Tu deh. Orang sibuk nak buek lomang, aku sibok nak mencerita pasal bercoti. Haha. Bukan apo, atok raso dah lamo tak menghapder. Agak eh entry terakhir atok buek tahun 1981 yang lopeh. Okeh bebeh, kito teruskan perkongsian percotian atok semasa di Pulau Langkawi awal tahun haritu.
Episod 1 : Bas double decker
Episod 2 : Naik Feri
Episod 3 : Terjumpa Mak Jemah
Episod 4 : Power rangers
Okeh, kan entry terakhir atok ado berkongsi dengan Ecah yang atok dan team power rangers yang lain round2 keliling Pulau Tubo kan. Ha, selopeh pose maut di jeti, kami terus masuk kawasan kampung kat Pulau Tubo tu. Dalam perjalanan nak ke kawasan kampung, atok ado ternampak satu pemandangan yang sangat cantik disebolah jalan. Pemandangan seakan di Korea. Walaupun atok duit nan hado nak poie bercoti di Korea, sekurang-kurangnya atok bulih tipu kawan atok yang atok poie beroti di Korea. Kekdahnya.
Yang bertanda anak panah tu ala-ala pokok di Korea. Agak-agak ko, ko caya tak kalau atok cakap atok di Korea maso tu? |
Kan. Dari kiri yang membuat aksi 5 days mc ; Encik Mamil...berbaju kuning yang membuat aksi kapal terbang Boieng 747 ; Firdaus...pastu yang buat muka comel nak mintak pelempang ; haku...berdiri steady ; mak cik Awe...pose model patah pinggang ; Kak Anna...Yang mengukur ketinggian kak Anna ; Kak Heriza merangkap cip ketua pasukan...dan terakhir sekali yang membuat aksi spiderman tak berapa nak spider ; Azizi. Tiada dalam gambar, mak tiri merangkap nenek Bertha ; Cik Intan Suhana.
Kat kawasan perkampungan tu sangat cantik. Ini pertamo kali seumur hidup atok nampak pemandangan cenggitu. Kampung dio lain dari yang lain. Macam di sebuah perkampungan kayangan. Gitoo kan. Tapi jujurnya atok memang jatuh hati dengan keindahan kampung tu. Sekali tengok macam di Surabaya mahupun medan pun seiras jugak. MasyaAllah sangat cantik!
Cantek kan. Kat belakang atok tu ado kandang lembu. Tapi yang berbaju puteh skodeng montot aku tu bukan lembooooo! |
Sepanjang atok menunggang motosikal kat kampung tu, angin segar menerpa masuk ke trakea atok. Sungguh nyaman dan sejuk! Sana jarang atok nampak orang. Agaknya maso tu atok poie dalam pukul 5 petang kot. Orang mungkin bersamo keluargo di dalam rumah.
Terus lagi ke depan, Mak Cik Awe bawak kami ke pantai pulak. Pantai tu airnya dah surut. Jadi, atok nampaklah anak ketam yang kecik-kecik tu kan. Pastu nampak cengkerang. Nampak batu-batu. Tapi yang sedihnya, dalam keindahan air laut yang surut tadi tu, atok ado ternampak plastik beg. Sedih. Bilolah kita nak berubah. Kesian hidupan air kito terutamanya macam penyu yang ingatkan beg plastik tu sebagai obor-obor. So, jangan buang sampah ke dalam laut!
Yang ni aku tak tau nak eplain kat ko, diorang tengah buat aksi apo.....maybe Cheerleaders??.....*mamposss |
Dah puas berjalan-jalan di sekitar pantai yang surut tu, kami pun terus ke pantai sebelah satu lagi. Yang menghadap Pulau Dayang Bunting. Mak Cik Awe kata, sana boleh mandi. Huwarghhh...tak sabau-sabau den. Dalam perjalanan ke sana, atok nampak macam-macam haiwan di sepanjang perjalanan. Burung helang jangan cakaplah, kalau atok toleh ke langit, mesti ado. Yang lembunya ado. Kerbaunya. Kucing. Tapi atok musykil, atok tak jumpo sekor ayam pun.
Esok nak raya korban ni, teringat atok kat haiwan ni. Tapi atok musykil gak. Ini lombu ke kobau. Sapa dapat jawab, atok kasi hadiah selipar jopun. |
Ok, so perjalanan ke pantai sebelah satu lagi tak mengambil maso yang lamo pun. Lebih kurang 10 minit. Sobab pulau tu kocik. Kat pantai situlah nanti atok dan team power rangers mengadakan sesi photoshoot kekdahnya. Apakah akan terjadi? Adakah mak cik Awe muntah ijou melihat aksi kami?? Nantikan episod selanjut eh yo. Papai! nak siap-siap balik kampong.....ooOOoooooo balik kampongggg...
tu, nampak tak pantai sebelah sana tu...yang pulau tu Pulau Dayang Bunting....kat pantai tu nanti atok akan adokan sesi photoshoot Zimbabwe Next Top Model. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu..... |
p/s : Hati-hati memandu pulang ke kampung. Ingat orang yang tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ikhlas dari atok sekeluarga.
mohon beri sokongan dengan like page Photography atok di D'Lensa Abadi Studio
9 ulasan:
Ko bz bonar lately nieh kan tok....
Selamat ari rayo yo...(macamlah kg ko jauh bonar)
Pembuangan plastik dan sampah dalam laut nie, memang akak boncii sangat. Tapi x ramai company yg buek community service borsihkan pantai yg tercomar. Sayang...
Er, lopeh nie, kek pantai tu, ado adegan Ombak Rindu kan..hehehehehhe
Ada masa bercuti, pergi bercuti bro. Kena sekali sekala manjakan diri ni.
Ada duit ke Brisbane pulak bro. Roger2 abg eq kat Brisbane nnt. hehe
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...
-eqbalzack-
sronok btl baca n3 atok ni.
kat p/s yg bwah tu atok silap tulis la tok...aidiladaha dah jg aidilfitri..he3..
pe2 pun slmt hari raya aidiladha...:)
yg baju oreng tu sapo tok?cik ana? lawalah dio...btw, slamat hari raya haji! ;)
Tulus Sweet : Hihi...namo eh kak anna norlina....bukan anna and the king
Aziela : Hatok memang busy tahap cipan kak....huhu..kadang2 xdo maso nak jongok belog...selamat hari raya aidiladha jugek...hihi
eqbalzack : Wah...kono start mengompol duit ni abg eq
KuNanGKuNanG : Hihi...alamak silap atok tak perasan
cantiklah pemandangan gunung tu
Catat Ulasan