kampung selat Bagan Nyior!!!...terlotak di pulau dayang bunting


Haa....sebaik sajok sampai ke kampung tu, Mak Cik Awe terus menunjukkan skill memasaknya untuk makan tengah hari. Ya Allah, lauk-pauknya memang enak-enak. Sogar dari ladang. Ado hudang, ado sotong, ado ikang, ado ulam-ulaman, ado macam-macam! Atok tambah 2 pinggan!...Tak cukup pinggan tambah lagi sedulang!

Inilah mak cik awe di samping hudang segar...nampak naluri keibuan kan...Rindu mak cik Awe

Lopeh yo makan tengah hari tu, kami membungkang rehat sebentar. Potangnya Mak Cik Awe ajak poie ke Pulau Tuba yang terlotak bersebelahan dengan Kampung Bagan Nyior. Sebenarnya aktiviti kami untuk hari pertamo tu cuma rehat-rehat di pulau sajok. Malas nak ke Pulau Langkawi. Tema percutian kali ini pose Ombak Rindu sobab maso tu top cito nih. So aktiviti percotian banyak bermain dengan unsur semulajadik. 

Antaro pulau dayang bunting dan pulau tubo ada dihubungkan dengan sebuah jambatan lingkungan 200 meter. 

Ini pemandangan dari jambatan. Santek kan. Macam lukisan Leonardo Da Vinci katanya.
Okey2, atok malas nak tulis panjang2 segala. Pasal dah pukul 1.15 pagi nih. Mata hitam pun dah tak nampak. Pasal 99% dah dikuasai bebola mata kaler putih. Kucing-kucing atok pun dah jeling tajam mintak didodoikan tido. Ado laie kesinambungannya nanti. So, apakah aktiviti kami di Pulau Tuba ittew? Apakah yang kami jumpa? Apakah tempat menarik yang ado kat situ?Nantikan episod seterusnya nanti....dushhhhhhhh...dushhhhhhh....keceppperrrrrr

Episod 4 : Power Rangers

Rabu, 10 Oktober 2012

Pengalaman Bercuti : Pengalaman Menarik Di Langkawi Episod 2

Tu dia. Bagi sesapo yang nak skodeng episod sebelum ni sampai mata keluar ketumbit, silo skodeng

Episod 1 : Bas Double Decker

Okey bebeh, kito sambung laie kisah percotian atok satu maso lalu. Sajo nak feeling kenangan terindah kekdahnya. Haritu atok berhenti takat mana ek?...ok2, takat didih tunggu kedatangan feri.

Memandangkan kami dah siap-siap tompah tiket awal-awal, so kami diberi kelebihan bertolak awai. Kalau nak ikutkan itu pestime tau atok naik feri. Haku ni manjang pestime ke kan. Masa masuk tu atok naik feri yang saiz sederhana yo. Dalam tu agak usang dan sompit sikitlah. Puas atok cover perut atok untuk masuk celah-celah tempat duduk hujung sekali. Nasib baik saiz pinggang atok 31 hinci setengah. Motep bagitau??

ini barisan ahli jemaah yang hodir dalam trip kali tu....mana atok??

atok hujung sekali yang paling gedik tu...ko nampak tak?
Jap2...haku kasi zoom 8 kali....

Comel kan??....Agak-agak berapa kali ko nak kasi lempang kat jantan ni?....Phuihhhh...
Pastukan, atok pun melayan perasaan dalam feri tu sambil pandang luar. Mulo-mulo atok nampak feri-feri kat pelabuhan tu. Pastu dah depan sikit atok nampak laut dan ombak. Hujung lagi depan atok dah nampak laut tu warna biru pekat. Atok takut laut. So, atok pun terus tak pandang luar tingkap lagi. Ngadap je seat depan muka aku tu. Layan punyo layan, akhirnya atok pun terlolap dibuai mimpi. Mimpi ker??

Sodar-sodar yo dari mimpi, atok bau masam. Atok syak mesti ado orang yang muntah dalam feri ni. Pastukan atok rasa leher atok dah tegang urat. Raso macam lamo sangat atok dalam feri tu. Tak silap atok sekitar 2 jam atok duduk dalam feri tu. Suasano yang senyap tadi dah macam hiruk sikit. Agaknya orang lain pun dah bangun dari tido. Pastu atok toleh la kat kawan-kawan yang lain. Masih lagi diulit mimpi sambil mulut masing-masing ternganga.

Atok laju-laju toleh ke luar tingkap. Air laut yang biru pekat tadi dah tukar warna hijau. Atok dikelilingi  kepulauan yang banyak dan nampak indah sekali. Raso macam di satu tempat yang lain. Macam kat Langkawi. Er...maksud atok, macam di sebuah tompek yang sangat indah macam alam kayangan. Sungguh cantik ciptaan Allah S.W.T....Bukan S.A.W ye MizzNani...opss...

santek kan....walaupun ombak terpercik percik kat tingkap feri, tapi tak mematahkan semangat atok untuk melihat ke luar....gitooo

Pastu atok nampak helang banyak sangat terbang kat situ. Tiba-tiba tak jauh dari situ atok nampak helang sangat besar!...Ooo...patotlah  tugu helang rupanya...Situ pun ado kapal-kapal mewah, feri-feri dan bot-bot kecil. Cantik sangat sampaikan atok tak dapat nak gambarkan camna...

yang kanan tu namanya Ahmad Dhani...yang kiri tu namanya Randy Pangalila...yang tengah tu pandalela renong...*kipas roboh
Keluar-keluar je dari feri, masing-masing terus bersusun buat aksi wajib....posing...pose punya pose, pastu atok dan kawan-kawan ni tadi terus cari van sewa untuk ke destinasi yang seterusnya. Ke manakah ittew? Nantikan episod seterusnya....Papaiiii.......zzzzzzzzzzZzzzzzz...Kroihhhh......




psssst, nak habaq mai ni...Eqbal Zack blogger pemes tu like status fb atok tau....kau hado??*matiler, i riak
yang bawah komen tu Ucu atok...leh usha blog dia kat [SINI]

Episod 3 : Jumpa Mak Jemah

Isnin, 8 Oktober 2012

Pengalaman Bercuti : Tempat menarik di Langkawi

Tiber-tiber atok terimbas kembali saat percotian masa lalu. Feeling ombak rindu katanya. Percutian ke Langkawi. Maso tu atok naik bas. Dah lamo atok tak naik bas. Naik bas double decker. Itu pestime atok naik bas dua tingkat. Gayat tak gayat kata ko. Mula-mula tu takutla kan. Buatnya bas ko tu buat drift selekoh maut. Tak meninggal aku masa tu??

maso nak boli tiket seminggu sebolum, dah usha nak naik bas apo


Ok fine. Atok naik bas ni bas double decker durian tunggal. Ke durian burung?. Ok fione, durian tunggal tu sebuah nama tempat di Melakau!  -__-'

Maso tu atok pergi Langkawi malam. Berjimba dongan rakan sekerja katanya. Atok naik bas ni sangat seleso dan sonyap sepanjang perjalanan. Cumo eh yang atok tak berkonan, dio pasang pendingin hawo kuek bona sampai mencucuk ke tulang hitam. Err...tulang kaler itam ko?...

muko jakun tak ponah naik bas dabel deker
Haaa...maso dalam bas tu, boleh dibilang dongan jari destinasi berhenti nak terkoncing bagai. Bas tu tak suko-suko berhenti. Yelah kalau sumo orang nak terkoncing setiap 1 kilometer perjalanan, alamat tahun 2020 baru ko sampai langkawi. Mano yang tak tahan tu, silo bawak pempers anak ko lebih.

Kami bertolak dari Terminal 1 somban jam 11 malam. Sampai yo di perhentian mana ntah atok dah lupo. Sahab perdano ko apo. Ke inspekter sahab. macam tulah. Perhentian kat kedah sana. Atok sampai subuh. Pastu solat mandi segalo, kami pun terus naik bas lompat-lompat tu. Ko tahu, atok gayat naik bas tu. Dio ado konduktor bas! Kali terakhir atok jumpo kondoktur bas maso atok sekolah rendah dulu. Rindu nak jumpo uncle kondukter. Kekdahnya.

atok sempat snap gambar '44 penumpang' tu yo....


Kat sana dia panggil sen tu kupang. Pakcik tu kata seringgit lima kupang. Atok ingat kan kupang yang sejenis haiwan laut eksotik tu. Ke namanya kepah?? Ok, malam-malam ni aku dah nyanyok. 

Ok, lepas tu bas tu berhenti kat pelabuhan feri kuala kedah. Itu pestime atok sampai sana tau. Maso tu ramai sangat orang beratur nak beli tiket ferari....tiket FERI...nasib baik kami dah siap booking tiket awai2. So tips untuk ecah kalau tak mau beratur beli tiket, sila booking awai2 na....

tengah-tengah sibok nak bercoti pun aku sibuk nak hapdet blog....betapa sayangnya atok kat ecah tau.....phuihhhh!


Nak tahu kisah selanjutnya?.....ha nantikan episod akan datang yo.....atok nampak bantal polok yo ni...papaiiii.....zzzzzzzzzzzz......kroihhhhhhhh..

Episod 2 : Naik Feri



Khamis, 4 Oktober 2012

Perkhidmatan Teksi di Malaysia Paling Teruk Di Dunia??!!

Assalammualaikum dan salam namaste!


Tengah fefeling melayan sinar.fm maso dalam perjalanan nak ke tompek kojo tadi, atok terdengar satu kenyataan dari radio pasal satu berito yang agak mengejutkan.  *(kuatkan radio.....ooyeh...radiooo....~tiber2 teringat lagu najwa ft Sliq)

Perkhidmatan teksi di Malaysia adalah paling teruk sekali di dunia????!...What the cute...Atok ingatkan perkhidmatan yang paling teruk sekali di Russia mahupun di Amerika Selatan seperti Brazil ataupun Chile. Yelah, kalau kat negara sana, silap hon orang nanti ko kena tembak masa tu jugak. Ok tipoo ko. Rupo-rupo eh di negara terchenta kita sendiri. Kuman depan seberang laut sana kita nampak, gajah depan mata tak nampak. Perkhidmatan paling teruk di donia ok. Bukannya di ASEAN.

Nak ikutkan atok pun tak lah terkejut sangat dengan kenyataan tu. Sobab eh dari pengalaman atok sendiri, atok ponah alami dan nampak dopan mato atok sendiri. Kadang-kadang jarak tak sampai 1km pastu dia bawak ko pusing-pusing sampai 10km. Pastu dia caj ko ikut meter. Kalau ko tak caya, ko tonton citer Ahmad si buta ngan budak yang sengau masa iklan raya aritu. Budak pun kena tipu kan.

ko jangan caya dengan senyuman nenek ni...bekas minah rempit nih


Lepas tu pulak, ada satu kes di mana kejadian ni berlaku di lampu trafik. Ado 3 lorong. Lorong yang satu tu lampu merah untuk masuk simpang ke kiri. Lorong yang dua tu terus. Masih berlampu hijau. Pastu kan, selamba badak je uncle teksi ni potong Q berhenti kat lorong yang lampu hijau tu, sebab dia nak masuk simpang. Pastu dia cilok-cilok rapat dengan bobot atok. Hampeh kan.

Yang drift teksi tak kiro laie. Crazy taxi katanya. Agaknya yang bawak teksi tu gilo kot. Macam jalan tu bapak dia yang punyo. Kalau Ahmad Albab lain la cito kan.

ko hingat ni games crazy taxi???

So, tak mustahil lah perkhidmatan teksi negaro kito ni di cop sebagai paling teruk di donia. Agaknya orang yang buek report ni orang yang buat kajian ni pun dah terkono dongan sevis teksi tu kan. Atok tak cakap semuo pemandu k. Ado yang ok, dan ado yang macam harem. Malaysia Truely Asia konon. Servis teksi paling teruk di donia. 

So bagi yang macam harem tu, ubahlah sikap kito. Kito cari rezeki untuk sapo? Untuk keluarga dan anak-anak. Nak ke kita kasi anak kita makan rezeki yang kita pun tak pasti hukum halal atau haramnya?? Mari berubah!

Ecah ponah alami tak peristiwa cam atok nih? Meh kongsi bersamo pembaco yang lain.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih